Anda di halaman 1dari 2

“Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” adalah satu impian, satu hati, dan satu haluan untuk

mewujudkan sebuah Negara maju yang aman.

HASRAT GAGASAN SATU MALAYSIA:

1. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan nilai bagi

mencapai matlamat tersebut: Ketabahan,

Penerimaan,

Pendidikan,

Integriti,

Meritokrasi,

Rendah hati,

Kesetiaan, dan

Budaya

2. Mewjudkan “bangsa Malaysia” tanpa mengira warna kulit dan agama bersama-sama menggembleng tenaga mencapa

Wawasan 2020.

3. Melahirkan sebuah Negara yang kukuh melalui perpaduan.

E-GENIUS: KUATKAN INGATAN, TINGKATKAN TUMPUAN, TAMBAH MOTIVASI

STRATEGI UTAMA UNTUK MEREALISASIKAN SATU MALAYSIA:

1. Menerapkan prinsip keadilan sosial untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama. Memastikan nasib

semua rakyat dapat dibela dan tidak ada mana-mana pihak yang dipinggirkan.

2. Memberi keutamaan terhadap pendidikan. Setiap individu berhak mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang

peribadi dan geografi. Mewujudkan integrasi nasional melalui pendidikan.

3. Turut memberikan keutamaan kepada pembangunan teknologi maklumat.

4. Menjalin kerjasama serantau yang melibatkan pertukaran tenaga dan hubungan institusi pengajian tinggi.

5. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang berdasarkan merit sepenuhnya sebagai satu usaha untuk melahirkan modal

insan terbaik tanpa mengira kaum.

6. Menerapkan budaya menepati masa, meningkatkan kecepan, keberanian inovasi, dan meneroka peluang ada.

7. Memupuk sikap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air tercinta, ketabahan dalam mengharungi

cabaran, dan integriti dalam segala urusan.


8. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance indicators) dalam urusan kerajaan dalam usaha untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berwibawa, dihormati, dan disegani bersesuaian dengan identiti sebuah Negara bangsa

yang maju dan berjaya.

PERANAN REMAJA/ PELAJAR DALAM MEREALISASIKAN SATU MALAYSIA:

1. Belajar bersungguh-sungguh, mengenalpasti minat dan potensi diri masing-masing serta merebut peluang yang ada.

2. Bersatu-padu dan menjauhi sebarang bentuk kata-kata dan perbuatan yang boleh menyebabkan suasana yang tidak

aman di sekolah dan dalam masyarakat.

3. Mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas agar masa dan tenaga tidak tersia-sia.

Anda mungkin juga menyukai