Anda di halaman 1dari 7

PERAYAAN PELBAGAI

ETNIK DI MALAYSIA
DEEPAVALI 
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada 22
Oktober/November atau ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara
bulan Oktober dan November. Hidangan popular kaum India semasa
perayaan Deepavali ialah seperti Thosai, Idli, chappati dan Nasi Daun
pisang. Pakaian tradisional akan terlihat sepanjang hari – lelaki akan
memakai baju vesti dan jippa (kurta). Perempuan pula akan mengenakan
sari buat yang sudah berkahwin atau sut baju Punjabi (berseluar) untuk
yang belum berumahtangga. Baju-baju lain termasuk sut lehenga (baju
bersulam dengan kain kembang) dan pavadai (skirt tradisional panjang).
MAKANAN                      PAKAIAN
          
TAHUN BARU CINA
Perayaan Kaum Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di Malaysia. Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak
bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum
musim bunga. Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari
dan 21 Februai. Kaum Cina semestinya akan memilih hiasan yang berwarna
merah kerana  warna merah ini bawa 'ong' atau nasib baik bagi
masyarakat. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul
beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan
jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga
akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum
berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang
berpanjangan 。
ADAT MAKANAN
GAWAI DAYAK

Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak ini disaambut


oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim
tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini, kebiasaannya mereka akan membersihkan
rumah serta kubur nenek moyang mereka.Pada perayaan ini juga, mereka akan menari dan
mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis arak yang diperbuat
daripada nasi.Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25
September1964. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1
Jun 1965. Nasi pulut "pansuh" (lemang) kan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma
istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperolehi jika dimasak dalam periuk.Nasi pulut
ini adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan
dikalangan komuniti itu yang menjamahnya.
       ADAT PAKAIAN

Anda mungkin juga menyukai