Anda di halaman 1dari 14

HARI GAWAI

1.0 Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak
di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Hari
Gawai atau sering disebut Gawai Dayak merupakan perayaan tradisi yang disambut
penuh meriah oleh etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Hari Gawai yang
disebut “Ari Gawai” dalam bahasa Iban dan “Andu Gawai” dalam bahasa Bidayuh
disambut pada tarikh 1 Jun setiap tahun.

Tarikh sambutannya tidak berubah dan mula disambut secara besar-besaran sejak
25 September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di
Sarawak. Sambutan Hari Gawai pada peringkat negeri yang pertama pada 1 Jun
1965. Menurut sejarahnya, Hari Gawai diraikan sebagai tanda berakhirnya musim
menual padi bukit, selain untuk melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada
"petara" atas rezeki padi yang diperoleh pada musim tersebut.

Maka itu, Hari Gawai merupakan hari untuk suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu
untuk berpesta dan bergembira bagi meraikan rezeki menuai padi kerana perkataan
"gawai" itu bermaksud pesta. Pendek kata, Hari Gawai merupakan hari menyambut
tahun baharu yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan
bermulanya musim menanam padi yang baharu. Selain itu, Hari Gawai bertujuan
untuk meraikan "semangat padi" yang telah memberikan rezeki dan mengharapkan
rezeki bertambah dan tiada apa-apa yang buruk berlaku dalam kehidupan etnik
peribumi Sarawak itu pada musim menanam padi yang akan datang.
Air "Tuak" dan Kuih Tradisional ialah menyingkap cara masyarakat zaman dahulu
menyambut Hari Gawai, suku kaum Dayak akan membuat persediaan awal, iaitu
sebulan sebelum tibanya tarikh 1 Jun. Dalam tempoh sebulan itu, suku kaum
peribumi yang menyambut Hari Gawai akan menyediakan air tapai yang dipanggil
sebagai "tuak". "Tuak" dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak
dan dicampurkan ragi sebelum disimpan di dalam tempayan. Penapaian "tuak"
biasanya mengambil masa kira- kira sebulan. Apabila sudah ada sedikit air "tuak"
tulen yang terhasil daripada nasi pulut yang ditapai itu, air itu akan dicampurkan
dengan gula secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Setelah hampir
cukup sebulan, air "tuak" itu akan ditapis dan disimpan di dalam botol.

"Tuak" akan diminum semasa sambutan Hari Gawai dan biasanya tetamu yang
datang berkunjung ke rumah panjang akan diberikan minuman "tuak". Dalam
masyarakat Iban, "tuak" dipanggil "ai pengayu" yang bermaksud "tuak untuk panjang
umur". Sebelum meminumnya, "ooohaa" akan dilaungkan yang menandakan
perayaan Hari Gawai sudah tiba. Sebelum tiba hari perayaan juga, kaum wanita
akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih sepit,
kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras, tepung
gandum, santan dan telur.

"Kumang" dan "Keling" Gawai ialah dalam tempoh sebulan menjelang Hari Gawai,
pertandingan "Kumang Gawai" dan "Keling Gawai" akan diadakan bertujuan untuk
memilih gadis dan jejaka yang bukan sahaja cantik dan tampan tetapi mempunyai
pengetahuan tentang adat dan tradisi suku kaum masing-masing. Pemilihan
"Kumang Gawai" yang disertai oleh gadis remaja dan "Keling Gawai" oleh lelaki
remaja juga dinilai berdasarkan pakaian tradisi yang dipakainya berserta dengan
aksesori yang bersesuaian dengan pakaian dan suku kaum yang diwakili oleh
peserta pertandingan tersebut.
Setiap Bahagian di Sarawak akan mengadakan pertandingan ini, dan "Kumang
Gawai" dan "Keling Gawai" yang mewakili Bahagian masing-masing akan beradu
kecantikan, ketampanan dan kebijakan akal masing-masing pada malam kemuncak
pertandingan yang kebiasaannya berlangsung sebelum tiba tarikh 1 Jun. Merujuk
pada 11 Bahagian di Sarawak, suku kaum Iban kebanyakannya mendiami Bahagian
Sri Aman, Kapit dan Betong. Suku kaum Bidayuh yang terbahagi kepada empat
kategori, iaitu Bidayuh Biatah, Bidayuh Bau-Jagoi, Bidayuh Bukar-Sadong dan
Bidayuh Selakau pula kebanyakannya tinggal di Bahagian Serian. Orang Ulu ▷
seperti Kayan, Kenyah dan Kelabit pula kebanyakannya mendiami daerah di
Bahagian Miri dan Bintulu.

"Ngabang" atau "Bijarah" ialah seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina
dan Deepavali, Hari Gawai juga diraikan dengan mengadakan aktiviti berkunjung ke
rumah sanak saudara dan sahabat handai. Dalam bahasa Iban, amalan kunjung-
mengunjung disebut "ngabang" manakala suku kaum Bidayuh menyebutkan
"bijarah". Maka itu, selain berpesta dan melakukan amalan tradisi, pada Hari Gawai
juga semua adik- beradik dan sanak saudara yang tinggal berjauhan akan
berkumpul di rumah panjang, atau pada masa ini di rumah ibu bapa yang tinggal di
kampung. Semuanya akan berkumpul dan bersama-sama memeriahkan hari
kebesaran tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang. Yang menariknya, semua
orang boleh "ngabang" atau "bijarah" walaupun tidak mengenali penghuni rumah
berkenaan.

Dalam kalangan suku kaum Bidayuh, sebelum berlangsungnya pesta atau sambutan
gawai di rumah panjang pada waktu malam, upacara "birambet", iaitu menyambut
kedatangan golongan lelaki dan tetamu dari luar yang datang ke rumah panjang
akan diadakan pada waktu petang. Dalam upacara ini, golongan wanita akan beratur
di sepanjang laluan menuju ke rumah panjang sambil memegang sebotol tuak dan
kuih tradisional. Segelas tuak dan kuih tradisional akan diberikan kepada golongan
lelaki dan tetamu yang berjalan menuju ke rumah panjang sebagai tanda sambutan
dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
Hidangan Tradisi ialah makanan tradisi, iaitu ayam yang dimasak di dalam buluh
menjadi menu wajib yang dihidangkan semasa Hari Gawai. Bagi masyarakat Iban,
hidangan tradisi itu disebut "ayam pansuh" atau "manok pansuh" manakala suku
kaum Bidayuh pula memanggilnya "assam" atau "issam". Terdapat perbezaan antara
"ayam pansuh" dengan "assam". "Ayam pansuh" ialah daging ayam yang
dicampurkan daun pucuk ubi manakala "assam" ialah daging ayam yang digaul
dengan nasi yang sudah dimasak. Persamaannya pula ialah hidangan tradisional itu
dimasak dengan cara memasukkan daging ayam dan ramuan tertentu ke dalam
buluh dan kemudian dibakar menggunakan kayu api.

Selain itu, Ngepan digunakan semasa perayaan seperti "Hari Gawai" . Ngepan Iban
merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Ngepan Iban adalah nama
busana tradisional etnik Iban di Sarawak yang dipakai oleh kaum wanita. Selalu
dipakai semasa perayaan Hari Gawai atau semasa majlis keramaian seperti
sambutan Pekit Kumang. Pakaian tradisi ini juga dipakai ketika majlis perkahwinan.
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini agak
sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.

Biasanya bidang diperbuat daripada kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri
daripada dua lembar kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan
sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya
dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika
upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak
geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah
ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional
yang disulam seperti kain songket dengan benang emas atau perak di atas kain
dasar yang bewarna merah.
2.0 Pakaian tradisional wanita etnik Iban mempunyai pelbagai jenis aksesori yang
dipakai sebagai hiasan kepala, bahu, dada, pinggang, tangan dan di kaki dengan
nama-nama tertentu seperti sugu tinggi, cham sanggul, tenggak buah bemban,
marik empang, marik tali ujan, selayah, simpai, rawai, lampit, tumpa, sementing, kain
karap, lumbai, tating kain, gerunung dan gerunchung serta lain-lain.

Gamba r Menunujukkan
Pakaian Tradisional Wanita Iban

Gambar Menunujukkan Pakaian


Tradisional Lelaki Iban
3.0 Seterusnya, makanan tradisional dan minuman hari gawai ialah antaranya
makanan ialah Nasi Merah. Nasi yang berwarna merah muda ini yang diperbuat
daripada beras yang berbeza daripada beras biasa sememangnya banyak memberi
manfaat antaranya meningkatkan kesihatan jantung, mencegah kanser,
meningkatkan kesihatan pencernaan dan banyak manfaat lain. Masyarakat kaum
Iban amatlah menitikberatkan pengambilan makanan yang sihat, tidak hairan lah
kebanyakan kaum Iban yang sudah berusia masih kuat dan sihat. Di samping itu,
makanan seterusnya ialah Ikan Tempoyak. Seakan sama masakan dengan ikan
patin masak tempoyak, makanan tradisi kaum Iban “Ikan Tempoyak” yang mudah
dan cepat dimasak dan sememangnya sedap untuk di makan.

Tambahan pula, makanan seterusnya ialah Daun Ubi. Daun yang sering digunakan
sebagai ubat-ubatan seperti mengatasi bengkak dan demam, daun ini juga sedap
jika dimasak dan dimakan. Ditumbuk dan ditumis dengan perasa seperti ikan bilis
dan cili, disumbat ke dalam tabung buluh dan dipanggang di atas api atau hanya
direbus dengan bawang merah, lemak dan garam sememangnya memberi aroma
bau yang nyaman dan sedap.

Selepas itu, makanan yang akhir ialah Ayam Pansuh. Tidak asing lagi,makanan
yang agak terkenal di kalangan masyarakat Malaysia Ayam Pansoh atau dikenali
sebagai ‘Manok Pansoh’. ‘Manok’ yang membawa maksud ayam ‘Pansoh’ pula
bermaksud dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional
masyarakat Iban di mana cara memasak sama seperti menyediakan lemang, Manok
Pansoh dimana ayam dimasak dalam buluh. Oleh sebab cara masakan ini berasal
daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan
disediakan mengikut cara yang sama.
Nasi Merah

Ikan Tempoyak

Daun Ubi

AyamPansuh

Seterusnya, kuih-muih tradisional yang unik dimakan dan diraikan semasa hari
gawai ialah yang pertama Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala. Kuih ini turut dikenali
sebagai Kuih Jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa
kerana tekstur dan rasanya yang lazat. Ketika menikmatinya, kami mencadangkan
agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih Sarang Semut yang
rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.

Selain itu, kuih-muih tradisional unik yang kedua ialah Penganan Chuan/ Penyaram.
Penganan dari Sarawak merupakan makanan tradisional yang dibuat dengan
menggoreng adunan tepung beras, gula, dan santan. ‘Kek mini’ ini rasanya manis-
manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun
bahagian dalam yang lembut lagi kenyal. Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi
disebabkan ianya makanan bergoreng, amalkan kesederhanaan dan kawalan porsi
dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa. Di samping itu, kuih-muih
tradisional unik yang ketiga ialah Hinompuka (Kuih pulut kukus). Hinopuka
merupakan makanan tradisi Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit yang
dibalut dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal.
Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak
berkrim, dan ada juga yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa
manis. Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan,
pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan
yang sesuai bagi anda yang menggemari perisa yang lebih halus.

Kuih-muih yang unik tradisional hari gawai yang terakhir ialah Bambangan. Buah
istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga. Ia memiliki
kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, dan boleh dimakan masak atau dituai
mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk
menghasilkan hidangan seperti Hinava Ginapan untuk Tadau Kaamatan. Jika
dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa
dengan mangga atau nangka. Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau dijeruk,
nikmatilah setiap kunyahan dengan penuh perhatian dan lebih perlahan untuk
meningkatkan kepuasan makan anda.

Kuih Sarang Semut


Penganan Chuan/ Penyaram
atau Kuih Jala
Hinompuka (Kuih pulut kukus) Bambangan

3.0 Sererusnya, minuman traditional hari gawai ialah antaranya Persediaan untuk
menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian "tuak"
iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa
selama kira-kira sebulan. Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah
dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan. Bila sudah ada
sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan
dicampurkan gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut
tersebut.

Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak
melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi. Tuak
merupakan salah satu minuman tradisi yang popular di kalangan masyarakat asli di
kawasan Nusantara, dari Pantai Timur Malaysia sehingga ke Indonesia. Dihasilkan
dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan bergantung kepada suku kaum yang
menghasilkannya. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak.
Gambar Menunjukkan Minuman Tuak
Tradisi Hari Gawai

4.0 Selain itu, Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial
oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara mining in dirual (beranda) rumah
panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada
jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya
panjang umur, sihat dan makmur Pada pagi 1 hb Jun tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah
dengan diringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring
persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk
mendirikan rumah Panjang.
Gambar Menunjukkan Perayaan Yang Diraikan Oleh Gawai Dayak Di Rumah
Panjang

5.0 Seterusnya, cara makan semasa perayaan gawai dayak ialah dengan duduk
bersila dan orang yang lebih tua duduk di atas kerusi, tambahan pula semua
makanan diletakkan di atas meja panjang dengan pakaian lengkap iaitu pakaian
yang disambut pada hari gawai dayak. Selain itu, banyak kaum datang meraikan
rumah terbuka dengan hari peranti, ini dapat mengeratkan hubungan mesra antara
satu sama lain dan mengenali serta memahami budaya kaum lain. Hal ini penting
kerana amalan rumah terbuka merupakan satu medium untuk kita mengenali dan
memahami budaya kaum-kaum di dalam Malaysia. Apabila kita menghadiri rumah
terbuka kita dapat lihat pelbagai jenis juadah dan adat yang diamalkan dalam
perayaan kaum tersebut. Pengenalan dan pemahaman sesuatu adat itu penting
kerana ia membuka mata mereka yang tidak tahu dan akan merasa lebih rapat serta
gembira untuk hidup dalam masyarakat yang aman majmuk.

Gambar Menunjukkan Cara Mereka Makan Semasa Perayaan Gawai Dayak

6.0 Selain itu, Bahasa yang selalu bercakapan oleh Gawai Dayak ialah Bahasa
Bidayuh. Bahasa Bidayuh ialah Bahasa yang selalu mereka bercakap untuk
memahami bahasanya. Contohnya sini dalam Bahasa Bidayuh ialah gatik. Bahasa
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di
Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan
alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan
bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini menyebabkan suku kaum ini
sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku
atau dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian
menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan
pula menyebut "makan" sebagai "man".

7.0 Akhir sekali, aktiviti yang mereka buat semasa masa lapang pada hari Gawai
Dayak ialah Hari Gawai juga diraikan dengan mengadakan aktiviti berkunjung ke
rumah sanak saudara dan sahabat handai. Dalam bahasa Iban, amalan kunjung-
mengunjung disebut “ngabang” manakala suku kaum Bidayuh menyebutkan
“bijarah” Selain itu, pada petang menjelang Hari Gawai bermula, upacara
membuang sial dilakukan oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’
ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau mewakili penghuni rumah panjang berdoa
supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sambutan Hari Gawai ini juga menandakan berakhirnya musim menuai padi.
Masyarakat Dayak yang sememangnya mengamalkan aktiviti menanam padi
sebagai sumber ekonomi utama mereka sejak zaman dahulu. Maka, pada
penghujung musim menuai ini, mereka sudah mempunyai sumber beras yang
banyak dan mencukupi untuk kelangsungan hidup dan jualan. Oleh itu, Hari Gawai
diadakan sebagai tanda terima kasih kepada Tuhan atas pemberian hasil tani yang
banyak dan subur.
Gambar menunjukkan Pada Hari Gawai Dayak aktiviti menanam padi

REFERENCES

1) iloveborneo.my, penulis oleh Nur Afifah pada tahun 27 Mei 2020, Kenegaraan
Malaysia, mentakrifkan untuk aktiviti Hari Gawai Dayak, boleh didapati di pautan
https://www.iloveborneo.my/7-perkara-yang-perlu-anda-tahu-tentang-hari-gawai-
dayak/, diakses pada 21 July 2023.

2) bellajamal.com, penulis oleh Bellarina Natasya pada tahun 17 May 2023,


Kenegaraan Malaysia, mentakrifkan untuk makanan tradisi hari Gawai, boleh
didapati di pautan https://www.bellajamal.com/2023/05/15-kudapan-unik-makanan-
tradisi-untuk.html, diakses pada 22 July 2023.
PLAGIARISM REPORT

Anda mungkin juga menyukai