Anda di halaman 1dari 9

Soalan

Sungguhpun Malaysia tidak menerima


kesan yang besar akibat kemelesetan
ekonomi global sebagaimana yang
dialami oleh negara-negara
Eropah,Amerika Syarikat,dan negara
kuasa ekonomi yang lain,tetapi Malaysia
perlulah bersedia untuk menghadapi
situasi ini.Jelaskan langkah tersebut.

Persediaan Negara
Idea 1:Merangsang permintaan domestik
Kemelesetan ekonomi global menyebabkan
berlakunya penurunan nilai eksport peoduk negara.
Negara perlu mengekalkan permintaan terhadap
barangan yang dikeluarkan dengan meningkatkan
permintaan domestik.
Dengan permintaan domestik yang tinggi,maka
operasi pengeluaran sesebuah firma dapat
diteruskan walaupun ekonomi ekonomi global tidak
menentu.
Kerajaan memberikan bantuan wang tunai dalam
program BR1M merupakan antara langkah untuk
merangsang permintaan domestik

Idea 2:Mempelbagaikan produk eksport


Dapat digerakkan dengan
mempelbagaikan keadah pengeluaran
khususnya penggunaan teknik baharu
yang dapat menurunkan kos.
Meningkatkan R&D untuk pengeluaran
produk hiliran bagi meningkatkan
kepelbagaian produk eksport.
Kewujudan produk baharu atau produk
yang bernilai adalah lebih kompetitif
,sekurang-kurangnya dapat
mempengaruhi pasaran dalam situasi
ekonomi yang meleset.

Idea 3:Mempelbagaikan destinasi


eksport
Usaha meneroka pasaran baharu
mesti diteruskan termasuk ke
negara-negara kecil.
Memperluas rakan dagangan dan
meningkatkan urus niaga dengan
rakan sedia ada.
Kaedah mengekalkan pasaran
seperti perjanjian persefahaman
dalam tukar beli atau timbal balas
perlu ditingkatkan.

Idea 4:Menstrukturkan semula perbelanjaan dan


hutang negara
Kerajaan perlu merancang perbelanjaan sama ada
melalui bajet tahunan atau paket rangsangan
ekonomi agar semua dibelanjakan dengan cekap dan
tidak membazir.
Tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap
mereka yang melakukan penyelewengan dan
pembaziran seperti yang dilaporkan dalam Laporan
Ketua Audit Negara.
Hutang negara perlu distrukturkan dengan
meningkatkan lagi komposisi pinjaman daripada
sumber dalaman dan mengurangkan pinjaman
daripada sumber luar negara agar perubahan dalam
nilai pertukaran mata wang tidak menjejaskan
pembayaran balik negara dan mengurangkan rizab
mata wang asing negara.

Idea 5:Menstrukturkan semula penyaluran


subsidi
Jumlah subsidi yang besar akan mengurangkan
keupayaan kerajaan untuk melakukan
perbelanjaan terutamanya untuk
pembangunan.
Penyaluran subsidi perlu distrukturkan semula
agar mereka yang benar-benar memerlukan
bantuan dan sokongan boleh mendapat hak
tersebut.
Tindakan ini membolehkan kerajaan
melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang
lain serta melakukan penjimatan apabila
sebahagian perbelanjaan yang disalurkan
melalui subsidi diberhentikan.

Idea 6:Mengawal pengaliran keluar Ringgit


Bank Negara Malaysia mengehadkan
pertukaran mata wang asing untuk tujuan
import.
Kerajaan memberikan keutamaan kepada
pengimport barang keperluan dan bahan
mentah sektor industri serta tidak
menggalakkan pengimportan barang mewah.
Boleh menyebabkan import berkurang dan
permintaan terhadap barang buatan
tempatan meningkat.
Banyak industri penggantian import akan
didirikan oleh pelabur dan pada masa yang
sama dapat menambah peluang pekerjaan
kepada rakyat tempatan.

Idea 7:Peranan swasta


Peranan pihak swasta amat penting dalam
merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Usaha meningkatkan lagi penglibatan pihak
swasta sebagai peneraju dalam mengaktifkan
ekonomi negara perlu dipercepat.
Kerajaan boleh memberikan pelbagai bentuk
insentif dalam bentuk potongan atau
pengecualian cukai,mengenakan kadar
pinjaman yang lebih rendah,dan menyediakan
kemudahan untuk menjalankan perniagaan.
Pihak swasta juga perlu meningkatkan daya
saing mereka agar dapat menerokai pasaran
yang lebih luas terutamanya di pasaran luar
negara.

Kesimpulan
Usaha memulihkan atau
menyelamatkan ekonomi negara
bukanlah semata-mata
tanggungjawab kerajaan.
Sebaliknya,setiap lapisan
masyarakat perlu bekerjasama dan
berusaha gigih untuk memastikan
ekonomi negara berada di landasan
pertumbuhan yang kukuh dan
mampan.

Anda mungkin juga menyukai