Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN B

Berdasarkan jadual yang diberikan di


bawah, kaitkan jumlah penghidap dan
kematian pesakit Malaria yang dilaporkan
di negara-negara terpilih di Asia Tenggara
dari tahun 2009 hingga 2011. Jelaskan
langkah untuk menangani penyakit
Malaria.
AD (Pola Hubungan Kait)

KEHENDAK
SOALAN Format Asing

AP (Langkah Menangani Penyakit Malaria)


Pola Hubung Kait

1. Peningkatan berterusan
2. Merosot berterusan
3. Tidak konsisten (turun/naik)
Idea 1

Jumlah pengidap dan jumlah kematian penyakit


malaria yang dilaporkan merosot dicatatkan oleh negara
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2011. Pada tahun
2009, jumlah pengidap penyakit malaria mencatatkan
sebanyak 6466 kes merosot kepada 4264 kes pada tahun
2011 iaitu kemerosotan sebanyak 2302 kes ( 35.60%) .
Manakala bagi jumlah kematian pesakit malaria pada
tahun 2011 , Malaysia mencatatkan sebanyak 26 orang
merosot kepada 12 orang pada tahun 2011 iaitu
kemerosotan sebanyak 14 orang (53.85%).
Idea 2

Jumlah pengidap dan jumlah kematian penyakit malaria yang


dilaporkan menunjukkan tidak kosisten dicatatkan oleh negara
indonesia dari tahun 2009 hingga tahun 2011 dengan nilainya
merosot dari tahun 2009 hingga tahun 2010 dan meningkat dari
tahun 2010 hingga 2011 . Pada tahun 2009 , jumlah pengidap bagi
negara Indonesia mencatatkan sebanyak 272491 kes merosot kepada
229819 kes pada tahun 2010 iaitu kemorosatan sebanyak 42672 kes
(15.66%) . Namun meningkat kembali pada tahun 2010 dengan
nilainya 229819 kes meningkat kepada 256592 kes iaitu peningkatan
sebanyak 26773 kes (11.65%) . Bagi jumlah kematian pada tahun
2009 , indonesia mencatatkan sebanyak 900 orang merosot kepada
432 orang pada tahun 2010 iaitu kemerosotan sebanyak 468 orang
(52%) . Namun meningkat kembali pada tahun 2010 dengan nilainya
sebanyak 432 orang meningkat kepada 488 orang iaitu peningkatan
sebanyak 56 orang (12.96%) .Namun meningkat kembali pada tahun
2010 dengan nilainya 229819 kes meningkatkan kepada 256592 kes
pada tahun 2011 .
Idea 3
Jumlah pengidap yang dilaporkan menunjukkan
peningkatan berterusan manakala jumlah kematian pula
menunjukkan kemerosotan berterusan pada tahun 2009
hingga tahun 2011 . Pada tahun 2009 , jumlah pengidap
bagi negara Myanmar mencatatkan sebanyak 420808 kes
meningkat kepada 469254 kes pada tahun 2011 iaitu
peningkatan sebanyak 48446 kes (11.51%) . Manakala ,
jumlah kematian pula pada tahun 2009 mencatatkan
sebanyak 972 orang merosot kepada 788 orang pada tahun
2010 iaitu kemerosotan sebanyak 184 orang ( 18.93%) .
Namun , pada tahun 2010 nilainya mencatatkan sebanyak
788 orang merosot kepada 781 orang pada tahun 2011
iaitu kemerosotan sebanyak 7 orang (0.89%) .
Idea 4
Jumlah pengidap dan kematian penyakit malaria yang
dilaporkan menunjukkan tidak konsisten dicatatkan oleh negara
Thailand dan Vietnam dari tahun 2009 hingga tahun 2011 iaitu
dengan nilai jumlah pengidapnya meningkat dari tahun 2009
hingga tahun 2010 dan kemudian merosot dari tahun 2010 hingga
tahun 2011, manakala nila jumlah kematian pula merosot dari
tahun 2009 hingga tahun 2010 dan kemudian meningkat dari
tahun 2010 hingga tahun 2011. Pada tahun 2009, Jumlah
pengidap bagi negara Thailand mencatatkan sebanyak 29462 kes
meningkat kepada 32480 kes pada tahun 2010 iaitu peningkatan
sebanyak 3018 kes (10.24%) . Namun , pada tahun 2010 nilainya
mencatatkan sebanyak 32480 kes merosot kepada 24897 kes
iaitui kemerosotan sebanayk 7583 kes ( 23.35%) . Manakala
jumlah kematian pula, pada tahun 2009 mencatatkan sebanyak 80
orang merosot kepada 70 orang iaitu kemerosotan sebanyak 10
orang (12.5%) . Namun pada tahun 2010 nilainya mencatatkan
sebanyak 70 orang meningkat kepada 78 orang pada tahun 2011
iaitu peningkatan sebanayk 8 orang ( 11.43%) .
Langkah-Langkah Menangani penyakit
Malaria
1. Pengambilan vaksin/ubat-ubatan
2. Meningkatkan kebersihan kawasan
perumahan
3. Menjaga kebersihan diri
4. Pengunaan peracun serangga
5. Meningkatkan pendidikan dan kesedaran
alam sekitar
6. Dasar kerajaan
7. Mengadakan pemantauan yang berterusan
Idea 1
Antara langkah untuk menangani penyakit Malaria
ialah meningkatkan kebersihan rumah . Kebersihan rumah
amat penting bagi mengelakkan jangkitan pelbagai penyakit
seperti penyakit malaria . Justeru itu, kebersihan rumah
diutamakan bagi mengekalkan kehidupan yang sihat dan
sejahtera . Terdapat pelbagai cara yang dapat dibuat oleh
setiap keluarga dalam rumah untuk membanteras penyakit
tersebut . Contohnya, mengadakan gotong royang dengan
memastikan setiap kawasan rumah yang terdapat tempat-
tempat menakung air sentiasa ditutup dan sampah sarap
yang ada dibuang ke dalam tong sampah . Langkah ini
dapat mengelakkan daripada pembiakan nyamuk aedas dan
lalat di sekitar kawasan perumahan . Oleh itu , setiap
keluarga berperanan dalam menjaga kebersihan dan
kecerian rumah untuk kesihatan sejagat .
Idea 2
Langkah seterusnya, untuk menangani penyakit
malaria ialah meningkatkan pendidikan dan kesedaran
masyarakat .Sokongan pihak kerajaan amat penting bagi
mewujudkan kerjasama masyarakat dalam menangani isu
penyakit malaria yang timbul.Hal ini, dapat mendorong
kepada pencegahan yang lebih awal dan inisiatif.
Contohnya, kerajaan perlu melaksanakan kempen tentang
kesan-kesan penyakit malaria serta mengadakan program
pendidikan dengan menggalakkan agensi kesihatan ke
sekolah. Hal ini , pengetahuan tentang penyakit malaria
secara tidak langsung dapat diperluaskan dalam kalangan
masyarakat dan pelajar di sekolah .
Idea 3
Langkah lain untuk menangani penyakit malaria
ialah meningkatkan pengambilan vaksin ataupun ubat-
ubatan.Dengan pengambilan vaksin dari kecil dapat
mengurangkan kadar penyakit malaria dalam badan
manusia .Hal ini dikatakan demikian kerana , antibodi
yang kuat dalam badan dapat mengurangkan
mengurangkan penyakit malaria yang boleh membawa
kepada kematian . Pihak kerajaan atau swasta perlulah
menitik beratkan pengambilan vaksin atau ubat -ubatan
bagi kesemua rakyat ,dan sekaligus akan mengurangkan
kadar pensakit malaria.
TERIMA KASIH
From: King Fadzil, Siti, Lily

Anda mungkin juga menyukai