Anda di halaman 1dari 3

Smile/Mandela

 Seorang yang bertanggungjawab


Mandela mengambil berat terhadap nasib penduduk kampung Soorangudi dengan membina
jalan tar, lampu-lampu jalan, dan juga sekolah. Hal ini adalah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dalam
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan ini, sudah tentu dapat mewujudkan
masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan mampu untuk
melaksanakan sesuatu tugas. Seterusnya, Mandela juga adalah seorang yang baik hati.
Buktinya, walaupun dia sering dipandang rendah oleh penduduk kampung serta dilayan dengan
tidak berperikemanusiaan semasa melakukan kerjanya, dia tetap bertimbang rasa untuk
membantu nasib penduduk kampung. Jelaslah disini bahawa, perwatakan Mandela ini adalah
selari dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Sifat yang
dimilikinya dapat menjadi petunjuk supaya keperibadian masyarakat sentiasa terjaga demi
mewujudkan masyarakat yang harmoni.
 Seorang yang rajin bekerja
Dia melakukan servis sebagai tukang gunting rambut bukan sahaja di tempat tinggal dia
malahan dari rumah ke rumah yang memerlukan servisnya seperti gunting rambut dan
bercukur. Hal ini dapat dikaitkan dengan tuntutan agama iaitu agama Islam amat menggalakkan
manusia melakukan kerja dan mencari rezeki untuk menyara kelangsungan hidup. Setiap
manusia yang berkemampuan dan berkeupayaan dari segi fizikal dan mental adalah dituntut
untuk bekerja.

Thenmozi
 Tidak mementingkan diri sendiri
Thenmozi bekerja di pejabat pos yang terletak di Kg. Sooragudi. Dia menyedari bahawa lelaki
yang dikenali sebagai ‘Smile/Jackass’ tidak mempuyai kad pengenalan diri semasa ingin
membuka akaun bank. Oleh itu, Thenmozi telah bertindak membantu ‘Smile’ untuk mendapat
kerakyatan sebagai warganegara India. Dia juga mencari nama sebenarnya dan memberi nama
yang sesuai kepada ‘Smile’ iaitu ‘Nelson Mandela’ yang memperjuangkan identiti orang kulit
hitam. Nama tersebut juga diambil kerana mereka memiliki persamaan dari segi rambut yang
keriting dan kulit hitam sepertinya.Thenmozi menolong Mandela tanpa meminta sebarang
bayaran mahupun balasan. Jelaslah disini bahawa perwatakan ini selaras dengan Rukun Negara
yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang melahirkan rakyat yang bertolak ansur,
berkesopanan dan kesusilaan serta harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap sesama
manusia atau rakan senegara.

 Seorang yang prihatin


Thenmozi menyedarkan Mandela bahawa tindakannya dalam menyalahgunakan kuasa sebagai
seorang pengundi itu salah. Dia marah dengan sikap Mandela yang sangat tamak dengan
mempergunakan Rathnam dan Mathi yang merupakan orang yang paling berpengaruh dan
terkaya di kampung tersebut. Mandela telah meminta mereka memenuhi kehendaknya
sekiranya ingin mengundi salah seorang dari mereka. Tindakan Mandela tersebut telah
menyebabkan orang kampung dan Thenmozi menghiraukan Mandela. Setelah kejadian
tersebut, Mandela menggunakan kuasa yang ada dengan memperbaiki kampung iaitu dengan
membina jalan, membina sekolah dan lain-lain. Jelaslah tindakan ini selaras dengan Falsafah
Sejahtera yang mementingkan pembentukan masyarakat yang berakhlak mulia. Rakyat akan
hidup dengan aman dengan adanya masyarakat yang berakhlak mulia.
Periyya Ayya
 Seorang yang adil.
Walaupun dia mempunyai dua orang anak lelaki daripada isteri yang berbeza, dia tetap tidak
berat sebelah. Dua orang anaknya yang bertanding sebagai calon dalam pilihan raya tidak
menjadikan Periyya memilih kasih dalam keputusan pilihan raya bagi menggantikan
tempatnya. Hal ini selaras dengan tuntutan agama, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
“Bertakwalah kepada Allah dan berlakulah adil terhadap kesemua anakmu”. Selain itu, Periyya
Ayya juga adalah seorang yang peka. Buktinya, dia menyedari Mandela dalam keadaan yang
bahaya selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Periyya lantas mengambil keputusan untuk
berada di sana untuk menyelamatkan Mandela. Hal ini berkaitan dengan Falsafah Sejahtera
yang menghindari perkara buruk dan mengamalkan perkara baik.

Rathnam & Mathi


 Mempunyai sikap yang mementingkan diri sendiri
Rathnam merupakan ketua bagi rakyat utara dalam Kampung Sooragudi manakala Mathi
adalah ketua bagi rakyat selatan. Mereka merupakan adik beradik tiri dan sering bergaduh
antara satu sama lain walaupun tujuan sebenar ayahnya berkahwin dengan 2 orang dalam
komuniti yang berbeza untuk mengelakkan konflik. Mereka berebut kuasa dalam menentukan
siapa yang akan menggantikan ayahnya dalam pilihanraya yang akan dijalankan. Oleh sebab
itu, mereka bertindak kejam demi untuk menang dalam pilihanraya tersebut.Sebagai contoh,
mereka sanggup membunuh Mandela sekiranya dia tidak mengundi salah seorang dari mereka.
Mereka juga tidak ingin menyelamatkan Kirudha yang telah pengsan akibat dari perbuatan
mereka kerana dia masih muda dan tiada hak untuk mengundi. Dalam Falsafah Sejahtera sangat
mementingkan individu yang harmoni dan seimbang, sikap mementingkan diri ini membawa
kepada kehidupan yang tidak harmoni.Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menyatakan yang
pembangunan insan haruslah seimbang dari aspek emosi,rohani, intelek, dan jasmani bagi
membolehkan setiap insan menjalani hidup yang harmoni, seterusnya dapat melahirkan
masyarakat, negara dan keluarga yang makmur.
 Tidak berperikemanusiaan
Mereka telah memukul Mandela tanpa rasa bersalah dan empati kerana dia masih tidak
membuat keputusan untuk mengundi salah seorang di antara mereka. Hal ini demikian kerana
mereka telah menghabiskan banyak duit untuk memenuhi kehendak Mandela. Dalam kejadian
tersebut, Kirudha yang berhasrat untuk membantu rakannya iaitu Mandela turut dipukul
dengan kejam sehingga tidak menyedarkan diri. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sangat mementingkan keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat dan negara. Jelaslah,
masyarakat yang tidak bertoleransi antara satu sama lain akan menyebabkan masyarakat
tersebut tidak akan berkembang dan maju dalam semua aspek kehidupan.
Kirudha
 Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi
Kirudha atau ‘Sideburn’ sering menemani Mandela setiap masa kerana mereka tergolong
dalam kasta yang sama. Dia telah membantu menyelamatkan Mandela sewaktu bidaan
dijalankan kerana mengetahui Mandela akan dibunuh. Buktinya, dia membuat hebahan bahawa
ketua presiden telah meninggal dunia untuk membantu Mandela melarikan diri tetapi gagal.
Akhirnya mereka dipukul secara beramai-ramai dengan kejamnya. Dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sangat mementingkan individu yang memiliki sahsiah yang tinggi. Dengan itu, ia
dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa bukan sahaja bermanfaat pada dirinya,
tetapi dalam semua aspek kehidupan.
 Seorang yang pemaaf
Kirudha memaafkan perbuatan Mandela yang tamak sehingga membuatkan hubungan
merekan renggang. Sebagai contoh, Thenmozi telah berjumpa dengan Mandela untuk
membuat panggilan video di antara mereka. Hal ini selaras dengan tuntutan agama Islam
yang menyatakan bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati
si pesalah tadi berasa tenang, tetapi Allah turut akan menurunkan ketenangan kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai