Anda di halaman 1dari 5

Dasar Warga Tua Kebangsaan

PENGENALAN Warga tua ditakritkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di World Assembly On Aging in 1982 Vienna. OBJEKTIF Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara. Memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari. Menggalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka. STRATEGI & PELAKSANAAN Memberi penghormatan agar mudah hidup dengan selamat,bebas daripada penindasan dan penganiayaan dan mempunyai martabat diri. Menentukan warga tua mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur , jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka. Membolehkan warga tua menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka. Memudahkan warga tua mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat.

Mempastikan warga tua dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta usaha sendiri; Memudahkan warga tua mendapat peluang untuk terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada kepada Negara. Mempastikan warga tua dapat menikmati persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan selari dengan keupayaan yang berubah. Membolehkan warga tua terus tinggal bersama dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin. Memberi persediaan awal kepada warga tua untuk menentukan perancangan sumbangan berasas kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki secara berterusan ke arah pembangunan negara. Membolehkan warta tua memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda. Memberi peluang kepada warga tua untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat mereka. Menggalakkan warga tua menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka. Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini. Memudahkan warga tua mendapat jagaan kesihatan untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta

mencegah daripada jangkitan penyakit . Membolehkan warga tua memanfaatkan perkhidrnatan institusi yang menyediakan jagaan, perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam suasana yang selamat dan selesa . Memudahkan warga tua mendapat perkhidmatan sosial dan perundangan bagi memajukan hak autonomi individu, perlindungan dan jagaan mereka l Menjamin warga tua menikmati hak asasi individu semasa dalam jagaan dan rawatan dengan mengambilkira kehormatan diri, kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi mereka . Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang komprehensif bagi menjamin pendapatan dan kebajikan yang stabil dikalangan warga tua. Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga tua bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga tua dengan mewujudkan satu Badan Penasihat Dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan membantu menyelaraskan dan mengenalpasti keperluan-keperluan membuat, mengenai aktiviti bagi warga tua. Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga tua oleh setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan kepada Dasar Warga Tua Negara.

DASAR KEBAJIKAN MASYRAKAT NEGARA

PENGENALAN

Hidup masyarakat yang rumit akibat penubuhan sosial iaitu memberi tekanan hidup kepada individu, keuarga, kelompok dan komuniti dalam menghadapi pelbagai masalah sosial.

Dasar ini bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan masyarakat menuju ke arah kewujudan kestabilan sosial.

OBJEKTIF

Melahirkan masyarakat sejahtera dan teguh demi kemajuan negara. Melahirkan masyarakat yang bersemangat berdikari, mementingkan budaya ikram dan menikmati peluang yang adil serta saksama.

STRATEGI & PELAKSANAAN

Membangunkan potensi individu dengan :

- menjadikan norma dan nilai hidup bermasyarakatan yang positif.

- menjadikan penyelesaian masalah sosial sebagai asas pembangunan potensi seseorang.

- meningkatkan ketahanan diri dengan menitikberatkan kemahiran hidup.

- memperkukuhkan dan mengembangkan fungsi institusi sosial.

Memastikan peluang yang sama diberikan kepada setiap individu dengan :

- menyediakan infrastruktur untuk kemudahan golongan yang terdedah.

- mewujudkan infrastruktur sosial dan perhubungan bagi menggalakkan penglibatan aktif individu.

Memupuk budaya tolong-menolong dengan:

- memupuk tatasusila dan disiplin diri yang sempurna.

- memperluas kegiatan gotong-royong.

Anda mungkin juga menyukai