Anda di halaman 1dari 2

Bandingkan sistem pemerintahan beraja di England dan

Perancis.
Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud cara pemerintahan raja tidak
dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang.
Oleh itu, terdapat beberapa negara di benua Eropah yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja. Antara negara tersebut ialah England dan Perancis Pemerintahan
beraja di kedua-dua buah negara ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan dalam
beberapa aspek tertenfu.
Pada masa kini, pemerintahan di England dan Perancis telah mengalami banyak
perubahan besar dan semestinya perubahan ini didorong oleh revolusi yang dicetuskan
sejak abad ke-17.Pertamanya, persamaan yang dapat dilihat ialah dari aspek kedudukan
dan kekuasaan raja. Raja di England dan Perancis cenderung mengamalkan pemerintahan
beraja mutlak. Hal ini membawa maksud raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan
raja menguasai pemerintahan negaranya. Sebagai contoh di England, raja England
berpegang pada prinsip doktrin kuasa suci raia atau Devine Right of Kings.
Raja Perancis pula mengatasi segala undang-undang dan baginda boleh menahan
sesiapa yang disyaki menentang kerajaan. Selain itu, terdapat juga parlimen yang
berfungsi untuk membantu raja dalam menguruskan pentadbiran negara. Malah, parlimen
kedua-dua negara juga terbahagi kepada bahagian-bahagian contohnya terdapat House of
Lords dan House of Commons manakala parlimen Perancis terbahagi kepada tiga
Estet. Golongan bangsawan di kedua-dua negara juga mempunyai kedudukan yang
kukuh dan berpengaruh.Ahli gereja dan paderi turut mempunyai kedudukan yang kukuh
dan kebanyakan mereka hidup mewah. Misalnya, paderi Bishop di Perancis hidup di
rumah mewah dan banyak menganiaya rakyat.
Dalam pada itu, peranan golongan bourjois turut semakin signifikan dalam
pemerintahan di England dan Perancis. Umumnya mereka tidakberpuas hati dengan cara
pemerintahan yang menindas mereka. Manakala, perbezaan yang dapat dilihat dengan
jelas antara sistem beraja di England dan Perancis adalah di England, sistem
pemerintahan beraja adalah berasaskan dinasti. Terdapat dua dinasti pada zaman
pemerintahan beraja mutlak di England iaitu Dinasti Tudor dan Dinasti Stuart.
Berbanding dengan Perancis yang tidak mempunyai dinasti.
Selain itu, perbezaan di antara kedua-dua negara ini turut dapat dilihat melalui
prinsip yang dipegang oleh raja. Misalnya di England, raja-rajta Dinasti Tudor berpegang
kepada Magna Carta ,sebuah piagam politik yang mengawal kuasa berbanding di
Perancis, rajanya tidak berpegang kepada mana-mana piagam tetapi kuasa pemerintahan
terletak di tangan raja Majlis Diraja dan intendant.

Di samping itu, di England pernah berlaku pembubaran politik yang berpunca


daripada krisis antara raja dengan ahli-ahli parlimen berhubung isu cukai. Berbeza
dengan Perancis, parlimen tidak pernah dibubarkan malahan parlimen digabungkan untuk
membentuk parlimen (Perhimpunan Kebangsaan). Raja-raja England turut cenderung
memonopoli ekonomi sebagai contoh Raja James I memberi hak monopoli kepada
syarikat disukai baginda. Raja-raja Perancis pula cenderung berbelania boros hingga
menimbulkan keadaan defisit.
Perbezaan juga dapat dilihat dari sudut kedudukan golongan bangsawan dan paderi
di kedua-dua negara. Golongan bangsawan dan paderi di England tidak hidup terlalu
mewah dan mereka tidak terlalu memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan.
Berbanding di Perancis, golongan bangsawan dan paderi mempunyai kedudukan yang
kukuh kerana paderi menguasai institusi agama manakala golongan bangsawan
mempunyai tanah yang banyak serta mendapat pelbagai keistimewaan. Hal ini
dikukuhkan lagi dengan sistem feudal masyarakat Perancis yang kompleks.
Akhir sekali, perbezaan jelas yang dapat dilihat adalah kedudukan raja selepas
revolusi. Selepas berlakunya kompromi di antara raja dengan parlimen di England, raja
England, Raja Charles II tidak disingkirkan daripada takhta dan terus memerintah
berdasarkan perlembagaan. Beberapa akta digubal tetapi pada masa yang sama, raja
masih lagi memerintah mengikut sistem raja berperlembagaan. Sistem tersebut kekal
hingga kini. Berbeza dengan Perancis, selepas Revolusi Perancis raja masih memegang
takhta mengikut sistem raja berperlembagaan namun setahun kemudian raja disingkirkan
dan dihukum pancung. Sekaligus menunjukkan kedudukan berbeza yang dihadapt raja
England dan Perancis selepas revolusi.
Kesimpulannya, jelaslah terdapat persamaan dan perbezaan diantara
pemerintahanberaja di England dan Perancis. Sistem pemerintahan beraja di England
dijatuhkan melalui Revolusi Cemerlang, menjadi Raja Berperlembagaan. Manakala,
pemerintahan beraja di Perancis dijatuhkan melalui pemerintahan ganas sehingga raja dan
permaisuri dijatuhkan hukuman mati. Perancis akhirnya nenjadi negara Republik.

Anda mungkin juga menyukai