Anda di halaman 1dari 20

940/1 STPM 2024

Soalan 1:
Huraikan struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi.

Pengenalan
• Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas
kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Marc Bloch
dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal bagi menerangkan seluruh
kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan
yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.
• Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun
lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau
golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi
kepada dua golongan, iaitu pemerintah dan diperintah. Golongan pemerintah terdiri
daripada raja, bangsawan paderi dan knight. Manakala golongan yang diperintah ialah
golongan petani atau rakyat biasa dan golongan hamba.
Isi
1. Golongan Raja

• Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603).
Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi
dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja-
raja mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada
tradisi politik England yang wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja meliputi
pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja.
• Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam
Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen.
Pembatasan kuasa pemerintah mi memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-
16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak
dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk
menjalankan pemerintahan.
• Dasar pemerintahan Raja Henry VII adalah untuk mengukuhkan pemerintahan beraja
berkuasa mutlak antaranya meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian
khas (livery), pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri
sebagai amalan golongan bangsawan, mengurangkan kuasa Parlimen, mengenakan cukai
import dan eksport . Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang
baharu untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu
ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular dan berjaya mewujudkan keamanan dan
keadilan. Pendek kata, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam
pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
2. Golongan Bangsawan

• Dalam susun lapis masyarakat, golongan bangsawan kedudukannya selepas raja. Mereka
memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja akan mengurniakan

1
940/1 STPM 2024

gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron dan vassal. Duke berada dalam
hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang menerima tanah
daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah,
mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau serf yang mengusahakan
tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan bangsawan. Sebagai balasan
pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah memberi
ketaatsetiaan kepada raja, serta memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.
• Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan
mengagihkannya kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan,
mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture.
Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak
miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan.
• Menjelang abad ke-16, kedudukan dan peranan bangsawan mula mengalami perubahan.
Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga
tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam
golongan bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut
telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang
memerintah England. Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di
seluruh England. Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan
raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada raja tidak sepenuhnya kerana
mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik golongan pentadbir daripada golongan
bukan bangsawan dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja.
3. Golongan Knight atau Pahlawan

• Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi
tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang
diminta oleh raja. Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran
seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk
melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah
yang menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk
berperang pada bila-bila masa.
• Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan
tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat
kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di
tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan
tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada
kawasannya.
• Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja
telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang
pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan
politik dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak
lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk

2
940/1 STPM 2024

awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak
terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan
infantri.
4. Golongan agama@paderi

• Golongan paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar
terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. Pada abad ke-12
dan 13, hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
• Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan. Campur tangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan
gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang
mementingkan material dan mempunyai tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).
5. Golongan petani atau rakyat biasa

• Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah dalam lapisan
masyarakat Feudal. Mereka juga dikenali sebagai freeman, villain, sokemen, border dan
cottar. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan berada di
bawah pengawasan raja dan bangsawan. Pekerjaan mereka adalah bercucuk tanam dan
menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan
harian dan Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan
keperluan lain.
• Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor
(institusi manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani
merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk
kampung. Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan
ekonomi di England. Pada abad ke-16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan
permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan.
Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah dan berhijrah ke bandar selepas berlaku
peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor
perusahaan. Hubungan petani tuan tanah turut mengalami perubahan.
6. Golongan hamba

• Golongan ini yang dikenali sebagai hamba berada di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat Feudal. Mereka adalah terdiri daripada 10 peratus dalam bilangan rakyat di
England. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan berada
di bawah pengawasan pemilik hamba.
• Golongan ini akan dikawal sepenuhnya oleh tuan pemilik. Namun begitu, kehidupan
golongan hamba berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Golongan
hamba telah bebas daripada pemilik hamba selepas berlaku mobiliti sosial dalam
masyarakat di England.

3
940/1 STPM 2024

Kesimpulan

• Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri
daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan
knight dan rakyat biasa. Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah
mengikut sistem kelas mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh
kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England.
• Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan
berdasarkan keturunan. Hubungan dua hala antaranya berasaskan kepada saling
memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.

4
940/1 STPM 2024

Soalan 2:
Jelaskan usaha Otto von Bismarck untuk menyatukan Jerman pada abad ke-19 Masihi.

Pengenalan
• Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di Brandenburg, Prusia dalam kalangan keluarga
bangsawan. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di Jabatan Perkhidmatan Awam
Prusia. Bismarck dipilih menjadi wakil dalam Parlimen yang dikenali sebagai Diet Bersatu
oleh Raja Frederick William IV pada tahun 1847. Pada tahun 1895, beliau dihantar ke Rusia
sebagai duta Prusia dan seterusnya sebagai duta ke Paris. Pada tahun 1862, Raja William I
telah melantik Bismarck sebagai Ketua Menteri Prusia. Setelah menjadi ketua menteri
Prusia, beliau menggunakan dasar “darah dan besi” untuk menyatukan Jerman.
• Beliau menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat. Pada peringkat pertama (1864-
1870) beliau berperang dengan Denmark, Austria dan Perancis untuk menyatukan negeri-
negeri Jerman di bawah Prusia. Selepas menyatukan Jerman secara fizikal, Bismarck
melancarkan usaha peringkat kedua bagi mengukuh serta menyatukan rakyat Jerman dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial.

Isi
Usaha Bismarck menyatukan Jerman pada tahap pertama (1864-1870).
Pada tahap pertama, Bismarck melancarkan peperangan menentang Denmark, Austria dan
Perancis. Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck bertindak mengukuhkan pasukan
tenteranya terlebih dahulu dengan memberikan latihan yang cukup bagi askar-askarnya
menghadapi musuh dalam peperangan, melengkapkan pasukan tenteranya dengan senjata-
senjata moden. Pasukan tentera Prusia merupakan pasukan tentera yang paling baik di Eropah
pada masa itu. Bismarck bertindak dengan bijak dan cekap ketika melancarkan peperangan
dengan Denmark, Austria dan Perancis. Beliau tidak melancarkan peperangan dengan negeri-
negeri tersebut pada masa yang sama. Apabila Bismarck melancarkan peperangan dengan
sesebuah negeri, beliau terlebih dahulu menggunakan kaedah diplomasi yang bijak supaya
memencilkan musuh. Beliau turut memastikan negeri-negeri lain tidak bersatu menentangnya
serta menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang menjadi sekutu kepada musuhnya.

1. Peperangan dengan Denmark 1864

Bismarck telah melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun 1864 untuk menguasai
dua buah negeri, iaitu Holstein dan Schleswig. Holstein dan Schleswig berada di bawah
pemerintahan Raja Denmark sejak tahun 1490. Pada tahun 1863, kerajaan Denmark
mengeluarkan perlembagaan baru untuk menyatukan negeri-negeri tersebut dengan Denmark.
Tindakan raja Denmark bertentangan dengan rancangan Bismarck untuk menyatukan negeri-
negeri tersebut dengan Jerman. Bismarck menuntut supaya Denmark mengembalikan
Schleswig dan Holstein kepada Jerman. Apabila Denmark enggan berbuat demikian, Bismarck
mengisytiharkan perang. Sebelum memulakan peperangan, Bismarck menggunakan
pendekatan diplomasi yang bijak untuk mengajak Austria membantu Prusia. Dalam
peperangan tersebut, Prusia berjaya menewaskan Denmark dengan mudah. Pada bulan Ogos

5
940/1 STPM 2024

1865, Perjanjian Gastein ditandatangani. Menurut perjanjian tersebut, Schleswig diserahkan


kepada Prusia dan Holstein diserahkan kepada Austria. Selepas berjaya menewaskan Denmark,
Bismarck berpaling tadah untuk menentang sekutunya, iaitu Austria.

2. Peperangan dengan Austria 1866

Selepas berjaya mengalahkan Denmark, Bismarck mengalihkan tumpuannya kepada Austria.


Bismarck melancarkan peperangan dengan Austria bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh
negara tersebut yang dianggap oleh Bismarck sebagai penghalang utama kepada rancangannya
untuk menyatukan negara Jerman. Peperangan ini perlu kerana banyak wilayah jajahan Jerman
berada di bawah penguasaan Austria. Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck
menggunakan kebijaksanaannya bagi memujuk Perancis, Itali dan Rusia agar menyokongnya.
Dengan kebijaksanaan diplomasi Bismarck, telah berjaya memencilkan Austria dan mula
mencari alasan untuk memulakan peperangan dengan Austria. Beliau menuduh Austria
memberi layanan buruk kepada orang Jerman di negaranya untuk memulakan peperangan.
Pada bulan Jun 1866, tentera Prusia memasuki jajahan Holstein dan menguasainya.
Perkembangan ini menyebabkan tercetus peperangan besar-besaran antara Prusia dengan
Austria yang dikenali sebagai Perang Tujuh Minggu (berlangsung selama tujuh minggu).
Prusia berjaya mengalahkan tentera Austria dalam medan pertempuran di Sadowa. Peperangan
ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague yang ditandatangani antara Prusia dan Austria
pada tahun 1866. Menurut perjanjian tersebut, Austria menyerahkan Holstein kepada Prusia
dan Austria menyerahkan Venetia kepada Itali. Bismarck seterusnya menyatukan negeri-negeri
Jerman di bahagian utara dan menamakannya Pergabungan Jerman Utara.

3. Peperangan dengan Perancis 1870

Selepas pembentukan Pergabungan Jerman Utara, Bismarck mengatur langkah untuk


melancarkan peperangan dengan Perancis pula. Perancis bimbang terhadap kebangkitan Prusia
sebagai sebuah kuasa besar di benua Eropah. Oleh itu, selepas Perang Prusia-Austria, Perancis
menuntut agar negeri-negeri Jerman Selatan diserahkan kepadanya. Perancis mengemukakan
tuntutan tersebut sebagai balasan kepada kerjasama yang diberikannya semasa Perang Prusia-
Austria pada tahun 1866. Tindakan Perancis ini telah mendorong Bismarck bertindak segera
menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri Jerman Selatan. Menerusi perjanjian tersebut,
negeri-negeri Jerman Selatan bersetuju untuk bergabung dengan Prusia. Bismarck
menggunakan tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan dengan Prusia
dengan mendedahkan surat yang ditulis oleh Perancis mengenai tuntutan terhadap negeri-
negeri Jerman Selatan kepada pemimpin negeri-negeri tersebut. Ini telah menyebabkan negeri-
negeri Jerman Selatan membuat keputusan untuk bergabung dengan Prusia. Selepas itu,
Bismarck melancarkan peperangan ke atas Perancis pada bulan Julai 1870 bagi
menyempurnakan penyatuan negeri-negeri di Jerman. Bismarck telah membuat perjanjian-
perjanjian sulit dengan negara Britai, Italy dan Russia untuk memencilkan Perancis. Prusia
berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1871. Dalam Perjanjian Frankfurt yang
ditandatangani, Perancis terpaksa menyerahkan wilayah Alsace dan Lorraine kepada Prusia

6
940/1 STPM 2024

dan Perancis terpaksa membayar ganti rugi lebih kurang 3 billion kepada Prusia.

Kejayaan penyatuan Jerman 1871


Pada tahun 1871, Raja William I telah dilantik sebagai Kaiser Empayar Jerman yang baru
ditubuhkan. Bismarck telah dilantik sebagai Canselor (Perdana Menteri) pertama Empayar
Jerman. Seterusnya Bismarck memulakan tahap kedua penyatuan Jerman dengan berfokuskan
kepada pembangunan negara terutama dalam aspek politik/perlembagaan, ekonomi, dan sosial.

Usaha-usaha Bismark menyatukan Jerman selepas tahun 1871


1. Menyekat pengaruh gereja

• Semasa pemerintahannya, Bismarck telah menghadapi masalah dengan gereja Roman


Katolik di Jerman. Paderi Roman Katolik ingin berkuasa semula dan mereka menyeru
jajahan di Jerman menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser. Dalam pada itu, Paus mula
bertindak untuk mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal politiknya. Bismarck bimbang
kebangkitan gereja Roman Katolik akan memecahkan perpaduan dalam negeri Jerman.
• Bagi mencegah perkembangan semula kuasa gereja, Bismarck memulakan pergerakan anti-
gereja yang dikenali sebagai Kulturkampf pada tahun 1872. Beliau meluluskan siri undang-
undang yang dikenali sebagai Undang-Undang Mei bagi mengawal sekolah-sekolah agama
Katolik dan pegawai tinggi gereja.
2. Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah

• Bismarck telah mengambil langkah bagi mewujudkan keamanan dalam dan luar negara
bagi membangunkan negara Jerman. Bismarck mengamalkan dasar berhati-hati dalam
menjalinkan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah.
• Beliau bimbang Perancis yang telah kehilangan banyak jajahannya kepada Jerman pada
tahun 1871 akan menyerang Jerman. Pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan
dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Melalui Perikatan ini,
beliau berharap negara-negara lain terutamanya Perancis tidak akan memulakan
peperangan dengan Jerman.
3. Perlembagaan Jerman

• Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman
adalah dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman. Perlembagaan
Jerman memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri daripada
Majils Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reichstag).
• Majlis Persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dan semua negeri di Jerman
manakala Diet Maharaja mengandungi 400 ahli yang dipilih oleh rakyat Jerman. Diet
Maharaja mempunyai kuasa yang amat terhad dalam meluluskan sesuatu undang-undang.
Manakala Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai kuasa membatalkan
sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja. Perlembagaan mi memberikan kuasa
kepada Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman.

7
940/1 STPM 2024

4. Menyeragamkan sistem ekonomi

• Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman
adalah memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap. Beliau mengambil Iangkah-langkah
untuk memperkenalkan sistem percukaian, mata wang serta sistem sukatan dan timbangan
yang seragam di seluruh negara Jerman.
• Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di seluruh Jerman. Selain itu,
beliau juga menyediakan sistem perhubungan yang lebih baik dengan membina jalan raya
yang Iebih baik. Beliau juga membina rangkaian jalan kereta api yang menghubungkan
seluruh wilayah di negara Jerman.
5. Membangunkan sektor perindustrian

• Bismarck turut mengambil langkah menjadikan negara Jerman sebagai negara


perindustrian yang kaya. Beliau mengambil langkah untuk memastikan kekayaan sumber
asli di negara Jerman seperti arang batu, besi, potasium dan ligmit digunakan dengan cekap
dan mahir. Beliau juga menubuhkan pertubuhan yang dikenali sebagai Kartil untuk
menyelaraskan pertumbuhan industri di Jerman.
6. Memajukan sektor pertanian dan perdagangan

• Bismarck turut mengambil langkah-langkah untuk membangunkan sektor pertanian dan


perdagangan di Jerman. Bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, baja-baja murah
dikeluarkan oleh industri di Jerman. Dalam bidang perdagangan, beliau memperkenalkan
undang-undang tarif pada tahun 1879 bagi menyekat kemasukan barang-barang dan negara
luar seperti Britain dan Perancis. Undang-undang tarif bertujuan untuk menyelamatkan
pedagang dan petani Jerman yang tidak dapat bersaing dengan barang-barang yang
dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti Britain, Perancis, Rusia dan Amerika.
7. Pemulihan Sosial

• Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial bagi merapatkan jurang


antara golongan yang kaya dengan golongan miskin. Bismarck bertindak membaiki nasib
golongan pekerja di kilang-kilang baru dengan mengadakan undang-undang bagi
membaiki taraf hidup mereka. Pada tahun 1885, Bismarck memperkenalkan Undang-
Undang Insuran Sakit untuk membantu pekerja-pekerja mendapat kemudahan perubatan
percuma dan gaji jika mereka sakit. Selain itu, beliau juga meluluskan satu lagi undang-
undang untuk melindungi pekerja yang cedera semasa bekerja. Menerusi undang-undang
ini, majikan terpaksa membayar penuh kos perubatan pekerja yang cedera semasa bekerja.
• Pada tahun 1889, Undang-Undang Insuran Masa Tua telah diluluskan. Pekerja-pekerja
menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada tabungan wang ini dan boleh
mengeluarkannya apabila mereka bersara. Menerusi rancangan-rancangan sosial ini beliau
berjaya menyatukan negara Jerman dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan
pelbagai lapisan penduduk Jerman.

8
940/1 STPM 2024

Kesimpulan
• Bismarck merupakan tokoh yang amat berjasa dan bertanggungjawab dalam pembentukan
negara Jerman. Beliau bertanggungjawab menyatukan negeri-negeri kecil yang berasingan
menjadi sebuah negara yang kuat dan bersatu di benua Eropah.
• Beliau membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jerman menerusi
kejayaan yang dicapai dalam medan peperangan. Selain itu, melalui dasar politik dan
pentadbirannya, sosial serta ekonomi, beliau menjadikan Jerman sebuah negara yang kuat
dan berpengaruh di Eropah menjelang penghujung adad ke-19.

(Catatan: Calon perlu jawab usaha Bismarck sebelum dan selepas 1871 untuk lulus.)

9
940/1 STPM 2024

Soalan 3:
Bincangkan faktor-faktor mendorong perkembangan kegiatan perdagangan di Belanda
pada abad ke-16 hingga ke-18 Masihi.

Pengenalan
• Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang pending di Belanda pada abad ke-16
hingga 18. Kegiatan perdagangan di Belanda terdiri daripada perdagangan dalam negara,
perdagangan luar negara dan perdagangan maritim. Kegiatan perdagangan dalam negara
melibatkan wilayah, provinsi dan bandar-bandar di Belanda.
• Pada masa yang sama, Belanda turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-
negara lain di benua Eropah. Hubungan perdagangan terjalin antara Belanda dengan
negara-negara Eropah seperti England, Jerman, Perancis, Sepanyol dan lain-lain.
• Menjelang abad ke-16, wujud perdagangan maritim yang melibatkan negara-negara di
Timur. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan kegiatan perdagangan di
Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-18 antaranya ialah kedudukan strategik,
kekurangan sumber alam, kemunculan industri pembuatan, dan sebagainya.

Isi

Faktor kedudukan strategik


Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan menyebabkan negara
Belanda memainkan peranan penting sebagai pusat pengedaran barang dagangan di benua
Eropah. Belanda terletak di tengah-tengah laluan maritim yang menghubungkan bahagian
timur laut dan barat daya Eropah. Selain menjadi pusat pengedaran barangan, Belanda juga
terkenal dengan industri pembinaan kapal sejak abad ke-15 lagi. Jadi, atas faktor kedudukan
strategik menyebabkan Belanda berkembang menjadi kuasa maritim dunia.

Faktor kekurangan sumber alam


Kekurangan sumber alam antara faktor berkembangnya perdagangan di Belanda. Ini kerana
Belanda tidak mampu menghasilkan barangan keperluan yang mencukupi untuk penduduknya
kecuali produk hasil tenusu. Oleh itu, negara Belanda terpaksa mengimport barangan keperluan
penduduknya. Keadaan ini menyebabkan muncul aktiviti perdagangan melibatkan Belanda
dengan Negara-negara lain.

Faktor kemunculan industri pembuatan


Kekurangan sumber alam menyebabkan muncul industri-industri yang menghasilkan produk
daripada bahan – bahan yang diimport. Industri tersebut memberi tumpuan kepada penghasilan
produk seperti barangan tekstil dan kertas. Barang-barang yang dihasilkan oleh industri
tersebut akan dieksport semula ke negara-negara lain. Ini merancakkan lagi aktiviti
perdagangan di Belanda.

Faktor kemudahan perbankan


Pada awal abad ke-17 telah muncul banyak institusi-institusi perbankan di Belanda. Institusi
perbankan menyediakan modal dan memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga yang terlibat

10
940/1 STPM 2024

dalam kegiatan perdagangan. Contohnya, pada tahun 1609 Wisselbank merupakan institusi
pertukaran mata wang yang ditubuhkan di Amsterdam. Bank ini mengambil alih tugas dan
peranan yang dimainkan oleh pengurup wang. Bank ini juga berperanan menyelaraskan
peminjaman wang dan memperkenalkan sistem pembayaran melalui cek. Pada tahun 1614,
sebuah bank ditubuhkan di Amsterdam untuk memberi pinjaman kepada pedagang-pedagang
dan peniaga-peniaga kecil. Bank ini mengambil alih peranan yang dimainkan oleh peminjam
wang persendirian. Dengan menggunakan kadar faedah yang rendah, bank ini membantu
pedagang dan peniaga kecil yang terlibat dalam perdagangan.

Faktor insurans maritim


Perkhidmatan insurans maritim diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam
perdagangan menggunakan laluan laut. Insurans maritim mula diperkenalkan di Belanda sejak
pertengahan abad ke-16. Insurans diperkenalkan bagi menanggung risiko yang dihadapi oleh
pedagang semasa menghantar barangan melalui jalan laut. Premium bagi insurans ini termasuk
dalam harga belian barang dan berbeza dari masa ke semasa. Premium insurans yang dikenakan
pada tahun 1650 adalah antara 5 peratus hingga 11/4 peratus daripada harga barangan.

Faktor mata wang


Pada akhir abad ke-17 tidak terdapat keseragaman dalam penggunaan mata wang di Belanda.
Setiap daerah dan provinsi di Belanda memiliki mata wang masing-masing. Wilayah-wilayah
seperti Hoorn, Medemblik dan Enkhuizen mempunyai mata wang yang standard. Pengeluaran
mata wang di wilayah-wilayah tersebut berada di bawah pengawasan pemerintah. Mata wang
kebangsaan mempunyai nilai yang berbeza disebarkan untuk penggunaan orang awam. Selain
itu, mata wang Pound, Flemish, Ducatoon, Dollar, Rix, Crusados dan Carolus juga digunakan
dalam urusniaga. Mata wang Sepanyol dan Jerman juga digunakan secara meluas di Belanda.

Faktor sistem ukuran dan timbangan


Sistem ukuran dan timbangan yang diamalkan di Belanda juga tidak seragam. Pada abad ke-
17, setiap bandar di Belanda mempunyai system ukuran masing-masing. Sistem ukuran dan
timbangan yang seragam penting untuk memajukan dan memperkembangkan kegiatan
perdagangan di Belanda.

Faktor kemunculan syarikat dagang


Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan muncul syarikat-syarikat dagang. Pada
tahun 1594, sekumpulan pedagang dari Amsterdam telah menubuhkan persatuan yang dikenali
sebagai “Society of Distant Lands “. Persatuan ini ditubuhkan untuk membiayai kos pembinaan
kapal-kapal dagang. Selepas penubuhan persatuan tersebut, muncul lagi beberapa persatuan
bagi membiayai kegiatan penerokaan dan penjelajahan ke timur.

Kesimpulan
Perkembangan perdagangan di Belanda telah meningkatkan kemahiran pelayaran sehingga
dapat belayar ke timur untuk mencari pasaran baharu. Menjelang abad ke-19, Belanda
berlumba-lumba dengan kuasa Barat yang lain untuk menguasai tanah jajahan di Asia. Mereka
berlumba-lumba menguasai tanah jajahan di Asia untuk mendapatkan bahan mentah dan
menguasai pasaran seperti perdagangan rempah.
11
940/1 STPM 2024

Soalan 4:
Terangkan faktor-faktor yang meletakkan asas bagi kemunculan Era Enlightenment di
Eropah pada abad ke-18 Masihi.

Pengenalan

• Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightenment atau Zaman
Pencerahan. Zaman tersebut merupakan satu era masyarakat mula berfikir secara kritikal,
berasaskan sebab-musabab dan kaedah-kaedah saintifik.
• Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-
pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan social, contohnya John Locke, Voltaire,
Montesquieu dan Adam Smith.
• Sememangnya terdapat pelbagai faktor penting yang meletakkan asas bagi kemunculan era
enlightenment di Eropah pada abad ke-18.

1. Pengaruh Renaisans
• Gerakan Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam
kalangan masyarakat. Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu pengetahuan,
sains, falsafah, seni lukis, seni bina dan sebagainya.
• Gerakan ini telah mendorong masyarakat menolak dan mengkritik sistem lama yang
ketinggalan zaman.
• Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi perubahan
yang lebih besar.

2. Pengaruh Reformasi
• Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di
Eropah.
• Reformasi menamatkan dunia kritstian yang didominasi oleh mazhab Katolik dan
melahirkan aliran pemikiran baru seperti Protestan, Anglican, Dominician, Methodist dan
Presbyterianism.
• Perkembangan ini melahirkan negara mutlak yang pemerintahnya sebagi ketua negara dan
ketua agama. Akhirnya, menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa autonomi
dan bebas daripada pengaruh gereja.
• Hal ini membolehkan idea baru seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas
sekaligus meletakkan asas bagi kelahiran revolusi di Eropah.

3. Revolusi Sains
• Revolusi sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa kepada
kemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik.
• Penemuan mesin cetak dan kepesatan kegiatan penerokaan serta penjelajahan telah
melahirkan penemuan baru dan minat terhadap kajian saintifik.
• Kemajuan dalam bidang sains menyebabkab perubahan daripada kepercayaan karut dan
mitos kepada kuasa akal dan sains.

12
940/1 STPM 2024

• Revolusi sains telah melahirkan ramai tokoh saintis yang terkenal seperti Francis Bacon,
Spinoza, John Locke dan Isaac Newton. Idea2 mereka tersebar luas dan menjadi ciri-ciri
dominan tamadun Eropah mulai abad ke-17 hingga ke-20.

4. Pengaruh ahli falsafah.


• Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual
di Eropah. Mereka dikenali sebagai physiocrats, pelopor gerakan enlightenment.
• Golongan ini terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu yang
kuat. Mereka memberi penekanan kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan
saintifik.
• Perkembangan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir seperti Voltaire, Rousseau,
Montesquieu dan lain-lain dalam pelbagai bidang ilmu.

5. Penerokaan dan penjelajahan


• Masyarakat yang kian berpengetahuan semakin peka kepada perkembangan keadaan
sekililing. Mereka inginkan maklumat dan idea baharu menyebabkan aktiviti penerokaan
dan penjelajahan dunia luar semakin meningkat.
• Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan yang kuat dalam kalangan orang Eropah untuk
mengetahui dan memperolehi maklumat tentang bangsa dan budaya lain – konsep manusia
sejagat.
• Perkembangan ini melahirkan corak pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab
musabab.

6. Peranan kelas pertengahan


• Golongan terpelajar dan profesional dari kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat lama
yang tidak sesuai dengan zaman baharu.
• Dengan penciptaan mesin cetak, mereka terdedah dengan banyak bahan baru dan
perkembangan semasa melalui suratkhabar dan majalah. Pengetahuan dan idea baru boleh
didapati dengan mudah dan di semua tempat.
• Perkembangan ini menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap kamus, ensiklopedia dan
karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Turut melahirkan gaya penulisan baru.

Kesimpulan

• Tuntasnya, selain pengaruh gerakan Renaisans dan Reformasi terdapat pelbagai faktor
penting yang menjadi penyumbang kepada kemunculan era enlightenment di Eropah.
• Perkembangan tersebut telah menjadikan Eropah sebuah tempat yang penuh dengan idea-
idea baharu sekaligus menjadi asas bagi perkembangan Gerakan Intelektual pada abad ke-
18 yang melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang ilmu di Eropah.

13
940/1 STPM 2024

Soalan 5:
Sejauh manakah sentimen anti kristian dalam kalangan masyarakat Cina merupakan
punca meletusnya pemberontakan Boxer di China.

Pengenalan
Pada tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di
China. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang
Cina yang beragama kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap
tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China. Mereka menganggap
orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial di China. Sentimen anti Kristian dalam kalangan masyarakat Cina
merupakan punca meletusnya pemberontakan Boxer di China namun terdapat juga faktor-
faktor lain menjadi punca meletusnya pemberontakan Boxer.

Isi

1. Sentimen anti Kristian


Perkembangan agama Kristian yang pesat di China pada tahun 1890-an iaitu selepas perjanjian
Whampao (1844) dan Konvensyen Peking (1860) telah menambahkan lagi kemasukan
pengaruh orang asing dalam kalangan orang China. Melalui kedua-dua perjanjian ini mubaligh
Kristian diberi perlindungan dan dibenarkan menjalankan kegiatan mereka di negara China.
Perkembangan agama Kristian ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan
falsafah orang-orang China yang berasaskan Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme.
Sentimen anti-Kristian dikalangan orang Cina juga wujud disebabkan oleh sikap orang-orang
Cina yang menganut agama Kristian. Mereka tidak lagi menghormati ajaran Confucianisme,
enggan menyembah berhala dan enggan menyertai upacara, perayaan dan hiburan keagamaan
dan enggan membayar wang perbelanjaan untuk membiayai perayaan dan hiburan di peringkat
kampung yang dianggap bertentangan dengan amalan Kristian. Orang Cina Kristian
menyifatkan mereka sebagai kelas sosial yang berdarjat tinggi. Anggapan ini dianggap sebagai
satu penghinaan bagi orang Cina. Orang Cina menuduh mereka murtad dan mempersalahkan
kuasa Barat atas berlakunya perkara begitu. Sentimen anti-Kristian juga wujud disebabkan para
mubaligh Kristian menggunakan cara yang sangsi untuk menarik minat orang Cina menganut
agama Kristian. Selain menuntut hak-hak istimewa bagi penganut-penganut Kristian. Mereka
juga memberi bantuan kewangan dan campur tangan menyebelahi panganut dalam kes-kes
mahkamah yang membabitkan golongan Cina bukan Kristian. Tindakan mubaligh
campurtangan dalam hal-hal tempatan dianggap keterlaluan dan mencabar kedaulatan undang-
undang dan kehakiman negara China. Sentimen anti Kristian juga wujud apabila tersebarnya
khabar-khabar angin bahawa mubaligh Kristian melakukan perbuatan ganjil dan tidak
berperikemanusiaan iaitu mencungkil mata kanak-kanak di kawasan pedalaman. Oleh itu,
orang Cina Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan
oleh orang-orang asing. Orang China berpendapat agama Kristianlah yang bertanggungjawab
ke atas perpecahan masyarakat China. Jelaslah, sentimen anti Kristian dalam kalangan
masyarakat Cina menjadi punca utama meletusnya pemberontakan Boxer di China.

14
940/1 STPM 2024

Punca lain meletusnya pemberontakan Boxer


2. Wujudnya sentimen anti asing
Sentimen anti asing dalam kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke- 17 lagi
apabila orang asing telah mula memasuki negari China. Kekalahan negara China dalam Perang
Candu Pertama (1839-1842) dan Perang Candu Kedua di tangan British dan kekalahannya
kepada Jepun dalam Perang China-Jepun (1894-1895) menyebabkan Barat dan Jepun
menceroboh negara China sewenang-wenangnya untuk merebut konsesi. Perebutan konsesi ini
menimbulkan kebimbangan kemungkinan negara China akan dibelah bahagikan oleh kuasa
Barat. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Cina mengusir orang asing
keluar dari Negara China.

3. Semangat anti asing kalangan pihak istana @ sokongan istana


Sentimen anti asing ini juga wujud dalam kalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan
Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-i. Maharani Dowager yang merampas kuasa
daripada Kuang Hsu pada tahun 1898 telah meneruskan dasar anti-asing. Baginda berhasrat
untuk menamatkan hak-hak kewilayahan asing yang diberikan kepada orang asing di negara
China. Ini dapat dilihat apabila Maharani Dowager telah menolak permintaan Itali untuk
mendapatkan San May Bay di Chikiang. Perasaan anti asing ini juga timbul dikalangan
pegawai istana dan Maharani Dowager juga wujud kerana pihak Inggeris telah memberi
bantuan kepada Kang Yi-Wei dan Liang Chih–Chao melarikan diri ke Hong Kong. Kerajaan
Jepun juga memberi perlindungan kepada mereka dan memberi kebenaran kepada mereka
meneruskan kegiatan mereka menentang kerajaan Manchu melalui akhbar-akhbar yang
diterbitkan di Jepun. Sokongan yang diberi oleh kerajaan Manchu@istana turut menjadi punca
meletusnya pemberontakan Boxer. Pada 20 Jun 1900, kerajaan Manchu secara rasminya telah
memberikan sokongan kepada pemberontak untuk mengusir keluar orang Barat dari China.
Maharani Dowager telah mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai-pegawai istana untuk
memberikan bantuan senjata kepada pemberontak. Jelaslah, sokongan daripada pihak istana
menggalakkan ahli-ahli Boxer menyerang orang asing dan orang Cina yang beragama Kristian.

4. Penguasaan ekonomi negara China oleh orang asing


Penguasaan ekonomi negara China oleh orang asing selepas pembukaan negara China kepada
kuasa-kuasa Barat telah menambahkan lagi kejayaan orang asing dalam kalangan orang China.
Penguasaan ekonomi China oleh orang asing ini telah menyebabkan kemelesetan ekonomi
China akibat kemasukan barangan asing secara berleluasa selepas Perang Candu Pertama.
Ianya mengancam barangan tempatan kerana barang asing jauh lebih bermutu dan murah.
Contohnya: kapas dari luar 1/3 lebih murah dari kapas tempatan. Oleh itu, industri tekstil dan
pertukangan tangan tempatan terjejas. Akibatnya negara Cina menghadapi imbangan
perdagangan yang defisit sebanyak 69 juta tael pada tahun 1899. Syarikat asing dan pelaburan
dalam perusahaan semakin berkembang di negara China. Akibatnya pengusaha tempatan
menjadi muflis dan para pekerja menghadapi masalah pengangguran.

5. Masalah kewangan di negara China


Kerajaan China tidak dapat menyelesaikan masalah ekonominya kerana kekurangan wang
yang disebabkan oleh kejatuhan ekonominya. Kekurangan wang ini belaku kerana kerajaan

15
940/1 STPM 2024

China terpaksa menggunakan banyak wang untuk membayar ganti rugi perang. Akibatnya
kerajaan China terpaksa meminjam wang dari negara luar. Tindakan ini menyebabkan modal
asing mencurah-curah masuk ke negara China. Dengan ini, punca-punca ekonomi dan pasaran
tempatan dikuasai oleh orang asing. Kemerosotan syarikat2 tempatan dan kekayaan yang
diekploitasikan oleh pihak asing menambahkan rasa benci orang Cina terhadap orang asing

6. Perkembangan teknologi moden dalam bidang pengangkutan


Kemasukan Barat membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan di negara China.
Namun begitu, telah menjejaskan mata pencarian rakyat China yang bergantung kepada
pengangkutan tradisional. Contohnya: Penggunaan kereta api dan kapal wap moden secara
meluas menjejaskan pencarian orang Cina terutama mereka yang mengendalikan
pengangkutan kuno seperti kereta lembu, kereta kuda serta tongkang dan sampan. Dalam
keadaan pendapatan yang berkurangan, kehidupan mereka semakin sulit kerana terpaksa
menanggung keluarga dan membayar cukai tinggi serta cukai baru yang diperkenalkan oleh
kerajaan Manchu.

7. Bencana Alam
Penderitaan orang Cina semakin bertambah akibat kejadian-kejadian bencana alam seperti
banjir di wilayah sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho seperti di Shangtung,
Szechuan, Kiangsi dan Ahwei pada tahun 1898. Kemarau juga berlaku di China Utara pada
tahun 1900. Bencana alam telah menyebabkan kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta
benda. Dalam hal ini, timbul kongsi-kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan perompak
melakukan jenayah. Orang Cina serta pegawai konservatif menyalahkan orang asing atas
bencana alam yang terjadi. Mereka berpendapat penerokaan tanah bagi tujuan perlombongan,
pembinaan jalan kereta api oleh orang asing menyinggung perasaan dewa-dewi kerana telah
merosakkan tempat kediaman mereka serta menjejaskan keseimbangan Ying dan Yang. Malah
mereka percaya pengembangan agama Kristian telah mengganggu roh nenek moyang mereka.
Oleh itu berlaku bencana alam sebagai balasan. Kerja-kerja pembangunan tersebut merupakan
kerja berdosa dan mengacau keharmonian alam semesta serta merosakkan ketenangan bumi.
Untuk menggelakkan kejadian ini berlaku orang asing harus diusir.

Kesimpulan
Gerakan Boxer yang sebenarnya tercetus pada tahun 1900 apabila anggotanya bertindak
membunuh mubaligh Kristian dan orang asing di wilayah Chihli, Shantung, Shensi dan
Manchuria. Gerakan Boxer ini telah berjaya ditumpaskan oleh tentera bersekutu dan China
akhirnya terpaksa menandatangani perjanjian Protokol Boxer dengan kuasa Barat pada bulan
Mac 1901. Pemberontakan Boxer juga telah menjadi asas kepada kejatuhan kerajaan
Manchu dan kemunculan kerajaan republik di negara China.

16
940/1 STPM 2024

Soalan 6:
Analisiskan punca-punca menyebabkan meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun
1939 hingga 1945.

Pengenalan

Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan
hanya melibatkan negara-negara di Eropah tetapi turut melibatkan negara di Asia dan
Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa
Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1. Terdapat beberapa punca yang mendorong kepada
tercetusnya PD2.

1. Kelemahan / tidak puas hati Jerman terhadap Perjanjian Versailles


• Perjanjian Versailles ditandatangani untuk menamatkan Perang Dunia Pertama. Pemimpin
dan rakyat Jeman tidak bepuashati dengan syarat-syarat perjanjian ini. Pemimpin Jerman
tidak diberi peluang untuk menyuarakan pandangan berhubung dengan syarat yang
ditetapkan. Sebahagian besar wilayah dan semua jajahan takluk Jerman diserah kepada
pihak yang menang.
• Selain itu, Jerman juga dikehendaki membayar pampasan berjumlah US $33 billion
kepada pihak Berikat. Perjanjian ini juga menghadkan jumlah dan kuasa angkatan tentera
laut dan darat Jerman. Pasukan tentera Jeman dihadkan kepada 100 000 orang tentera.
Mereka juga dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara. Jerman juga dilarang
menempatkan pasukan tentera di Rhineland. Perjanjian Versailles dianggap tidak adil dan
telah menjejaskan maruah serta kedaulatan Jerman.
• Itali yang menyertai Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua juga tidak berpuashati
terhadap Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima
oleh Perancis dan British.

2. Pertembungan @kemunculan ideologi baru


• Selepas Perang Dunia Pertama ideologi-ideologi baharu seperti Fasisme dan Nazisme mula
bertapak di Eropah. Ideologi2 baru ini merupakan cabaran kepada negara yang
mengamalkan demokrasi. Perkembangan ideologi Fasisme di Itali dan Nazisme di Jerman
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tecetus Perang Dunia Kedua.
• Benito Mussolini telah menubuhkan Parti Fasis di Itali pada tahun 1919. Golongan Fasis
percaya kepada nasionalisme yang melampau termasuk melancarkan peperangan bagi
mengharumkan nama negara. Pada 28 Oktober 1922 Benito Mussolini telah mengambil
alih kuasa dan membentuk kerajaan Fasis di Itali. Beliau menjalankan sistem pemerintahan
diktator. Beliau menjalankan dasar perluasan kuasa bagi menjadikan Itali kuasa besar di
Eropah. Pada tahun 1936, Mussolini menawan Habsyah. Sejak 1936 beliau menjalin
hubungan rapat dengan Hitler. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, beliau menyertai
Pakatan Paksi yang terdiri daripada Jerman, Jepun dan Itali.
• Pada tahun 1933 Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman setelah Parti Sosialis rakyat
pimpinan Hitler menang dalam Pilihanraya Umum November 1932. Hitler berhasrat untuk
mewujudkan satu bangsa, satu parti dan satu pemimpin. Pada tahun 1935 Hitler melanggar

17
940/1 STPM 2024

syarat-syarat Perjanjian Versailles dengan membesarkan angkatan tentera Jeman. Pada


tahun 1936 Jerman menduduki Rhineland dan 1939 Jerman menguasai Austria dan
Czechoslovakia. Tindakan Hitler menyerang Poland 1939 telah mencetuskan Perang Dunia
Kedua. Kemunculan fahaman-fahaman baru ini melahirkan sentimen kebangsaan dalam
kalangan negara-negara di Eropah.

3. Kemelesetan ekonomi
• Perang Dunia I telah menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi yang teruk di negara
Jerman dan Itali. Bayaran pampasan dan kos peperangan yang tinggi telah menyebabkan
berlaku inflasi di negara Jerman dan Itali. Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali bertambah
buruk ekoran kemelesan ekonomi dunia pada tahun 1929. Perkembangan ini telah
menyebabkan berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut. Tambahan pula
berlaku masalah inflasi ekoran harga makanan dan barangan melambung tinggi.
• Akibatnya pemimpin berfahaman melampau di Jerman dan Itali meraih sokongan dari
rakyat. Pemimpin di Jeman dan Itali menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengatasi
masalah ekonomi yang dihadapi. Melalui dasar perluasan kuasa mereka mendapat pasaran,
bahan mentah dan makanan bagi keperluan penduduk tempatan. Di Jepun, kemelesetan
ekonomi juga mendorong pihak tentera meluaskan kuasa telah mendapat sokongan rakyat.

4. Kepentingan imperialisme
• Imperialisme turut merupakan salah satu punca menyebabkan Perang Dunia Kedua
meletus. Negara seperti Jerman, Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka
dengan menguasai tanah-tanah jajahan. Negara-negara tersebut ingin bersaing dengan
Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas.
Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan
untuk menguasai tanah-tanah jajahan.
• Pada tahun 1936 Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki
Rhineland. Pada tahun 1938 Jerman menguasai Austria dan seterusnya Czechoslovakia
ditawan pada tahun 1919. Pada bulan Oktober Itali menyerang Habsyah dan menguasai
Albania pada tahun 1939. Pada tahun 1931, Jepun menyerang Manchuria dan berjaya
menawannya 1932. Pada tahun 1937 Jepun menyerang China untuk menguasai seluruh
negara tersebut. Tindakan Jerman, Itali dan Jepun melancarkan dasar imperialime telah
menyebabkan Perang Dunia Kedua tercetus.

5. Dasar / Pendirian Negara Terlibat


• Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2.
Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama
lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung
mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.
• Amerika Syarikat mula menonjolkan diri dan keluar dari dasar pemencilan yang
diamalkan sejak sekian lama. Amerika Syarikat berasa tergugat dengan dasar perluasan
kuasa Jepun dan curiga dengan sikap British. Menjelang tahun 1930-an, Jepun cuba
bersaing dengan Britain untuk menguasai perdangangan di China. Britain sedar bahawa
tidak ada harapan untuk menewaskan Jepun jika mereka berperang di Asia Timur kerana
Jepun memiliki angkatan tentera yang kuat manakala tentera British jumlahnya kecil di
Asia Timur berbanding Jepun.
• Oleh itu Britain sanggup bersekongkol dengan Jepun dan menyatakan kesediaan berunding
soal pembahagian keuntungan yang diperolehi daripda aktiviti perdagangan di China.

18
940/1 STPM 2024

Sekiranya Amerika Syarikat bergabung dengan Britain untuk menyerang Jepun, sudah
tentu Jepun dapat di tewaskan. Presiden Franklin D.Roosevelt memberi amaran kepada
rakyat Amerika Syarikat supaya menyokong kerajaan kerana sikap agresif Jepun
menguasai China pada tahun 1937 sebagai “the epidemic of world lawlessness is
spreading”.

6. Punca@faktor Jepun terlibat


6.1 Gerakan nasionalisme yang melampau di Jepun
• Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di
Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama
maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun
yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran
antara parti pemerintah dengan golongan tentera.
• Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat
Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya
telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera
memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha
mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.

6.2 Kepentingan ekonomi


• Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri
yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah
melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda,
Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-
China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.

6.3 Isu keselamatan negara Jepun


• Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19] dan dasar
imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti
AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun
perlu memperkukuhkan pertahanannya.
• Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera
Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis kepentingan
negara merujuk kepada kawasan bersempadanan/berhampiran dengan Jepun dianggap
mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar
diperkukuhkan.
• Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara
dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932],
Indochina dan Asia Tenggara [1941].

7. Kegagalan Liga Bangsa


• Merupakan antara punca penting meletusnya PD2. Matlamat utama penubuhan LB adalah
untuk mengekalkan keamanan dunia dan memastikan syarat2 perjanjian damai dipatuhi.
Namun demikian, LB gagal menyekat pencerobahan dan peperangan yang berlaku. Jelas

19
940/1 STPM 2024

LB gagal dalam menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis


pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama.
• Krisis Liga Bangsa-Bangsa: Krisis Manchuria (1931-1933) - Jepun menakluki Manchuria,
wilayah bawah penguasaan China. Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934) - Jerman
keluar dari Liga Bangsa-Bangsa dan perbesar tentera secara terbuka dan menakluki Austria.
Krisis Habsyah (1935-1936) - Itali serang Habsyah di Afrika.

Kesimpulan:
Ternyata terdapat banyak punca meletusnya PD2 yang melibatkan pihak Kuasa Berikat dan
Kuasa Paksi. PD2 juga turut meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada semua pihak
yang terlibat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Kemunculan pihak golongan Nazi dan
Fasis merupakan antara punca utama tercetusnya PD2. Negara Jepun dan Jerman pula
sememang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi kemungkinan perang. PD2 tamat
dengan penyerahan kalah secara rasmi oleh Jepun pada September 1945.

20

Anda mungkin juga menyukai