Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang kata

adjektif dan darjah penghabisan, serta definisi konsep-konsep yang

digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar belakang

Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang

menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri

daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandung

kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata

penguat. Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama

atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata

penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam

ayat berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau

frasa nama. Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai sub golongan

yang ketara, namun berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat

dibahagikan kepada sekurang – kurangnya sembilan jenis seperti kata adjektif

sifatan atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif

bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata

adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera. Kata adjektif sifatan atau

keadaan terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau

keadaan sebagai unsur keterangan nama. (Nik Safiah Karim et.al 2004

Ada ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata

kerja, iaitu kata kerja keadaan. Ini adalah kerana kata adjektif itu menyatakan

keadaan. Kata kerja adjektif juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu

sama seperti kata kerja (Abdullah 2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi

Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai golongan ketiga. Manakala


1
dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai golongan

kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat

dengan kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang

dan perkara. Pendeta Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata

adjektif.

2
1.2 Definisi konsep

Za’ba (1954: 127) membahagikan jenis kata sifat kepada dua, iaitu sifat nama

dan sifat kata. Sifat nama menceritakan tentang nama atau ganti nama,

contohnya: budak kecil, baja baharu, anjing itu garang dan sebagainya. 11

Sifat kata pula menerangkan kata-kata selain kata nama. Contohnya: datang

lambat, terbang tinggi, baca lagi dan sebagainya. Berdasarkan contoh di atas,

kata lambat, tinggi dan lagi menerangkan kata selain kata nama iaitu kata

kerja datang, terbang dan baca.

Abdullah Hassan (2002: 178) juga bersetuju dengan pandangan Za’ba

yang menerangkan kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat

perbuatan (kata kerja). Menurut Abdullah Hassan, sesuatu kata itu disebut

sifat nama atau adjektif jika kata sifat itu menceritakan kata nama. Misalnya:

kata tebal, tajam, tua dan baru dikenali sifat nama atau adjektif apabila

menerangkan kata nama buku, pensel, basikal dan jam. Abdullah Hassan

turut menggariskan bagaimana sesuatu kata sifat itu dikenali sebagai kata

sifat. Pertama, kata sifat boleh diberi perkataan penguat seperti sangat, amat,

terlalu, benar, betul, sungguh dan sekali. Kedua, sesuatu kata sifat itu boleh

menerima imbuhan ter- dan se-. Selain itu, untuk mengenali sama ada kata

itu dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan itu hadir selepas kata nama.

Contohnya, kata sifat kerja boleh hadir selepas dan sebelum kata kerja.

Misalnya, bercakap kuat dan kuat bercakap. Walaubagaimanapun, sifat nama

hanya boleh hadir di depan kata nama. Contohnya, rumah putih dan bukan

putih rumah.

Class Spat (1986: 66) pula berpendapat bahawa kata sifat bertindak

sebagai atribut (penerang) kepada subjek dan berfungsi sebagai predikat.

Dalam ayat 1(i), kata sifat besar berfungsi sebagai predikat sedangkan ayat 1
3
(ii) ialah berperanan penerang. Daripada penghuraian ayat 1(i) dan ayat 1 (ii),

Class Spat (1989) menegaskan kata sifat itu masing-masing berperanan

predikat dan penerang setelah dilihat daripada segi kedudukannya dalam ayat.

Class Spat (1989) selanjutnya mengatakan yang kata sekali boleh ditempatkan

selepas kata sifat, misalnya Rumah itu besar sekali. Dengan kata lain, Class

Spat mengakui bahawa betapa ada hubungan kata 13 sifat dengan unsur lain

dalam ayat.

Bagi Harimurti Kridalaksana (1982: 3) kata adjektif ialah kata yang

menerangkan kata benda. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa kata

sifat mempunyai ciri yang bergabung dengan kata lain. Contoh yang

diberikan ialah tidak baik, tidak jahat, lebih baik dan sangat cantik. Samsuri

(1982: 245) pula beranggapan bahawa kata sebelum dan selepas inti kata sifat

ialah pemandu keterangan dan pemanduan itu mewujudkan kelompok kata

sifat (gatra kata sifat).

Asmah Haji Omar (1986: 148) dan Mashudi Kader (1981: 51) pula

berpendapat sedemikian kerana kata sifat sebagai subgolongan daripada kata

karyaan (verbal) kerana kata kerja dan kata sifat mempunyai fungsi yang

sama dalam ayat.

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa kata adjektif ialah

perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur

keterangan kepada kata nama.

4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

(a) mengenal pasti kata adjektif di dalam novel Sunan: Nanggroe Sang Kembara

(b) mengelaskan kata adjektif mengikut jenis.

(c) menganalisis penggunaan darjah perbandingan kata adjektif.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk

(a) Menambah dokumentasi tentang kajian kata adjektif dan darjah perbandingan

(b) Dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk menjelaskan

kekeliruan kata adjektif dan darjah perbandingan

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada kata adjektif dan darjah perbandingan. Terdapat tiga darjah

perbandingan iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. Ketiga-tiga

darjah perbandingan ini akan dikaji.

5
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kata adjektif penulisan novel Sunan:

Nanggroe Sang Kembara dari bab satu sehingga bab sepuluh sahaja. Kata adjektif ini

akan dikesan melalui tiga darjah perbandingan iaitu darjah biasa, darjah bandingan

dan darjah penghabisan.

Selain itu, tempoh masa kajian ini adalah dari bulan Jun hingga bulan September.

Hal ini demikian adalah kerana setiap pelajar telah diberi tempoh masa yang

ditetapkan untuk melaksanakan kajian ini.

Seterusnya,kajian ini dilaksanakan terhadap teks bertulis iaitu penulisan novel

Sunan: Nangproe Sang Kembara. Novel ini berkisahkan tentang cinta yang terkawal

peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari

kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan

dan dendam. Novel ini juga penuh aksi yang mendebarkan, digelumangi magis dan

kesakitan serta pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati. Situasi

yang akan menggambarkan keadaan di dalam novel ini ditonjolkan melalui

penggunaan kata adjektif. Kata adjektif ini akan menjelaskan sifat atau keadaan

sesuatu situasi di dalam novel bagi menunjukkan impak yang lebih agresif untuk

pembaca.

6
6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian,

kaedah pemprosesan atau penganalisian data dan cara mempersembahkan dapatan

kajian.

6.1 Kaedah Kepustakaan

Penyelidik mendapatkan maklumat seperti definisi istilah yang berkaitan dengan

kata adjektif. Konsep-konsep penting dan kajian-kajian sebelum ini yang

berkaitan dengan kata adjektif merujuk kepada bahan bacaan di pusar sumber dan

juga di laman sesawang. Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat

melalui kajian kepustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis

seperti buku, majalah, akhbar, dan bahan bertulis yang terdapat di perpustakaan,

bilik sumber, dan sumber lain. Pembacaan ini merupakan cara untuk memperoleh

idea asas tentang kajian yang bakal dijalankan dan sedikit maklumat tentang kata

adjektif.

6.2 Kaedah Laman Sesawang

seterusnya, kajian diteruskan dengan tinjauan di laman sesawang. Laman

sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat ialah Yahoo, Googles dan

YouTube Tinjauan terhadap laman sesawang dapat membantu pengkaji untuk

mendapatkan maklumat untuk melakukan kajian pustaka, seperti mendapatkan

maklumat awal berkaitan sesutau buku rujukan yang terdapat di pasaran. Hal ini

dikatakan demikian kerana, tinjauan terhadap laman sesawang tidak terhad dan

merentasi sempadan masa sekarang.

7
6.3 Kaedah Kajian Teks

penyelidik telah memilih sebuah novel yang bertajuk Sunan: Nanggroe Sang

Kembara Karya Ramlee Awang Murshid. Teks novel ini telah dikaji dengan teliti

oleh pengkaji terutamanya tentang penggunaan kata adjektif yang terdapat di

dalam antologi cerpen tersebut

8
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini diperlihatkan kata adjektif yang terdapat dalam novel Sunan :

Nanggroe Sang Kembara .

menganalisis penggunaan darjah perbandingan kata adjektif.

7.1 Mengenal pasti kata adjektif di dalam novel Sunan: Nanggroe Sang Kembara

Berikut merupakan kata adjektif yang dapat dikenal pasti di dalam novel Sunan:

Nanggroe Sang Kembara.

Ayat Kata adjektif M/s


1 Mereka sujud syukur yang dimulakan Berani 3
oleh Wali Sufi sendiri selaku pendekar Gagah
gempur yang gagah, berani lagi tangkas Hebat
dan hebat.

2 Cuma sering berdoa semoga kematian Baik 12


itu muncul dengan cara yang baik.

3 Angkuh. Namun Wali Sufi dapat Angkuh 12


mengesan sikap yang angkuh dalam
jiwa kanak-kanak itu.

4 Bagaimanapun, rencahnya sendiri Kejahatan 24


adalah kejahatan dan kekejaman. Kekejaman

5 Anak itu yang kini tumbuh besar Rupawan 24


berwajah rupawan.

6 Memiliki anak mata yang sentiasa bugar, Mancung 24


berhidung mancung dan apabila
tersenyum pasi akan menambat hati
mana-mana lelaki,.

9
7 Sorakan rakyatnya pun mulai Perlahan-lahan 25
mengendur dan perlahan-lahan suasana
menjadi senyap kembali.

8 Suasana menjadi hiruk-pikuk . Hiruk-pikuk 26

9 Di dalam mimpinya dia menyaksikan Besar 26


api besar menenggelamkan seluruh
Punggor ini.
10 Dapat juga menyuluh muka ke bumi Kemerahan 28
walaupun berwarna agak kemerahan.

11 Separuh berwudhu’ ketika mensucikan Kuat 28


wajahnya tidak semena dia terdengar
bunyi kibaran sayap yang kuat.

12 Orang berdagang tidak putus-putus Cemburu 32


mendatangi Pelabuhan Aceh sehingga
mencetuskan api cemburu pada
Maharani, Sang Pemerintah Pulau Utara.

13 Maka menyeruaklah darah merah, Merah 35


pekat hitam. Hitam
Pekat

14 Biji halkum kelihatan membulat kecil. Kecil 35

15 Selaku anak muda yang baru mengenal Cinta 37


cinta Megat berasa sangat bersemangat .

16 Jalis menyaksikan sendiri, hari demi Intim 37


hari, hubungan Megat dan Seroja
semakin bertambah intim.

10
17 Bagaimanapun, Jalis kurang senang Senang 37
dengan hubungan Saifuddin dan Melor

18 Saifuddin sibuk menambat tali perahu. Sibuk 38

19 Banyak atau sedikit akan dibahagikan Banyak 39


sama rata walaupun setiap keluarga Sedikit
kadangkala hanya mendapat seekor ikan
sahaja

20 Keadaan dirinya yang kotor berlumuran Kotor 42


darah kering hasil pembunuhannya.

21 Sang Raja memandang mata Ratna yang Kejam 43


kejam serta bengis. Bengis

22 Anak gadis orang kaya itu pantas Pantas 67


berpaling.
23 Lama-kelamaan tubuhnya menjadi Keding 72
keding.

24 “Aku hendak menjadi pewarismu Nyaring 76


bapak!’’ Djailuh bersuara nyaring

25 Memperdengarkan suara tawanya yang Garau 78


garau.

11
7.2 Mengelaskan kata adjektif mengikut jenis.

Berikut merupakan kata adjektif yang disenaraikan telah dikelaskan mengikut jenis.

Terdapat sembilan jenis kata adjektif, tetapi dalam noevl Sunan : Kembara ini pengkaji

hanya menemui tujuh jenis kata adjektif.

Jenis Keterangan Ayat


Sifat/ keadaan Kata adjektif yang Mereka sujud syukur yang dimulakan oleh
menerangkan Wali Sufi sendiri selaku pendekar gempur
perangai, tabiat atau yang gagah, berani lagi tangkas dan
keadaan bagi kata hebat.
nama atau frasa
nama. Bagaimanapun, rencahnya sendiri adalah
kejahatan dan kekejaman.

Saifuddin sibuk menambat tali perahu.


Separuh berwudhu’ ketika mensucikan
wajahnya tidak semena dia terdengar
bunyi kibaran sayap yang kuat.

Sang Raja memandang mata Ratna yang


kejam serta bengis.
Cuma sering berdoa semoga kematian itu
muncul dengan cara yang baik.
Cara Kata adjektif yang Jalis menyaksikan sendiri, hari demi hari,
menerangkan hubungan Megat dan Seroja semakin
kelakuan atau ragam bertamah intim.
bagi kata nama atau
frasa nama. Anak gadis orang kaya itu pantas
berpaling.

Bagaimanapun, Jalis kurang senang


dengan hubungan Saifuddin dan Melor.

12
Sorakan rakyatnya pun mulai mengendur
dan perlahan-lahan suasana menjadi
senyap kembali.

Namun Wali Sufi dapat mengesan sikap


yang angkuh dalam jiwa kanak-kanak itu.
Warna Kata adjektif yan Dapat juga menyuluh muka ke bumi
menerangkan warna walaupun berwarna agak kemerahan.
sesuatu nama.
Maka menyeruaklah darah merah, pekat
Kata warna yang dan hitam.
boleh diikuti oleh
kata adjektif dan
boleh juga dibuat
perbandingan dengan
unsure-unsur alam
seperti nama buah
dan tumbuhan.
Ukuran Kata adjektif yang Biji halkum kelihatan membulat kecil.
menerangkan saiz
berat atau ringan Di dalam mimpinya dia menyaksikan api
tentang benda besar menenggelamkan seluruh Punggor
bernyawa atau tidak ini.
bernyawa, konkrit
atau tidak konkrit. Banyak atau sedikit akan dibahagikan
sama rata walaupun setiap keluarga
kadangkala hanya mendapat seekor ikan
sahaja

Lama-kelamaan tubuhnya menjadi


keding.
Bentuk Kata adjektif yang Memiliki anak mata yang sentiasa bugar,
menerangkan bentuk berhidung mancung dan apabila
atatau sesuatu rupa tersenyum pasi akan menambat hati mana-
13
mana lelaki.

Perasaan Kata adjektif jenis ini Orang berdagang tidak putus-putus


harus diikuti oleh mendatangi Pelabuhan Aceh sehingga
kata nama akan, mencetuskan api cemburu pada
dengan, atau Maharani.
terhadap apabila
diperluas dengan Selaku anak muda yang baru mengenal
frasa nama. cinta Megat berasa sangat bersemangat .
Pemerintah Pulau Utara
Pancaindera Deria dengar
Memperdengarkan suara tawanya yang
garau.
“Aku hendak menjadi pewarismu
bapak!’’ Djailuh bersuara nyaring.
Deria sentuh
Keadaan dirinya yang kotor
berlumuran darah kering hasil
pemunuhannya.

Deria pandang
Anak itu yang kini tumbuh besar
berwajah rupawan.

14
7.3 Menganalisis penggunaan darjah perbandingan kata adjektif.
Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu
a) Darjah biasa
b) Darjah bandingan
c) Darjah penghabisan

a) Darjah biasa
Dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.

Ayat Kata adjektif


1 Mereka sujud syukur yang dimulakan oleh Wali Sufi sendiri Berani
selaku pendekar gempur yang gagah, berani lagi tangkas dan Gagah
hebat. Hebat
2 Cuma sering berdoa semoga kematian itu muncul dengan cara Baik
yang baik.
3 Angkuh. Namun Wali Sufi dapat mengesan sikap yang Angkuh
angkuh dalam jiwa kanak-kanak itu.
4 Bagaimanapun, rencahnya sendiri adalah kejahatan dan Kejahatan
kekejaman Kekejaman
5 Anak itu yang kini tumbuh besar berwajah rupawan. Rupawan
6 Memiliki anak mata yang sentiasa bugar, berhidung mancung Mancung
dan apabila tersenyum pasi akan menambat hati mana-mana
lelaki,
7 Sorakan rakyatnya pun mulai mengendur dan perlahan-lahan Perlahan-lahan
suasana menjadi senyap kembali.
8 Suasana menjadi hiruk-pikuk . Hiruk-pikuk
9 Di dalam mimpinya dia menyaksikan api besar Besar
menenggelamkan seluruh Punggor ini.
10 Dapat juga menyuluh muka ke bumi walaupun berwarna agak Kemerahan
kemerahan.
11 Separuh berwudhu’ ketika mensucikan wajahnya tidak semena Kuat
dia terdengar bunyi kibaran sayap yang kuat.
12 Orang berdagang tidak putus-putus mendatangi Pelabuhan Cemburu

15
Aceh sehingga mencetuskan api cemburu pada Maharani,
Sang Pemerintah Pulau Utara.
13 Maka menyeruaklah darah merah, pekat hitam. Merah
Hitam
Pekat
14 Biji halkum kelihatan membulat kecil. Kecil
15 Selaku anak muda yang baru mengenal cinta Megat berasa Cinta
sangat bersemangat .
16 Jalis menyaksikan sendiri, hari demi hari, hubungan Megat dan Intim
Seroja semakin bertambah intim.
17 Bagaimanapun, Jalis kurang senang dengan hubungan Senang
Saifuddin dan Melor.
18 Saifuddin sibuk menambat tali perahu. Sibuk
19 Banyak atau sedikit akan dibahagikan sama rata walaupun Banyak
setiap keluarga kadangkala hanya mendapat seekor ikan sahaja Sedikit
20 Keadaan dirinya yang kotor berlumuran darah kering hasil Kotor
pembunuhannya.
21 Sang Raja memandang mata Ratna yang kejam serta bengis. Kejam
Bengis
22 Anak gadis orang kaya itu pantas berpaling. Pantas
23 Lama-kelamaan tubuhnya menjadi keding. Keding
24 “Aku hendak menjadi pewarismu bapak!’’ Djailuh bersuara Nyaring
nyaring
25 Memperdengarkan suara tawanya yang garau. Garau

16
7.3 Analisis darjah perbandingan kata adjektif

Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan. Antaranya ialah:

a) Darjah biasa

a) Darjah bandingan

b) Darjah penghabisan

a) Darjah biasa

Dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Terdapat beberapa kata adjektif

biasa yang digunakan dalam novel: Sunan Nanggroe Sang Kembara ini. Antaranya ialah:

Bil Ayat Kata adjektif

`1 Mereka sujud syukur yang dimulakan oleh Wali Sufi sendiri Berani

selaku pendekar gempur yang gagah, berani lagi tangkas dan Gagah

hebat. Hebat

Tangkas

2 Cuma sering berdoa semoga kematian itu mucul dengan cara Baik

yang baik.

3 Angkuh. Namun Wali Sufi dapat mengesan sikap yang angkuh Angkuh

dalam jiwa kanak-kanak itu.

4 Bagaimanapun, rencahnya sendiri adalah kejahatan dan Kejahatan

kekejaman. Kekejaman

5 Anak itu kini tumbuh besar berwajah rupawan. Rupawan

6 Memiliki anak mata yang sentiasa bugar, berhidung mancung Mancung

dan apabila tersenyum pasti akan menambat hati mana-mana

lelaki.

17
7 Sorakan rakyat pun mulai mengendur dan perlahan-lahan Perlahan-lahan

suasana menjadi senyap kembali.

8 Suasana menjadi hiruk-pikuk Hiruk-pikuk

9 Di dalam mimpinya dia menyaksikan api besar Besar

menenggelamkan seluruh Punggor ini.

10 Dapat juga menyuluh muka ke bumi walaupun berwarna agak Kemerahan

kemerahan.

11 Separuh berwudhu’ ketika menscikan wajahnya tidak semena dia Kuat

terdengar bunyi kibaran saying yang kuat.

12 Orang berdagang tidak putus-putus mendatangi Pelabuhan Aceh Cemburu

sehingga mencetuskan api cemburu pada Maharani, Sang

Pemerintah Pulau Utara.

13 Maka menyeruaklah darah merah, pekat hitam. Merah

Hitam

Pekat

14 Biji halkum kelihatan membulat kecil. Kecil

15 Selaku anak muda yang baru mengenai cinta Megat berasa Cinta

sangat bersemangat.

16 Jalis menyaksikan sendiri, hari demi hari, hubungan Megat dan Intim

Seroja bertambah intim.

17 Bagaimanapun, Jalis kurang senang dengan hubungan Saifuddin Senang

dan Melor.

18 Saifuddin sibuk menambat tali perahu. Sibuk

19 Banyak atau sedikit akan dibahagikan sama rata walaupun Banyak

setiap keluarga kadangkala hanya mendapat seekor ikan sahaja. Sedikit

18
20 Keadaan dirinya yang kotor berlumuran darah kering Kotor

hasil pembunuhannya.

21 Sang Raja memandang mata Ratna yang kejam serta bengis. Kejam

Bengis

22 Anak gadis orang kaya itu pantas berpaling. Pantas

23 Lama-kelamaan tubuhnya menjadi keding. Keding

24 “Aku hendak menjadi pewarismu bapak!” Djailuh bersuara Nyaring

nyaring.

25 Memperdengarkan suara tawanya yang garau. Garau

19
b) Darjah bandingan

Dua bentuk darjah bandingan dalam Bahasa Melayu iaitu:

a) Bandingan yang sama

b) Bandingan yang berbeza

Terdapat beberapa penggunaan darjah bandingan Bahasa Melayu yang dapat diperoleh dalam

novel Sunan : Nanggroe Sang Kembara. Antaranya ialah :

Darjah Bandingan Contoh Ayat

Sama Tidak dinyatakan Tidak dinyatakan

Berbeza Kurang senang Bagaimanapun, Jalis kurang senang

daripada daripada hubungan Saifudin dan Melor.

20
c) Darjah penghabisan

Darjah penghabisan dalam Bahasa Melayu dapat dinyatakan dengan menggunakan kata-kata

seperti paling, teramat, sangat, sekali dan sebagainya. Terdapat beberapa penggunaan darjah

penghabisan ini dalam novel Sunan : Nanggroe Sang Kembara. Antaranya ialah:

Bentuk Darjah Penghabisan Contoh Ayat

Se-+ kata adjektif + gandaan seluas-luasnya Gerbang itu terbuka seluas-luasnya.

setinggi-tinggi Memanjatkan setinggi-tinggi syukur

kepada Allah kerana memberi

kemakmuran ke atas tanah Rencong

yang digelar Serambi Mekah ini.

yang + teR- + kata adjektif yang terhandal “Bukankah aku murid bapak yang

terhandal di kalangan yang lain?”

Paling + kata adjektif paling sukar Memerangi nafsu adalah peperangan

paling sukar yang harus kau atasi

sedaya upayamu.

Kata adjektif + sekali keras sekali Hatinya keras sekali.

yang + teR-+ amat / sangat Tidak dinyatakan Tidak dinyatakan

21
8.0 Rumusan

Kajian ini telah memaparkan penggunaan kata adjektif dalam novel Sunan :

Nanggroe Sang Kembara. Pengkaji telah mengenalpasti kata adjektif di dalam novel Sunan :

Nanggroe Sang Kembara dan telah menyenaraikan kata adjektif yang terdapat di dalamnya.

Pengkaji telah menyenaraikannya dalam bentuk kotak untuk memudahkan orang ramai untuk

membuat rujukan. Selain itu, pengkaji telah mengelaskan jenis kata adjektif yang terdapat

dalam novel yang dikaji. Dengan pengelasan ini, kata adjektif dapat dikelaskan dengan lebih

sempurna dan mudah difahami. Pengkaji juga telah menganalisis penggunaan darjah

perbandingan adjektif.

Setelah membuat kajian yang mendalam mengenai kata adjektif ini, pengkaji tidak

dapat menafikan bahawa kata adjektif memainkan peranan yang penting dalam membentuk

sesebuah ayat kerana terdapat pelbagai kesukaran dalam mengenal pasti jenis dan darjah-

darjahnya. Terdapat kepelbagaian jenis kata adjektif yang sukar difahami serta darjah yang

sukar ditentukan.

Pada amnya, bentuk kata adjektif dengan darjah perbandingan ini mengelirukan oleh

sebab jumlahnya banyak. Apabila aspek-aspek ini difahami, persoalan darjah perbandigan

mungkin tidak begitu mengelirukan. Untuk menguasai kata adjektif, pelajar hendaklah

memahami maksud kata adjektif itu sendiri serta memahami jenis-jenis dan darjah-

darjahnya. Ini akan lebih memudahkan pelajar.

22
9.0 Penutup

Selepas mengenal pasti pelbagai jenis kata adjektif yang ada serta menganalisis

penggunaan darjah perbandingan dan penghabisan pengkaji berharap dapat memberikan

sedikit panduan kepada pelajar tingkatan enam yang akan datang. Pengkaji berharap agar

kajian ini dapat membantu orang ramai dalam mengenal pasti jenis kata adjektif serta darjah

perbandingan dan penghabisan selepas membaca kajian ini. Semoga kajian ini dapat menjadi

panduan kepada pengkaji lain dalam melaksanakan kajian tehadap kata adjektif pada masa

yang akan datang Selain itu, pengkaji juga berharap kajian ini didokumentasikan supaya

dapat membantu pelajar-pelajar tingkatan enam yang bakal mengkaji kata adjektif pada masa

yang akan datang.

Sepanjang para pengkaji membuat kajian tentang kata adjektif, secara tidak langsung

para pengkaji dapat menambah lagi ilmu pengetahuan yang tersedia ada tentang kata adjektif

dan lebih memahami jenis dan darjah-darjahnya dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhan,

kata adjektif mempunyai peranan yang penting kepada kita. Semoga kajian ini akan memberi

banyak manfaat kepada generasi yang akan datang.

23
10.0 Bibliografi

Abdullah Hassan. 1973. “Golongan-golongan Kata dalam Bahasa Melayu”,

dlm. Dewan Bahasa. Jilid XVII. Bil. 8. Ogos. 368-377.

Asmah Hj. Omar. 1962. “Serba sedikit tentang tatabahasa - tatakalimat bahasa

Melayu”. dlm. Dewan Bahasa, Jilid VI. Bil. 10. Okt. 440-452.

Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24

Anda mungkin juga menyukai