Anda di halaman 1dari 2

1. Nyatakan implikasi atau kesan buruk peperangan terhadap kehidupan manusia?

Walaupun dunia telah melalui dua perang dunia dan kesan-kesannya masih akrab
dalam jiwa masyarakat dunia, khususnya di Hiroshima dan Nagasaki, tetapi is masih belum
memberi pengajaran kepada umat manusia. Ciptaan-ciptaan senjata dan ujian-ujian bom,
khususnya bom nuklear masih berterusan. Peperangan masih berleluasa dalam
perkembangan tamadun manusia walaupun banyak kesan negatif dari segi ekologi dan
kehidupan manusia dapat dilihat.

Salah satu kesan peperangan adalah dari segi kemusnahan harta benda manusia.
Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal
mereka yang dimusnahkan oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan
diri dalam usaha mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Banyak jambatan dan bangunan
yang menelan belanja berjuta juta ringgit akan roboh dalam masa sekelip mata. Ini bukan
sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang tidak berdosa.

Selain itu, peperangan akan mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora.
Banyak spesies akan musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom, terutamanya
bom nuklear akan mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi gersang
serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akan musnah. Born-born yang diletupkan di
sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang merupakan sumber protein
manusia musnah.

Satu lagi kesan peperangan ialah kehilangan nyawa manusia. Banyak manusia akan
mati kerana peperangan. Wabak-wabak penyakit pula akan merebak kerana keadaan
persekitaran yang kotor dan tercemar. Ketiadaan kemudahan hospital akan memburukkan
keadaan ini. Selepas Perang Teluk, Iraq menghadapi masalah ini kerana kekurangan
perubatan. Ini menjurus kepada kadar kematian yang meningkat, khususnya di kalangan bayi
dan kanak-kanak. Pelbagai penyakit akan menular serta mengakibatkan kecederaan,
kecacatan dan kematian manusia. Kesan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki
menjadi bukti nyata hal ini.

Pencemaran juga merupakan satu lagi kesan akibat peperangan. Kini, bom-bom
nuklear mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif. Kesan peperangan di Kuwait selepas
Perang Teluk mengakibatkan pencemaran yang dahsyat di mana telaga-telaga minyak
diletupkan. Kebakaran itu mengakibatkan pencemaran yang membawa pelbagai kesan
sampingan kepada industri minyak dan nyawa manusia. Selain itu, kesan pencemaran
radioaktif juga akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada
generasi yang seterusnya.

Kesimpulannya, pembangunan manusia hares berfokus kepada peningkatan taraf


hidup dan bukan ke arah penciptaan senjata-senjata yang boleh memudaratkan diri sendiri.
Kesedaran tentang kesan peperangan hares diwujudkan agar manusia cinta akan keamanan.
Persidangan di peringkat antarabangsa pula hares lebih peka kepada usaha menangani
peperangan agar pembangunan ekonomi dan kemajuan manusia dapat dimantapkan.
2. Berikan satu contoh novel melayu tentang peperangan serta synopsis novel
tersebut secara tingkas?

Buku Radikalisme Melayu Perak 1945-1970 memuatkan catatan sejarah politik Melayu
radikal yang pernah mewarnai sejarah Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan. Istilah
radikalisme ini dipilih kerana umum masyarakat beranggapan bahawa radikal itu satu
pendekatan yang drastik dan keterlaluan. Namun sebenarnya ia merupakan sebuah
pengistilahan yang dilabelkan kepada mereka yang ingin menuntut kemerdekaan daripada
penjajah British. Malah, buku ini turut menyingkap perjuangan, aliran pemikiran, sumbangan
dan pengorbanan yang terpaksa mereka lalui. Justeru, buku ini diutarakan demi untuk
memberikan gambaran sebenar perjuangan yang dipelopori mereka yang bergelar radikal agar
masyarakat dapat menilai sumbangan dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai pentingnya
terhadap agama, bangsa dan negara. Seharusnya buku ini dimiliki dan dibaca oleh para guru,
siswa dan siswi, pengkaji sejarah dan ahli-ahli politik serta masyarakat umum agar dapat
maklumat dan kefahaman yang mendalam. Seterusnya menilai catatan sejarah ini secara lebih
terbuka dan adil.

Anda mungkin juga menyukai