Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH AWAL TAMADUN JEPUN

Sejarah bertulis Jepun bermula dari kemunculan awal teks-teks sejarah Cina pada awal abad pertama. Namun begitut pakar arkeologi mendapati manusia telah tinggal dan hidup di pulaupulau Jepun sewal Zaman Paleolitik lagi. Selepas zaman ais sekitar 12,000 B.C mendapati ekosisitem di Kepulauan Jepun yang kaya telah menggalakkan pembangunan manusia menghasilkan tembikar juga dikenali sebagai Zaman Jomon. Rentetan itu sejarah Jepun berselang seli antara tempoh-tempoh keterasingan dengan pegaruh-pengaruh radikal yang kadangkala bersifat revolusi dari duia luar. Sejarah negara Jepun itu dijulang selepas Perang Dunia II. Mungkin Bintang Asia ini dikenali oleh Dunia selepas fasa itu.Tapi, hakikatnya sejarah negara itu juga mengalami proses. Proses peralihan (transaksi) dengan kata lainya transaksi antara kelompok Revolusionari dan Intelektual. Dua kelompok inilah sebenarnya yang memacu Jepun sehingga ke taraf Tamadun Negara-Bangsa yang hebat. Berapa ramai intelektual mereka bermula dari

zaman Jomon (zaman terawal Jepun yang direkodkan oleh sejarah, 8000 tahun sebelum Masihi) sehinggalah zaman Showa (1926-1989), kemudian, zaman selepas itu termasuklah zaman pemodenan Meiji sehinggalah sekarang.

Konotasi dari itu, juga berapa kali berlakunya proses reformasi ataupun evolusi sejarah dan penganjakan paradigma (shift paradigm) masyarakat merka dari suatu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Dalam kata lainya membawa maksud dari satu tahap yang kuno kepada tahap yang lebih moden. Inilah peranan terbesar kelompokan yang saya panggil sebagai Revolusionari itu tadi.

Pengalaman-pengalaman sejarah itulah yang mengajar bangsa Jepun dan terus mematangkan mereka dari masa ke semasa. Pengalaman-pengalamn itu juga yang dikutip dan diselarikan oleh tokoh-tokoh Revolusionari mereka untuk memimpin perubahan tanpa, mengenepikan pandangan dan cadangan dari tokoh intelektual sezaman. Merujuk The Meiji Leaders and Modernazation oleh Roger F. Hackett, generasi pertama pemimpin Meiji mengutamakan kepentingan negara serta dedikasi penuh untuk berkhidmat kepada negara. Bagi mereka, kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

PERANG DUNIA KEDUA

Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuclear yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Empayar Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Serangan bermula pada 6 Ogos 1945 di bandaraya Hiroshima diikuti pada 9 Ogos 1945 pengguguran bom di Nagasaki. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 dengan menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945. Serangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang meninggalkan kesan yang sangat hebat kepada penduduk Jepun khususnya bangsa Jepun itu sendiri sehingga kini setelah 65 tahun berlalu.

Gambar 1 : PENGEBOMAN DI HIROSHIMA

Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan. Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain. Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana 3

mengurangkan impak pengeboman, dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang. Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa. Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran, serta juga bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban. Peranan pengeboman dalam penyerahan kalah jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.

Gambar 2 : KEMUSNAHAN AKIBAT PENGEBOMAN DI HIROSHIMA Bandar Hiroshima hancur musnah dihempas bom atom oleh tentera Amerika Syarikat. Kemusnahan akibat pengeboman tersebut boleh dilihat melalui kemusnahan bangunanbangunan, rumah-rumah, alam sekitar malahan yang paling meninggalkan kesan adalah

terkorbanya ribuan rakyat Jepun. Malah kesan nuklear itu sendiri masih lagi menimpa rakyat Jepun hingga beberapa generasi.

TSUNAMI DI JEPUN Tanggal 11 Mac 2011, dunia digemparkan dengan kejadian tsunami terburuk di Jepun. Kejadian tsunami berpunca daripada gempa bum yang berukuran 8.9 magnitud dan menyebabkan berlakunya ombak besar setinggi hingga emat meter. Kejadian itu telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Gegaran pada 8.9 skala Richter, tsunami, letupan loji nuklear dan adenovirus yang menimpa Jepun pada tanggal 11 Mac lalu dilihat sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Namun, mereka cuba bangun menyelesaikan masalah dan krisis yang terjadi. Peristiwa ini juga mengingatkan dunia akan peristiwa pengeboman Hiroshima 65 tahun yang lalu. Pastinya rakyat Jepun mengambil banyak iktibar dari detik kejatuhan mereka pada ketika itu untuk bangkit semula pada kali ini setelah berlakunya tsunami.

Sebelum tsunami

Selepas tsunami

Sebelum tsunami

Selepas tsunami

Sebelum tsunami

Selepas tsunami

PATRIOTIK BANGSA JEPUN

JEPUN sebuah negara yang dikenali sebagai matahari terbit dan terdiri daripada kepulauan sememangnya kuat dan berusaha sedaya mungkin bagi memulihkan kembali kemusnahan yang berlaku dan itulah apa yang kita harus contohi daripada mereka khususnya seluruh rakyat Malaysia. Gegaran pada 8.9 skala Richter, tsunami, letupan loji nuklear dan adenovirus yang menimpa Jepun pada tanggal 11 Mac lalu dilihat sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Namun, mereka cuba bangun menyelesaikan masalah dan krisis yang terjadi. Tsunami yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Rentetan peperangan yang dilalui Jepun juga telah memberi impak berbeza kepada rakyat Jepun untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara mereka. Semangat nasionalisme atau sayangkan negara sendiri serta sanggup berkorban demi tanahair tercinta sebenarnya telah lama terpatri di dalam jiwa dan jati diri rakyat Jepun. Oleh itu kesan peperangan yang berlaku lewat 65 tahun dahulu telah membentuk semangat kebangkitan bangsa mereka daripada tewas dalam apa jua keadaan pada hari untuk maju dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial sehinggalah kesan bencana alam yang dasyat seperti tsunami pada 2011 juga tidak menjadi penghalang pada mereka.

Nasionalisme atau semangat kebangsaan bermaksud kesedaran politik dikalangan sesuatu bangsa untuk membebaskan diri dan negara mereka daripada penjajahan kuasa asing. Ia juga boleh didefinisikan sebagai perasaan cintakan tanah air dan juga membebaskan bangsa dan negara daripada cengkaman penjajah. Selain daripada faktor-faktor sperti peranan akbar dan

wartawan, pendidikan, intelektual, dan sebagainya, faktor pengaruh daripada luar juga mempengaruhi dan memainkan peranan penting dalam usaha membangkitkan perasaan nasionalisme. Kemunculan Negara Jepun sebagai kuasa besar dunia telah membuka mata masyarakat Asia untuk memperjuangkan nasib mereka yang selama ini telah agar tidak terus dikongkong oleh penjajah barat sama ada dari segi politik, ekonomi, mahupun sosial malahan jatuh kerana bencana alam.

Gambar 3 : IMPAK TSUNAMI KETIKA DAN SELEPAS

10

KEBANGKITAN RAKYAT JEPUN Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara Barat. Masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat yang gigih dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka. Oleh demikian pegangan etika yang kukuh telah membentuk kesepakatan yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ketika bekerja. Kini, masyarakat Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi malahan turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang. Antaranya adalah sikap yang berdedikasi, menepati masa, prinsip perniagaan yang teguh, professionalisme dan pengubahsuaian idea.

Masyarakat Jepun berpegang kepada empat prinsip asas dalam meningkatkan kualiti kerja serta sebagai garis panduan ke arah etika kerja yang berkualiti. Ia adalah bagi para pekerja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan akan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya. Selain itu, memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka, ahli-ahli dalam koperasi membentuk satu keluarga besar dan bekerja dalam kumpulan adalah lebih penting berbanding bekerja secara individu.

Prinsip yang dibina oleh rakyat dan bangsa Jepun pada dasarnya inilah telah menjadikan Jepun pantas untuk bangkit dan memperbaiki kehidupan mereka untuk terus maju dan bersaing dengan dunia. Dua peristiwa yang pernah membadai Jepun ini telah terbukti dan seharusnya menjadi iktibar kepada kita betapa masyarakat Jepun ini lebih mementingkan kemajuan Negara mereka yang utama berbanding kepentingan peribadi mereka.

11

Pembentukan ke arah gaya kerja yang inovatif, konsep kaizen dilaksanakan bagi melahirkan semangat berterusan para pekerja untuk membaiki hasil kerja mereka. Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa. Konsep Mottainai merupakan konsep paling penting dalam masyarakat Jepun. Ia bermaksud, segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah daripada Tuhan. Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir dianggap satu kesalahan besar. Selain itu, masyarakat Jepun mempunyai etika kerja yang tinggi samada ia melibatkan seseorang dalam profesion perguruan, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya. Sikap yang komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan dan

berkebolehan untuk bekerja melampaui jadual waktu pejabat.. Masyarakat jepun mengamalkan budaya kerja samurai bushido di mana prinsip-prinsip tersebut ialah pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah, berjuang untuk negara dan ketua atau majikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, jadi dan buatkan yang terbaik dan mati itu lebih baik daripada mengkhianat atau menghampakan majikan atau ketua. Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.

Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah 12

berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).

DASAR PANDANG KE TIMUR Pada 8 Februari 1982, tercetus satu corak pemikiran baru kepada Negara Malaysia melalui sudut pandangan bernas mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melalui Dasar Pandang Ke Timur. Ia memperlihat akan negara Jepun dijadikan contoh dan teladan dari segi meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta dengan pengubahsuaiannya mengikut keadaan di Malaysia. Selain itu, bagi merealisasikan usaha mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif kearah mencapai matlamat Negara maju.

Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan.

13

Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan, kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan kakitangan. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti perubahan struktur, perubahan sikap dan latihan meningkatkan produktiviti.

MENJANA NILAI POSITIF RAKYAT MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah Negara menbangun dan menuju ke arah kemajuan selaras dengan Wawasan 2020 memerlukan semangat patriotism yang kukuh dan kental di kalangan rakyat. Kemajuan yang diperolehi ini amat bermakna apabila segenap lapisan masyarakat mempunyai semangat cintakan Negara. Apabila Malaysia berada dipuncak dunia dengan semangat cintakan negara yang ditonjolkan oleh rakyatnya maka ia memberi pulangan yang lumayan kepada semua warganegara Malaysia terutamanya ekonomi.Ekonomi Negara akan semakin mantap dengan kehadiran pelancong untuk melihat kemasyhuran Malaysia.para pelabur juga 14

berlumba lumba menjana ekonomi negara kerana mereka percaya Malaysia adalah negara yang aman,aman,bersatu padu dan makmur serta stabil di mana semua rakyatnya yang berbilang bangsa mencintai Negara Malaysia.

Kekuatan dan ketabahan serta tanggungjawab bangsa Jepun terhadap Negara mereka. ketika berdepan malapetaka yang dahsyat, Jepun masih menjadi inspirasi kepada dunia. Penduduknya membuktikan bahawa manusia mampu menguasai naluri asas kehidupan demi kebaikan bersama. Mereka mempamerkan kecekalan, ketenangan, maruah dan kemurahan hati yang menjadi nilai budaya mereka selama ini.

Penutup Sejarah telah membuktikan betapa gigih dan cekal sikap dan tingkah laku rakyat Jepun terutamanya melalui apa yang dirakamkan pada dua peristiwa besar yang melanda Jepun iaitu pengeboman dengan bom nuclear pada perang dunia ke dua dan peristiwa tsunami yang melanda Jepun pada 2011. Jepun tangkas bangkit untuk membina semula Negara yang musnah dengan tekad dan tekunnya kerjasama yang ditunjukkan oleh sekalian rakyatnya. Kebangkitan Jepun selepas dua peristiwa besar itu menjadi contoh dan teladan bagi banyak Negara terutamanya di asia dan khasnya Negara kita Malaysia sendiri.

15

16

Anda mungkin juga menyukai