Anda di halaman 1dari 22

§¾º¢Â Ũ¸ ¨†ÄñðŠ ¾Á¢úôÀûÇ¢

SJK(TAMIL) LADANG HIGHLANDS


BANDAR BUKIT TINGGI 2 , KLANG.

PAMERAN BERTEMA SECARA MAYA


BULAN FEBRUARI 2021

TAHUN BARU CINA


SEJARAH TAHUN BARU CINA

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk
ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan
manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk
menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api
siang dan malam.

Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
SEJARAH TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar
agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru
dan bagi menghalau nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada
musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru
dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang
Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu
Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang
sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua
binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang
mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing,
ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya
dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini
akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan


bentuk sering memenuhi kawasan kediaman masyarakat
Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut
dengan cukup meriah. Hiasan dalaman rumah dan
tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan
diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan
tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berwarna merah
mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Pada zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina


sering berpesan agar orang-orang kampung
menggantungkan kertas berwarna merah di
pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap
waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana
dikhuatiri binatang bernama Nian( raksaksa) akan
mengganas di kawasan rumah mereka. Warna merah
sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksaksa
tersebut.
MALAM TAHUN BARU CINA
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol
eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni.
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun
temurun. Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan
menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan
umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan
dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan
antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api
akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
YEE SANG
Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan
sambutan Tahun Baru Cina. Menu ini biasanya disajikan
sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai
Simbol Penyatuan dan Lambang Kemurahan Rezeki yang
akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
Apabila hari siang, upacara membakar lilin diadakan.
Pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, di samping ucapan
‘Kong Hee Fatt Choy’
akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa
maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa
kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau
mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala
tradisi memberi ‘Ang Pow’ diteruskan kepada
kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
PAKAIAN

Warna merah menggambarkan keadaan


yang terang dan ceria telah menjadi lambang
kegembiraan dan menjanjikan sinar
kecerahan dalam kehidupan. Warna merah itu
dipanggil hong dalam bahasa Cina dan
bunyinya kedengaran seperti ‘ong’ atau
bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya
warna ini akan membawa tuah jika
dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina
dan majlis perayaan yang lain. Mereka
percaya dengan pemakaian warna ini akan
dilimpahi tuah sepanjang tahun.
PAKAIAN
Mereka percaya warna merah membawa
tuah dan kecemerlangan dalam hidup
mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang
sekiranya memakai pakaian yang berwarna
hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah
dilarang memakai baju hitam, biru dan
kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana
dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.
ANG PAU

Perayaan diceriakan dengan sampul merah. Antara sebab


mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh
kanak-kanak ialah pemberian ‘angpau’ atau
sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum berkahwin,
mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan
Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah
berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang
belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.
ANG PAU

Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi


utama mereka dan sering diberikan dalam majlis sosial dan
keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika
perayaan seperti Tahun Baru Cina. Warna merah sampul ini
melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung
dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka
genap.
LIMAU MANDARIN & LOKAM

Menghidangkan limau mandarin pada Tahun Baru


Cina juga dipercayai membawa nasib baik dan
kemakmuran pada tahun akan datang. Ia
merupakan satu kewajipan setiap Tahun Baru Cina.
Limau mandarin ini disebut sebagai “ Lokam ”.
Limau ini dipanggil juga sebagai
“ Kam “ dalam Bahasa Kantonis yang bermaksud
emas. Sekiranya dilihat secara fizikal ia
melambangkan unsur kekayaan.
LIMAU MANDARIN & LOKAM

Warna oren terang pada buah limau, serupa dengan


emas dianggap simbol 'kemakmuran'. Selain bentuk
fizikal, perkataan “ Kam “ membawa maksud 'luck'
atau tuah. Menjelang Tahun Baru Cina, masyarakat
Cina mesti menginginkan 'kemakmuran' dan
'keuntungan'. Oleh itu, pokok limau dan limau
mandarin menjadi simbolik untuk membawa
semangat. Selain itu, ada kepercayaan yang
mengatakan akan lebih baik untuk memberi limau
mandarin dengan daun kerana ia melambangkan
panjang umur.
KUIH BAKUL
Kuih bakul ialah makanan tradisi kaum Cina yang
dibuat daripada tepung pulut dan gula lalu
dibentukkan seakan seperti dodol. Sungguhpun
kuih ini boleh dimakan pada bila-bila masa,
secara tradisi kuih ini selalunya dimakan ketika
sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul
dipercayai membawa tuah pada masa perayaan
ini kerana namanya, "nian gao" di mana
perkataan (gāo) bermaksud 'tinggi’ dan ia
melambangkan erti tahun demi tahun semakin
tinggi atau secara ringkasnya, "setahun lagi
kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
TARIAN NAGA

Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan


naga yang dibuat daripada kain atau kanvas.
Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang
pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud
‘peluang’ atau ‘keuntungan’. Tarian ini berbentuk
akrobatik. Penari akan melompat ke sana ke sini untuk
memungut ‘angpau’. Tarian ini diiringi paluan gendang
yang kuat. Tarian ini kebanyakannya dimainkan
semasa perayaan Tahun Baru Cina dan
Pesta Chap Goh Meh.
TARIAN NAGA

Jumlah penari yang mengambil bahagian


bergantung pada saiz ukuran panjang naga yang
digunakan dalam tarian ini. Pasukan tarian meniru
apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat
sungai secara berbelok-belok dan
beralun-alun. Gerakan-gerakan dalam
persembahan ini secara tradisinya melambangkan
peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa
dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama
sambutan Tahun Baru Cina.
TARIAN SINGA
Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional
dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari
akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan
bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang
disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong,
dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah. Tarian ini dipersembahkan sempena
Tahun Baru Cina dan sambutan tradisional
masyarakat Cina.
CHAP GOH MEI
Chap Goh Mei disambut pada hari ke-15 menandakan berakhirnya perayaan
Tahun Baru Cina. Walaupun hari terakhir dalam perayaan Tahun Baru Cina, tetapi
hari Chap Goh Mei tetap disambut dengan meriah dengan pelbagai aktiviti
menarik.Pada hari Chap Goh Mei, orang Cina akan mengadakan upacara
sembahyang dan juga menyediakan masakan yang sedap untuk makan besar
bersama dengan keluarga.
CHAP GOH MEI
Selain itu, pesta Chap Goh Mei juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan
persembahan tradisional Cina seperti perarakan tanglung, teka-teki,
persembahan tarian naga dan singa, menyalakan bunga api dan opera Cina.
Beraneka bentuk lampu dipasang pada hari Chap Goh Mei. Lampu-lampu
tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk
seperti gunung, bangunan, orang, bunga, burung dan binatang. Pada zaman
sekarang, teknologi moden yang canggih menghasilkan lampu tanglung dari
gentian optik, laser dan cahaya yang berwarna-warni.
SEKIAN TERIMA KASIH

PUSAT SUMBER SEKOLAH


SJKT LADANG HIGHLANDS
PERSIARAN BATU NILAM 2,
BANDAR BUKIT TINGGI 2,
KLANG.

Anda mungkin juga menyukai