Anda di halaman 1dari 54

KULIAH 9 PENGAJIAN AM

TAJUK:
DASAR YANG MEWUJUDKAN
PERPADUAN

OLEH:
PUAN MAHFUZAH BINTI MD AKHIR
PUAN NUR SAADATUL AKMA BINTI SAAD
DASAR YANG MEWUJUDKAN PERPADUAN
 DASAR SOSIAL NEGARA
 PELAN INTEGRITI
NASIONAL
 DASAR BELIA NEGARA
 DASAR WANITA
NEGARA
 DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
 DASAR PENERAPAN NILAI-
NILAI
MURNI ISLAM DALAM
PENTADBIRAN
 DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL
 DASAR WAWASAN
NEGARA
 DASAR PERTANIAN
NEGARA
 DASAR ORANG KURANG
UPAYA
 DASAR PANDANG KE TIMUR
 DASAR BERSIH,CEKAP DAN
AMANAH
 DASAR KEPIMPINAN
MELALUI TELADAN
 DASAR KELUARGA NEGARA
 DASAR KANAK-KANAK
NEGARA
DASAR BELIA NEGARA
MATLAMAT

Matlamat dasar ini ialah 'Membina Belia untuk


Kesejahteraan Negara.'

OBJEKTIF
 Memupuk keperibadian belia dengan memberi
penekanan terhadap aspek kepimpinan dan
kesukarelawan, berakhlak mulia dan berpengatahuan
luas.
 Mendorong menyetaan belia dalam pembangunan
negara, di samping memandu mereka ke jalan
searah dengan prinsip Rukun Negara.
 Belia dianggap benteng pertahanan ekonomi dan
sosial politik negara. 
PRINSIP-PRINSIP
DASAR BELIA NEGARA
 Mengamalkan prinsip Rukun Negara
 Mewujudkan semangat perpaduan 
 Mewujudkan sistem kepimpinan
yang matang
 Galakkan dalam proses
perancangan negara 
 Bina moral yang tinggi
 Capai taraf keilmuan yang tinggi dan
mendalam
TUJUAN DASAR BELIA NEGARA
Bangunankan taraf sosial dan ekonomi
Mengukuhkan perpaduan dan
keselamatan negara 

STRATEGI DASAR
Tingkatkan kemahiran belia dalam
bidang kepimpinan, perniagaan dan
vokasional / teknikal. Contohnya,
Rakan Muda.
PROGRAM BELIA
Perniagaan-melahirkan usahawan usahawan
belia.
Koperasi Belia- meninggikan taraf hidup remaja
-mewujudkan organisasi perniagaan besar
bercorak koperasi diperingkat nasional.

PROGRAM LATIHAN
Latihan dan bimbingan - memberi kemahiran
vokasinal dan teknikal
Cawangan Latihan Dan Bimbingan -
merancangkan aktiviti-aktivti latihan kemahiran
ISU DASAR BELIA NEGARA

ISI 1 : TERAS PEMBANGUNAN EKONOMI


• Memperluas program inkubator untuk
golongan belia.
• Mewujudkan perniagaan pusat tusyen untuk
diusahakan pihak belia
• Mewujudkan satu rangkaian internet shop belia
di seluruh negara.
• Merperhebat Program Pembangunan
Usahawan ICT dengan memberikan tumpuan
kepada khusus komputer yang diiktiraf dan
penjualan anak-anak komputer.
ISI 2 : TERAS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
• Memantapkan program latihan kemahiran IKBN
dengan menyediakan modul yang memebolehkan
belia belajar secara berterusan
(life -long learning ) .
• Mewujudkan pengkususan untuk setiap IKBN
disamping memastikan setiap lepasan
menghayati konsep kepimpinan yang positif.
• Mengadakan kerjasama dengan MLVK dibawah
Kementerian Sumber Manusia bagi memperluas
peluang latihan kepada belia yang keciciran
• Meningkatkan kerjasama antara jabatan / agensi
yang terlibat dengan pembangunan belia.
ISI 3 : TERAS PROGRAM RAKAN MUDA
• Mewujudkan fasilitator yang terlatih bagi
mengendalikan semua modul program  Rakan
Muda 
• Menyediakan modul program Rakan Muda
yang seragam sehingga ke akar umbi
disamping memastikan mengandungi unsur
-unsur patriotisme,daya tahan,semangat
berpasukan dan kepimpinan
• Mewujudkan jawatan penggerak Rakan Muda
pada peringkat parlimen dan DUN dengan
memepunyai kemahiran pengurusan dan
pemantauan aktiviti Rakan Muda
ISI 4 : TERAS PEMBANGUNAN SOSIAL (NILAI)
• Mewujudkan indeks nilai dan tingkah laku belia untuk
menjadikan asas pemantauan 'kualiti' belia di negara
ini
• Mengenal pasti nilai dan tingkah laku belia yang perlu
dimiliki selaras dengan matlamat pembanguna
negara
• Menjadikan program dan aktviti golongan belia
sebagai alat  / intervensi sosial untuk membentuk
nilai dan tingkah laku belia yang diperlukan oleh
negara.
• Melatih semua pegawai dan pihak yang terlibat
dengan kegiatan belia dalam bidang pembentukan
nilai dan tingkah laku belia serta kemahiran
mengendalikan program intervensi.
ISI 5: TERAS PEMBANGUNAN  KEPIMPINAN
• Mengkaji semula fungsi dan peranan institusi -
institusi yang berkaitan dengan pembangunan
kepimpinan belia di pelbagai peringkat meliputi
dalam negara dan antarabangsa
• Menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan
kepimpinan dan aktiviti belia antarabangsa
• Menjadikan majlis perundingan belia negara
sebagai badan peamantauan akiviti
pembangunan kepimpinan belia
• Memantapkan keanggotaan MPBN supaya
dapat memainkan peranannya scara lebih
profesional
ISI 6 : TERAS POLITIK DAN
INTEGRASI NASIONAL
• Meningkatkan kesedaran dan
kefahaman belia tentang sistem politik
dan sejarah pentadbiran negara
• Memperhebat kesedaran belia terhadap
masyarakat majmuk Malaysia
• Memperluas kesedaran belia tentang
kedudukan negara dalam konteks global
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

OBJEKTIF

• Menyatupadukan semua kaum dan


menyediakan tenaga kerja yang
mencukupi untuk pembangunan negara.
• Melahirkan masyarakat yang berdisiplin
dan terlatih.
• Menggalakkan perkembangan bidang
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN
1. Bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan dan bahsa pengantar yang
utama.
2. Kurikulum yang sama berorientasikan
Malaysia diadakan.
3. Sistem peperiksaan yang sama untuk
rakyat Malaysia.
4. Menyediakan pendidikan seimbang
dan bersepadu untuk para pelajar.
5. Pendidikan asas untuk setiap kanak-
kanak ditetapkan sembilan tahun.
6. Memberi peruntukan kepada pelajar
yang kurang bernasib baik dan
7.Melahirkan individu yang seimbang melalui Sistem Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1983 dan Sistem
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

8.Pendidikan Teknik dan Vokasional diberi perhatian dalam


Kurikulum Sekolah Vokasional.

9.Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan


pada peringkat universiti.

10.Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

11.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran


wajid dipelajari di sekolah-sekolah tanpa mengabaikan
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa
Tamil.

12.Aktiviti Kokurikulum dititikberatkan untuk memupuk disiplin di


kalangan ahli-ahlinya.
PENCAPAIAN
1. Secara keseluruhannya, tenaga rakyat hasil
pendidikan dapat memenuhi keperluan guna tenaga
negara.
2. Pendidikan dapat mengeratkan jurang pengenalan
pekerjaan mengikut kaum dan mengurangkan kadar
kemiskinan di kalangan penduduk.
3. Kesedaran kebangsaan Malaysia juga dapat dirasai
antara kaum di sekolah.
4. Penguasaan bahasa Melayu antara kaum di
Malaysia lebih memuaskan.
5. Pendidikan dan latihan dapat meningkatkan
pendapatan golongan berpendapatan rendah dan
memperbaiki taraf hidup mereka.
 
DASAR WARGA TUA KEBANGSAAN

Mewujudkan masyarakat warga tua


yang sejahtera, bermaruah,
mempunyai martabat diri yang tinggi,
dengan mengoptimumkan potensi dlri
mereka dan menentukan mereka
menikmati semua peluang disamping
mendapat penjagaan dan perlindungan
sebagai ahli keluarga, masyarakat dan
negara.
OBJEKTIF

 Meningkatkan kehormatan dan martabat diri


warga tua dalam keluarga, masyarakat dan
negara.
 Memajukan potensi warga tua agar mereka
terus aktif dan produktif dalam pembangunan
negara, serta mewujudkan peluang untuk
membantu mereka terns hidup berdikari.
 Menggalakkan pewujudan dan menyediakan
kemudahan-kemudahan yang tertentu demi
untuk menjamin penjagaan dan perlindungan
warga tua ke arah kesejahteraan hidup
mereka.
STRATEGI
KEHORMATAN  DAN  MARTABAT  DIRI

 Membolehkan warga tua hidup dengan penuh


kehormatan dan martabat diri serta selamat dan
bebas daripada penindasan dan penganiayaan;
 Menentukan warga tua mendapat layanan yang adil
dan saksama tanpa mengira umur , jantina,
keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain
keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan
sumbangan mereka
  Membolehkan warga tua menikmati peluang untuk
merealisasikan potensi optimum mereka
 Memudahkan warga tua mendapatkan akses kepada
sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan
rekreasi yang ada dalam masyarakat.
KEUPAYAAN  BERDIKARI
 Mempastikan warga tua dapat memenuhi keperluan
asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga
dan masyarakat serta usaha sendiri
 Memudahkan warga tua mendapat peluang untuk
terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada
kepada negara
 Mempastikan warga tua dapat menikmati
persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan
selari dengan keupayaan yang berubah;
 Membolehkan warga tua terus tinggal bersama
dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin;
 Memberi persediaan awal kepada warga tua untuk
menentukan perancangan sumbangan berasas
kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki
secara berterusan ke arah pembangunan negara.
PENYERTAAN
 Membolehkan warga tua memainkan peranan
dalam masyarakat dan melibatkan diri secara
aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan
dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka
serta menurunkan pengetahuan dan
kemahiran kepada generasi muda
 Memberi peluang kepada warga tua untuk
menyumbang kepada masyarakat secara
sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat
mereka
 Menggalakkan warga tua menubuhkan
Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan
aktiviti untuk kesejahteraan mereka.
.  PENJAGAAN  DAN  PERLINDUNGAN
 Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan
perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat
sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat
negara ini
 Memudahkan warga tua mendapat jagaan kesihatan
untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan
tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke
peringkat optimum serta mencegah daripada
jangkitan penyakit
 Membolehkan warga tua memanfaatkan
perkhidrnatan institusi yang menyediakan jagaan,
perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam
suasana yang selamat dan selesa
 Memudahkan warga tua mendapat
perkhidmatan sosial dan perundangan bagi
memajukan hak autonomi individu,
perlindungan dan jagaan mereka
 Menjamin warga tua menikmati hak asasi
individu semasa dalam jagaan dan rawatan
dengan mengambilkira kehormatan diri,
kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi
mereka
 Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang
komprehensif bagi menjamin pendapatan dan
kebajikan yang stabil dikalangan warga tua.
PENYELIDIKAN  DAN  PEMBANGUNAN
 Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian
mengenai warga tua bagi tujuan
pengumpulan maklumat untuk kegunaan
perancangan program pembangunan
warga tua
 Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan
Perundingan Warga Tua Kebangsaan
membantu menyelaraskan dan
mengenalpasti keperluan-keperluan
membuat, mengenai aktiviti bagi warga
tua.
 PELAN  TINDAKAN

• Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga tua oleh


setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat
tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan
kepada Dasar Warga Tua Negara.

• Bagi menjayakan pelaksanaan Dasar Warga Tua Negara maka


usaha-usaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh
Agensi-agensi yang berkenaan iaitu:

• Pendidikan - Kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan


perlu disediakan untuk membolehkan warga tua untuk mengikuti
kursus dan melanjutkan pelajaran bagi membolehkan mereka
mengembangkan potensi ketahap optimum. Kurikulum sekolah
perlu mengambilkira pendidikan kekeluargaan agar generasi
muda dapat menghayati dan memahami warga tua.
• Pekerjaan - Warga tua digalakkan untuk terus menyumbangkan
kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam
pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran
masing-masing. Dengan secara ini mereka boleh hidup berdikari
dari segi pendapatan dan kesejahteraan hidup.

• Penyertaan Dalam Masyarakat - Warga tua digalakkan


melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan
pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan, untuk membolehkan
mereka memainkan peranan dalam keluarga dan masyarakat
disamping dapat berinteraksi di antara mereka.

• Riadah - Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan


bagi warga tua menjalankan aktiviti riadah di kawasan-kawasan
perumahan, taman rekreasi dan pusat-pusat sukan.
• Pengangkutan - Sistem pengangkutan awam perlu
menyediakan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan
warga tua bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan selesa.

• Perumahan - Rumah-rumah yang sedia ada dan akan


dibina perlu mengambilkira kemudahan-kemudahan yang
sesuai untuk warga tua, supaya membolehkan mereka dapat
hidup dengan lebih selesa.

• Sistem Sokongan Bagi Keluarga - Untuk menentukan


warga tua dapat hidup terus bersama keluarga maka sistem
sokongan bagi keluarga perlu diwujudkan di kawasan-
kawasan perumahan untuk membantu keluarga dalam
penjagaan warga tua. Insentif-insentif yang tertentu perlu
diperkenalkan bagi menyokong ahli-ahli keluarga yang
Kesihatan - Kemudahan-kemudahan perubatan
• 

dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk


warga tua perlu disediakan bagi menentukan
mereka boleh hidup dengan penjagaan kesihatan
yang sempurna.

• Keselamatan Sosial - Satu skim keselamatan


sosial yang komprehensif untuk menjamin masa
depan warga tua perlu disediakan.

• Media - Untuk meningkatkan kesederan


berkaitan dengan warga tua dikalangan
masyarakat, maka media cetak dan elektronik
perlu memainkan peranan yang lebih aktif.
•  Penyelidikan dan Pembangunan -
Kajian-kajian perlu dilaksanakan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat agar
perancangan yang lebih teratur dapat
dilaksanakan untuk kesejahteraan warga
tua. Jabatan Kebajikan Masyarakat di
bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
dikenalpasti sebagai agensi yang
bertanggungjawab dalam penyelarasan
pelaksanaan pelan tindakan.
 
DASAR ALAM SEKITAR NEGARA
 Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah
diwujudkan untuk meneruskan kemajuan
ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan
kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi
kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan
lestari.
Tujuan DSN adalah untuk :-

 Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan


produktif bagi generasi masa kini dan masa
hadapan.
 Pemuliharaan kebudayaan dan warisan
semulajadi yang unik dan pelbagai dengna
penyertaan berkesan semua sektor
masyarakat.
Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk
mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi
dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

1. Pengawasan Alam Sekitar


  Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar
mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.
2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan
keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem
sokongan hidup.
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti
dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusi.
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
 Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan
keutuhan alam sekitar.

5. Membuat Keputusan Bersepadu


 Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan
pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.

6. Peranan Sektor Swasta


 Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan
alam sekitar.

7. Komitment dan Kebertanggungjawaban


 Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta,
pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam
mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan
kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang
dan melaksanakan aktiviti masing-masing.

8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa


 Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke
arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.
STRATEGI HIJAU MALAYSIA ARAH KE HADAPAN
• Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan
mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke
dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat
keputusan yang berkaitan,
• memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan
manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan
memperbaiki alam sekitar.
• Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar
yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain,
seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga
mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa
mengenai kepentingan sejagat.
Strategi Hijau Malaysia akan menumpukan ke arah
bidang-bidang berikut:-
  
 Pendidikan dan kesedaran.
 Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar.
 Perancangan bersepadu pembangunan dan
pelaksanaan yang bersepadu.
 Pencegahan dan kawalan pencemaran dan
kemerosotan alam sekitar.
 Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan
keinstitusian.
 Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar
serantau dan sejagat.
 Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.
DASAR ORANG KURANG UPAYA

Pernyataan Dasar
Dasar OKU menjadi asas
kesaksamaan hak dan peluang kepada
OKU bagi penyertaan penuh dalam
masyarakat. Dasar ini turut
mengutamakan nilai hak kemanusian
seperti kemuliaan, kehormatan dan
kebebasan bagi membolehkan mereka
hidup berdikari.
OBJEKTIF
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan
prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan
peluang yang sama bagi penyertaan penuh
dalam masyarakat.
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan
akses secara saksama di bawah undang-undang
negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap
seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran
masyarakat mengenai hak OKU
STRATEGI

Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti


berikut:

1. Advokasi
Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di
kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang
berkesan.
2. Aksesibiliti
Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-
free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat
kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang
mesra OKU dan
Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
3. Kesihatan
Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk
program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal
(primary care) dan Meningkatkan perkhidmatan
perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and
tertiary care)
4. Pemulihan
Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan
program pemulihan sedia ada bagi OKU.
Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras
dengan perkembangan semasa.
5. Pendidikan
Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua
peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.
6. Pekerjaan
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan
penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.

7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial


Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan
penderaan.
Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang
layak dan berkeperluan.

8. Perkhidmatan Sokongan
Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang
bersesuaian dengan keperluan OKU.
Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan
sokongan OKU yang mampu milik.
9. Sosial
Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU
dalam aktiviti sosial.
10. Pembangunan Sumber Manusia
 (i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia
terlatih serta mencukupi yang memberi      perkhidmatan kepada
OKU.
 (ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang mewakili kepentingan OK.
(iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan
dan membuat keputusan.
11. Penglibatan Masyarakat
  (i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program
pembangunan OKU.
 (ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama
multisektor dan multidisiplin.
(iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan
tanggungjawab sosial korporat.
12. Penyelidikan dan Pembangunan
 (i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta
menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
(ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan
penilaian program-program OKU.

13. Perumahan
 (i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan
kawasan persekitaran.
(ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.

14. Kanak-kanak OKU


Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang
upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan
golongan OKU.

15. Wanita OKU


Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya
dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan
OKU
DASAR KELUARGA NEGARA
MATLAMAT DASAR KELUARGA
NEGARA
Dasar Keluarga Negara
bertujuan membangunkan
keluarga yang sejahtera,
sihat dan resilien untuk
memastikan kestabilan
sosial.
PRINSIP

1) Kekuatan Tersendiri (Inherent Strengths)


2) Memupuk & Menghayati Nilai-Nilai Murni
3) Kepelbagaian Struktur Keluarga
4) Tanggungjawab Bersama & Saksama
5) K-Keluarga (Keluarga Berilmu)
6) Dasar-dasar Mesra Keluarga
7) Hak Asasi Kemanusiaan dan Komitmen
Majikan
HASIL 
Dasar Keluarga Negara merupakan
dasar utama yang memfokuskan
kepada aspek kesejahteraan dan
pembangunan keluarga.
Dasar ini juga memberi hala tuju
kepada program dan perkhidmatan
yang mesra keluarga demi
pembangunan modal insan yang
berperibadi mulia dan keluarga yang
sejahtera.
TERAS STRATEGI PELAN TINDAKAN

Teras Strategi 1: 


Meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak
untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala
usaha pembangunan sosio-ekonomi.
Teras Strategi 2: 
Memastikan undang-undang, dasar, prosedur serta
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang
mengutamakan perspektif keluarga.
Teras Strategi 3: 
Menyedia dan memastikan program, perkhidmatan dan
kemudahan mesra keluarga mudah diakses atau dicapai.
DASAR KANAK-KANAK NEGARA
MATLAMAT
Dasar Kanak-Kanak Negara
bertujuan untuk melahirkan
individu yang sihat, cergas,
berilmu, inovatif, kreatif, berjati
diri, berdaya saing, progresif dan
mempunyai nilai-nilai murni.
OBJEKTIF
1. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup
dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang,
perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial;

2. Setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang


upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada
sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan
dan eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi,
rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan
masyarakat;

3. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk


perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa,
4. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara,
menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut
tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan kepentingan terbaik dan
kesejahteraan mereka;

5. kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan


masyarakat sedar akan hak kanak-kanak untuk
kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan
penyertaan;

6. penyelidikan dan pembangunan mengenai


kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan
penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke
semasa.
STRATEGI

Objektif 1
Kelangsungan Hidup

Objektif 2
Perlindungan
CONTOH SOALAN STPM SEBENAR
STPM 2013 (NO.7) esei
Membina negara malaysia yang bersatu padu
telah diletakkan sebagai cabaran pertama
dalam wawasan 2020. bagi mengukuhkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu , kerajaan
telah memperkenalkan ideologi negara dan
pelbagi dasar lain. Huraikan.

ULANGAN STPM 2015 (NO.4) struktur


Jelaskan empat cara Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum.
SEKIAN,

Anda mungkin juga menyukai