Anda di halaman 1dari 1

KESAN KETIADAAN PRINSIP KESOPANAN DAN KESUSILAAN DALAM NEGARA.

Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini merupakan salah satu prinsip rukun negara. Oleh itu,
pengabaian terhadap prinsip rukun negara akan memberi kesan yang negatif khususnya
dalam tatacara kehidupan masyarakat. Pelbagai tingkah laku negatif dan kehilangan nilai
moral berlaku kepada ideologi yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia. Pengabaian terhadap
prinsip kesopanan dan kesusilaan dalan negara juga memberi implikasi negatif dalam
masyarakat, antaranya ;

a) Apabila prinsip kesopanan dan kesusilaan diabaikan, maka lahirlah manusia tidak
sopan dalam kalangan masyarakat.
b) ketidakharmonian dan ketegangan antara kaum.
c) Akan hilanglah adab, atau akhlak dan moral masyarakat
d) Kesejahteraan sosial makin tidak terjamin.
e) Hilangnya identiti nasional di peringkat kebangsaan

Misalnya, pada awal pembukaan tahun 2018, beberapa ketidakharmonian yang berlaku
dalam masyarakat. Dari isu sekecil membuang sampah hinggalah tidak menghormati institusi
beraja. Kita sedang mengalami krisis akibat pengabaian Rukun Negara dalam kehidupan
masyarakat majmuk.

Dalam kes membuang kerusi daripada tingkat atas pangsapuri yang telah menyebabkan
maut merupakan satu kes yang membuka mata kita terhadap perangai jelik rakyat Malaysia.
Kisah kerusi terbang ini telah membuka pekong masyarakat kota yang telah menjadikan
perkara membuang sampah daripada tingkat atas rumah sebagai satu kebiasaan dalam
kehidupan. Namun jika dibandingkan dengan haiwan di dalam zoo, kita mencampakkan
makanan dengan sopan. Tetapi apabila di kawasan perumahan yang kita campakkan adalah
sampah, kerusi, televisyen, dan nilai kesopanan dan kesusilaan. Inilah yang membawa kepada
lahirnya manusia tidak sopan dalam kalangan warganegara.

Oleh yang demikian, janganlah kita lupakan falsafah kebangsaan kita. Mungkin Rukun
Negara tidak sesuai dijadikan mukadimah dalam perlembagaan Malaysia, tetapi Rukun
Negara perlu diberi satu akta khas supaya ia tidak lagi diabaikan baik oleh golongan
pemerintah mahupun masyarakat. Sekiranyan Rukun Negara diamalkan dengan baik,
diamalkan dengan cara mengikut prinsip-prinsipnya untuk mencapai segala matlamat Rukun
Negara, Malaysia pasti akan menjadi lebih baik dan menjadi negara yang aman makmur.

Anda mungkin juga menyukai