Anda di halaman 1dari 3

2.2.

1 Raja Mutlak dan Berperlembagaan di England

Soalan 47 (a): Bincangkan perlaksanaan raja mutlak  di England

Pendahuluan

§  Raja Mutlak ialah seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan
melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang
negara. Bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini,
kehendak pemerintah ialah undang-undang. England berada dalam pemerintahan sistem beraja
mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Raja Henry VII pada tahun
1485 dan pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.

§  Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah
seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta. Pemerintahan sistem beraja mutlak terus
diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah berlakunya Revolusi Cemerlang di
England.

Isi-isi penting:

Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak

1.       Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima
oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.  Sistem beraja
mutlak yang diasaskan oleh  Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan
mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna
Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak
mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka. Raja-raja
Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang
terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of
Common (knight, orang kaya dan peguam).

2.       Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan
menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang
semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan
mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords. Pada
abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut
Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja
kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan
puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik
Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.  Golongan puritan menjadi
semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran
mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang
tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan
puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang
bebas daripada kawalan politik.

3.       Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan
Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari
Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah
membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga
membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648). Raja
James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda
menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua
pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja,  dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan
bukannya berkongsi kuasa. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan
puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak
kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja
James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya
dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan
parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan
golongan puritan.

4.       Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada
tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan
lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625
juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam
urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan
tentera akan mengawal mereka. Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja,
maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628
parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat
kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara
terbuka di parlimen.  Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara
mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.

5.       Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai
dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama
pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja
Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.  Pada tahun 1639, Raja Charles I
telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan
oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong
baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan
menangkap beberapa ahli parlimen.

6.       Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa
orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku
pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya
peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya
mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.  Raja Charles I telah dihukum bunuh
dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai
ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan
iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya. Pada tahun 1658,
Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau
bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana
tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

Penutup

§  Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan


kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk
kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu
tindakan yang diambil oleh raja.

§  Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan
kekal sehingga hari.

Soalan 47 (b): Bincangkan perlaksanaan raja Berperlembagaan di England

Pendahuluan

§  Raja Berpelembagaan adalah Sistem kerajaan di mana raja menjalankan pemerintahan mengikut


perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan atau piagam politik.

§  Misalnya, di England, kuasa raja terbatas dengan Magna Carta. England menuju pemerintahan raja
berpelembagaan setelah Revolusi Cemerlang pada tahun 1688.
Isi-isi penting:

1.       Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja


berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan
memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja
Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan
mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja
berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua
buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan
aristokrat, gentry dan bourjuis.

2.       Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara
langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada
tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali
doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan
Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya
Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.

3.       Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja


berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan
yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan
beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right
pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal
undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.

4.       Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan


oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan
undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur
tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang

5.       Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada


1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja.
Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan
mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di
England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal
dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam
politik negara tersebut.

Penutup

§  Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan
kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk
kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu
tindakan yang diambil oleh raja.

§  Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan
kekal sehingga hari.

Anda mungkin juga menyukai