Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN TAHUN BARU CINA

• Nama Lain :Tahun Baru Qamari,


Perayaan Musim Bunga
Diraikan oleh: terutamanya
tamadun Asia Timur
Jenis: China, kebudayaan, agama
Buddha
Perayaan : sambutan Tahun Baru,
perhimpunan keluarga, jamuan
sekeluarga.
Berkaitan dengan : Perayaan
Tanglung yang mengakhiri
perayaan ini.
TAHUN BARU CINA
• Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

• Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.

• Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga
akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang
diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan
ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

• Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, mereka turut
memakai kalendar qamari Cina.
Sejarah :
• Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun
adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula
dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti
Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun,
adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk
memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa
ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut
catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut
Sima Qian).
• Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan
menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada
Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau
kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu
yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1
sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
• Mitos :
• Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ialah seekor
raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi
lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar
musim sejuk, untuk memburu manusia.
• Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar
menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka
mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan
warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa
kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang
bermaksud"menyambut tahun baru" ,membawa erti
harfiah "meredah raksasaNian".
UCAPAN SEMASA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

''xin nian ku i e'' Tulisan


Cina ialah ''Selamat Tahun Baru
Cina''merupakan ucapan kontemporari yang
mencerminkan pengaruh barat ini
diterjemah secara literal dari ucapan Happy
New Year yang kerap didengar di negara
Barat.
Namun di bahagian utara China, "guò nián
hǎo" yang dijadikan ucapan tradisi, bagi
membezakannya dari Tahun Baru
antarabangsa, boleh dipakai dari hari
pertama hingga hari kelima tahun baru.
Maksudnya ialah ''dapat hidup
dalam keadaan yang baik''.

Selain itu, "Gong xi fa cai” yang diterjemah
sebagai "Tahniah dan semoga mendapat
rezeki ''

Anda mungkin juga menyukai