Anda di halaman 1dari 27

Dalam kumpulan, pelajar memilih satu cabang falsafah pendidikan barat yang mereka anggap paling sesuai digunakan

masa kini dan bentangkan rasional pemilihan tersebut.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


PERENIALISME ESENSIALISME PROGRESIVISME REKONSTRUKSIONISME EKSISTENSIALISME

RASIONAL PEMILIHAN FALSAFAH PROGRESIVISME


Kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya.

Ilmu sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja.

Relatif dan tentatif


Ilmu bersifat relatif bermaksud sifat ilmu itu tidak mutlak. Sekiranya ada ilmu baru atau penemuan baru, maka gugurlah ilmu yang lama itu. Ilmu bersifat tentatif pula bermaksud ilmu itu tetap dipertahankan dan digunakan sampai ada yang membantahnya atau ditemukannya ilmu yang baru.

Guru sebagai pembimbing dan membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam persekitaran yang berubah-ubah.

?
Guru mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mengemukakan soalan yang merangsang pemikiran pelajar dan membimbing minat mereka ke arah yang produktif.

Kondusif dan produktif


Menurut Kamus Dewan, kondusif bermaksud sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu, manakala dalam istilah undangundang bermaksud berfaedah. Produktif bermaksud berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yang banyak; mencapai banyak hasil, berhasil; berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur.

Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan pelajar.

Menyokong pengalaman manusia sebagai asas mendapatkan pengetahuan.

Menentang pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif dalam pembelajaran, iaitu pendidikan yang mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi. Menentang autoritarianisme.

Autoritarianisme
Autoritarianisme bermaksud fahaman yang menyokong campur tangan pihak berkuasa ( authority ) secara sepenuhnya. Falsafah ini tidak bersetuju dengan fahaman yang bersifat autoriti kerana autoriti akan mematikan perkembangan dan daya kreativiti pelajar. Fahaman ini menyatakan kurikulum yang paling wajar dilakukan ialah kurikulum yang bersifat fleksibel dan terbuka. Kurikulum hendaklah berpusatkan kepada pengalaman atau eksperimen.

Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dan cabaran dalam kehidupan seharian.

Dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi masing-masing.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih adalah berpusatkan murid. Sekolah adalah sebagai unit masyarakat yang bersifat demokratik.

Demokratik
Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan untuk mendorongkan kerjasama di kalangan anggota-anggotanya supaya mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Anak murid mencari ilmu dan bersikap aktif. Menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktivitiaktiviti pendidikan.

Kolaboratif dan koperatif


Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kolaboratif
Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.

Pergantungan positif setiap ahli dalam Tiada kontrak / pergantungan dalam menentukan kejayaan pasukan. kolaborasi bersama. Peranan guru sebagai fasilitator, Tidak memerlukan pemantauan guru dan menstrukturkan dan memantau aktiviti tidak berstruktur. pasukan mencapai objektif. Hasil secara kumpulan Hasil secara individu.

Menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah.

Pendekatan induktif diberi penekanan agar memberi pelajar peluang untuk memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang senantiasa berubah.

Induktif
Pelajar hendaklah benar-benar memahami contoh yang khusus. Pembelajaran terlampau hendaklah ditekankan. Ini bermakna, konsep yang telah difahami boleh diulangi. Pelajar digalakkan untuk memindahkan bahan yang dipelajari dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Dengan kata lain, mereka digalakkan untuk cuba membuat generalisasi.

Langkah-langkah pendekatan induktif ialah seperti berikut:


I. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru memperkenalkan contoh-contoh yang sesuai; II. Guru-guru perlu memberi penjelasan lebih yang berkaitan dengan kandungan pelajaran; III. Contoh-contoh khusus yang diberikan oleh guru-guru mesti berbagai-bagai, mencukupi dan sesuai; IV. Bahan bantuan pelajaran boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami syarat-syarat atau peraturan permasalahan; V. Guru-guru mesti mengikuti urusan fakta dan konsep dengan teliti; VI. Pelajar perlu mengenal pasti corak yang terpapar dan menganalisis semua contoh-contoh. Mereka kemudiannya akan menyelesaikannya dengan membuat undang-undang atau peraturan umum.

Mengalakkan kerajinan pelajar, kebebasan berbincang, perancangan bersama pelajar dan guru dan penglibatan sepenuhnya dalam semua aktiviti pendidikan. Mengakui pelajar pada dasarnya adalah insan yang aktif, kreatif dan dinamis.

Dinamis
Penuh semangat dan tenaga sehingga cepat bergerak dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.

Pelajar didedahkan kepada perkara seperti sosial, kajian sosial, projek, masalah dan eksperimen ( kaedah saintifik ). Membantu pelajar mengaitkan pendidikan dengan isu-isu sosial, politikal dan ekonomi.

Pelajar diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji kerana falsafah ini menggambarkan pelajar merupakan individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu.

Mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup diperkenalkan dan dipelajari dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah, demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar. Pelajar belajar cara untuk mengemukakan soalan.

Pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah diberikan.

Menggalakkan kerjasama bukannya persaingan.

RUJUKAN
http://contohrph.blogspot.com/2010/12/pendekatanpengajaran.html http://majorpra.blogspot.com/2010/12/falsafahbaratpendidikan.html http://pahitmaniskehidupanellyah.blogspot.com/2011/04/perbezaan-pembelajarankooperatif.html http://treebuilder.blogspot.com/2011/03/implikasi-falsafahpendidikan-timur.html http://ajourneyofateacher-tobe.blogspot.com/2012/01/sumbangan-falsafah-barat-dalam.html

FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA. Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. Choong Lean Keow. FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN. Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. PENDIDIKAN DI MALAYSIA. Suffean Hussin.

TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai