Anda di halaman 1dari 8

Welcome, everyone!

PENGLIBATAN TURKI UTHMANIYAH


DALAM PERANG DUNIA I
Perang terhadap British, Perancis dan Rusia oleh kerajaan Turki
Uthmaniyah diisytiharkan oleh Sultan Muhammad Rashad V
(1909-1908) pada 14 November 1914.
Tujuan pengisytiharan adalah menyeru umat Islam seluruh
dunia bangkit bersama mempertahankan agama, penduduk dan
wilayah Islam dari kuasa Barat
Turki Uthmaniyah terlibat dalam beberapa siri peperangan
dengan Pakatan Bertiga. Wlayah Islam di bahagian Timur dikuasai
oleh British, wilayah Barat, Sudan dan wilayah Afrika Utara oleh
Perancis, Utara dikuasai Rusia.
1.KRISIS KETENTERAAN DENGAN RUSIA DI LAUT HITAM, UTARA TURKI

Pada 28 Oktober 1914, tentera Rusia menganggu armada Turki Uthmaniyah


dibawah pimpinan Admiral Jerman Wilhelm Souchon yg menjalani latihan
ketenteraan di laut Hitam. Ini mencetuskan konflik antara kedua negara
Pasukan armada Turki Uthmaniyah bertindak dengan menyerang kapal
perang Rusia iaitu Pruz dan Kubanetz. Menteri Perang Turki Enver Pasha
memaklumkan Perdana Menteri Turki Said Halim Pasha mengenai serangan
Rusia tersebut dan menyifatkan serangan tersebut merupakan perancangan perang
yang telah lama diatur
Rentetan peristiwa ini menjadi asas penglibatan secara rasmi Turki
Uthmaniyah dalam PDI
2. PEPERANGAN DENGAN RUSIA DI CAUCASUS, TIMUR TURKI
Peperangan dgn Rusia bermula dengan percubaan tentera Turki Uthmaniyah
menguasai Caucasus Timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan dan terus mara ke Iran
yang bersifat zon bebas.(bukan wilayah Turki Uthmaniyah) Akhir tahun 1914, Rusia
berjaya menguasai semula Caucasus dan berjaya memasuki wilayah Timur Turki
Uthmaniyah spt di Erzinjan dan Van. Faktor kekalahan tentera Turki adalah terpaksa
berperang ketika musim salji.Sebahagian besar tentera terkorban kerana akibat cuaca
dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah tidak dilengkapkan dengan pakaian
tentera musim dingin berbanding tentera Rusia yang memiliknya dan telah biasa
berperang dalam musim dingin.
Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang utara Persia yang
berada di bawah pengaruh Rusia dan berjaya menguasai Tabriz tetapi pada 30
Januari 1915, tentera Rusia berjaya menguasai Tabriz semula. Setelah mengalahkan
tentera Turki Uthmaniyah di Caucasus, Rusia bersiap sedia menyerang Istanbul ibu
kota Turki Uthmaniyah tetapi Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan operasi
ketenteraan Rusia di wilayah Caucasus. Semua tentera Rusia berjumlah 500 ribu
dipanggil pulang bagi memadamkan gerakan penentangan sebahagian tentera Rusia
yang masih setia terhadap maharaja Tsar Nicholas II.
3. PEPERANGAN DENGAN BRITISH DI MESOPOTAMIA, IRAQ
Nov 1914, tentera British telah berada di selatan Iraq untuk menjaga dan
mengawal telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki
Uthmaniyah). Pada awal abad ke-20M, minyak mula menggantikan arang batu
sebagai sumber utama tenaga industri.
Tujuan British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan
akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah
Caucasus. Gabungan tentera diharapkan dapat memutus dan menutup jalan
perhubungan penting tentera Turki Uthmaniyah.
Di peringkat awal tentera Uthmaniyah berjaya mengalahkan tentera British
pada awal April 1916 di bandar Ctesiphon berdekatan Baghdad. Pada Mac 1917
Baghdad ibu kota Iraq telah dikuasai oleh tentera British dan Rusia dari kerajaan
Turki Uthmaniyah
4. PEPERANGAN DENGAN BRITISH,
PERANCIS DAN ITALI DI UTARA AFRIKA
Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan
dengan tentera British, Perancis dan Itali
yang cuba menguasai Libya di Utara Afrika.
British akhirnya menguasai Libya untuk
diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi
janji Pakatan Berikat sekiranya Itali
menyertai blok mereka menghadapi Jerman
dalam PDI.
Tentera Turki Uthmaniyah juga
berhadapan dengan Perancis di Maghribi,
Tunisia dan Algeria yang akhirnya dikuasai
oleh Perancis
5. PEPERANGAN DENGAN PEMIMPIN
ARAB DI HIJAZ
Sebelum PDI seluruh bumi Arabia di bawah penguasaan
Turki Uthmaniyah kecuali Aden dan Teluk Parsi. Tentera
Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British iaitu
Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah yang
mengetuai kelompok nasionalis Barat. Beliau memainkan
sentimen kemuliaan keturunannya dari Arab Bani
Hashim(keturunan Nabi Muhammad saw). Beliau
mendakwa layak menjadi penguasa umat Islam sejagat.
Anaknya Faisal Sharif berjaya menghalau tentera Turki
Uthmaniyah dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
Namun dengan tipu muslihat British Sharif Husain tidak
mendapat balasan seperti dijanjikan sebaliknya melantik
beliau sebagai penguasa Jordan.
KESIMPULAN
Penglibatan Turki
Uthmaniyah dalam PDI
telah membawa padah
apabila Jerman kalah dalam
PDI dan kekalahan ini
menyebabkan kerajaan Turki
Uthmaniyah yang menjadi
sekutu Jerman kehilangan
banyak wilayah yang
sebelum ini di bawah kuasa

Anda mungkin juga menyukai