Anda di halaman 1dari 9

SEJARAH tahun baru cina

• Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana


seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di
Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan
dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini
dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun
dan membakar bunga api siang dan malam.
• Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun
baru bagi kalender Masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna
merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’. Ia menjadi
simbol tradisi kemeriahan Masyarakat cina.
ZODIAK CINA
• Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi
simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Budhha telah menjemput semua
binatang untuk menghadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja
yang sampai.
• Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi Masyarakat Cina
Buddha. Binatang-Binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet,
harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan Arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun
ini akan mewarisi sifat dan untung Nasib Binatang tersebut.
MALAM TAHUN BARU CINA

• Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh
akan berkumpul di rumah ibubapa untuk upacara makan besar. Ini
simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat
harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah
tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap
dan sayur ‘prosperity’.
• Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan
upacara ‘shuo sui’, yang dipercayai akan memanjangkan umur
seseorang. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan
dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

• Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang
bewarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan
“Kong Hee Fatt Choy”akan diucapkan sesame penganut. Ia membawa
maksud “Semoga tahun ini akan membawa kebaikan”.
• Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang
angpau dalam sampul merah bagi melambangkan Nasib baik.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan dengan kereta berhias
yang diiringi bunyi gendang.
PEMBERIAN ANGPAU

• Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau


biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin
kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang
belum berkahwin layak menerimanya tanpa
mengira usia.
• Warna merah sampul ini melambangkan tuah.
Jumlah wang yang terkandung didalamnya
lazimnya dikehendaki bermula dengan angka
genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan
wang yang diberi Ketika majlis pengebumian.
PEMBERIAN BUAH LIMAU

• Pokok limau mandarin atau pokok limau yang renek


(kumquat) menjadi perhiasan di kala musim perayaan
Tahun Baru Cina.
• Buah limau melambangkan unsur kekayaan,Berwarna
terang oren keemasan seumpana emas dan simbol
`prosperity’. Selain itu, istlah sebutan buah limau
dalam Bahasa cina jugaseakan-akan dengan perkataan
‘luck’ atau tuah dari perkatan ‘kam’.
TANGLUNG
• Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu .
Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya
daripada buluh tetapi ada juga tanglung diperbuat daripada sutera
dan kain.
• Semasa pemerintahan Dinasti Song, tanglung-tanglung diperbuat dari
kaca dan permata digunakan sewaktu menyambut pesta dan
perayaan. Di negara China,tangling yang mudah dan ringkas
bentuknya digunakan untuk menerangi jalan masuk ke rumah,
digantung di tiang sampan, di luar rumah,dan kedai.
• Semasa musim luruh, mereka mengadakan pesta tanglung sebagai
tanda beakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan
Cahaya dan musim bunga.
WARNA MERAH
• Mereka percaya warna merah membawa tuah dan
kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan
ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna
hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai
baju hitam, biru, dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan
kematian dan kesedihan.
CHAP GOH MEI

• Hari kelima bagi perayaan ini iaitu ‘Chap


Goh Mei’ tidak kurang pentingnya. Ia
adalah hari terakhir bagi bulan penuh,
menandakan penutup bagi peraayaan ini.
• Perayaan tersebut jatuh pada malam 15
hari bulan, bulan pertama imlek China.
Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”,
kerana lampu-lampu dinyalakan pada
sebelah melam sebagai aktiviti utama
pada perayaan itu.

Anda mungkin juga menyukai