Anda di halaman 1dari 3

Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Kejayaan & pencapaian masyarakat & negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan

diamalkan oleh rakyatnya. Ketabahan Pengemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan & dugaan adalah dugaan terbaik untuk mencapai matlamat memajukan & mencemerlangkan negara. Rendah hati Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diritetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. 3 PENERIMAAN Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1 Malaysia.Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan olehkeupayaan peribadi dan bakat seseorang. 4 KESETIAAN Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Bidang sukan adalah pentas dan wadah terbaik bagi memperkukuhkan perpaduan kaum serta memupuk semangat cintakan negara selaras dengan gagasan 1Malaysia. Antara salah satu caranya adalah melalui penubuhan sekolah sukan.Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor justeru berharap, Kementerian Pelajaran memastikan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mencapai matlamat itu selain objektif penubuhannya 13 tahun lalu.Kewujudan SSBJ yang melatih generasi muda untuk cemerlang dalam bidang sukan seharusnya menjadi pendekatan berkesan dalam mencapai matlamat tersebut.Datin Seri Rosmah Mansor berharap budaya majmuk ini dapat diamalkan dan diterjemahkan dengan baik di SSBJ bukan sahaja di kalangan pelajar malah semua peringkat.Semua pihak perlu melihat semula sukan secara lebih menyeluruh demi masa depan bidang itu. SSBJ telah wujud selama 13 tahun dan berjaya menabur bakti dan jasa yang tidak ternilai kepada negara.Kementerian Pelajaran diharap dapat melihat dariperspektif lebih luas dan terbuka supaya SSBJ berada di landasan lebih ampuh dan betul. Datin Seri Rosmah juga tidak mahu sekolah sukan terus dianggap sebagai sekolah kelas kedua berbanding sekolah akademik. Kerajaan perlu membuat pendekatan yang lebih tersusun dengan kurikulum yang cenderung memenuhi objektif sebuah sekolah sukan. Penganjuran aktiviti sukan juga perlu diberi tumpuan dan dirasakan bahawa masyarakat harus bersama-sama memastikan bahawa semua aktiviti sukan tidak hanya disertai oleh kaum-kaum tertentu sahaja tetapi sebaliknya ia perlu disertai secara harmoni oleh semua kaum di negara ini.Melalui medium sukan ini, ianya akan mengalakkan semua anggota masyarakat untuk berinteraksi tanpa ada sempadan yang menghalang dan pada waktu yang sama dapat meningkatkan perasaan keakraban. Bagi mencapai maksud tujuan berkenaan fasiliti sukan perlu disediakan dengan secukupnya, kerajaan negeri diharapkan supaya padang padang yang ada dapat dikekalkan supaya dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk melaksanakan segala aktiviti sukan yang dirancangkan. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain.Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik & perbezaan ideology politik. Keamanan dunia dapat di capai jika setap negara mengutamakan sukan. Sukan juga dapat memperkukuhkan perpaduan kaum &mengikis perasaan perkauman.

STRATEGI UTAMA UNTUK MEREALISASIKAN SATU MALAYSIA: 1. Menerapkan prinsip keadilan sosial untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama. Memastikan nasib semua rakyat dapat dibela dan tidak ada mana-mana pihak yang dipinggirkan. 2. Memberi keutamaan terhadap pendidikan. Setiap individu berhak mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang peribadi dan geografi. Mewujudkan integrasi nasional melalui pendidikan. 3. Turut memberikan keutamaan kepada pembangunan teknologi maklumat. 4. Menjalin kerjasama serantau yang melibatkan pertukaran tenaga dan hubungan institusi pengajian tinggi. 5. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang berdasarkan merit sepenuhnya sebagai satu usaha untuk melahirkan modal insan terbaik tanpa mengira kaum. 6. Menerapkan budaya menepati masa, meningkatkan kecepan, keberanian inovasi, dan meneroka peluang ada. 7. Memupuk sikap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air tercinta, ketabahan dalam mengharungi cabaran, dan integriti dalam segala urusan. 8. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance indicators) dalam urusan kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berwibawa, dihormati, dan disegani bersesuaian dengan identiti sebuah Negara bangsa yang maju dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai