Anda di halaman 1dari 8

ADAT MENGAWAL KUBUR MASYARAKAT BAJAU

Oleh Noor Hasnah Adam

Masyarakat Bajau berjumlah kira-kira seperlapan daripada penduduk Sabah.


Yayasan Sabah mengatakan bahawa masyarakat Bajau sebenarnya berasal dari
Indonesia. Bajau bermaksud berjauh-jauhan dan inilah yang dilakukan oleh
masyarakat Bajau iaitu keluar dari
kelompoknya dan berhijrah ke kawasan
kepulauan Borneo hingga Filipina. Masyarakat Bajau di Sabah kebanyakannya
menginap di persisiran pantai. Seperti masyarakat Melayu lain, masyarakat Bajau
menjadi nelayan dan bertani. Namun masyarakat Bajau hari ini dianggap antara
golongan yang kaya di Sabah.
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak
memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan
masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik
dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur.
Kawalan kubur
selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan
didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya
percaya, akan musnah semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari
kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor. Sememangnya dalam
kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari.
Masyarakat Bajau percaya Balan-balan merupakan sejenis lembaga yang
berasal daripada manusia. Menurut cerita orang tua-tua Bajau, Balan-balan
terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan.
Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama.
Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera
ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut.
Kemudian, badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada
saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil
membawa keluar segala isi tubuh dan perut.
Balan-balan kelihatan sama seperti hantu penanggalan atau Tenggelong
yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada
kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan
makanan. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri
perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balanbalan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal
menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan
memakan segala organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati.
Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas
seperti manusia biasa pada siang hari. Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balan-

balan adalah dengan melihat pada matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa
merah. Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis sambil memperhatikan
matanya. Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair. Pengamal
ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu
boleh mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di
halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan
benda-benda tajam seperti buluh.
Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya
menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu
dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati
akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan
kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi
semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk
mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut.
Antara permainan yang biasa
dilakukan semasa mengawal kubur adalah pasang ,congkak, daun terup dan
sebagainya.
Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi
semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar
pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria
dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka bergurau senda dan
berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang
lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. Itulah yang menonjolkan
keunikan dan warna warni budaya masyarakat Melayu yang rencam.
Tags: adab, mis3, noor hasnah adam, mis3 rasa, budaya
Prev: MIM LAM ALIF YA WAU -BH 5hb Okt 09
Next: Kepercayaan Tentang Telinga - BH(19okt09)

Adat Perkahwinan Kaum Bajau di Kota Belud

Merisik
Adatnya tidak banyak berbeza daripada adat masyarakat melayu. Sebelum
perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap
gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh
suku kaum yang lain iaitu dngan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis.
Selepas mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan
secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budibahasa serta
martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali
pertunangan.
Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam
majlis itu, pihak lelaki membawa sebenuk cincin, sepersalinan pakaian dari wang
tunai sebanyak Rm100.00 sebagai pengikat tali pertunangan.
Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan
pihak lelaki membuat persedian. Apabila sampai tempoh yang ditentukan tiba,
pihak lelaki akan menghantar semua barang yang dijanjian dalam majlis seruan itu
kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh
perkahwinan ditentukan
Majlis perkahwinan
Keluarga yang kaya akan mengadakan majlis selama tujuh hari, tiga hari bagi
keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada
sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri
daripada kuling tangan, gong babandil dan gegendang di tempat kediaman keduadua pihak. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam kemudian diikat
dengan tarian tradisional yang dikenali sebagai runsal.
Sebelum Hari Perkahwinan
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan
didam dan oleh beberapa orang mak andam.

Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang
bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam.

Pada Hari Perkahwinan


Pengantin dihias dengan pakaian baru. Selalunya berwarna kuning ataupun hijau
atau baju serimpak. Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan
alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin
perempuan.
Penganting lelaki akan turun dari tandu atau kudanya dan dijulang diletakkan di
atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah penganting
perempuan.
Foto-foto.

Masyarakat Bajau

Persandingan Masyarakat Bajau


Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus
populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang
menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada
yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak.
Mereka pula dikenali sebagai Koboi Timur kerana kepakaran mereka menunggang
kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu
dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan
Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai
penunggang
kuda
yang
mahir.

Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di


Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah
bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana
kebanyakan
masyarakat
Bajau
di
Sabah
adalah
beragama
Islam.
Tarian Brunsai Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian
Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan
pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.
Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan,
merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah
bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar
hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.

Anda mungkin juga menyukai