Anda di halaman 1dari 11

Strategi Lautan Biru?? Siapa faham??

BOS?

Blue Ocean Strategy?

Korang pernah dengar atau baca tentang Strategi Lautan Biru?? Apa benda ni? Pernah
tak tgk iklan yang paparkan kejayaan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera
Malaysia dalam melaksanakan NKRA (National Key Result Area) – Menjadikan Malaysia
negara yang lebih selamat untuk didiami?.. 2 Organisasi besar ini melaksanakan tugas
yang diletakkan dalam salah satu NKRA kerajaan dengan menggunakan Strategi Lautan
Biru?

So, apa dia ni Strategi Lautan Biru? Hish tak paham la. Ok, sebenarnya strategi ni adalah
direka untuk membezakan dengan Strategi Lautan Merah. Kenapa merah pulak ni?
Merah sebab berdarah, mati, luka, berdarah berlawan sesama pesaing ke? Tak paham?
Ok, kita fahamkan satu2 dulu.

Apakah itu Strategi Lautan Biru?

 Lautan Biru adalah perumpamaan yang dibuat untuk semua industri, langkah-
langkah, idea, perniagaan dan apa jua rekaan yang tidak wujud pada hari ini.

‘Blue Oceans denote all industries NOT in existence today’


 Dari segi aspek perniaagan, ia membawa maksud ruang perniagaan yang belum
diketahui.

‘The unknown market space’

 Dari segi perspektif perniagaan, sesuatu yang tiada lagi persaingan.

‘Untainted by Competition’

 Dalam Launtan Biru, PERMINTAAN adalah direka dan bukannya direbut.

‘Demand is created, not fought over’

Tak Nampak lagi? Tak paham?Baca lagi.

Strategi dunia koperat sekarang banyak terpengaruh dengan strategi ketenteraan yang
berkisar kepada konfrantasi dan perebutan dengan pesaing dan diharap dapat
menyingkirkan pesaing setelah ianya tewas.

Jadi itulah yang dinamakan Strategi Lautan Merah –perumpamaan yang diberikan
kepada dunia koperat/perniagaan yang penuh dengan perebutan pelanggan,
permintaan dan juga status. Oleh itu, pesaing yang berdarah (tewas) akan tidak dapat
bangun kembali jika ia masih dalam lautan yang sama.
Perbezaan BOS dan ROS
Kenapa perlu beralih kepada Strategi Lautan Biru?

Macam mana Apple Inc selepas Jobs


Konsep pengurusan Strategi Lautan Biru ini telah digunapakai oleh cerdik pandai
dunia. Sebagai contoh, mendiang Steve Jobs. Ada 3 cara utama beliau menguruskan
syarikat Apple Inc. Antaranya adalah :

1. Fikir berbeza
Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi
memberi makna yang hebat.

Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak
boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat
membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar,
cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada
kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.
Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat
aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan
sebagainya!

2. Komunikasi dalam perniagaan


Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang
komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan
memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh
mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat
penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang
efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan
boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh
passion!

3. Keep it simple
Permudahkan perniagaan. Steve Jobs menekankan 'simplicity' dalam hidupnya, bukan
sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep
minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep
Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!

Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman
web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan
konsep 'simple', dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari
berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai
aspek. Info kredit to Irfan Khairi.

Ok, keep it simpe bukan bermakna terlalu simple, tapi seperti yang Albert Enstein
pernah bagitahu dalam dia punya famous quotes,

‘Everything should be made as simple as possible, but not simpler’


-Albert Enstein.

Jika anda masih tidak faham, anda ambil contoh Apple Inc yang terlebih dahulu
mencipta telefon pintar dan peranti gajet yang canggih seperti iPad. Ketika itu tiada
saingan, produk yang menarik ini menarik/mencipta permintaan (demand). Demand
bersamaan keuntungan. Kemana perginya semua demand ini, Ya, kesemuanya ke Apple
Inc. Sekarang hanya ada satu saingan daripada Samsung. Selepas ini, mungkin ada
syarikat yang lain yang mampu bersaing. Jika and abaca mengenai Steve Jobs dan cara
beliau bekerja, penulis boleh 100% jamin yang beliau akan create new gajet yang tiada
saingan langsung setelah generasi gajet seakan iphone, ipad ada saingan.
Segak tu
Salah satu contoh lain yang baik daripada Malaysia adalah Tan Sri Tony Fernandez, idea
membangunkan syarikat Air Asia menggunakan slogan ‘ everyone can fly’ dengan bujet
tambang murah mampu membina empayar dan membeli Queens Park Ranger. Tiada
seorang pun yang yakin Air Asia boleh survive jika hanya mengenakan tambang murah
kepada pelanggannya. Not even Tun Dr Mahathir. Tapi Tan Sri Tony membuktikan, ada
sesuatu kelainan yang mampu buatkan Air Asia kekal bertahan, jaringan sosial Tan Sri
juga merupakan factor utama, lihat saja ikatan beliau dengan Sir Brandon (pemilik
Virgin Airline) yang sekarang ini mengusahakan pernerbangan ke angkasa lepas.
Angkasa Lepas? WTH?? Tapi itulah prinsip blue ocean yang diorang peraktikkan. Think
different! Contoh utama think different Tan Sri Tony adalah penjenamaan Air Asia
kepada setiap pengadil di Barclays Premier League. Mana pernah satu syarikat sebelum
ini yang menaja pengadil?? Tapi Tan Sri nampak peluang itu kerana setiap perlawanan
akan ada pengadil, cukuplah sekadar logo kecil disisi bahu pengadil tapi sudah cukup
untuk promosikan Air Asia pada setiap
perlawanan. SETIAP perlawanan! JUMLAH penonton setiap minggu dan setiap
perlawanan usah dikirala. Ratusan juta penonton. Jika hanya menaja satu pasukan,
mungkin tidak sebanyak penonton setiap perlawanan. Betapa bijaknya CEO Air Asia ini.

Bijak2
So, berbalik kepada Strategi Lautan Biru yang dilakukan olehPDRM dan ATM, apa
kena mengenanya? Ya, sebagai organisasi kerajaan yang bukan profit maker, kejayaan
strategi ini sukar untuk dinilai. Tetapi ianya boleh dinilai dengan pengurangan jumlah
jenayah dan feedback yang baik dari warga Malaysia. So, rakyat akan lihat bahawa tugas
mengawal keselamatan negara tidak hanya dibebankan kepada PDRM, tetapi secara
effektif dan kolektif diberikan juga kepada ATM. Banyak penjimatan yang kerajaan boleh
buat, seperti contoh, rekrut2 polis menjalani latihan mereka di Pusat Latihan Asas
Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson. Tidak perlu kerajaan membina satu lagi pusat
latihan hanya untuk polis. Kerjasama seperti ini yang belum dibuat lagi oleh mana-mana
organisasi inilah yang dinamakan Strategi Lautan Biru. Faham dah? Jika tidak, boleh
emel tanya part yang tak paham tu. Hehe

p/s: Sebenarnya jika organisasi koperat melaksanakan strategi ini, memang banyak
keuntungan yang boleh dibuat. Itu sebab kita digalakkan oleh kerajaan untuk mereka
cipta, mereka inovasi supaya kita boleh buat untuk atas hasil ciptaan yang belum pernah
ada.

p/s/s: Dari sudut dunia blogging, aktiviti ini jika kena tempat dan strateginya boleh
manfaatkan blogger seperti contoh niche blog yang ada kelainan, peluang perniagaan
yang ditawarkan, serta networking kukuh yang dapat membina jenama. InsyaAllah..

STRATEGI LAUTAN BIRU e-PENDIDIKAN

Apakah yang di namakan Strategi lautan Biru e-Pendidikan?

Hari ini kita lihat kaedah pembelajaran yang diterapkan oleh ibu bapa dan sekolah-
sekolah kepada pelajar masih sama setelah berabad-berabad lamanya, kaedah
pembelajaran yang lama ini telah menguasai sistem pendidikan di Malaysia
membuatkan tiada sesiapa yang mampu untuk mengubah dan merubah sistem
pendidikan yang ada sekarang.

Pelajar juga dituntut untuk bersaing secara sihat dalam pendidikan yang mana bila ada
persaingan secara sihat pasti pelajar tersebut bersungguh-sungguh untuk mendapat
keputusan yang terbaik atau pun cemerlang. Tetapi adakah wajar jika ibu bapa
meletakan harapan pada sesorang pelajar tanpa memberi satu langkah atau cara untuk
mereka bersaing tanpa membebankan pelajar tersebut dan adakah masih ralevan jika
menggunakan sistem pendidikan yang sedia ada tanpa mengubah kepada sistem yang
lebih baik.
“Strategi Lautan Biru mengingatkan, selagi organisasi atau sesiapa terus mahu
bersaing di Lautan Merah dia mesti selalu ingat bahawa tiada sesiapa yang akan
kekal cemerlang! Keluarlah daripada lautan merah dan belayar ke suatu lautan
yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan”.(Utusan
Malaysia, 28 April 2007)
Apakah yang saya maksudkan mengubah sistem yang lebih
baik? Tahukah anda bahawa sistem pembelajaran di Malaysia
kini telah mula berubah kearah teknologi yang lebih berkesan? Contoh nya sebelum ini
pembelajaran berasaskan buku yang terlalu membebankan ianya juga membosankan
kerana terlalu banyak buku yang digunakan untuk mengulangkaji pelajaran, dengan
buku kos pembelajaran menjadi lebih tinggi dan membebankan ibubapa. Ibu bapa juga
berlumba-lumba memberikan pendidikan yang terbaik pada anak-anak, sanggup
berpenat lelah mencari pendapatan untuk menampung kos pembelajaran anak-anak.
Bagi mereka biar berpenat lelah sekalipun tetapi pendidikan anak-anak perlu
diutamakan. Tetapi adakah cukup dengan menyumbangkan wang ringgit yang
banyak tanpa mengambil tahu cara yang terbaik untuk merancang strategi pendidikan
yang berkesan kepada mereka? Ibu bapa juga perlu menitik beratkan strategi
pendidikan yang berkesan supaya anak-anak berminat untuk belajar dan lebih seronok
untuk bersaing.
Disini saya akan bongkar kan rahsia bagaimana anak-anak anda mampu memperolehi
keputusan cemerlang tanpa memerlukan kos yang tinggi. Ianya telah terbukti berkesan
dan telah pun diikhtiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta Menteri-Menteri.
Jika anda telah membaca setakat ini bermakna anda berminat untuk mengetahui lebih
lanjut bagaimana caranya memberikan keputusan yang cemerlang pada anak-anak anda
tanpa membebankan anda! Teruskan membaca kerana saya akan rungkaikan satu
persatu rahsia ini.

A p a k a h R A H S I A N YA ? ? ?

Pernahkah anda mendengar Berkenaan PembelajaranOutput Learning?


Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah
dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan
dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan
pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah
pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang
sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana
kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa
4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif
yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi
Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan,
keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih
penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan
keyakinan dan mencapai kecemerlangan A. Untuk mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-


• Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya
menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
• Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
• Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
• Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game
dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
• Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

Masalah Ibu bapa:-


• Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
• Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
• Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
• Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
• Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
• Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk
belajar;
• Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi
keputusan diharapkan; juga
• Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.

Score A Programme™ Adalah jawapannya!!


Apakah Score A Programme™ ?
Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif
berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk
membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar
dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan
yang disediakan di Score A Programme™.
Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
Kena periksa jawapan sendiri
Tidak boleh mengulang soalan
Tiada pemantauan masa
Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
Tidak Interaktif
Apakah Pembelajaran Input?
Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda.
Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun
mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan
menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya
Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat
pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam
peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan
pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka
menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh
menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih
berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan
kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A
Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap
positif.
Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak!! Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan
dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga
menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A
Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

Sejarah Penubuhan Score A Programme™


Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u
Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan
secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu
daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A
Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam
PMR iaitu 100% A.
Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada
tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep
jaringan pemasaran agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk
pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan
ekonomi.

Silibus
Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan
Malaysia
Mengandungi lebih 700,000 soalan terkumpul yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
Sekolah Rendah Tahun 1-6
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
4. Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
5. Bahasa Cina
Sekolah Menengah Tingkatan 1-3
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Bahasa Inggeris)
4. Sains (Bahasa Inggeris)
5. Bahasa Cina
6. Sejarah
7. Geografi
Sekolah Menengah Tingkatan 4-5
1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Sejarah
4. Sains
5. Perdagangan
6. Prinsip Akaun
7. Ekonomi Asas
8. Fizik
9. Kimia
10. Biologi
11.Matematik Tambahan

Anda mungkin juga menyukai