Anda di halaman 1dari 28

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja


berperlembagaan di England.
Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke15. Sistem ini diasaskan oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor.
Sistem pemerintahan raja mutlak berpegang kepada prinsip dan kepercayaan
bahawa raja dilantik oleh Tuhan. Raja berkuasa dalam segala hal mengatasi
undang-undang.

Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju


sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huruhara. Pemerintahan raja berkuasa mutlak yang diamalkan semasa Zaman Dinasti
Tudor [1485 1603] mendapat sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-raja Tudor
menghormati prinsip perbatasan pemerintah yang terkandung dalam Magna
Carta. Parlimen England ketika itu terdiri daripada House of Lord dan House of
Commons. House of Lord yang dianggotai oleh tuan tanah yg kaya, bishop dan
kerabat diraja lebih berkuasa berbanding House of Commons yang dianggotai
oleh golongan knight, orang kaya dan peguam.

Menjelang abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di


luar Bandar, muncul golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan
melebihi golongan bangsawan. Di Bandar pula, muncul golongan bourjois iaitu
saudagar yang kaya ber pendidikan dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi.
Golongan gentry dan bourjois yang banyak menganggotai House of Commons
berani mempertikaikan House of Lord yang didominasi oleh golongan aristokrat.
Pada masa yang sama berlaku pergeseran mahzab gereja. Penganut mahzab
Protestan marah dengan tindakan gereja kebangsaan England iaitu Anglican yg
masih mengamalkan sifat gereja Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat
membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.

Kemangkatan Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan


Dinasti Tudor di England. Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland
telah ditabalkan menjadi raja England. Perlantikan ini menandakan bermulanya
pemerintahan Dinasti Stuart. Raja James I berpegang teguh kepada doktrin
kuasa suci raja yang menganggap kedudukan raja mengatasi segala undangundang. Hal ini tidak disenangi oleh golongan gentry dan bourjois yang ingin
memisahkan gereja dari pemerintahan. Sikap pilih kasih dalam urusan
perdagangan dan tindakan raja membelakangkan parlimen dalam isu cukai
menyebabkan golongan saudagar marah.

Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya


sehingga parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan
mengutuk raja yang bersikap autokratik. Golongan puritan semakin marah bila
Bishop Besar William Laud yang dilantik oleh Raja Charles I melarang golongan
puritan melakukan aktiviti keagamaan mereka. Pada tahun 1645, berlaku perang
dan tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya mengalahkan
tentera Raja Charles I. Oliver Cromwell juga menyingkirkan ahli parlimen yang
proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England sebagai negara republik dan
dia sendiri sebagai ketua.

Walaupun berjaya menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan, Oliver


Cromwell tetap menerima tentangan daripada golongan levelers dan golongan
diggers menuntut setiap rakyat England berhak mengundi dan persamaan hak
dalam pemilikan harta. Oliver Cromwell telah membubarkan parlimen dan
membentuk kerajaan baru iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai Lord
Protectorate. Walaupun memerintah mengikut perlembagaan, tetapi beliau
pemerintahan bercorak diktaktor ketenteraan.

Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja


berperlembagaan di Perancis.
Perancis merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan
ketidakstabilan politik serta kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini
dihapuskan dan digantik dengan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.

Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis,


pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant.
Kuasa raja mengatasi semua undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan
individu yang ingkar atau menyakiti hati golongan berpengaruh. Tindakan ini
dipanggil lettre de cachet. Majlis Diraja dianggotai kerabat diraja yg
berpengaruh. Mereka berperanan membuat keputusan penting dalam semua
bidang. Di peringkat wilayah, intendant diamanahkan untuk menguruskan hal
pentadbiran dan cukai sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan
bangsawan.
Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi
keistimewaan. Golongan bourjois iaitu golongan kelas menengah seperti
professional, guru, peguam dan pedagang turut diberikan keistimewaan seperti
pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas hati
kerana tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan berkhidmat
dalam pentadbiran. Golongan petani pula terbeban dengan pelbagai cukai
seperti cukai tanah, garam, harta dan cukai feudal.

Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang
terdiri daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan
bangsawan dan estet ketiga pula terdiri daripada golongan borjouis dan petani.
Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan manakala estet ketiga seolah-olah
terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang
keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan persamaan hak
tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan diri
sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga
ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Perjuangan Estet Ketiga
mendapat sokongan golongan miskin.

Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya


menawan bangunan Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila

berlakunya peristiwa yang dipanggi Hari Ogos: Peristiwa ini menandakan


penghapusan sistem feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal menyerahkan
hak feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada 26
Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara. Pentadbiran Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan
[department] dan setiap department ini dibahagi kepada daerah [cantons] dan
commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa di
kawasan masing.
Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan
perlembagaan baru. Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan
kuasa Montesquieu, kerajaan Perancis dibahagikan kepada badan legislative,
badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era pemerintahan raja
berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan raja
berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada
republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan
menyokong raja, Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum
pancung dengan gilotin.

Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja


berperlembagaan menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang
berlakunya di Perancis hanya tamat bila Napoleon Bobaparte mengambil alih
pemerintahan [1799].

Soalan: Huraikan / Jelaskan sistem pembesar yang diamalkan di China abad ke16 hingga ke-20.

Pembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk
membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sesebuah negara. Di China,
pegawai yang terdiri daripada golongan cerdik pandai merupakan orang kedua
terpenting selepas maharaja. Pembesar China boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pembesar di peringkat pusat dan pembesar di peringkat wilayah.

Pentadbiran China dibahagikan kepada tiga unit utama iaitu Majlis Tertinggi,
Sekretariat Agung dan Lembaga Penapis [Censorate]. Majlis Tertinggi terdiri
daripada enam kementerian yang setiap satunya diketuai oleh pegawai yang
dipanggil Shangschu. Majlis Tertinggi berperanan menasihati maharaja dalam hal
pemerintahan. Sekretariat Agung berperanan menyelia, menyelaras dan
melaporkan perjalanan enam kementerian yang terdapat dalam pentadbiran
kerajaan pusat. Lembaga Penapis pula berperanan menjadi mata dan telinga
maharaja yang melaporkan setiap tindakan pembesar.

Dalam sistem pembesar China terdapat dua kelompok pembesar iaitu golongan
sarjana dan bukan sarjana. Golongan sarjana menduduki darjat paling tinggi
dalam sistem pembesar China. Golongan ini merupakan lulusan peperiksaan
awam yang menjadi syarat lantikan atau kenaikan pangkat. Golongan sarjana
biasanya menjawat jawatan yang penting terutama dalam hal yang melibatkan
penggubalan dasar. Dasar yang telah digubal ini akan dilaksanakan oleh
pembesar bawahan di peringkat wilayah dengan bantuan pembesar tempatan
iaitu gentry.

Pembesar peringkat wilayah yang bukan golongan sarjana pula memiliki


angkatan tentera sendiri. Mereka berperanan menyediakan bantuan ketenteraan
kepada pemerintah pusat terutama ketika diperlukan. Selain itu, mereka juga
bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan wilayah sendiri.
Kedudukan pembesar ini lebih rendah berbanding pembesar golongan sarjana.

Semasa pemerintahan Dinsati Ching, gabenor dilantik sebagai pentadbir daerah


yang menguruskan pentadbiran, keamanan dan ketenteraan, serta kutipan
cukai. Gabenor ini berhubung langsung dengan pemerintahan pusat. Kesetiaan
gabenor kepada pemerintah pusat dipaterikan dalam dikri diraja. Gabenor akan
mentadbir dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.

Sistem pembesar di China yang menekankan ajaran klasik Confucius


menyaksikan China bangkit sebagai sebuah kuasa yang besar sekitar abad ke-16
hingga ke-20. Walau bagaimanapun, sikap pemerintah Dinasti Ching yang tidak
lagi menekankan ajaran Confucius menyebabkan kemerosotan nilai dan etika
para pembesar yang lebih mementingkan kebendaan. Sistem pembesar di China
berakhir apabila pemerintahan Dinsati Ching tamat.

Perbandingan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun


Pengenalan
England dan Jepun merupakan dua buah negara yang mengamalkan sistem
feudal dalam masyarakatnya. Walaupun mempunyai beberapa persamaan,
namun perbezaan dalam beberapa aspek begitu ketara.

Persamaan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun


Persamaan 1: Konsep Feudalisme- Satu gabungan yg istimewa antara konsep
pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sesebuah organisasi
dengan ikatan peribadi kesetiaan

Persamaan 2: Peperangan- Kedua-dua negara sering dilanda peperangan. Di


Eropah, pahlawan dipanggil knight dan di Jepun ia dipanggil samurai

Persamaan 3: Peralatan Perang- Knight dan samurai sama-sama menggunakan


kuda, pedang dan baju perisai

Persamaan 4: Mobiliti Sosial- Kurangnya perubahan status atau kurangnya


mobiliti sosial.

Persamaan 5: Pembinaan Masyarakat- Berdasarkan keturunan atau sistem kelas

Perbezaan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun


Perbezaan 1: Pembinaan Istana
Eropah: Istana diperbuat daripada batu
Jepun: Istana diperbuat daripada kayu

Perbezaan 2: Konsep Undang-Undang


Eropah: Feudalisme Eropah menekankan hak, undang2 dan kewajipan [pengaruh
Rom].
Jepun: Feudalisme jepun menekankan aspek moral yang dipengaruhi etika China

Perbezaan 3: Pemilikan Tanah


Eropah: Gol knight mendapat tanah sebagai bayaran memberi pekhdimatan
ketenteraan.
Knight juga berkuasa mengawal petani [serf] yg berkerja di tanah mereka
Jepun: Golongan samurai tidak mempunyai tanah.

Perbezaan 4: Perkongsian Kuasa


Eropah: Berkongsi kuasa dengan badan perwakilan
Jepun: Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yg mutlak.

Perbezaan 5: Penyatuan Negara


Eropah: England disatukan oleh Raja
Jepun: Disatukan oleh Jeneral Tentera

Masyarakat Agraria di Belanda


Pengenalan

Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan


pertanian dan perikanan. Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil
pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain. Mereka mengamalkan
sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3
bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap
musim pula, petani hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi
dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan kesuburan tanah. Najis binatang
pula dijadikan sebagai baja.

Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa. Jumlah tanah


pertanian, jumlah petani dan jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Pertanian


1.

Hasil pertanian bertambah.

2.
Pengeluaran makanan turut bertambah sekaligus meningkatkan jumlah
simpanan makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan
petani.
3.
Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan pengairan kawasan
pertanian.
4.
Guna kaedah tanaman bergilir bagi mengekalkan kesuburan tanah [tanam
sengkuang & kekacang bergilir dengan bijirin].
5.
Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli, oat]. Selain itu, kobis,
kekacang, bunga dan jagung turut diusahakan.
6.
Petani di Belanda turut menternak binatang seperti lembu [tenusu dan
daging bagi tujuan eksport ke selatan Belanda.
7.

Industri tekstil turut berkembang.

Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu


manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut.
Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Industri tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat
industri kain berasaskan kain woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem pula
muncul sebagai bandar utama pengeluar industri linen.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Perikanan


Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk
terlibat dalam perikanan sehingga berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman.
Belanda mengeksport ikan herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan
bijirin dari Baltik.

Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan.


Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan
digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana
berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.

Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan
berkualiti
tinggi, tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka
juga dianggap terbaik di Eropah sehingga turut diguna oleh pedagang England,
Perancis dan Sepanyol untuk membawa gandum dan galian ke Eropah.

Sistem Pemerintahan Beraja di Rusia


Pengenalan
Tempoh sistem pemerintahan beraja diamalkan di Rusiaialah 1547 - 1917.
Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan
Byzantine [melalui perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang
terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469]. Oleh itu pemerintah Rusia dianggap
pewaris mutlak empayar Byzantine.

Sistem beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov selama 304 tahun berakhir
semasa pemerintahan Tsar Nikolai II apabila berlaku Revolusi Russia 1917.

Kedudukan Raja / Maharaja

1. Kedudukan Tertinggi
Raja menduduki tempat tertinggi dalam hierarki masyarakat Rusia. Raja
bertanggungjawab mengetuai bidang pemerintahan. Tsar berkuasa membuat
keputusan. Oleh yang demikian, rakyat harus taat setia kepada raja. Rakyat tidak
boleh
ingkar arahan Tsar.

2. Berkuasa Mutlak [autokratik]


Semasa era pemerintahan Ivan IV Ivan Yg Ganas pemerintah Rusia mula
mengguna
-kan gelaran Tsar. Gelaran Tsar diambil sempena gelaran caesar yg digunakan
oleh
pemerintah Byzantine. Konsep caesaropapism ialah gabungan untuk keagamaan
dan
politik dalam sistem pemerintahan. Tsar memerintah secara mutlak dengan;
i.

Isytihar kanun undang2 baru.

ii.

Tubuhkan badan perwakilan feudal pertama di Rusia.

iii.

Menguasai Kazan & Astrakhan untuk melemahkan kedudukan orang Tartar.

Peranan Raja / Mahajara


1.

Ketua Negara

Tsar berkuasa mutlak dalam pentadbiran. Tsar brperanan mengetuai setiap


bidang
pemerintahan termasuk politik, ekonomi dan sosial.

2.

Perundangan

Dari segi perundangan, kata-kata / arahan Tsar dianggap sebagai undang2.


Arahan
Tsar tidak boleh diingkari. Tsar juga kebal dari segi undang2.

3.

Dasar luar

Tsar Rusia berkuasa menentukan hubungan diplomatik Rusia. Rusia telah


menjalin
hubungan baik dengan Jerman untuk tujuan latihan ketenteraan.

4. Ketua Tentera
Rusia seringkali berasa terancam oleh musuh-musuhnya termasuk kerajaan
Mongol. Oleh itu, Tsar Peter The Great berusaha memperkukuhkan kekuatan
tentera Rusia dengan menambahkan jumlah peruntukan. Ini bagi memastikan
Rusia terus aman.

5.

Berkuasa melantik menteri

Tsar juga berkuasa melantik menteri yg benar2 dipercayai. Pemilihan menteri


yang
benar2 boleh dipercayai bertujuan mengukuhkan kedudukannya. Menteri2 yg
dianggap
menentang Tsar akan dipecat.

6. Ketua Bidang Ekonomi


Peter The Great berusaha memajukan industri kilang senjata, pembuatan
makanan dan
tekstil. Tsar Alexander II telah membangunkan sistem pengangkutan iaitu kereta
api
untuk memacu perkembangan sektor industri.

Kesimpulan
Sebagai seorang pemerintah yang berkuasa mutlak dan mempunyai kedudukan
tertinggi, Tsar mempunyai kelebih untuk terus mengukuhkan kuasanya. Tsar
bukan sahaja berhak memilih menteri yang dipercayainya tetapi juga berkuasa
menentukan hala tuju negara.

Feudalisme di England

Pengenalan

Perang Seratus Tahun antara England dengan Perancis dan perang saudara
[Perang Bunga Mawar] di England memaksa masyarakat England menerima
sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif menamatkan huru-hara.
Secara tidak langsung masyarakat England menerima sistem feudal iaitu adanya
golongan pemerintah dan diperintah.
Raja
Raja berkuasa mutlak
Raja menjadi pusat kekuasaan. Rakyat pula tidak berhak untuk membantah.
Selain itu, rakyat tidak mempunyai hak dan suara kerana kuasa raja adalah
anugerah suci Tuhan.
Rakyat perlu taat setia kepada raja.

Raja berhak memajak tanah kepada gol yang dipercayai [vassal]. Raja juga boleh
memberi tanah kepada golonganbangsawan [baron dan knight] sebagai ganjaran
terhadap perkhidmatan yg diberikan [golongan ini terikat kepada raja].
Pemberian tanah kepada pembesar untuk diusahakan oleh golongan petani
membolehkan raja mengutip cukai.

Golongan Bangsawan
Golongan bangsawan berkuasa memerintah di tanahnya. Mereka berhak
mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang2 sendiri untuk mengawal
petani / serf dan mengenakan cukai. Tanah yg diberikan oleh raja akan diwarisi.
Antara gelaran yg diberikan kepada golongan bangsawan ialah Duke, baron
[Lord] dan Vassal.

Golongan Serf
Kehidupan golongan petani berubah ekoran perkembangan ekonomi di England
pada abad ke-16. Banyak tanah dibuka dan pertanian komersial mula dijalankan.
Perkembangan pertanian dagangan, kemunculan bandar baru dan kemajuan
sektor perusahaan menyebabkan ramai golongan serf berpindah atau berhijrah.
Terdapat juga golongan serf yang dibebaskan. Keadaan ini menyebabkan ikatan
antara tuan tanah dan serf makin longgar.

Raja Henry VII, Raja Henry VIII, Raja James I dan Raja Charles I adalah antara
tokoh terkenal di zaman feudalisme England.

Kesimpulan
Keadaan huru-hara mengakibatkan masyarakat England berusaha mencari
penyelesaian. Langkah terbaik ialah melantik seorang raja untuk mengetuai
sebuah sistem pemerintahan yang teratur. Kewujudan sistem pemerintahan
telah melahirkan golongan pemerintah dan rakyat pula menjadi golongan
diperintah. Ini menjadi titik tolak bermulanya sistem feudal di England.

Sistem Maharaja di China


Pengenalan
Institusi merujuk kepada pola yg tertubuh untuk memenuhi pelbagai keperluan
manusia sekaligus mengatur perlakuan manusia. Institusi berperanan;
i. Menegakkan keamanan
ii. Menegakkan undang2
iii. Mewujudkan perdamaian
Pemerintahan bermaksud badan yg dianggotai oleh sebilangan individu yg
dilantik / dipilih mengikut prosedur undang2 bagi menjawat jawatan tertentu
bagi mentadbir atau mengurus sesebuah negara.
Pentadbiran pula merujuk kepada sistem yg melaksanakan dasar atau arahan
ketua pemerintah untuk membangunkan negara [politik, ekonomi dan sosial]
dengan bantuan pembesar dan menteri2.
Sistem Raja & Maharaja China
Konsep Beraja di China
i.

Raja & Maharaja menduduki status tertinggi dalam hierarki sosial. Raja /

maharaja mempunyai kuasa penentu dan pemutus.

ii.

Raja & Maharaja merupakan perlambangan kedudukan kerajaan. Jika

Raja / Maharaja bijak, berkebolehan dan berdaulat tinggi, kerajaannya cemerlang


dan
rakyatnya aman makmur. Sebaliknya,kerajaan tidak akan kekal lama manakala
rakyat
susah dan miskin.

Walau bagamanapun, berlaku perubahan mendadak dalam sistem Raja dan


Maharaja
di China pada abad ke-19 akibat kedatangan kuasa Eropah.

Kedudukan & Peranan Raja / Maharaja.

Kedudukan maharaja China dilegistimasikan berdasarkan konsep mandat dari


syurga. Menurut konsep ini, maharaja dianggap sebagai wakil dari syurga
ataupun anak syurga. Maharaja;
i.

Diberi kuasa spiritual yg tidak terhingga [individu paling berkuasa].

ii.

Menduduki hierarki teratas.

iii.

Akan menjamin kemakmuran dan keamanan rakyat.

iv.

Mendapat penghormatan tertinggi drp masyarakat China.

Berdasarkan konsep mandat dari syurga, maharaja atau raja dianggap gagal
mendapat mandat dari syurga dan perlu diganti jika berlaku malapetaka seperti
banjir, kemarau dan kebuluran. Pemerintah yang baik menjamin kerajaan yang
aman dan makmur.

Maharaja turut mengamalkan ajaran Confucianisme yang menekankan prinsip;


i.
Setiap pihak mempunyai tanggungjawab terhadap pihak lain bagi
mewujudkan masyarakat harmoni.
ii.

Mengutamakan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan.

Sistem pemerintahan China ibarat Autokrasi yg diletakkan di atas demokrasi.


Hal ini dapat dilihat dalam raha berikut;

Sistem Pentadbiran China1. Pentadbiran Pusat


Pentadbiran pusat di China terbahagi kepada 3 unit iaitu;

Pegawai yg setia diberi anugerah / yang ingkar dihukum.

2. Pentadbiran Wilayah
1. Zaman Dinasti Ming
Semasa era Dinasti Ming, empayar China dibahagikan kepada 15 wilayah.
Seorang pesuruhjaya dilantik mengetuai setiap wilayah.
2. Zaman Dinasti Ching
Semasa pemerintahan Dinasti Ching, terdapat 18 wilayah di China. Seorang
gabenor dilantik mengetuai setiap wilayah.

Peranan Maharaja
Bidang Ketenteraan
Raja berperanan sebagai ketua tentera.
Di awal pemerintah Dinasti Ming, maharaja berusaha menyatukan semua
empayar

China. Usaha pemerintah Dinasti Ming membolehkan mereka berjaya menguasai


sebahagian besar Manchuria dan menaungi Korea dan Ryukyu
Semasa pemerintahan Dinasti Ching, Maharaja Chien Lung muncul sebagai
maharaja
ketenteraan [meluaskan empayar China].

Bidang Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, tanah sebagai hak maharaja.
Tanah merupakan satu kurniaan / anguerah maharaja kepada pembesar dan
tuan
tanah. Tanah menjadi lambang status sosial dalam masyarakat China. Rakyat
bercucuk
tanam di atas tanah yg dimiliki oleh pembesar atau tuan tanah.
Peningkatan hasil pertanian turut menyumbang kepada pendapatan pembesar
atau tuan
tanah. Hal ini membolehkan maharaja mengumpul pendapatan melalui kutipan
cukai.

Urusan Luar Negara


Pada era pemerintahan Dinasti Ming, maharaja2nya mengamalkan Dasar Buka
Pintu.
Dasar ini memberi kesan kepada China iaitu;
i.

Perdagangan berkembang

ii.

Penyerapan ilmu & teknologi barat

iii.

Penyebaran agama Kristian

Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan maharaja Dinasti Ching, berlaku


perubahan dasar luar China. Dinasti Ching mengamalkan Dasar Tutup Pintu
[pemencilan / isolasi/ pengasingan]. Hal ini berpunca daripada perasaan curiga
dengan kehadiran orang barat.

Bidang Perundangan

Dalam bidang perundangan, Maharaja berkuasa mutlak menggubal undang2.


Ciri-ciri
sistem perundangan China ialah;
i.

Hukuman secara kolektif

ii.
Seseorang dianggap bersalah sehingga berjaya membuktikan dia tidak
bersalah [Barat: hukuman bersifat individu].

Kesimpulan
Sistem beraja yang diamalkan oleh China memperlihatkan China memiliki sistem
pentadbiran yang teratur. Setiap dinasti yang memerintah China membawa
dasar
yang berbeza dan dasar ini memberi kesan kepada kestabilan dan kemakmuran
negara China.

Sistem Pembesar di China


Pengenalan
Pembesar merupakan golongan pegawai kerajaan yg dilantik oleh raja /
maharaja. Digelar golongan pemerintah untuk melaksanakan urusan
pemerintahan & pentadbiran atas arahan maharaja. Merupakan golongan yg
berpangkat tinggi. Dalam sistem pembesar di China, wujud kebergantungan
raja / maharaja kepada pembesar. Ini menyebabkan raja / maharaja sentiasa
mempercayai nasihat pembesar.
Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja / raja. Syarat utama perlantikan
ialah mesti lulus peperiksaan awam [teks klasik Confucius]

Golongan sarjana @ terpelajar mempunyai darjat tertinggi dalam kalangan


pembesar China. Golongan sarjana akan ditempatkan di kementerian2 yg
penting seperti;
Imperial Canselory
Imperial Secretariat
Terdapat 3 peringkat pentadbiran di China iaitu;
i.
ii.
iii.

i.

Peringkat Awam / Pusat


Peringkat Tempatan / Wilayah
Ketenteraan [diwujudkan juga Jabatan Perang]

Pentadbiran & Pemerintahan Pusat [Awam]

Pentadbiran & Pemerintahan pusat dipecahkan kepada beberapa unit iaitu


a.

Sekretariat Agung

b.

Majlis Tertinggi

c.

Censorate / Lembagai Penapis

ii.

Pentadbiran & Pemerintahan Peringkat Wilayah

a.
Semasa era Dinasti Ming, China dibahagikan kepada 15 wilayah
[diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi]
b.
Semasa era Dinasti Ching @ Qing, China dibahagikan kepada 18
wilayah [dipimpin oleh Gabenor]

iii. Ketenteraan
Ditubuhkan juga Jabatan Perang

Pembesar di Zaman Dinasti Ching


Berlakunya kemerosotan tanggungjawab pembesar. Hal ini disebabkan oleh
beberapa faktor iaitu;
i. Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran Confucius.
ii.

Konsep taat setia diganti dengan material.

iii.

Perbendaharaan negara China merosot.

iv. Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.


v. Pembesar yg dilantik tidak melalui proses saringan yg ketat.
vi. Kandungan sistem peperiksaan awam yg berteraskan ajaran Confucius
sudah tidak releven dengan dunia realiti.

Kesimpulan
Perlantikan pembesar China melalui saringan yang sangat ketat. Hanya mereka
yang
benar-benar layak dapat menjadi pembesar. Hal ini memungkin China ditadbir
oleh
pembesar yang berkaliber sehingga mampu menjadi empayar yang kuat. Walau

bagaimanapun, berlaku kemerosotan tanggungjawab pembesar semasa era


Dinasti
Ching.

Penyatuan Negara Bangsa Jerman


Pengenalan
Pada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman. Prusia dan Austria merupakan 2
negeri
yg paling berpengaruh dan saling bersaing untuk menjadi kuasa utama di
Jerman.
Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan
Jerman
menjadi sukar. Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika
Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negara
Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan
terbentuk.
Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara
bangsa
Jerman.
Usaha Ke Arah Penyatuan Jerman
Terdapat beberapa usaha ataupun langkah yang telah dilakukan dalam usaha
menyatukan negara Jerman iaitu;
1. Kongres Vienna 1815
Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada
penaklukan Perancis. Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik
permulaan kepada kerjasama antara negeri2 di Jerman.

2. Peranan Prusia
Prusia merupakan negeri terbesar di Jerman. Kuasa politik Prusia dipegang oleh
junkers iaitu golongan tuan tanah. Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang
boleh menyatukan negeri2 lain di Jerman. Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia
ialah;
sistem pemerintahan yg cekap
Kedudukan ekonomi yg kukuh. Golongan junkers telah menubuhkan kesatuan
ekonomi iaitu Zollverein. Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak.
Justeru, Prusia dilihat mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.

3. Peranan Raja William I


Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von
Bismarck. Tindakan Taja William I dianggap keputusan yang bijak kerana
Bismarck merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan. Kewibawaan
Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan Jerman.Tugas utama
Bismarck: menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.

4. Peranan Bismarck
Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada
kerajaan dan Raja. Selain itu, beliau berusaha mengurang pengaruh Austria di
negeri2 lain Jerman. Bagi melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia
dalam 3 siri peperangan iaitu;
Perang Prusia Denmark [Prusia menang]
2. Perang Prusia Austria [Prusia menang]. Kemenangan ini membolehkan
Prusia menubuhkan Kesatuan Jerman Utara [Austria dikecualikan]
3. Perang Prusia Perancis [Prusia menang atas tipu helah / putar belit
Bismarck]
Kemenangan dalam peperangan tersebut membuka peluang kepada Kesatuan
Jerman Utara menggabungkan negeri2 di Jerman termasuk negeri2 di Selatan
membentuk negara Jerman. Pada tahun 1871, Raja William I dilantik menjadi
Kaisar [Maharaja Jerman]. Bismarck pula dilantik sebagai Chancellor [Perdana
Menteri]

Kesimpulan
Pada peringkat awalnya, usaha penyatuan Jerman mengalami beberapa
halangan seperti tiadanya sokongan golongan bangsawan dan golongan

nasionalis masih belum bersatu tetapi kewibawaan beberapa tokoh seperti


Bismarck dan Raja Prusia mampu menggerakan usaha penyatuan ini ke arah
kejayaan.

Penyatuan Negara Bangsa Itali


Pengenalan
Selama beberapa kurun, Itali terbahagi kepada negeri2 kecil yg menjadi rebutan
negara2
Eropah. Usaha penyatuan sukar dilaksanakan kerana negeri2 ini diperintah oleh
orang yg berbeza dan tiadanya tradisi menyatukan pentadbiran di peringkat
pusat.

Berikut ialah wilayah-wilayah di Itali dan pemerintahnya;

Selatan Itali;
i. Naples & Sicily: diperintah oleh Raja Ferdinand II dari Perancis.

Utara Itali;
i. Venice & Lombardy: diperintah oleh Maharaja Austria.

ii. Tuscany, Parma, Madena, Lucca, Massa dan Carrara: diperintah oleh
golongan
bangsawan Austria.

Barat Itali;
i. Sardinia: diperintah oleh Raja Charles Albert [orang Itali].

Tengah Itali;

i. Rom: dikuasai oleh Paus Pius IX [dibantu tentera Perancis]

Satu pertiga negara Itali dikuasai oleh Austria. Kuasa asing begitu dominan di
Itali. Oleh
itu, timbul keinginan dalam kalangan orang tempatan untuk mengusir orang
asing.Keinginan inilah yang menjadi permulaan usaha menyatukan negara Itali.

Faktor Menggerakkan Penyatuan Itali


Terdapat berberapa faktor yang mendorong usaha ke arah penyatuan Itali.
Antaranya ialah;

1. Pendudukan Perancis di Itali [oleh Napoleon Bonaparte].


Pendudukan Perancis di Itali telah membolehkan Napoleon Bonaparte
membentuk sistem pentadbiran yg sistematik. Napoleon turut temperbetulkan
semua undang2 supaya adil kepada semua golongan. Oleh itu, orang Itali
percaya regim luar dapat digantikan oleh pemerintah Itali sendiri.
2. Kepentingan golongan saudagara
Golongan saudara berpendapat penyatuan Itali akan memberi faedah ekonomi
kepada mereka. Hal ini kerana, penyatuan Itali;
Menjadikan pasaran lebih luas
Pembinaan jalan pengangkutan lebih baik.
Prasarana pelabuhan dapat dipertingkatkan bagi menggalakkan perdagangan di
Laut Mediterranean.
Golongan saudagar juga percaya bahawa penyatuan Itali membolehkan negara
tersebut menjadi penghubung antara England-India bila Terusan Suez dibuka.
3. Sentimen anti-Austria
Faktor lain yang menggerakkan penyatuan Itali ialah sentimen anti-Austria.
Austria telah bertindak menempatkan tenteranya di;
i. Verona

ii. Mantua

iii. Peschiera

iv. Legnano

Tindakan Austria ini memalukan orang Itali yg tidak berusaha menyingkirkan


orang asing. Oleh yang demikian, usaha mengusir kuasa asing seperti Austria
semakin hebat.

Gerakkan Penyatuan Itali


Usaha penyatuan Itali digerakkan oleh;

1. Gerakan kongsi gelap carboni.


Pada mulanya, usaha menentang Austria agak sukar sehingga penduduk Itai
terpaksa bergerak secara senyap dengan menubuhkan kongsi gelab carboni.
Walau bagaimanapun, gerakan ini gagal kerana ejen polis Austria berjaya
menyusup ke dalam carbonari.

2. Peranan Mazzini [1805 1872]


Mazizini telah menubuhkan gerakan Itali Muda [Young Italy]. Gerakan ini cuba
bersifat nasional dengan membuka keahliannya. Mereka cuba mempengaruhi
golongan pertengahan, pekerja, buruh, petani, pegawai tentera dan pensyarah.
Pada tahun 1833, Mazzini memimpin gerakan ini melancarkan serangan ke atas
Raja Charles Albert tetapi gagal. Beliau kemudiannya dibuang negeri ke
Swizerland.
3. Peranan Count Camillo Benso
Count Camillo Benso merupakan golongan bangsawan dari Piedmont. Semasa
menjadi perdana menteri, beliau cuba memajukan Piedmont dengan mencontohi
England. Beliau bercita-cita ingin menyatukan negeri-negeri Itali dalam kerajaan
Piedmont.

Antara langkah yang beliau laksanakan ialah;

Mengutuk tindakan Austria menguasai Itali dalam Kongres di Paris [1856].


Membuat persetiaan dengan Perancis bertujuan membebaskan Itali dari Austria.
Menyerang negeri2 yang berada di bawah kuasa Paus dan berjaya menguasai
bahagian utara dan tengah Itali.

4. Giuseppe Garibaldi
Giuseppe Garibaldi pernah menyertai gerakan Itali Muda yang diasaskan oleh
Mazzini. Beliau berjaya menguasai Sicily dan Naples serta menyertai kerajaan

Sardinia. Pada tahun 1861, semua negeri berada di bawah kerajaan Sardinia
kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia akhirnya bertukar kepada parlimen
Itali. Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran Raja Itali.

Gerakan penyatuan Itali semakin hebat dengan terbinanya jalan raya


[menghubungkan seluruh Itali dengan negara2 Eropah]. Itali meminta bantuan
Prusia untuk mengusir Austria. Prusia akhirnya berjaya memberikan Venetia
kepada Itali.

Pada tahun 1870, meletus perang antara Perancis dengan Prusia. Perancis
mengarahkan tenteranya yg berada di Rom [Vatican City] keluar bagi
menghadapi serangan Prusia. Kesempatan ini digunakan oleh tentera Itali untuk
memasuki Rom dan menguasai wilayah2 Paus.
Dalam tahun 1871, Raja Emmanuel II memindahkan Ibu kota Itali dari Florence
ke Rom. Seluruh Itali telah berjaya disatukan.
Kesimpulan
Kebangkitan semangat nasionalisme, kemunculan tokoh yang berwibawa dan
sentimen anti- orang asing telah memperhebatkan usaha penyatuan negeri2 di
Itali. Kejayaan menyatukan negeri2 pada akhirnya membawa kepada
pembentukan negara bangsa Itali.

Anda mungkin juga menyukai