Anda di halaman 1dari 12

TAHUN BARU CINA

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan berkumpul. Rumah akan dicuci dan dihias cantik seperti menggantung tanglung di hadapan rumah. Rumahrumah juga dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau . Mercun dibakar

pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun


baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang turun masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah makanan tradisi temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran prosperity yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa

dan menjalankan upacara shuo sui , yang


dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, bermula. menandakan sambutan tahun baru

Hari pertama tahun baru cina disambut dengan meriah. Setiap orang akan memakai pakaian baru berwarna merah yang mencerminkan Ia membawa keceriaan.. Ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama mereka.. maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ang pow diteruskan

kepada kanak-kanak dan orang yang belum


berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah

bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan


oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau

singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang


diiringi bunyi gendang.

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina dapat dirasakan di mana-mana di Malaysia. Perhiasan-perhiasan di rumah, di kedai-kedai dan di tempat-tempat awam yang diiadakan semasa sambutan Tahnu Baru Cina menambahkan keceriaan sambutan. Adat dan tradisi menyambut tahun Baru Cina dipertahankan di samping berkongsi perayaan dengan lain-lain kaum di Malaysia.

MAKANAN TRADISI

PAKAIAN

BAJU CEONGSAM

HIASAN RUMAH

TANGLUNG POKOK LIMAU

ANGPAU DAN MERCUN

TARIAN SINGA DAN TARIAN NAGA

TTTARIAN SINGA

TARIAN NAGA

Anda mungkin juga menyukai