Anda di halaman 1dari 13

Etnik Bisaya

Sejarah Asal Usul


Sistem Sosial
Perayaan
-Adau Janang
Gayuh pada 15 Julai
setiap tahun
Adat Resam dan
kraftangan
-Jika langkah
bendul atau
kataliban berlaku,
pihak lelaki perlu
membayar denda
Pakaian
- pakaian hitam
untuk Tarian Liliput
- pakaian pengantin
tradisonal
Makanan
-ambuyat
Muzik,Alat muzik
dan tarian
-Tarian Liliput Tarian
Sayau Bagarus dan
Tarian Bubu
-alat tradisional
kulintangan Bisaya

Permainan
Tarik tali,Gasing
Layang layang


Seni bina
Walai


SEJARAH ASAL USUL
Menurut kepercayaan orang tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada
sebutan Mabisa Iya yang membawa maksud seseorang lelaki atau wanita nampak
tampan dan gagah serta cantik. Sebutan itu kemudian bertukar kepada Bisaya
sehingga hari ini.

Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada 1956 ialah
perkataan Bisaya kemungkinan berasal daripada Empayar Srivijaya (Sonza, 1972).
John Carol menyatakan perkataan Bisaya berasal daripada pahlawan yang bernama
Sri Visaya (1960). Derek Headly (1950) pula menyatakan Sultan Brunei ketika
kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda menyebut:
Bisai-Yah! yang bermaksud betapa cantiknya ketika melihat gadis di situ. Antara
keunikan etnik Bisaya yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti
orang Cina atau mungkin campuran Filipina.


gadis Bisaya

Majoriti 50,000 etnik Bisaya bertapak di Beaufort, Sabah. Di Beaufort, etnik ini
mendiami kawasan Klias dan sepanjang tebing Sungai Padas. Namun, peninggalan
sejarah serta cerita mengenai mereka lebih tepat diperoleh daripada masyarakat di
Beaufort kerana beberapa lokasi sekitar daerah itu menjadi titik tolak perkembangan
malah kisah mengenai kehebatan masyarakat Bisaya di Sabah.

Sejarah etnik Bisaya bermula lebih kurang pada abad ke-13. Kaum Bisaya
mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas
Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya
dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi. Peringkat
awal kaum Bisaya memeluk Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang
dari tanah Arab. Sehingga kini etnik Bisaya di Sabah merupakan penganut Islam yang
taat. Etnik Bisaya di Sabah adalah berbeza dengan Bisaya di Sarawak yang
kebanyakan mereka beragama Kristian.

Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak
lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar
menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad
Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei
beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun tahun yang sama.

Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar
sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini.
Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan
baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya
Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada
tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang
bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil yang kemudiannya mangkat
pada tahun 1961 Masihi.






MAKANAN TRADISIONAL DAN PERMAINAN
Jika diteliti bahasa Bisaya menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa
Melayu. Orang Bisaya ramah dan berbudi bahasa. Etnik Bisaya hidup dalam kawasan
kampung terancang dan menjalankan aktiviti pertanian. Ada yang mengusahakan
produk sagu kerana hampir semua masyarakat Bisaya gemar memakan sagu, malah
menjadikannya sebagai makanan asasi menggantikan nasi iaitu ambuyat merupakan
sajian makanan tradisional yang menyelerakan.

Cara penyediaan ambuyat ini tidaklah sukar kerana bahan-bahan yang
diperlukan sangat mudah iaitu tepung sagu dan ia boleh dicecah dengan kuah mengikut
cita rasa masing-masing. Ambuyat dihasilkan dengan tepung sagu digaul bersama air
panas yang mendidih hingga menjadikannya kental dan kembang. Ambuyat ini pada
kebiasaannya dimakan menggunakan kayu sepit. Penggunaan kayu sepit adalah bagi
membolehkan ambuyat yang kental itu dipusing dan terbelit pada kayu tadi.

Penyediaan kuah atau cecah untuk dimakan bersama ambuyat adalah satu
kemestian kerana rasa ambuyat agak tawar dan ia lazat dimakan ketika masih panas.
Namun, kelazatan ambuyat bergantung kepada keenakan jenis kuahnya. Ada yang
memakan ambuyat dengan kari atau air rebus putih ikan tongkol, tenggiri dan senangin
yang dicampur sayur dan cili merah. Ambuyat amat menarik kerana tidak perlu
dikunyah sebaliknya ia perlu terus ditelan begitu sahaja.


Kaum bisaya juga mempunyai permainan tradisional sendiri yang menjadi
permainan untuk genarasi pada masa kini.Antaranya ialah Pencak silat Bisaya dengan
muzik bamboo,Tarik tali,gasing, dan layang-layang.Permainan seperti Tarik tali dan
gasing masih lagi terkenal sehingga kini.Pertandingan Tarik tali dan gasing masih
mendapat sambutan yang hangat dikalangan masyarakat Malaysia.
















ALAT MUZIK ,MUZIK DAN TARIAN
Sama juga dengan suku kaum lain di Sabah, etnik Bisaya mempunyai tarian
tradisinya tersendiri. Antara tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus, Tarian Bubu
dan Tarian Liliput.
Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan
secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh
jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Tarian ini
dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak
mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara
tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput
sehingga pesakit sedar atau sembuh. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah
semangat orang itu kembali ke badannya. Penari bagi tarian ini memakai pakaian
hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.
Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu berkaitan acara
berasik



Tarian Liliput Tarian Sayau Bagarus

Proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan etnik Bisaya mencipta Tarian
Sayau Bagarus. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu
menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Tarian
ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang. Etnik Bisaya juga
mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan
semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru.
Etnik Bisaya mempunyai persembahan badaup dan kulintangan, iaitu alat muzik
yang digunakan ketika bagandang membabitkan beberapa jenis alat muzik seperti
gong dan caklempong. Lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang Bisaya
iaitu badaup yang dianggap paling popular menjadi irama yang dimainkan terutamanya
dalam pesta menuai padi pada setiap kali tibanya musim atau hari keramaian seperti
ketika menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun dan juga ketika
mendodoi anak. Badaupdinyanyikan oleh wanita dan sehingga kini masih ada
kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat Bisaya.
.

Bedaup Kulintang

Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. seperti
pulas jari (mitompulas), gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) yang
menonjolkan imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu.







ADAT RESAM DAN KRAFTANGAN
Bagi penganut Islam kaum Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah
dipengaruhi oleh ugama Islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka. Banyak
perkara dianggap menyusahkan dalam proses perkahwinan etnik Bisaya seperti
tempoh merisik tiga hari dan keluarga lelaki perlu tinggal cuci kawah selepas majlis.

Tempoh memberi kata putus selepas adat merisik dibuat menjadi petunjuk sama
ada pihak perempuan sudi atau tidak menerima lelaki sebagai menantu. Jika dalam
masa tiga hari keputusan dapat dibuat, tandanya mereka bersetuju tetapi jika sudah
memasuki tempoh seminggu maka boleh dianggap lelaki itu tidak bernasib baik. Adat
ini biasanya dilakukan sebagai satu peringkat awal sebelum peminangan secara rasmi
dibuat dan perbincangan selanjutnya mengenai jumlah berian (hantaran) diputuskan.
Etnik Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu dalam menentukan
jumlah hantaran.

Dahulu, hantaran kahwin tidak sampai RM1,000 tetapi kini sesiapa yang mahu
berkahwin dengan gadis Bisaya perlu menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan
ada yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Faktor yang paling utama
ialah taraf pendidikan,kedudukan dan kerjaya perempuan itu. Jika tidak bekerja, nilai
hantarannya adalah kira-kira RM6,000. Wang hantaran pula biasanya perlu diserahkan
semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. Ketika bertunang, cukup dengan
menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran.

Pada zaman dahulu ada adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu
pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan
sebelum ke rumah keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan
kemudian berpatah balik ke rumah perempuan untuk tiga hari lagi. Paling unik dalam
adat perkahwinan etnik ini ialah penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di
mulut pasangan pengantin sepanjang tempoh bersanding. Sehingga kini masih ada
yang mengamalkan adat itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik
sebagai pengganti gulungan rokok daun.

Pelamin juga tidak ada dalam adat Bisaya kerana dulu pengantin hanya
bersanding di atas kotak kayu yang dihias cantik. Konsep perkahwinan dalam
masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak berbeza dengan orang Melayu mungkin
kerana mereka juga beragama Islam.

Etnik Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan
perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang berpunca
daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan sebanyak dua kali
ganda. Namun jika lelaki yang meminta perceraian, wang hantaran dianggap hangus.
Perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya antara lain adalah disebabkan
berlaku perkahwinan campur dan perubahan zaman selain mengelakkan kos yang
sangat tinggi jika kekal dengan cara lama.

Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya
belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius
kerana sehingga hari ini. Pihak lelaki perlu membayar denda seperti sepersalinan
pakaian kepada kakak pengantin perempuan sekiranya berlaku sebegitu. Namun, kini
nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100
untuk seorang kakak.

Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik,
beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bakal
pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda
akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan.

Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak
boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula
selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang. Kerja cuci kawah dan
mengemas sisa daging kerbau adalah kerja pengantin lelaki.


pakaian pengantin masyarakat Bisaya

Kaum Bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri yang berkaitan dengan
kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat
sagu dan menangkap ikan. Antaranya bubu salihid, kalambigas dan lasok.






SENI BINA
Rumah tradisi mereka dikenali sebagai walai yang mana kebanyakkannya
diperbuat daripada bahannya pokok seperti dinding, pintu, rangka dan lain-lain lagi.
Rotan dijadikan sebagai bahan pengikat yang diperolehi daripada hutan. Rumah Bisaya
dibahagi kepada empat bahagian utama iaitu ambir, saliuan, lamin dan serambi. Ambir
adalah paling hadapan berfungsi sebagai serambi terbuka untuk menyambut tetamu,
tempat bersantai dan membuat kerja-kerja harian. Manakala bahagian berdinding di
dalam rumah adalah indung rumah yang dikenali sebagai saliuan. Ia berfungsi sebagai
ruang keluarga untuk berhimpun, berehat dan mengalu-alu tetamu yang datang
bertandang. Di antara dapur terdapat laluan bersebelahan dengan saliuan, iaitu
bahagian tempat tidur yang dipanggil sebagai lamin. Bersebelahan dengan ini pula
adalah dapur yang dipanggil serambi, kebiasaaannya terletak dibahagian belakang
yang berfungsi sebagai ruang untuk memasak dan tempat makan.



MAKLUMAT PENDIDIKAN SIVIK DAN
KESIHATAN

NAMA PELAJAR
MOHD HAZANIE BIN ZAMMANNE

KELAS
2 DEDIKASI

NAMA GURU
TEACHER FLORENCE DUAT


FOLIO
WARISAN SENIAN PELBAGAI KAUM
(BISAYA)

Anda mungkin juga menyukai