Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA AKTIVITI MELUKIS KOLAM SEMPENA SAMBUTAN HARI

DEEPAVALI 2020

1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan dan melaksanakan aktiviti Kolam
sempena sambutan Deepavali 2020.

2. PENGENALAN
Kolam adalah satu reka bentuk ataupun corak yang dilukis atas lantai dengan menggunakan tepung
beras. Aktiviti seperti ini diadakan bagi memastikan generasi muda tidak melupakan tradisi mereka.
Aktiviti melukis kolam diharapkan mendapat sambutan daripada murid-murid untuk memberi
pengalaman kepada murid melukis kolam. Semoga program yang dianjurkan akan memberi manfaat
dan pendedahan kepada para murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan
kerjasama dalam kalangan murid.

3. MATLAMAT
Matlamat utama pertandingan ini adalah bagi memberikan ilmu pengetahuan tentang Kolam dan
Sambutan Hari Deepavali kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah.

4. OBJEKTIF
4.1 Bagi memperkenalkan simbol tradisional masyarakat India beragama Hindu yang
menyamput Deepavali kepada murid-murid dari keturunan dan agama lain.
4.2 Mencungkil bakat murid.
4.3 Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional
daripada luput ditelan zaman.

5. AKTIVITI
5.1 Melukis dan Menghias Kolam.
5.2 Mengadakan pameran tentang Kolam Dan Sambutan Deepavali.

6. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi aktiviti melukis kolam ini ialah murid-murid beragama Hindu seramai 12
orang dari tahun 6.

1
7. ANJURAN
Panitia Bahasa Tamil SK Taman Bukit Mewah.

8. AGENDA PROGRAM :
8.1) TARIKH : 8 November 2020 ( Ahad)
8.2) MASA : 7.30 pagi – 4.00petang.
8.3) TEMPAT : Perkarangan kantin SK Taman Bukit Mewah.
8.4) SASARAN : Murid yang beragama Hindu (Tahun 6) SKTBM
8.5) AJK PELAKSANA : Semua guru yang beragama Hindu SKTBM

9. STRATEGI PERLAKSANAAN :
9.1 ) Menyediakan kertas kerja program.
9.2) Mesyuarat AJK Program.
9.3) Menyediakan peralatan/ keperluan melukis kolam

10. Anggaran perbelanjaan melukis kolam sempena sambutan Hari Deepavali 2020.
BIL PERKARA JUMLAH
Pembelian peralatan
1. RM 25.00
a) Beras - 10kg x 1 bungkus = RM 25.00
2. Makanan murid
b) Makanan Tengahari -RM 4.00 x 15 = RM 60.00 RM 60.00

Jumlah Besar RM 85.00

11. PENUTUP
11.1) Adalah diharapkan murid-murid lebih memahami tentang Kolam dan Sambutan
Deepavali serta dapat mewujudkan suasana gembira perayaan di kalangan guru dan
murid beragama Hindu yang akan menyambut perayaan Deepavali.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................... .......................................
(SIVAPPRIYA VASUDEVAN) ( TAY TONG AIK )
Ketua Panitia Bahasa Tamil, Guru Besar,
SKTBM, SKTBM,
Johor Bahru. Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai