Anda di halaman 1dari 4

TEMA 1: MASYARAKAT

1.1 Masyarakat Feudal (England, Jepun dan Perbandingan)

Soalan 1: Huraikan perkembangan sistem masyarakat Feudal yang diamalkan di England


pada abad ke-16 hingga ke-17.
A) Pendahuluan
Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat
selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M.
Abad tersebut memperlihatkan era masyarakat yang digelar masyarakat feudal. Marc
Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi
menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta
organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi
kekuasaan golongan atasan.
kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas
bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh
kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Kedua-dua golongan
ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan.
Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan
pemerintah dengan golongan bawahan.
Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak mi menyebabkan masyarakat England
berada dalam sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi
kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri
daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin
ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf

B) Isi-Isi Penting:
1) Golongan Raja

Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485
1603). Walaupun raja-raja mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi
masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman
Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah meliputi pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak
mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja.
Raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan
kepada rakyat. Rakyat tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana
kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh Tuhan. Rakyat perlu
memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Mereka tidak mempunyai
hak untuk membantah walaupun raja tidak menjalankan pemerintahannya dengan
baik.
Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat
dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi
parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah mi memperlihatkan bahawa rakyat England
pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi
rakyat England tidak dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-
raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan.
Era pemerintahan Raja Henry VII (1485 1509) di England menduduki hierarki
tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara.

1
Dasar pemerintahan Raja Henry VII: Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII
untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan
undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera
persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan
bangsawan. Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang
baharu untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu
ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular dan berjaya mewujudkan keamanan
dan keadilan.

2) Golongan Bangsawan atau baron

Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja akan
mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan vassal.
Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan
bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka
akan mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam
mengawal petani atau serf yang mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang
ditentukan oleh golongan bangsawan.
Tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan sangat luas. Dianggarkan kira-kira 400
golongan bangsawan memiliki 3 peratus tanah pertanian di England. Golongan
bangsawan mi tidak mengusahakan tanah yang dimiliki untuk mengekalkan kekayaan
mereka. Oleh itu, golongan bangsawan mi telah memajak tanah tersebut atau disewa
untuk mendapatkan pendapatan. Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan
bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah, memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta
memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja. Tanah yang diberi oleh raja
boleh diwarisi oleh keluarga golongan bangsawan. Misalnya, William de Conqueror
telah membina rumah di kawasan yang luas yang dipenuhi oleh pahiawan yang terdiri
daripada golongan bangsawan.
Golongan bangsawan juga menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada raja dan
kumpulan yang mengiringi raja sewaktu raja melawat sekitar kerajaannya.
Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan
mengagihkannya kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan
bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem
primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang
boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas
dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara mi, ekonomi golongan bangsawan akan
dikekalkan.
Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450
hingga tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan
berlaku dalam golongan bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban.
Peperangan tersebut telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya
Dinasti Tudor yang memerintah England. Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan
cengkaman mereka di seluruh England. Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas
perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada
raja tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik
golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja.
Kini raja-raja bertanggungjawab mengawal golongan bangsawan. Apabila golongan
bangsawan semakin lemah dengan meningkatnya kekuasaan raja dan perkembangan
ekonomi wang dalam kawasan luar bandar, para petani tidak lagi terikat dengan
golongan bangsawan. Penguasaan mi membolehkan raja mengawal keseluruhan

2
pemerintahan dan berkuasa mutlak tanpa dibayangi oleh golongan bangsawan. Oleh
kerana sokongan dan segi kewangan daripada golongan bangsawan masih diperlukan
oleh raja, maka raja telah memberikan gelaran dan anugerah kepada golongan
bangsawan untuk mengekalkan taraf kebangsaan golongan bangsawan.
Penganugerahan mi membolehkan kedudukan golongan bangsawan diiktiraf oleh
masyarakat feudal tanpa menggugat kuasa raja.

3) Golongan Knight

Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini
Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti
yang diminta oleh raja.Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat
ganjaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi
tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka
Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja
dan Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.
Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan
tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan
khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan
tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta
mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil
yang diperolehi daripada kawasannya.
Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja dan baron. Oleh
itu, mereka akan menumpukan masa mereka dengan meningkatkan kemahiran dalam
bidang ketenteraan seperti mempelajari strategi peperangan, teknik pengepungan, dan
penggunaan senjata.
Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja
telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang
pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan mi dapat menjamin kestabilan
politik dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight
tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan
penduduk awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera
dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama
dalam pasukan infantri.

4) Golongan Rakyat biasa yang dikenali sebagai petani atau serf

Golongan ini berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat Feudal. Kehidupan
mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan Berada di bawah
pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan menternak
binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan
Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan
lain.
Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord
manor (institusi manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi
membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan
gereja untuk penduduk kampung. Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang
dihasilkan daripada tanah digunakan dalam manor dan mewakili ekonomi primitif.
Dalam sistem mi, kehidupan petani tertutup dan mereka tidak mempunyai hubungan

3
dengan dunia luar selain daripada tuan tanah. Keperluan para petani seperti pakaian,
makanan, peralatan, dan keagamaan semuanya disediakan dalam institusi manor.
Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di
England. Pada abad ke- 16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan
permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan.
Golongan serf kini bebas daripada man tanah selepas berlaku peningkatan dalam
pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan. Petani
keluar dan desa dan mencari pekerjaan di bandar. Kesannya, hubungan antara tuan
tanah dengan petani pada abad ke- 16 hingga ke- 17 tidak begitu rapat. Tuan tanah
hanya menyifatkan petani sebagai buruh upahan dan hubungan adalah antara majikan
dengan pekerja.

C) Penutup
Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang
terdiri daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri
daripada golongan knight dan rakyat biasa.
kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas
bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh
kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England.
Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan
berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan
antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.

Anda mungkin juga menyukai