Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN JAWAPAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN STPM


BAHASA MELAYU PENGGAL 3
2023

SM LA SALLE
KOTA KINABALU, SABAH.

Bahagian A
[ 20 markah ]

1. C 6. C 11. C 16. C
2. A 7. C 12. D 17. B
3. A 8. D 13. D 18. A
4. B 9. A 14. D 19. C
5. B 10. B 15. C 20. C

Bahagian B
[ 45 markah ]

21 (a) Maksud koheren dan kohesi?

Koheren = Kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan
dapat difahami. / Kesinambungan idea yang kemas dan teratur, isi atau maklumat disampaikan
dengan jalinan yang kemas dan rapi serta mempunyai makna yang jelas.

Kohesi = Tautan idea atau keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain. / Hubungan/jalinan yang erat antara kata, frasa, dan ayat dalam satu binaan
yang melebihi satu ayat.
[2]

(b) Bina satu wacana yang memperlihatkan koheren dan kohesi. Panjangnya tidak melebihi 30 patah
perkataan.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi anak-anak mereka. Ibu bapa
harus memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi, dan rohani anak-anak mereka. Kasih sayang
yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak supaya mereka sentiasa berasa gembira.
(35 patah perkataan)
[2]
22

 Terdapat istilah-istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris


yang merujuk fasal atau klausa dalam sesuatu akta atau kanun tertentu
 Bersifat objektif, terperinci, tepat, dan padat
 Maklumat disampaikan dengan ayat yang panjang

1
(a) Apakah laras bahasa yang menepati ciri di
atas? Laras bahasa undang-undang
[1]

(b) Bina satu petikan yang menepati laras bahasa di atas. Panjangnya tidak melebihi 25 patah
perkataan.

Defendan membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif
untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan tersebut.
(21 patah perkataan)
[2]
23
Lamunanku terhenti. Sudah banyak pelajar yang mengambil slip keputusan mereka hari itu. Aku
rasa berdebar-debar menunggu kedatangan Amar. Sewaktu hendak turun ke tingkat bawah, Amar
dengan bangganya menunjukkan slip keputusan peperiksaan STPM-nya kepadaku.

(a) Apakah jenis laras bahasa teks di atas?

Laras bahasa sastera (kreatif)


[1]

(b) Berikan dua ciri laras bahasa di atas?

i) Bersifat kreatif dan imaginatif


ii) Terdapat penyimpangan tatabahasa
iii) Terdapat gaya penulisan sastera seperti perlambangan, kiasan, hiperbola, metafora,
simile, personifikasi dan lain-lain.
iv) Menggunakan kosa kata yang berkesan.
v) Menggunakan istilah khusus
Pilih mana-mana 2 isi sahaja!
[2]

24. Nyatakan tiga ciri retorik pemerian.

(i) Memberikan gambaran yang realistik berdasarkan deria


(ii) Pemerihalan sesuatu secara objektif, tepat, dan jelas
(iii) Bahasa yang digunakan jelas dan tersusun
(iv) Bersifat deskriptif dan informatif.
Terima mana-mana 3 isi!
[3]

Cabaran paling besar yang kami hadapi adalah pengalaman bermalam di Muzdalifah. Ia
menjadi sebutan kerana kami melalui ujian fizikal dan kerohanian yang paling besar. Ia
mencabar minda, fizikal dan janji kami kepada Allah. Ia membawa pengertian yang cukup
besar.

2
25.(a)Apakah jenis retorik di atas?
Retorik penghujahan
[1]

(b) Berikan sebab anda berpendapat sedemikian.

Alasannya: Penulisan tersebut mempunyai usul atau gagasan yang disokong dengan
hujah yang kuat; yang bertujuan untuk mempengaruhi pembaca atau pendengar; juga
untuk memastikan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan itu.
[2]

26. Jelaskan maksud istilah berikut:

(a) Dialek daerah


Bahasa daerah atau loghat dan mempunyai pelat sebutan khas bagi sesuatu daerah atau
bahagian negeri. Dialek merupakan kelainan bahasa yang berbeza daripada bahasa
baku dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
[1]
(b) Idiolek
Kelainan bahasa yang disebabkan oleh perbezaan individu. Terdapat perbezaan sebutan,
intonasi dan gaya pertuturan yang disebabkan oleh kecacatan atau tabiat penyebutan
kerana pengaruh rakan, keluarga, dan gaya.
[1]

27.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa istana?

Bahasa istana disebut juga bahasa dalam ialah bahasa diraja yang digunakan khusus dalam
perhubungan dalam kalangan kerabat diraja atau dalam perhubungan rakyat dengan kerabat
diraja.
[1]

(b) Nyatakan dua ciri bahasa istana beserta dengan contohnya.

i. Menggunakan kata ganti nama yang khusus, contohnya:-

Kata ganti nama diri Raja Rakyat


Pertama beta hamba/ patik
Kedua tuanku tuan hamba
Ketiga baginda -

ii. Penggunaan kata kekeluargaan - Contoh: kekanda, bonda, ayahanda

iii. Menggunakan gelaran keturunan - Contoh: Ungku, Tengku, Raja, dan rujukan
kehormat – Contoh: Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Mulia
iv. Menggunakan kosa kata atau ungkapan khusus;
- Rutin bahasa (bahasa yang tidak berubah-ubah sejak zaman dahulu). Contoh:
ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

3
- Kosa kata khusus - Contoh: beradu, santap, mencemar duli (datang), murka,
mangkat, gering, dan lain-lain.

v. Menggunakan unsur pemulukan dan pendinaan:

- Pemulukan: Ungkapan menyanjungi raja pada taraf yang amat tinggi; contoh: Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang di Pertuan

- Pendinaan: Ungkapan merendah diri ketika bertutur dengan raja, contoh: ampun
patik beribu-ribu ampun, patik pacal yang hina, patik merafak sembah.

* unsur pemulukan dan pendinaan hadir dalam ungkapan yang sama!

Terima mana-mana 2 isi


[2]

28.

Yang Berhormat Mulia Datuk Seri Dr. Syed X

Rujukan hormat ini diberikan kepada X kerana X ialah

(a) Merupakan Anggota Dewan Negara (senator)/ Yang Dipertua Dewan Rakyat (luar sidang)/ Yang
Dipertua Dewan Undangan Negeri (luar sidang) / Setiausaha Kerajaan Negeri / Penasihat
Kewangan Negeri / Penasihat Undang-Undang Negeri

(b) Mempunyai gelaran warisan „Syed‟ atau mempunyai jurai keturunan warisan „Syed‟

(c) Dianugerahi gelaran kurniaan pemerintah iaitu „Datuk Seri‟ / telah menerima anugerah kerajaan

(d) Mempunyai gelaran kurniaan ikhtisas dengan kelulusan Doktor Falsafah / memiliki ijazah
kedoktoran
[2]

29.

 Ipar
 Biras
 Menantu

(a) Nyatakan bentuk pertalian kekeluargaan berdasarkan maklumat di


atas. Pertalian kekeluargaan ikatan perkahwinan
[1]

4
Abu Bakar ialah seorang Menteri Besar. Beliau telah melanjutkan pengajiannya hingga peringkat
PhD. Beliau merupakan anak tunggal pasangan Tengku Aiman dan Tengku Zarra.

(b) Apakah gelaran yang sesuai bagi Abu Bakar?

Yang Amat Berhormat Mulia Dr. Tengku Abu Bakar bin Tengku Aiman
[1]

30.
(a) Apakah panggilan kehormat bagi individu yang bergelar Tan Sri?
Yang Berbahagia
[1]

(b) Nyatakan bentuk sapaan yang sesuai bagi situasi berikut.

(i) Aminah merupakan anak kedua dalam keluarganya.

Angah / Ngah

(ii) Fatimah telah menunaikan haji pada tahun lepas.

Hajah Fatimah

(iii) Syamsul telah menamatkan pengajiannya dalam bidang pendidikan.

Cikgu Syamsul
[3]

31. (a) Apakah perbezaan antara ragam bahasa herdik dengan ragam bahasa tempelak?

Bahasa herdik tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya kesalahan
yang lalu, manakala bahasa tempelak digunakan untuk menunjukkan kesalahan seseorang masa
lalu, supaya orang itu sedar akan perbuatan atau kata-katanya yang salah pada masa sebelum
dia melakukannya dahulu.
[2]

(b) Berikan contoh yang sesuai untuk membezakan dua ragam bahasa tersebut.

Ragam bahasa herdik: “Muka macam kau ni nak jadi ketua pengawas, jangan haraplah”

Ragam bahasa tempelak: “Macam ni ke orang yang engkau kata rajin, dah pukul sepuluh pagi pun
tak masuk pejabat lagi!”
[2]

32 (a) Apakah maksud bahasa pertanyaan ingkar?

5
Ragam bahasa yang berbentuk pertanyaan tetapi tidak memerlukan jawapan kerana jawapan
tersebut akan diberikan oleh pihak yang bertanya atau dibiarkan begitu sahaja. Pertanyaan itu
seolah-olah bertujuan hendak menguatkan benarnya jawapan yang sudah pun diketahui.
atau
Merupakan bahasa yang disusun secara pertanyaan, tetapi bukannya si penutur tidak tahu
jawapannya, sebaliknya pertanyaan tersebut sekadar untuk mengejek kerana si penutur hendak
menguatkan jawapannya atau hujahnya.
[1]

(b) Berikan satu contoh bahasa pertanyaan ingkar.

Inikah yang dikatakan kejayaan cemerlang? Kalau sekadar menjadi jaguh kampung, perlukah
kita mendabik dada dan berangan-angan untuk menang di peringkat antarabangsa?
[1]

33

“Ahhh, tak usah panjangkan perkara ini. Budak tu dah mati. Lima ratus ringgit tu cukup banyak
sebagai hadiah! Nak apa lagi? ” Kata pegawai polis kepada Pak Lan.

(a) Nyatakan ragam bahasa petikan di atas.

Ragam bahasa herdik


[1]

(b) Jelaskan sebab anda berpendapat sedemikian.

Ragam bahasa di atas dikatakan bahasa herdik kerana teguran diberikan kepada
seseorang atas kesalahan yang telah dilakukannya pada masa itu juga. Tujuannya
adalah untuk memberi peringatan kepada seseorang, perkataan yang digunakan juga
agak kasar, dan mengandungi unsur mengejek.
[2]

34 Nyatakan jenis ragam bahasa berikut:

(a) Raungan Mak Bedah kedengaran hingga puncak Gunung Tebu.

Ragam bahasa melampau


[1]
(b) Anak bakau di rumpun salak,
Patah taruknya ditimpa genta;
Riuh kerbau tergelak-gelak,
Melihat beruk berkaca mata.

Ragam bahasa jenaka


[1]

6
35. Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi situasi yang berikut:
a. Hasmah menyiapkan segala kelengkapan untuk belajar di universiti walaupun keputusan
permohonan melanjutkan pelajaran ke universiti masih belum diumumkan.

Sediakan payung sebelum hujan / Burung terbang dipipiskan lada


[1]

b. Enjin yang rosak itu hanya boleh dibaiki oleh Encik Samad kerana sebagai mekanik yang
bertauliah, beliau sangat arif tentang komponen-komponen yang terdapat di dalam enjin
tersebut.

Hanya jauhari yang mengenal manikam


(Terima mana-mana peribahasa yang sesuai/seumpama dengannya)
[1]

36.
Makna perkataan mempunyai kaitan dengan medan makna, iaitu lingkungan makna bagi sesuatu
perkataan, atau persekitaran bagi sesuatu benda.

(a) Nyatakan 3 lingkungan atau medan makna bagi perkataan di bawah.

i. Hospital : ubat, doktor, jururawat, farmasi, jarum suntikan, x-ray dll

ii. Universiti : pensyarah, dewan kuliah, bilik tutorial, mahasiswa, mahasiswi, dewan
canselor

iii. Jalan raya: kereta, lori, bas, motosikal, lampu isyarat, garisan berkembar,
[3]

(b) Nyatakan maksud homograf.

Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya tetapi mempunyai sebutan yang berbeza dan
makna yang berbeza.
[1]

Anda mungkin juga menyukai