Anda di halaman 1dari 20

1.1.

1 Masyarakat Feudal di England

Soalan 1: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di negara England pada abad ke-
16 hingga ke-17.

Pendahuluan

§ Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas
kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Marc Bloch dalam
bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh
kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang
meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.

§ kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun
lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan
pemerintah ke atas golongan bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua
golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja,
bangsawan iaitu baron, paderi dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah golongan
petani atau rakyat biasa dan golongan hamba.
Isi-Isi Penting:

1. Golongan Raja

§ Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603). Era
pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam
masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja-raja
mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik
England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah meliputi pusat
segala kekuasaan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja.

§ Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam
Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen.
Pembatasan kuasa pemerintah mi memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16
menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat
menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan
pemerintahan.

§ Dasar pemerintahan Raja Henry VII: Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk
mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang
menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian, dan
pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga
menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal berkaitan
harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular dan
berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.

2. Golongan Bangsawan

§ Golongan Bangsawan atau Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan
ekonomi. Raja akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron dan
vassal. Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan
yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal
penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau serf yang
mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan bangsawan.
Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah
memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.

§ Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan


mengagihkannya kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka
menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam sistem
primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah
untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini,
ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan.

§ Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga
tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam
golongan bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut telah
mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang memerintah England.
Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh England. Pengukuhan
dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan
bangsawan kepada raja tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah
melantik golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap
raja.

3. Golongan Pahlawan atau Knight

§ Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi tanah
sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh
raja. Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah,
harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan
keluarga baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka
berkhidmat untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.

§ Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah
tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada
knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya,
memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri.
Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.

§ Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah
mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak
atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa
kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi
pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan peranan
utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka
telah menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.

4. Golongan Paderi

§ Golongan Paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri
daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. pada abad ke-12 dan 13 M
hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja

§ Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan. Campurtangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja
menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material
dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).

5. Golongan Petani atau Rakyat biasa

§ Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah dalam lapisan
masyarakat Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan
Berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan
menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian
dan Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain.

§ Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor
(institusi manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani
merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung.
Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di
England. Pada abad ke-16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan
terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan. Golongan serf kini
bebas daripada tuan tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan
bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.

6. Golongan hamba

§ Golongan ini yang dikenali sebagai hamba berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat
Feudal. Mereka adalah terdiri daripada 10 peratus dalam bilangan rakyat di England. Kehidupan
mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan Berada di bawah pengawasan
pemilik hamba.

§ Golongan ini akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan pemilik. Namun begitu, kehidupan
golongan hamba berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Golongan hamba
telah bebas daripada pemilik hamba selepas berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat di
England.

Penutup

§ Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri
daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan
knight dan rakyat biasa. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut
sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh
kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England.
§ Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan
keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan
pemerintah dengan golongan bawahan.

Soalan 2: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di England.

Pendahuluan

§ Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan susunan sosial
masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah. Selain benua Eropah, masyarakat feudal
muncul di Jepun sekitar abad ke-14 dan 15.

§ Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal
merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri .

Isi-Isi Penting

1. Kedudukan Raja

§ Munculnya sistem pemerintahan monarki mutlak di England pada abad ke-16 dan 17. Raja
mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja juga
mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Seseorang raja mengambil
langkah seperti yang dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan kedudukannya.

§ Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan. peperangan
sering berlaku antara wilayah. Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi
kuasa dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.

2. Kemerosotan Pengaruh Bangsawan


§ Pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot menjelang abad ke-16 dan 17.
Kedudukan raja semakin kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang
ekonomi. Penglibatan raja dalam bidang ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan
pengaruhnya. Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan
bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir muncul apabila berlaku kemerosotan pengaruh
bangsawan.

§ Mereka menerima gaji daripada raja kerana membantu mengendalikan pemerintahan dan
pentadbiran. Mereka juga terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan
kewibawaan dalan pentadbiran .

3. Kedudukan Knight

§ Golongan knight memainkan peranan dalam bidang ketenteraan. Tanggungjawab mereke


ialah mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka
menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda daripada raja dan golongan
bangsawan.

§ Menjelang abad ke-16 dan 17 peranan dan kedudukan mereka mula berubah kerana
pemerintahan England tidak perlu lagi bergantung kepada khidmat mereka untuk
mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

§ Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaan sendiri.
Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja
malah golongan petani dan rakyat biasa juga boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan
tentera.

4. Kewajipan Peribadi

§ Wujud hubungan peribadi antara lord (tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah). Hubungan
antara kedua pihak tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak
memberi perlindungan manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera .
§ Berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan pada abad ke16
dan 17. Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung
kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan

5. Mobiliti Sosial

§ Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan merupakan masyarakat yang bersusun lapis.
Setiap lapisan mempunyai kedudukan ekonomi , politik , dan sosial yang berlainan. Perubahan
dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus
melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

§ Perubahan dalam bidang politik , ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17,
mewujudkan mobiliti sosial dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur susun
lapis masyarakat turut mengalami perubahan. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang
dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Ini menyebabkan
muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat .

6. Ekonomi

§ Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampong yang dikenali
sebagai manor. Kegiatan konomi bergantong kepada aktiviti pertanian. Manor menjadi asas
ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan
masyarakat termasuk raja.

§ kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan
manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri.
perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dkendalikan secara sistem barter.

7. Agama
§ Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah.
Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal.

§ Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja menekankan


aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.

Penutup

Dalam konteks ini, satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan
perkhidmatan tentera.

§ Masyarakat feudal mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek sosial, politik dan
ekonomi

1.1.2 Masyarakat Feudal di Jepun

Soalan 3: Huraikan struktur masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan :

§ Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa politik yang dikuatkuasakan secara tempatan
oleh individu tertentu atau kerajaan pusat. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society,
mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang
diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara
bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.
§ Sistem beraja dibantu oleh pembesr dalam menjalankan urusan pemerintahan dan
pentadbiran. masyarakat feudal terbahagi kepada dua lapisan masyarakat. Golongan
pemerintah dan golongan di perintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja,
golongan Shogun, pembesar daimyo dan golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani,
artisan dan saudagar.

Isi-isi penting:

Maharaja

§ Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja. secara teorinya maharaja dianggap sebagai
pemerintahan keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan
yg bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharajaserta menanam kesetiaan
rakyat kepada maharaja.

§ Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa
pemerintahan di bawah shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto
yang dikeliling oleh pengawal istana. Ini bermakna, sistem ekonomi juga di pegang oleh shogun
tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip cukai

Golongan Shogun

§ Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan
Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.

§ Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau


Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi
tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan)
yang berpusat di Edo.
Golongan Daimyo

§ Daimyo terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu, Daimyo fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga tokugawa dan sekutunya. Mereka
menbantu tokugawa menguasai pemerintahan dan diberikan tanah di bahagian tengah dan
utara Honshu.

§ Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah persaudaraan yang terdiri daripada saudara mara
keluarga tokugawa. Keluarga tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-sanke milik anak
Leyasu yang terletak di daerah Owari ,kii dan mito. Daimyo Tozama pula dikenali sebagai
daimyo luar di mana mereka merupakan musuh shogun tokugawa yang terdiri daripada suku-
suku barat seperti kato, ikeda, asano, shimazu. Tindak-tanduk mereka sentiasa di awasi oleh
shogun tokugawa. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan
mereka mnjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan shogun

Golongan Samurai

§ Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem
susun lapis masyarakat Jepun. Mereka berfungsi menjaga keamanaan negara dan daimyo.

§ Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan melakukan kerja lain

Golongan petani - nomin

§ Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa. Amalan dasar tutup
pintu yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan dgn negara
luar. Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan menbayar sebahagian besar
cukai. Mereka hanya diberikan makanan secukupnya sebagai balasan kerana hasil yang
dikeluarkan untuk negara.
Golongan Artisan

§ Artisan adalah dibawah golongan petani dimana mereka akan membuat pedang serta
peralatan yang berguna. Mereka di beri penghormatan dan sumbagan masyarakat dan di beri
gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu juga turut diberi layanan yang sama serta diberi gaji
sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilang pedang

Golongan Pedagang - chonin

§ Pedagang di bawah tukang mahir. Mengikut tradisi Jepun, golongan pedagang dipandang
rendah oleh masyarakat feudal kerana mempunyai pekerjaan yang hina dan tidak
menguntungkan. Namun begitu, keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin berkembang
dan para pedagang berjaya mengumpul wang dan harta dengan banyak.

§ Mereka berjaya memperbaiki status diri dan mengikat ramai bangsawan melalui hutang.
Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yg akhirnya diwarisi oleh syarikat moden
Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal termasuklah mitsui dan Noraya Mozaemon

Penutup

§ Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat di buat
berdasarkan perkerjaan yang diwarisi

§ Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan diaggap sebagai
raja perlembagaan maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Soalan 4: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan
§ Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang
individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.

§ Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja yang berada di kemuncak
struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah
pemerintahannya termasuklah tanah. Dalam sistem feudal di Jepun terdapat beberapa ciri-ciri
masyarakat feudal di Jepun. Antaranya ialah Kedudukan Maharaja, Kedudukan Shogun,
Kedudukan Samurai, Pemilikan Tanah, Kewajipan Peribadi dan Mobiliti Sosial.

Isi-isi Penting:

1. Kedudukan Maharaja

§ Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan
dengan unsur ketuhanan yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja
serta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.

§ Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua Negara. Tetapi, Maharaja tidak
mempunyai kuasa pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan
terpisah di Kyoto dengan di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge )

2. Kedudukan Shogun.

§ Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan
Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.

§ Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau


Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi
tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan)
yang berpusat di Edo.

3. Kedudukan Samurai.

§ Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka mempunyai kedudukan istemewa iaitu
mempunyai nama keluarga dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga
keamanan Negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan
kerja lain.

§ Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah
penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah.
Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah, Samurai
bersederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki.

4. Pemilikan Tanah.

§ Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada vassal yang setia kepada shogun.
Selain itu, shogun memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo ) yang setia kepadanya.
Daimyo yang setia akan mengawasi gerak geri daimyo yang di ragui kesetiannya.

§ Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang
menentang pemerintahannya. Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera dan tuan
tanah yang setia kepadanya. Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan
menguruskan tanah miliknya. Pegawai yang menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan
Daskan.

5. Kewajipan Peribadi.
§ Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo. Shogun
menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo
akan membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan

§ Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama,
iaitu satu pihak memberikan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan
dalam pentadbiran dan ketenteraan.

6. Mobiliti Sosial.

§ Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan.
Setiap lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang
berlainan.

§ Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam
hal ini, perubahan status dan mobility sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku.
Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tak berlaku
mobiliti sosial.

Penutup

§ Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat dibuat
berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.

§ Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan di
anggap sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

1.1.3 Perbandingan Masyarakat Feudal


Soalan 5: Huraikan ciri-ciri sistem feudal yang diamalkan England dan Jepun pada abad ke-16
hingga ke-17.

Pendahuluan

§ Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu
adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.

§ Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan
undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi
kesetiaan. Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di
Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi sejak zaman Kamakura.

Isi-Isi Penting :

1. Golongan Pahlawan

§ Di England, golongan pahlawan dalam sistem feudal England dikenali sebagai knight. Knight
berkhidmat dengan golongan bangsawan. Knight terikat kepada konsep kavalri. Pahlawan di
England buta huruf. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan dalam bidang ketenteraan.
Mereka tidak mempunyai minat dalam bidang kesenian dan intelektual.

§ Manakala di Jepun, golongan pahlawan dalam sistem feudal di Jepun dikenali sebagai
samurai. Samurai berkhidmat dengan golongan bangsawan. Samurai terikat kepada konsep
bushido. Pahlawan di Jepun mempunyai minat dalam bidang kesenian dan kesarjanaan.
Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun.

2. Peralatan Perang
§ Di England, antara peralatan perang yang digunakan oleh knight ialah pedang dan baju
perisai. Baju perisai yang digunakan oleh knight diperbuat daripada besi. Knight menggunakan
kuda dalam medan peperangan.

§ Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai sama seperti knight di England.
Baju perisai yang digunakan oleh samurai diperbuat daripada logam atau sutera.

3. Penyatuan Negara

§ Di England, penyatuan negara pada zaman feudal dilakukan oleh raja-raja negara bangsa.
Raja-raja dari dinasti Tudor yang memerintah England memainkan peranan dalam pengukuhan
negara bangsa di England.

§ Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan beraja di Jepun menjadi lemah.
Panglima tentera memainkan peranan dalam memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.

4. Perkongsian Kuasa

§ Dalam sistem feudal di England , wujud perkongsian kuasa dalam pemerintahan. Raja
berkongsi kuasa dengan badan perwakilan.

§ Dalam sistem feudal di Jepun, tidak wujud perkongsian kuasa dengan badan perwakilan.
Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.

5. Pengaruh Agama

§ Feudalisme di England dipengaruhi oleh agama Kristian. Institusi gereja amat berpengaruh
dalam kehidupan masyarakat feudal. Institusi gereja mengongkong segala aspek kehidupan
masyarakat.
§ Feudalisme di Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha. Keadaan politik yang tidak stabil pada
zaman Kamakura menyebabkan rakyat mendapatkan perlindungan daripada institusi agama.
Golongan pahlawan melakukan meditasi bagi mendapat ketenangan.

6. Kewajipan Peribadi

§ Di England, sistem feudalisme berteraskan undang-undang Rom. Sistem feudalisme


menekankan hak, undang-undang, dan kewajipan peribadi antara lord dan vassal.

§ Manakala di Jepun, sistem feudalisme berteraskan etika China. Kewajipan peribadi feudal di
Jepun menekankan aspek moral berbanding undang-undang.

7. Pemilikan Tanah

§ Di England, golongan knight menerima anugerah tanah bagi perkhidmatan mereka. Mereka
mengawal petani yang bekerja di tanah mereka.

§ Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah. Mereka menerima gaji dalam
bentuk beras daripada daimyo (tuan tanah).

Penutup

§ Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di England dan Jepun.

Soalan 6: Bandingkan ciri-ciri sistem feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad ke
16 hingga ke 17.
Pengenalan

§ Definisi Masyarakat Feudal - masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat
dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan
diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan
berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara
satu sama lain.

§ masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada
kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)

§ manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan
mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah
tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan
dibantu oleh daimyo serta samurai.

Isi – isi Penting

Persamaan:

1. Konsep masyarakat feudal dibina atas dasar keturunan dan sisitem kelas yang saling
memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid.
Contohnya, dalam sistem piramid , golongan bangsawan berada di atas diikuti oleh golongan
tentera dan petani.

2. Pembinaan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas antara kedua-dua
negara. Contohnya,di England sistem Primogeniture memberikan hak kepada anak lelaki tertua
sahaja mewarisi harta pusaka bagi mengelakkan harta dibahagikan. Manakala di Jepun pula
golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Jepun iaitu mereeka
bermula dari status ketua yang popular dalam kalangan bangsawan.
3. Kurangnya perubahan status atau mobaliti sosial dalam masyarakat feudal. Misalnya, jika
dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarakan sebagai anak petani, sedangkan anak-anak
bangsawan akan tetap menjjadi golongan bangsawan.

4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di England dan Jepun.
Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan Samurai di Jepun mempunyai peranan
yang penting pada zaman feudal . Kedua-dua berkhidmat dengan golongan bangsawan dan
terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry manakala samurai
terikat dengan konsep bushido di Jepun.

5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan
baju perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi dan di sadur dengan besi . Baju
perisai Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight
memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak
memerlukan bantuan.

Perbezaan:

1. Konsep undang-undang Rom yang diamalkan masyarakat feudal di England menekankan hak,
undang-undang dan kewajipan iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan
peribadi zaman feudal digunakan di England. Manakala di Jepun menekankan aspek moral,
kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius yang lebih menekankan aspek moral berbanding
undang-undang. Dalam erti kata lain, kekuasaan dan kesetian menjadi kuasa mutlak.

2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu.


Bagi golongan bangsawan di England pembinaan istana daripada batu sangat penting bagi
melindungi mereka dan vassal dari serangan. Golongan Daimyo di Jepun membina istana
daripada kayu memandangkan banyak sumber hutan di Jepun.

3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun kuasa
dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak.
4. Perbezaan yang paling ketara ialah Pemilikan tanah, Di England golongna knight mendapat
tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan
petani atau serf yang berkerja di tanah-tanah mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak
mempunyai tanah. Hal ini kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji
samurai dalam bentuk beras

5. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh
ketua tentera.

Penutup

§ Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di Eropah dan Jepun.
Persamaan yang terdapat dalam pelbagai aspek antaranya; Konsep, Pembinaan, Masyarakat,
Mobiliti Sosial, Peperangan, dan Peralatan Peperangan.

§ Manakala perbezaannya daripada aspek ialah; Penyatuan, Pemilikan Tanah, Perkongsian


Kuasa, dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai