Anda di halaman 1dari 2

13.

Ancaman senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass destruction-WMD) seperti


senjata Kimia, Biologi, Radioaktif dan Nuklear (CBRN) oleh pihak tertentu seperti pihak
kumpulan pengganas telah membawa pelbagai implikasi ke atas negara-negara yang
menjadi sasaran. Huraikan.


Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, tiada lagi istilah
keamanan di dunia ini. Setiap hari kita difahamkan terdapat peperangan yang berlaku di
pelosok dunia. Kerakusan manusia yang semakin serius menyebabkan keadaan kucar-kacir
berlaku. Senjata yang digunakan dalam peperangan sangat canggih dan boleh
menghapuskan bilangan musuh yang amat tinggi dalam sekelip mata. Rifle, bom tangan,
kereta kebal dan jet pejuang bukan lagi senjata yang canggih dan digeruni. Bom atom yang
digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki telah membuka tirai senjata moden yang sangat
dahsyat kuasa pemusnahnya. Senjata nuklear, senjata biologi dan senjata kimia adalah hasil
kecanggihan teknologi dalam bidang ketenteraan yang mampu memusnahkan segala-gala
dalam jangka masa pendek.Penggunaan kedua-dua jenis senjata ini banyak membawa kesan
buruk kepada masyarakat dan dunia.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan apa-apa senjata dalam sebarang
bentuk keganasan dan peperangan akan meragut nyawa manusia. Namun, dalam kes
senjata biologi dan senjata kimia, penggunaannya dapat menyebabkan kehilangan nyawa
yang dahsyat. Kedua-dua senjata tersebut berupaya memusnahkan musuh dalam sekelip
mata. Senjata biologi yang menggunakan bakteria Anthrax, misalnya, membunuh manusia
tanpa disedari. Hal ini demikian kerana bakteria Antrax tidak mempunyai bau dan warna dan
dapat tersebar melalui udara dan meliputi kawasan sasaran yang luas. Keadaan ini
mengakibatkan pelbagai komplikasi buruk. Mangsa akan mati dalam masa yang singkat dan
dalam jumlah yang banyak. Begitu juga halnya dengan senjata kimia yang juga dapat
merebak dengan pantas. Oleh itu,masalah ini akan menyebabkan kes kematian dalam
negara yang menjadi sasaran pengganas semakin meningkat serta orang awam juga
berdepan dengan ancaman kematian mengejut.

Penggunaan senjata-senjata berbahaya ini, khususnya senjata kimia, menyebabkan
mangsa serangan mengalami kecacatan fizikal. Dalam perang Vietnam, misalnya, tentera
Amerika Syarikat telah menggunakan sejenis bahan kimia bernama agent orange. Bahan
kimia ini ditaburkan oleh tentera Amerika Syarikat ke dalam hutan bagi menggugurkan daun
serta menggondolkan hutan supaya dapat mengesan tentera musuh. Walau bagaimanapun,
penggunaan bahan toksik ini bukan sekadar menggugurkan daun tetapi telah meresap
masuk ke dalam tanah, air, malah terbebas di udara. Bahan kimia ini kemudiannya meracuni
ekosistem dan rantaian makanan. Mangsa yang terdedah kepada bahan ini mengalami
penyakit kulit yang serius, malah ada mangsa yang buta, mengalami masalah keguguran
rambut, dan sebagainya. Mangsa yang termakan ikan dan sayur-sayuran yang tercemar oleh
bahan ini mengalami kerosakan organ dalam badan.

Di samping itu, penggunaan senjata kimia dalam sesuatu serangan atau peperangan,
khususnya gas saraf, mampu melumpuhkan dan merosakkan sistem saraf manusia. Gas ini
juga dapat menjelaskan serta menghilangkan terus daya ingatan seseorang. Kewarasan
fikiran mangsa terjejas dengan teruk. Mereka tertawa atau menangis tanpa henti serta tidak
dapat mengawal pancaindera mereka. Ada mangsa yang bertindak ganas dengan
membunuh sesiapa sahaja. Tentera Jerman menggunakan gas ini dalam Perang Dunia Kedua
dalam usaha hendak menghapuskan musuhnya. Sebagai akibatnya, banyak mangsa dalam
sesebuah negara boleh menjadi gila dan akhirnya meninggal dunia.

Selain itu, penggunaan senjata kimia juga dapat menyebabkan berlakunya mutasi gen.
Sebagai contoh, bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah
mengeluarkan radiasi yang dahsyat dan keadaan ini mengakibatkan mangsanya mengalami
mutasi. Dalam hal ini, genetik atau DNA mangsa akan berubah dan cacat lalu menyebabkan
berlakunya mutasi sel dalam badan. Sebagai kesan daripada keadaan tersebut, mangsa
mudah menghidapi pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Anak-anak yang dilahirkan
oleh mangsa mengalami kecacatan anggota malah tidak kurang juga yang terencat akal.
Daya tahan mangsa terhadap penyakit turut merosot dengan teruk dan sesetengah mangsa
mengalami kemandulan. Dengan kata yang lain, senjata kimia ini boleh mengakibatkan
peningkatan kes kelahiran bayi cacat, kadar mortaliti, dan penyakit kanser untuk jangka
masa panjang dalam sesebuah negara yang menjadi sasaran pihak pengganas.

Intihanya, jelas lah bahawa penggunaan senjata kimia dan biologi lebih banyak
memudaratkan kehidupan semua makhluk di dunia ini. Banyak mangsa yang berkorban dan
mengalami kecacatan manakala alam sekitar tercemar teruk. Masalah ini juga dapat
menyebabkan berlakunya penindasan dan mencabuli hak asasi manusia. Oleh hal yang
demikian, penggunaan senjata berbahaya yang merosakkan tamadun manusia ini wajar
diharamkan terus supaya keamanan sejagat dapat diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai