Anda di halaman 1dari 38

Nor Azizah Mustapha et al.

/ TAWIS (2017)

Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2015. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS).
Edisi ke-3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Al-Asbahani, Abi al-Qasim Ismail ibn Muhammad ibn al-Fadhil al-Jauzi. 1993. Kitab Al-Targhib Wa Al-Tarhib.
Jilid 1. Kaherah: Dar al-Hadith.
Al-Qaradawi, Yusuf bin ’Abd Allah. 1989. Al-Muntaqa Min Kitab Al-Taghrlb Wa Al-Tarhib Li Al-Minzirl. Dubai:
Al-Ahllia P.Press.
Al-Sabiq, Sayyid. 2000. Al-`Aqaid Al-Islamiyyah. Al-Qahirah: al-Fath lil ’Ilam al-Arabi.
Al-Zuhaily, Wahbah. 2011. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al- Shari‘ah Wa Al -Manhaj. Beirut: Dar al-Fikr
al-Muasir.
Amirah Ismail, Nurul Pasihah Hassan & Siti Syazwani Salleh Mohd Isa Hamzah Mohd Aliff Mohd Nawi Jamil
Ahmad Ab Halim Tamuri. 2012. Keberkesanan pertubuhan belia dalam menyemai jati diri Islam. Malaysian
Journal of Youth Studies 7:93-104.
Cheong, John. 2012. The socio-religious identity and life of the Malay Christians of Malaysia. Trinity
International University.
Fariza Md. Sham. 2005. Tekanan emosi remaja Islam. Jurnal Islamiyyat 27(1): 3-24.
Fariza Md Sham. 2010. Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani masalah tekanan emosi remaja: Fokus
kepada memberi perhatian dan kasih sayang. Jurnal Al-Hikmah 2:107-17.
Fariza Md Sham & Azyyati Mohd Nazim. 2015. Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja
berisiko: Fokus pendekatan bimbingan jiwa. Jurnal Hadhari 7(72): 63-73.
Farooqui, Jamil. 2011. Civilization in an Islamic perspective. Journal of Islam in Asia 1: 409-26.
Hall, Stanley G. 1904. II Adolescence: Its Psychology and Its Relations to Physiology, Anthro- Pology, Sociology,
Sex, Crime, Religion, and Education. Volume 2. New York: D. Appleton and Company.
Hamka. 1984. Tafsir Al- Azhar. Indonesia: Yayasan Nurulislam.
Hashim Haji Bedu, Khairulhelmi Katip, Mohd Fahmi Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor. 2008.
Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; isu dan cabaran. Seminar Kaunseling Keluarga 51-62.
Hawwa, Sa`id. 2005. Mustakhals-Fi-Tazkyat Al-Anfus. Kaherah: Dar al-Salam.
Jasni bin Sulong. 2016. Pemeliharaan akidah islam : analisis daripada sudut penguatkuasaan. Jurnal Afkar 18:1-
34.
Mohd Isa Hamzah, Mohd Aliff Mohd Nawi, Jamil Ahmad, Ab Halim Tamuri, Amirah Ismail, Nurul Pasihah
Hassan & Siti Syazwani Salleh. 2013. Keberkesanan pertubuhan belia dalam menyemai jati diri Islam.
Malaysian Journal of Youth Studies 9: 91-106.
Mohd Zamir Bahall, Hasnan Kasan & Khairul Anwar Mastor. 2009. Majalah hiburan: Aspek membina dan
merosakkan dari sudut aqidah. Jurnal Penyelidikan Islam 22: 205-24.
Muhamad Faiz Ismail, Ab. Halim Tamuri & Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Pengaruh elemen Islam liberal terhadap
aqidah pelajar sekolah menengah kebangsaan: Satu tinjauan awal. Dlm. International Conference on
Research in Islamic and Arabic Language Education 2012, hlm. 289-99.
Noor Amila Abdul Halim, Fariza Md Sham & Mohamed Hamdan Abdullah. 2017. Pendekatan motivasi dalam
menangani tingkah laku remaja berisiko. Jurnal Masyarakat 5(1): 29-33.
Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2012. Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.
Edisi ke-7. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Rohana Tan & Norhasni Zainal Abidin. 2014. Akidah, akhlak dan hubungannya dengan tingkah laku belia di
institusi pengajian tinggi. Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran 1(1): 64-79.
Sayyid, Qutb. 2000. Tafs’ir F’i Zilal Al-Qur’an, Terj. Kota Bharu: Dian Darul Naim Sdn. Bhd.
Syed Abdurahman bin Syed Hussin. 2005. Pendekatan targhib dan tarhib dalam penyampaian dakwah. Jurnal
Usuluddin 21: 117-38.
Ulwan, Abdullah Nasih. 1992. Tarbiyatul Awlad Fi Al-Islam. Jilid 1. Kaherah: Dar al-Salam li al-Thoba’ah wa al-
Nashr.
Zakaria Stapa. 2001. Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

77
78
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017


Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Keperluan Sabar Sebagai Elemen Kecerdasan Spiritual dalam Pembentukan Personaliti
Menurut Perspektif Hadis

Suriani Sudia, Fariza Md Shamb,c


a FakultiPengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000, Kajang, Selangor,
MALAYSIA
b Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, MALAYSIA
c Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor,

MALAYSIA

Abstrak

Personaliti Islam merupakan asas kepada tamadun Islam. Sebuah negara yang bertamadun adalah sesebuah negara
yang masyarakat di dalamnya memiliki personaliti yang mulia dan murni. Ia terbina daripada modal insan yang baik
dan kecerdasan spiritual adalah antara komponen utamanya. Penekanan terhadap aspek spiritual perlu diutamakan
memandangkan spiritual berfungsi sebagai pembentuk kehidupan seseorang yang berperanan dalam menggerak,
memberhenti atau memperelokkan perbuatannya. Keperluan kepada kecerdasan spiritual hakikatnya telah lama
dibincangkan oleh sumber utama Islam al-Quran dan hadis serta sarjana muslim seperti al-Ghazali serta Uthman
Najati. Sarjana psikologi Muslim telah membentuk satu konsep kecerdasan spiritual menurut Islam dengan merujuk
kepada al-Quran dan Hadis. Oleh itu, kajian ini membincangkan antara elemen penting dalam kecerdasan spiritual
iaitu sabar daripada perspektif al-Quran dan Hadis Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu
dengan mengenal pasti ayat al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sabar. Hasil kajian mendapati sabar
merupakan antara elemen penting dalam menentukan tahap kecerdasan spiritual seseorang seterusnya menjadi asas
kepada pembentukan personalitinya.

Kata Kunci: Kecerdasan spiritual; hadis; elemen; sabar; personaliti

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: suriani@kuis.edu.my

79
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Personaliti merujuk kepada perkataan Arab ‘sahsiah’ atau ‘akhlak’ yang dimiliki oleh seseorang. Perkataan
akhlak berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan
adat kebiasaan (Rohizan et al. 2012). Akhlak inilah yang menentukan keterampilan dan sikap individu itu sendiri.
Akhlak menunjukkan tentang keadaan jiwa individu tersebut. Dari dalam jiwa akan terbit semua perbuatan
dengan sendirinya. Maka untuk memahami tingkah laku manusia kita harus memahami watak jiwa (personaliti)
manusia kerana jiwa itulah yang menggerakkan tingkah lakunya. Akhlak adalah salah satu daripada cabang iman
dan ibadah. Oleh itu, tidak sempurna iman dan ibadah seseorang tanpa perlakuan yang baik bersama dengan
akhlak (al-Ghazali 1988). Untuk itu, personaliti yang dimaksudkan adalah keperibadian, perangai, tingkah laku
atau perwatakan seseorang yang terhasil dari formula dalaman dan luaran individu yang secara umumnya
memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu sehingga dapat menampilkan ciri-ciri
keperibadian tersendiri yang boleh membezakannya daripada orang lain (Fariza et al. 2013).

Sebagaimana dibincangkan sebelum ini, personaliti dari segi Islam adalah merujuk kepada akhlak
seseorang. Al-Quran banyak menyentuh akan kepentingan akhlak di dalam ayat-ayatnya antaranya:

ُّ ‫ٱّلل َُي‬
ُ َّ ‫اس َو‬ َ ‫ني أٱل َغ أي َظ َو أٱل َعاف‬ َ ‫َّ َّ ٓ َ َّ َّ ٓ َ أ‬ َ ُ ُ َ َّ
‫ِب‬ ِ َّ‫ِني َع ِن ٱنل‬ َ ‫كَٰظم‬
ِ ِ ‫ٱل‬‫و‬ ِ ‫ء‬ ‫ا‬‫ٱلَّض‬‫و‬ ِ ‫ء‬ ‫ا‬‫ٱلِس‬ ‫ِف‬
ِ ‫ٱَّلِين ين ِفق‬
‫ون‬
َ ‫سن‬ ‫أ أ‬
١٣٤ ‫ِني‬ ِ ‫ٱل ُمح‬
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan
kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-
perkara yang baik.
(Ali ‘Imran 3:134)
Seterusnya;

ّٞ َ َٰ َ َ ُ َ ‫َ أ َ َ َ َ أ‬ َّ َ َ ُ َ ‫َ َ أ‬ َّ َ ‫أ َ َ َ ُ َ َ َّ ُ أ‬ َ َ
‫ٱلس لي ِ َئة ۚ ٱدف أع ب ِٱل ِت ِِه أحسن فإِذا ٱَّلِي بينك وبينهۥ عدوة‬ ‫َوَّل ت أس َتوِي ٱۡلسنة وَّل‬
ّٞ َ ٌّ َ ُ َّ َ َ
٣٤ ‫كأنهۥ و ِِل َحِيم‬
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan
yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih
baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan
terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Fussilat 41:34)

Hadis-hadis baginda SAW juga banyak yang menekankan tentang akhlak.

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sesuatu yang
paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, maka baginda pun
menjawab: Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.

(Tirmizi. Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulillah. Bab Ma Ja’a fi Husni al-Khuluq. No 1927)

80
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Dari Abu Darda` ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada
yang lebih berat dalam timbangan daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya
orang yang berakhlak baik akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan
sembahyang.

(Tirmizi. Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulillah. Bab Ma Ja’a fi Husni al-Khuluq. No 1926).

Ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas menerangkan betapa pentingnya akhlak yang baik pada individu
muslim. Maka apa yang boleh dirumuskan di sini adalah personaliti merupakan antara aspek penting yang perlu
ditekankan oleh setiap individu bagi menyerlahkan nilai kognitif, efektif dan tingkah lakunya sewaktu
berinteraksi dengan persekitaran. Personaliti juga punya kaitan yang erat dengan kecerdasan spiritual di mana
menurut al-Ghazali (1998) dan (1994), jiwa adalah antara empat elemen yang membentuk spiritual seseorang
selain al-qalb (hati), al-ruh (roh) dan al-‘aql (akal) dan jiwa itu sendiri merupakan penentu kepada personaliti
seseorang (al-Ghazali 1988).

Hakikat kejayaan sesebuah bangsa adalah dilihat pada kemajuan tamadun dan peradabannya. Personaliti
Islam merupakan asas kepada tamadun Islam. Sebuah negara yang bertamadun adalah sesebuah negara yang
masyarakat di dalamnya memiliki personaliti yang mulia dan murni. Maka di dalam kertas kerja ini, penulis akan
mengupas sabar sebagai elemen kecerdasan spiritual yang mana ia berperanan dalam pembentukan personaliti
seseorang.

2. Metodologi Kajian

Penulis telah menjalankan kajian kualitatif secara analisa kandungan dengan menggunakan kaedah tematik. Di
dalam kajian ini, penulis akan mengumpulkan hadis-hadis yang mempunyai kaitan dengan sifat sabar dan
disertakan dengan penjelasan serta syarahan terhadap hadis-hadis tersebut.

3. Perbincangan Hasil Kajian

Pada bahagian ini penulis akan mulai dengan perbincangan berkaitan kecerdasan spiritual dan seterusnya
elemen-elemen kecerdasan spiritual yang berkaitan dengan sabar yang diambil dari hadis-hadis yang telah
ditemakan.

3.1 Kecerdasan Spiritual

Para sarjana Islam telah memberikan maksud kepada kecerdasan spiritual. al-Ghazali (1998) dan (1994) dalam
menghuraikan maksud spiritual, beliau menjelaskan bahawa di sana ada empat eleman yang membentuk spiritual
seseorang iaitu al-qalb (hati), al-ruh (roh), al-nafs (jiwa) dan al-‘aql (akal). Imam al-Ghazali (1998) telah
mengklasifikasikan al-nafs kepada beberapa peringkat bermula dari yang bersifat al-nafs al-ammarah hinggalah
kepada peringkat hati yang tenang lagi suci bersih yang dinamakan sebagai al-nafs al-mutmainnah. Pada tahap
ini rasa cintanya kepada Allah mendorongnya sentiasa melakukan kebaikan dan mengajak orang lain ke arah
kebaikan. Keinginannya untuk menyelamatkan manusia lain dari dosa dan kemurkaan Allah begitu tinggi
sehingga mendorongnya menjadi seorang pendakwah yang sentiasa berjuang untuk menegakkan kalimah Allah.
Peringkat inilah yang ditafsirkan sebagai spiritual yang sangat cerdas.

Ibn Sina (2009) pula membahagikan al-nafs kepada tiga bahagian. Jiwa tumbuh-tumbuhan, jiwa haiwan
dan jiwa insan. Jiwa tumbuh-tumbuhan adalah sebagai kesempurnaan awal bagi tubuh di mana ia daya nutrisi,
daya pertumbuhan dan daya reproduktif. Jiwa ini dikatakan ada pada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Jiwa haiwan pula terdiri dari dua daya iaitu daya penggerak (syahwat, emosi) dan daya persepsi (penglihatan,
pendengaran, imaginasi, fantasi dan memori). Jiwa insaniah pula mencakup jiwa-jiwa yang khusus buat manusia.
Ia juga dinamakan sebagai jiwa rasional yang menisbahkan semua fungsi kepada akal. Jiwa ini mempunyai dua
81
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

daya iaitu daya akal praktis dan daya akal teori. Daya akal praktis cenderung mendorong manusia untuk
memutuskan perbuatan yang mahu dilakukan atau ditinggalkan, di mana kita boleh menyebutnya perilaku moral.
Manakala daya akal teori adalah daya akal potensi dan akal bakat (Ibn Sina 2009). Maka jiwa insan inilah yang
dikategorikan sebagai jiwa yang cerdas.

Manakala Najati (1992) menafsirkan kecerdasan spiritual sebagai kematangan emosi dan sosial. Iaitu
kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan sekitarnya, mampu untuk menanggung tanggungjawab
dan berdepan dengan pelbagai masalah. Menjalani hidup dengan penuh reda dan bahagia dan bermakna. Najati
juga menyamakan kecerdasan spiritual ini sebagai al-nafs al-mutmainnah.

Maka kecerdasan spiritual yang dimaksudkan di sini adalah kemampuan dalam berfikir, mengerti,
memahami, sentiasa positif dan bertindak secara cepat dan sempurna dalam berinteraksi dengan persekitaran dan
dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan. Ia merupakan kualiti dalaman manusia yang berhubungan
langsung dengan Allah. Ia bersifat dalaman, non material, hal-hal yang berkaitan kerohanian, bukan jasmani,
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, secara khususnya adalah berkaitan dengan jiwa, ruh, hati, akal dan
sifat insan. Ia juga merupakan aspek maknawi yang tersimpan di dalam diri manusia yang dapat
menghubungkannya dengan individu yang lain dan dapat membantu manusia menyesuaikan diri dengan situasi
kehidupan.

3.2 Kecerdasan Spiritual dan Kehidupan Manusia

Dalam pembentukan personaliti manusia, Rasulullah SAW sangat memberatkan aspek spiritual dan ruhani dan
menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan baiknya spiritual yang berada di dalam iaitu al-qalb.
Perkara ini jelas dalam hadis baginda SAW yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir di bawah:

Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik
maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak maka rosaklah tubuh tersebut.
Ketahuilah bahawa ia adalah hati.

(Bukhari. Sahih Bukhari Kitab al-Iman. Bab Fadlu Man Istabra’a Dinihi. No hadis 52)

Menurut al-Nawawi (1989), hati berfungsi sebagai pembentuk kehidupan seseorang. Ia berperanan
dalam usaha menggerak, memberhenti atau memperelokkan perbuatannya. Beliau menjelaskan lagi bahawa hati
yang baik adalah hati yang sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT, mematuhi perintahnya, menjaguhi
larangannya serta menjaguhi perkara syubhat kerana takut terjatuh kepada yang haram. Jelas dari hadis ini
bahawa nabi menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan baiknya al-nafs yang berada di dalam
diri manusia iaitu al-qalb. Nabi SAW juga menekankan betapa perlunya seseorang itu menjaga serta memelihara
hatinya atau spiritualnya untuk mendapatkan peribadi yang baik dan cemerlang.

Islam amat mengambil berat akan spiritual dan rohani setiap muslim. Pertamanya kerana Allah telah
mengaitkan pembangunan, perkembangan dan jatuh bangunnya seseorang malah sesebuah masyarakat dengan
hati dan spiritual mereka. Perkara ini jelas di dalam ayat-Nya:

ُ ‫ُي َغ ل‬ َ َ َّ َّ َّ ‫َ أ َ ُ َ ُ أ َ أ‬ ‫َ أ‬ ‫ّ ل ۢ َ أ‬ٞ َٰ َ ‫َ ُ ُ َ ل‬
‫ۡي َما‬ ِ ‫ني يَ َديأهِ َوم أِن خلفِهِۦ َيفظونهۥ مِن أم ِر ٱّللِه إِن ٱّلل َّل‬ ِ ‫لۥ مع ِقبت ِمن ب‬
َ َ َّ ََ َ
َ ُ َّ َ َ ٓ َ ‫ُ أ‬ َ ْ ُ ‫َ أ َ َّ ُ َ ل‬
‫ل ُهم لمِن‬ ‫ٱّلل بِق أو ٖم ُس ٓو ٗءا فٗل َم َرد ُل ۚۥ َو َما‬ ِ ‫ۡيوا َما بِأنف‬
‫س ِهمه ِإَوذا أراد‬ ِ ‫ت يغ‬ َٰ ‫بِقو ٍم ح‬
َ ُ
١١ ‫ال‬
ٍ ‫دونِهِۦ مِن و‬
82
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah
Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki
untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-
Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripada-Nya.
(al-Ra’d 13:11)

Oleh kerana itulah, perkara pertama yang mahu diubah oleh al-Quran adalah spiritual dan jiwa-jiwa
orang Arab jahiliyah iaitu akidah dan pegangan mereka. Oleh kerana itulah juga, ayat-ayat al-Quran yang turun
ketika fasa dakwah Rasulullah SAW di Mekah adalah bermatlamatkan kepada pengukuhan spiritual yang
berteraskan akidah dan tauhid kepada Allah. Spiritual yang diperkukuh akidah tauhid merupakan langkah
pertama untuk melakukan perubahan pada diri manusia yang akhirnya akan melahirkan kekuatan spiritual yang
hebat yang bukan setakat mengubah dirinya sendiri malah mampu mengubah manusia, kehidupan dan alam
seluruhnya (Najati 1992).

3.3 Sabar sebagai Elemen Kecerdasan Spiritual

Sabar dikatakan sebagai menahan diri dari rasa gelisah, cemas dan amarah, menahan lidah dari keluh kesah dan
menahan anggota badan dari kekacauan. Dengan perkataan lain, sabar juga boleh dikatakan sebagai thabat iaitu
mempunyai jiwa yang kuat untuk menanggung kepayahan dan berdepan dengan kejatuhan dan ia merupakan satu
bentuk kekuatan jiwa dan spiritual (Miskawaih 2011). Menurut al-Ghazali (1406H) sabar terbahagi kepada dua
bentuk. Pertama adalah sabar pada jasad dan badan iaitu menanggung kesusahan pada badan dan tetap bertahan
padanya iaitu dalam bentuk perbuatan seperti mengerjakan perbuatan yang sukar sama ada ia adalah ibadat
ataupun bukan, atau pun dalam bentuk menanggung kepayahan seperti sabar atas kesakitan yang teruk, luka
parah dan seumpamanya. Perkara yang tersebut akan jadi sabar yang terpuji apabila ia bertepatan dengan agama
dan syarak. Adapun bentuk yang kedua iaitu sabar yang bersifat dalaman iaitu sabar pada tuntutan hawa nafsu
dan kehendak tabiat. Manakala menurut Ibn Qayyim (1993) dan Najati (1992) sabar terbahagi kepada tiga bentuk
dan jenis. Sabar yang pertama adalah sabar dalam mentaati Allah, dalam melakukan ibadah dan menjalankan
tanggungjawab syariat. Bentuk sabar yang kedua adalah sabar dari melakukan maksiat dan keinginan syahwat,
dari dunia dan kelazatannya yang sementara manakala jenis sabar yang bentuk yang ketiga adalah sabar atas
ujian yang menimpa. Manakala al-Jurjani (t.t) pula mentakrifkan sabar sebagai tidak mengadu domba kepada
selain Allah dalam berhadapan dengan musibah.

Sifat sabar adalah sifat istimewa orang mukmin. Mukmin yang sempurna sentiasa bersabar ketika dalam
kepayahan maka ia akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat (Mustafa 1987). Seorang yang sabar akan
meletakkan dirinya dalam keadaan reda. Maka tatkala itu ia menukarkan keburukan kepada nikmat dan ujian
kepada pemberian di mana di sana terdapat ganjaran pahala dan pengakhiran yang baik (al-Hilali 1997). Kerana
itu baginda SAW memuji orang mukmin yang sabar dengan sabdanya;

ٍُ‫نٍأ َ ْم َر ٍه‬ ٍِ ‫ع َجبًاٍ ِِل َ ْم ٍِرٍ ْال ُمؤْ ِم‬


ٍَّ ‫نٍ ِإ‬ َ ‫سلَّ ٍَم‬
َ ‫علَ ْي ٍِهٍ َو‬ ٍَّ ٍ‫صلَّى‬
َ ٍُ‫َّللا‬ ٍَِّ ٍ‫ل‬
َ ٍ‫َّللا‬ ٍُ ‫سو‬ ُ ‫لٍ َر‬ٍَ ‫ل قَا‬
ٍَ ‫ص َهيْبٍ قَا‬
ُ ‫ن‬ ٍْ ‫ع‬ َ
ٍ‫ن‬ َ
ٍْ ‫ش َك ٍَرٍفَ َكانٍٍَ َخي ًْراٍل ٍهٍُ َو ِإ‬ َ ٍ‫س َّرا ٍُء‬ ْ
َ ٍُ‫صابَت ٍه‬َ ‫نٍأ‬ َ ٍْ ‫ن ِإ‬ ْ َّ
ٍِ ‫َّلٍ ِلل ُمؤْ ِم‬ َ ٍَ َ‫ْسٍذ‬
ٍ ‫اكٍ ِِل َحدٍٍ ِإ‬ َ َّ
ٍَ ‫كل ٍهٍُ َخيْرٍٍ َولي‬ ُ
ُ‫ص َب ٍَرٍ َف َكانٍٍَ َخي ًْراٍلَ ٍه‬َ ٍ‫ض َّرا ٍُء‬ َ ٍُ‫صا َبتْ ٍه‬ َ َ‫أ‬
Maksudnya: Dari Suhaib telah berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sungguh menakjubkan urusan bagi orang mukmin. Semua urusannya adalah baik
baginya. Hal itu tidak dimiliki seorang pun selain orang mukmin. Apabila mendapat
83
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

kesenangan, ia bersyukur maka yang demikian itu baik baginya dan bila tertimpa
musibah, ia bersabar maka yang demikian itu juga baik baginya.

(Muslim. Kitab Zuhud wa al-Raqaiq. Bab al-Mukmin Kulluhu Khayr. No hadis 5318)

Hadis di atas juga mengandungi galakan kepada mukmin supaya bersabar apabila ditimpa musibah. Apabila ia
ditimpa musibah, ia sabar dan mengharapkan pahala Allah serta menanti jalan keluar dari Allah maka itulah
tanda-tanda iman (Ibn ‘Uthaimin 1426H).

ٍ‫ام َرأَة‬ ْ ‫سلَّ َم ٍ ِب‬ َ ‫علَ ْي ِه‬


َ ‫ٍو‬ َّ َّ‫صٍل‬
َ ٍ ُ‫ىٍَّللا‬ َ ٍ‫ي‬ ُّ ‫ع ْنهٍُقَا َل ٍ َم َّر ٍالنَّ ِب‬ َّ ‫ي‬
َ ٍ ُ‫ٍَّللا‬ َ ‫ض‬ ِ ‫ٍر‬ َ ‫ع ْن ٍأَن َِس ٍب ِْن ٍ َما ِلك‬ َ
ٍ‫صي َبتِي‬ ِ ‫صبْ ٍبِ ُم‬ ُ َ
َ ‫عنِيٍفَإِنَّ َكٍل ْمٍت‬ َ ٍ‫تٍ ِإلي َْك‬َ َ
ْ ‫صبِ ِريٍقَال‬ ْ ‫ٍوا‬ َ َ‫يٍَّللا‬ َّ
َّ ‫ت َ ْب ِكيٍ ِع ْندٍَقَبْرٍفَقَا َلٍات ِق‬
َّ َّ‫صل‬
ٍُ‫ىٍَّللا‬ َ ٍِ ‫ب ٍالنَّ ِبي‬ َ ‫ت ٍ َبا‬ْ َ ‫سلَّ َم ٍفَأَت‬
َ ‫ٍو‬ َ ‫علَ ْي ِه‬ َّ َّ‫صل‬
َ ٍ ُ‫ىٍَّللا‬ َ ٍ‫ي‬ ُّ ‫َولَ ْم ٍتَ ْع ِر ْفهٍُفَ ِقي َل ٍلَ َهاٍ ِإنَّهٍُالنَّ ِب‬
ٍ‫ص ْد َم ٍِة‬َّ ‫صب ُْرٍ ِع ْندٍَال‬ َّ ‫تٍلَ ْمٍأَع ِْر ْف َكٍفَقَا َلٍ ِإنَّ َماٍال‬ ْ َ‫سلَّ َمٍفَلَ ْمٍت َ ِجدٍْ ِع ْندَهٍُبَ َّوا ِبينَ ٍفَقَال‬
َ ‫ٍو‬ َ ‫علَ ْي ِه‬
َ
‫ْاِلُولَى‬
Maksudnya: Dari Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah berjalan melalui
seorang wanita yang sedang menangis di sisi kubur. Maka baginda SAW berkata:
“Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah”. Wanita itu berkata: “Kamu tidak
mengerti keadaan saya, karena kamu tidak mengalami musibah seperti yang aku
alami”. Wanita itu tidak mengetahui jika yang menasihati itu adalah Nabi SAW. Lalu
beliau diberitahu: “Sesungguhnya orang tadi adalah Nabi SAW dengan spontan
wanita tersebut pergi ke rumah Nabi SAW namun dia tidak menemuinya. Setelah
bertemu dia berkata; “Maaf, tadi aku tidak mengetahui kamu”. Maka baginda SAW
bersabda: “Sesungguhnya sabar itu pada saat pertama datang musibah.”

(Bukhari. Kitab al-Jana’iz. Bab Ziarah al-Qubr. No hadis 1223)

Hadis ini mengaitkan sabar dengan takwa di mana sifat tidak sabar menafikan takwa. Sabar yang dipuji
adalah sabar tatkala mendapat atau mendengar musibah. Adapun kiranya sabar selepas lama berlaku musibah, ia
tidak ada makna sabar di situ kerana kesabaran itu tidak datang pada masanya. Inilah salah satu syarat sabar iaitu
ikhlas dan tidak mengadu dan mempersalahkan Allah (al-Hilali 1997). Inilah martabat sabar yang sempurna iaitu
sabar ketika dan saat menerima berita dan musibah (al-Nawawi 1996). Menurut Ibn ‘Uthaimin (1426H) pula,
sabar yang diganjarkan pahala adalah sabar pada saat pertama ia menerima kejutan atau musibah.

ُ‫ٍمٍْن ٍه‬ َّ ‫سلَّ َمٍ َم ْنٍي ُِرد‬


ِ ‫ٍَّْللاٍُ ِب ِهٍ َخي ًْراٍي‬
ِ ْ‫ُصب‬ َ ‫ع َل ْي ِه‬
َ ‫ٍو‬ َّ َّ‫صل‬
َ ٍُ‫ىٍَّللا‬ َّ ‫سول‬
َ ٍِ‫ٍَُّللا‬ َ ‫أ َ َباٍ ُه َري َْرة ٍَ َيقُولٍُقَا َل‬
ُ ‫ٍر‬

Maksudnya: Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa di


kehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya.”

(Bukhari. Kitab al-Marda. Bab Ma Ja’a fi Kafarah al-Marda. No hadis 5213)

Hadis ini bermaksud bagi mereka yang Allah kehendaki kebaikan baginya maka ia akan diuji. Maka jika
ia sabar, kebaikan lah baginya. Sesungguhnya ujian itu menghapuskan dosa-dosa dan penghapusan dosa-dosa
adalah satu kebaikan buat manusia (Ibn ‘Uthaimin 1426H).

ٍٍ‫ٍض َياء‬ َّ ‫ٍال‬...:ٍ‫سلَّ ٍَم‬


ِ ‫صب ُْر‬ َ ‫علَ ْي ِه‬
َ ‫ٍو‬ َّ َّ‫صل‬
َ ٍُ‫ىٍَّللا‬ َّ ‫سول‬
َ ٍِ‫ٍَُّللا‬ ُ ‫ٍر‬ ْ ‫ع ْنٍأ َ ِبيٍ َما ِلك‬
َ ‫ٍاِل َ ْش َع ِريٍِ َقا َلٍقَا َل‬ َ
84
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Maksudnya: Dari Abi Malik al-Asy’ari berkata, Rasulullah SAW bersabda:


Kesabaran adalah sinar.
(Muslim. Kitab al-Taharah. Bab Fadl al-Wudu’. No hadis 328)

Hadis ini pula menjelaskan kelebihan sabar di mana orang yang sabar itu sentiasa bersinar dan bercahaya ٍ‫ض َياء‬
ِ
itu sendiri bermaksud cahaya yang kuat. Sifat sabar akan menyingkap kepayahan dan kegelapan (al-Hilali 2014,
Mustafa 1987). Menurut Ibn Rajab (2001) pula ٍ‫ضيَاء‬ ِ adalah cahaya yang kuat dan cahaya yang membakar
seperti cahaya matahari.

ِ َّ ‫سو َل‬
ٍ‫ٍَّللا‬ َ ُ‫سأَل‬
ُ ‫واٍر‬ َ ٍ ‫ار‬ ِ ‫ص‬ َ ‫ٍاِل َ ْن‬ْ ‫اٍم ْن‬ ِ ‫س‬ ً ‫ع ْنهٍُ ِإ َّن ٍنَا‬ َّ ‫ي‬
َ ٍ ُ‫ٍَّللا‬ َ ‫ض‬ ِ ‫ٍر‬ َ ِ ‫ٍال ُخد ِْري‬ ْ ‫س ِعيد‬ َ ٍ‫ع ْن ٍأ َ ِبي‬ َ
َّ َ َ
ٍَ‫سألوهُ ٍفَأ ْعطا ُه ْم ٍ َحتىٍنَ ِفد‬ ُ َ ُ َ َ
َ ٍ ‫سألوهُ ٍفَأ ْعطا ُه ْم ٍث َّم‬ ُ َ ُ َ َ
َ ٍ ‫سٍل َم ٍفَأ ْعطا ُه ْم ٍث َّم‬ َّ َ ‫ٍو‬ َ
َ ‫عل ْي ِه‬ َّ ‫صل‬
َ ٍ ُ‫ىٍَّللا‬ َّ َ
َّ ‫ف ٍيُ ِعفَّه‬
ٍُ‫ٍَُّللا‬ ْ ‫ٍو َم ْن ٍ َي ْستَ ْع ِف‬ َ ٍُ‫ِيٍم ْنٍ َخيْرٍفَلَ ْنٍأَد َِّخ َره‬
َ ‫ع ْن ُك ْم‬ ِ ‫ونٍ ِع ْند‬ ُ ‫َماٍ ِع ْندَهٍُفَقَا َل ٍ َماٍ َي ُك‬
ٍ‫طاء ٍ َخيْر‬ َ ‫ٍم ْن ٍ َع‬ ِ ‫ي ٍأ َ َحد‬ َ ‫ْط‬ ِ ‫ٍَّللاُ َو َماٍأُع‬ٍَّ ُ‫ص ِب ْره‬َ ُ‫صب َّْر ٍي‬ َ َ ‫ٍو َم ْن ٍ َيٍت‬ َّ ‫َو َم ْن ٍيَ ْست َ ْغ ِن ٍيُ ْغنِ ِه‬
َ ُ‫ٍَّللا‬
ٍِ ‫صب‬
‫ْر‬ َّ ‫ٍم ْنٍال‬ َ ‫َوأ َ ْو‬
ِ ‫س ُع‬
Maksudnya: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a bahwa ada beberapa orang dari kalangan
Ansar meminta sedekah daripada Rasulullah SAW, maka baginda memberi.
Kemudian mereka meminta kembali, lalu baginda memberi. Kemudian mereka
meminta kembali lalu baginda memberi lagi hingga habis apa yang ada pada baginda.
Kemudian baginda bersabda: “Apa-apa kebaikan (harta) yang ada padaku, sekali-kali
tidaklah aku akan sembunyikannya dari kalian semua.” Namun barangsiapa yang
menahan diri dari meminta-minta, maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa
yang meminta kecukupan maka Allah akan mencukupkannya dan barangsiapa yang
mensabar-sabarkan dirinya maka Allah akan memberinya kesabaran. Tidak ada satu
pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih melapangkan
dada daripada kesabaran.

(Muslim. Kitab al-Zakah. Bab Fadl al-Ta’affuf wa al-Sabr. No hadis 1745)


(Bukhari, Kitab al-Zakah. Bab al-Isti’faf ‘an al-Masalah. No hadis 1376: Kitab al-Riqaq.
Bab al-Sabr ‘an Maharim Allah. No hadis 5989)

Al-Nawawi (1996) menjelaskan bahawa hadis ini antaranya mengandungi galakan supaya sabar dalam
menghadapi kesempitan dan kepayahan dalam hidup dan juga ujian dunia. Hal sedemikian adalah kerana
seseorang itu apabila ia sabar ia akan tahan menanggung segala perkara. Bila diuji kepayahan ia sabar. Bila diuji
syaitan dengan perbuatan yang haram ia sabar. Apabila ia diuji syaitan untuk tidak melakukan suruhan Allah ia
sabar. Kalau ia disakiti oleh manusia ia sabar. Pendek kata ia sabar dalam semua ujian yang dihadapi. Maka
kesabaran ini akan memberikan ketenangan dan kerehatan dalam jiwanya. Inilah maksud hadis ini (Ibn Uthaimin
1426H). Dalam mensyarahkan hadis ini, al-Hilali (2014), beliau menjelaskan bahawa hadis ini menerangkan
berkaitan sifat-sifat yang mulia antaranya sifat sabar dan menggalakkan agar melatih diri dengan sifat-sifat
tersebut. Hal ini menjelaskan bahawa sifat-sifat tersebut boleh dilatih hingga wujud dalam diri.

Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang nabi dalam menyampaikan dakwah kepada kaumnya adalah
antara kesabaran yang perlu dicontohi. Hadis di bawah ini menceritakan bagaimana cara nabi tersebut
berhadapan dengan kaum yang jahil dengan kemaafan dan tolak ansur dan tidak membalas seperti mana ia
diperlakukan. Hadis ini mengajak agar meneladani sikap nabi tersebut di mana baginda tetap mendoakan dan
memhon ampun buat mereka atas tindakan yang telah mereka lakukan (Mustafa 1987).

85
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

ٍ‫اء‬ِ َ‫ٍاِل َ ْن ِبي‬ ِ ‫سلَّ َم ٍ َي ْح ِكيٍ َنبِي‬


ْ ‫ًّاٍم ْن‬ َ ‫علَ ْي ِه‬
َ ‫ٍو‬ َّ َّ‫صل‬
َ ٍُ‫ىٍَّللا‬ َ ٍِ ‫ظ ُر ٍ ِإلَىٍالنَّبِي‬ ُ ‫ٍَُّللا ٍ َكأَنٍِيٍأ َ ْن‬
ِ َّ ‫ع ْبد‬َ ٍ ‫قا َل‬
ٍ‫ٍو َيقُولٍُاللَّ ُه َّمٍا ْغ ِف ْرٍ ِل َق ْو ِميٍفَإِنَّ ُه ْم‬
َ ‫ٍو ْج ِه ِه‬َ ‫ع ْن‬ َ ُ‫ض َر َبهٍُقَ ْو ُمهٍُفَأ َ ْد َم ْوه‬
َ ‫ٍو ُه َوٍ َي ْم‬
َ ٍ‫س ُحٍالد ََّم‬ َ
َ
ٍَ‫ََّلٍ َي ْعل ُمون‬
Maksudnya: Abdullah berkata; Sepertinya aku melihat Nabi SAW sedang bercerita
tentang seorang Nabi diantara para nabi yang dipukuli oleh kaumnya hingga
berdarah-darah sambil baginda mengusap darah yang mengalir dari wajah baginda
lalu bersabda: “Ya Allah, ampunilah kaumku karena mereka orang-orang yang belum
mengerti”.

(Bukhari. Kitab Ahadith Anbiya’. Bab Hadith al-Ghar. No hadith 3218)

Dalam memperkatakan tentang sabar, al-Quran ada menyebut di dalam surah Ali ‘Imran:

َ ُ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ أ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َّ ُ ْ َّ َ َ َ َّ ُ أ ُ أ‬
٢٠٠ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱص ِِبوا وصابِروا ورابِطوا وٱتقوا ٱّلل لعلكم تفل ِحون‬

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran


dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu
lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan
kepertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya
kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Ali ‘Imran 3: 200)

Ibn al-Qayyim (1993) menjelaskan bahawa ayat ini menampakkan tingkatan-tingkatan sabar. Tingkatan
paling rendah adalah sabar dan yang paling tinggi dipanggil sebagai al-ribat. Asal maksud al-ribat adalah ikat.
Maka maksudnya di dalam ayat ini adalah mereka yang berjaga dengan mengikat kuda-kuda mereka menjaga
menutup ruang dari ancaman musuh. Maka golongan ini mentaati perintah untuk berjaga dengan kesabaran yang
sangat tinggi. Al-ribat juga disebutkan di dalam sebuah hadis;

ٍ‫ع َلىٍ َماٍ َي ْم ُحو‬ َ ٍ‫سلَّ َمٍقَا َلٍأ َ ََّلٍأَد ُلُّ ُك ْم‬ َ ‫علَ ْي ِه‬
َ ‫ٍو‬ َّ َّ‫صل‬
َ ٍُ‫ىٍَّللا‬ َّ ٍ‫سو َل‬
َ ٍِ‫َّللا‬ ُ ‫ٍر‬َ ‫ع ْنٍأ َ ِبيٍ ُه َري َْرة ٍَأ َ َّن‬ َ
ٍ‫وء‬ِ ‫ض‬ ُ ‫ٍال ُو‬ْ ‫غ‬ ُ ‫ٍَّللاِ ٍقَا َل ٍإِ ْسبَا‬
َّ ‫سو َل‬ ُ ‫اٍر‬ َ َ‫ت ٍقَالُواٍبَلَىٍي‬ ِ ‫اٍو َي ْرفَ ُع ٍبِ ِه ٍالد ََّر َجا‬
َ َ‫طاي‬ َ ‫ٍال َخ‬ْ ‫َّللاٍُبِ ِه‬
َّ
ٍ‫ص ََلةِ ٍفَذَ ِل ُك ْم‬َّ ‫ص ََلةِ ٍ َب ْعدَ ٍال‬ َّ ‫ار ٍال‬ ُ ‫ظ‬ َ ِ‫اج ٍِد ٍ َوا ْنت‬
ِ ‫س‬ ْ ‫طا ٍ ِإلَى‬
َ ‫ٍال َم‬ َ ‫ٍال ُخ‬ْ ُ ‫ٍو َكثْ َرة‬ َ ‫ار ِه‬ ْ ‫علَى‬
ِ ‫ٍال َم َك‬ َ
ُ‫ط‬
ٍ ‫الربَا‬ِ
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Maukah kalian untuk aku
tunjukkan atas sesuatu yang dengannya Allah menghapus kesalahan-kesalahan dan
mengangkat derajat?” Mereka menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau
bersabda: “Menyempurnakan wudu’ pada sesuatu yang dibenci (seperti keadaan yang
sangat dingin), banyak berjalan ke masjid, dan menunggu solat berikutnya setelah
solat. Maka itulah ribat.”

(Muslim. Kitab al-Taharah. Bab Fadl Isbagh al-Wudu’. No hadis 369)

86
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Al-ribat yang disebut di dalam hadis bermaksud menutup ruang di dalam hati agar tidak diserang oleh
syaitan dan melakukannya dengan penuh kesabaran (Ibn al-Qayyim 1993). Dalam hadis yang lain pula baginda
SAW melarang dari sifat tergesa-gesa ataupun tidak sabar.

ٍ‫ٍو ُه َو‬ َ ‫سلَّ َم‬


َ ‫ٍو‬َ ‫علَ ْي ِه‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ٍ ُ‫ٍَّللا‬ ِ َّ ‫سو ِل‬
َ ٍ ‫ٍَّللا‬ ُ ‫ٍر‬ َ ‫ش َك ْونَا ٍإِلَى‬ َ ٍ ‫ت ٍقَا َل‬ ِ ‫ٍاِل َ َر‬
ْ ‫ب ٍب ِْن‬ِ ‫ع ْن ٍ َخبَّا‬ َ
ٍ َ‫عوٍ َلنَاٍفَقَا َل ٍقَدٍْ َكان‬ ُ ‫ص ُر ٍ َلنَاٍأ َ ََّل ٍت َ ْد‬ ِ ‫ٍال َك ْع َب ِة ٍفَقُ ْلنَاٍأ َ ََّل ٍت َ ْسٍت َ ْن‬
ْ ‫يٍظ ِل‬ ِ ‫ُمتَ َو ِسد ٍب ُْردَة ًٍلَهٍُ ِف‬
ِ ‫ض ٍ َفي ُْج َع ُل ٍفِي َها ٍفَيُ َجا ُء ٍ ِب ْال ِم ْنش‬
ٍ‫َار‬ ِ ‫ٍاِل َ ْر‬ ْ ‫ٍالر ُج ُل ٍفَي ُْحفَ ُر ٍلَهُ ٍفِي‬ َّ ُ‫َم ْن ٍ َق ْبلَ ُك ْم ٍيُؤْ َخذ‬
ٍ‫ح ِم ِه‬ٍْ َ‫ٍال َحدِي ِد ٍ َما ٍد ُونَ ٍل‬ ْ ‫َاط‬ ِ ‫ط ٍبِأ َ ْمش‬ ُ ‫ش‬ َ ‫ٍوي ُْم‬ َ ‫صفَي ِْن‬ ْ ِ‫ٍرأْ ِس ِه ٍفَي ُْجعَ ُل ٍن‬ َ ‫علَى‬ َ ٍ ‫ض ُع‬ َ ‫فَيُو‬
ٍ‫ٍم ْن‬ ِ ‫ب‬ ُ ‫ٍالرا ِك‬
َّ ‫ِير‬ َ ‫اٍاِل َ ْم ُر ٍ َحتَّىٍ َيس‬ ْ َ‫َّللاِ ٍلَ َي ِت َّم َّن ٍ َهذ‬ َ ‫ع ْن ٍدِينِ ِه‬
َّ ‫ٍو‬ َ ٍ ‫صدُّهٍُذَ ِل َك‬ ْ ‫ع‬
ُ ‫ظ ِم ِه ٍفَ َماٍ َي‬ َ ‫َو‬
ٍَ‫ٍولَ ِكنَّ ُك ْمٍت َ ْستَ ْع ِجلُون‬ َ ٍ‫علَى‬
َ ‫غن َِم ِه‬ َ ٍ‫ب‬َ ْ‫الذئ‬
ِ ‫ٍو‬ َ َّ ‫َافٍإِ ََّّل‬
َ ‫ٍَّللا‬ ُ ‫ت ٍََّلٍ َيخ‬ َ ‫ص ْنعَا َءٍإِلَىٍ َحض َْر َم ْو‬ َ
Maksudnya: Dari Khabbab bin Al Arat mengatakan, kami pernah mengadu
penderitaan kepada Rasulullah SAW yang ketika itu baginda beralaskan kain
panjangnya di naungan Ka'bah. Maka kami mengadu; Tidakkah engkau meminta
pertolongan untuk kami? Tidakkah engkau berdoa untuk kami? Maka baginda
bersabda; Sungguh sebelum kalian ada orang yang ditangkap kemudian digalikan
lubang baginya dan ia ditimbus disana, lantas didatangkan gergaji dan diletakkan di
kepalanya, sehingga kepalanya terbelah menjadi dua, dan ada yang disikat dengan
sikat besi sehingga memisahkan tulang dan dagingnya namun semua siksaan itu tidak
memalingkannya dari agamanya. Demi Allah perkara ini akan sempurna sehingga
seorang penunggang bergerak dari San’a’ hingga Hadramaut dan ia tidak khuatir
selain kepada Allah dan serigala yang akan menerkam kambingnya. Akan tetapi
kalian ini orang yang suka tergesa-gesa.

(Bukhari. Kitab al-Ikrah. Bab Man Akhtara al-Darb wa al-Qatl wa al-Hawan ‘ala al-Kufr.
No hadis 6430)

4. Rumusan dan Implikasi Kajian

Hasil yang didapati dari kajian di atas jelas menunjukkan hubungan antara kecerdasan spiritual dengan
pembangunan personaliti seseorang sangat berkait rapat. Islam sangat menitik beratkan aspek spiritual dan
menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan spiritualnya. Spiritual berfungsi sebagai pembentuk
kehidupan seseorang malah jatuh bangunnya sesebuah masyarakat adalah bermula dari hati dan spiritual
anggotanya. Hasil kajian mendapati sabar merupakan antara elemen penting dalam menentukan tahap kecerdasan
spiritual seseorang seterusnya menjadi asas kepada pembinaan personaliti individu. Ini kerana seorang yang
sabar hakikatnya bertindak mengikut kepada iman dan takwa yang ada dalam dirinya.

Rujukan

Bukhari, Abu Abdullah Muhammad b. Ismail b. Ibrahim al-Mughirah. 1992. Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiah.
Fariza Md.Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin. 2013. Personaliti Dari Perspektif al-
Ghazali. Bangi: Penerbit UKM.
Al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1998. Ihya’ Ulum al-Din. Jil 3. Kaherah: Dar al-Hadis.
al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1994. Majmu’ah Rasa’ilal-Imam al-Ghazali. Lubnan: Dar
al-Kutub al-Ilmiah.

87
Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad.1988. Ihya’ Ulum al-Din. Terj Prof TK H.Ismail Yakub MA-
SH. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Al-Hilali Abu Usamah Salim bin ‘Aid. 1997. Bahjah al-Nazirin Syarh Riyadh al-Salihin. Riyadh: Dar Ibn Jawzi.
Ibn Hajar al-‘Asqalani Ahmad bin ‘Ali. 1986. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Rayyan li al-
Turath.
Ibn Jawzi, Abdul Rahman bin ‘Ali bin Muhammad. 1404H. Zad al-Muyassar fi ‘Ilm al-Tafsir. Beirut: al-Maktab
al-Islami.
Ibn Rajab Al-Hanbali Zainuddin Abd.al-Rahman bin Ahmad bin Rajab. 2004. Jami’ ‘Ulum wa al-Hikam.
Kaherah: Dar al-Salam.
Ibn Sina. 2009 . Ahwal an-Nafs: Risalah fi Nafs wa Baqa’iha wa Ma’adiha (terj.) Psikologi Ibn Sina. Bandung:
Pustaka Hidayah.
Ibn al-Uthaimin Muhammad bin Saleh bin Muhammad. 1426H. Syarah Riyad al-Salihin. Riyadh: Dar al-Watan
li al-Nasyr
Ibn al-Uthaimin Muhammad bin Saleh bin Muhammad. 2004. Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah. Riyadh: Dar al-
Thurayya.
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr 1993. Mukhtasar Madarij al-Salikin.
Iskandariyah: Dar Da’wah.
Muhammad Uthman Najati. 1992. al-Hadith al-Nabawi wa ‘Ilm al-Nafs. Beirut, Lubnan: Dar al-Shuruq.
Muslim, Abu al-Husin Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairiy al-Naysaburi. 1955. Sahih Muslim.
Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah.
Mustafa Sa’id al-Khan et.al. 1987. Nuzhah al-Muttaqin Syarh Riyadh al-Salihin. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Al-Nawawi. Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf. 1996. Al-Minhaj Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi.
Kaherah: Dar al-Salam.
Al-Nawawi. Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf. 1989. Hadis Empat Puluh. Terj. Mustafa Abdul
Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.
Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, & Mohd Hishamuddin Abd
Hamid. 2012. Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk
Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

88
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017


Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Peranan Ulama dalam Tuntutan Kemerdekaan di Kelantan

Farid Mat Zaina, Izziah Suryani Arshada, Azmul Fahimi Kamaruzamana, Mohd Fazmie Deramana
a Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Penglibatan ulama dalam kemerdekaan negara kurang diketengahkan dalam penulisan dan kajian. Bahkan ada sesetangah
kajian menafikan peranan yang dilakukan ulama dalam perjuangan kemerdekaan, di samping ia dinilai sebagai penderhaka
dan pemberontak. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan isu tersebut dengan memberi perhatian kepada
peranan ulama Kelantan dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia. Penulisan dimulakan dengan meneliti sejarah campur
tangan British di negeri Kelantan, kemudian menghuraikan pengaruh yang mendorong ulama Kelantan melakukan
penentangan. Dengan menggunakan kajian kualitatif berteraskan kajian sejarah dan analisis kandungan, data kajian ini
dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Manakala analisis dilakukan menggunakan pendekatan tematik dan deskriptif.
Kajian ini mengetengahkan wujud penentangan ulama Kelantan terhadap British di samping tuntutan kemerdekaan tanah air
yang dilaksanakan dalam bentuk. Tindakan pihak British dalam pelaksanaan dasarnya dilihat menindas dan menzalimi
masyarakat Kelantan. Ini sekaligus telah menimbulkan ketegangan yang membawa kepada penentangan tersebut

Kata Kunci: Ulama Kelantan; perjuangan; merdeka

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Kelantan, sejak dahulu lagi terkenal dengan jolokan ‘Serambi Mekah’. Jolokan yang diberikan kerana ia
merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang terkemuka di Nusantara khususnya pada abad ke-19M. Pondok
pengajian wujud di merata tempat di Kelantan di bawah bimbingan alim ulama yang mahir dalam pelbagai aspek
ilmu agama. Justeru, kelantan telah menjadi tumpuan para pelajar dari setiap pelusuk Nusantara. Ulama Melayu
Kelantan mempuyani hubungan yang erat dengan ulama Melayu Patani, Jawa dan Sumatera di Mekah al-
Mukaramah. Oleh sebab hubungan yang erat itu maka penduduk-penduduk di Kelantan dapat mengetahui
perkembangan yang berlaku di Timur Tengah dengan baik, khususnya tentang Empayar Turki Uthmaniyyah yang
menjadi kuasa politik Islam pada masa itu, dengan cepat dan terkini.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: farid@ukm.edu.my

89
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Selepas kejatuhan Kerajaan Patani ke tangan Siam pada tahun 1902M, Kelantan telah menjadi benteng
Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh sebab itu, Shaykh Ahmad al-Fatani telah berpesan kepada ulama-
ulama Melayu Kelantan supaya mempertahankan Kelantan daripada terjatuh ke tangan kuasa asing yang boleh
menjejaskan peranannya sebagai negeri ‘Serambi Mekah’ di Nusantara. Peringatan Shaykh Ahmad al-Fatani
telah dipegang kukuh oleh ulama-ulama serta pendokong pejuang Islam Melayu Kelantan (Nik Anuar 2005).

Apabila British menguasai Kelantan pada tahun 1909M, pondok dan masjid menjadi pusat gerakan
pembebasan. Pada peringkat awal, penentangan terhadap kehadiran British bersifat pasif dan non-kompromi.
Walau bagaimanapun, ia bertukar corak apabila Kerajaan Islam Turki Uthamniyyah memihak kepada Jerman
dalam peperangan Dunia Pertama dan mengisytiharkan jihad terhadap British serta sekutu-sekutunya. Pihak
British cuba menyekat gerakan pro-Turki di Kelantan dengan mengeluarkan enakmen melarang sesiapa daripada
menyatakan sokongan terhadap kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Malah, Sultan dan pembesar-pembesar
Kelantan telah diminta memberi jaminan bahawa orang-orang Melayu Kelantan akan memihak kepada kerajaan
British dalam peperangan tersebut. Dalam suasana tersebut, pada bulan mei 1915M, kebangkitan menentang
penjajah British tercetus di Pasir Puteh di bawah pimpinan Haji Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok
Janggut (Nik Anuar 2005).

Kebangkitan Tok Janggut atau dikenali juga sebagai kebangkitan Pasir Puteh 1915 dirujuk kerajaan
Kelantan sebagai Kebangkitan Penderhaka. Oleh sebab dalam semua notis yang dikemukakan, mencatatkan
bahawa mereka yang terlibat dalam kebangkitan tersebut dirujuk menimbulkan huru hara dan menderhaka
kepada sultan. Walaupun begitu, sifatnya yang dirujuk kerajaan Kelantan, Kebangkitan Tok Janggut 1915, bukan
menentang kerajaan Kelantan atau menderhaka, tetapi menentang penjajah British. Tok Janggut seringkali
menengaskan adalah tanggungjawab menentang penjajah asing di Kelantan dan bukannya menetang kerajaan
atau menderhaka (Abdullah Zakaria 2013).

Kajian seperti ini adalah penulisan sejarah yang diberikan oleh kolonial. Kolonial yang menerang dan
memperjelaskannya. Tidak hairanlah kalau semua cerita mengenai ulama Melayu Kelantan adalah cerita
mengenai pemberotakan dan keganasan kerana sampai hari ini pun, kebangkitan Islam menentang Barat
ditafsirkan sebagai pelampau dan penganas. Malah lebih malang lagi ada segelintir pengkaji Melayu yang kurang
arif telah mengiakan kenyataan tersebut. Hal ini sudah semestinya amat malang bagi kita sekiranya ia tidak
diperbetulkan pandangan tersebut dan sekaligus peranan yang dilakukan oleh ulama Melayu lupus ditelan zaman.

Di Malaysia, kekurangan penulisan berkenaan ulama Melayu khususnya di Kelantan dalam menuntut
kemerdekaan ini juga turut diakuai oleh sebilangan pengkaji sejarah, antaranya: Abdul Rahman Abdullah (1994)
menyatakan: “Dalam kes Nusantara tidak syak lagi memang banyak tercetus gerakan jihad atau gerakan anti-
penjajah yang didorong oleh semangat agama. Bagaimanapun tidak banyak kajian-kajian telah dilakukan
tentangnya. Kalaupun ada, kebanyakkannya bersifat umum sahaja. Dan kalaupun khusus, kebanyakannya
tertumpu pada gerakan jihad di Acheh sahaja. Khsusunya di Malaysia, hampir tidak ada sama sekali kajian
tentangnya.”

Manakala menurut Azmah Manaf (2012) menyatakan: “Dalam sejarah gerakan kesedaran di Tanah
Melayu, gerakan terawal yang dapat dikesan ialah gerakan kesedaran yang dipelopori oleh golongan yang
berpendidikan agama. Mereka ini juga yang dikenali sebagai golongan reformis Islam yang berjaya meniupkan
semangat perjuangan Melayu berlandaskan Islam.”

Justeru, melihat pada kenyataan di atas, timbul persoalan, apakah benar Ulama Kelantan terlibat secara
langsung dalam menuntut kemerdekaan. Bagaimanakah bentuk penentangan atau perjuangan yang dilakukan
oleh ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan dan apakah pencapaian yang dicapai oleh ulama Kelantan
dalam menuntut kemerdekaan.

90
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

2. Sejarah Campur Tangan British di Kelantan

British merupakan sebuah kuasa Eropah yang berjaya meluaskan kekuasaannya di Asia Tenggara, khususnya di
Tanah Melayu. British telah mengisytiharkan pelbagai dasar untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah
Melayu termasuk dasar pendidikan British. Sejarah campur tangan British di negeri Kelantan bermula apabila
mereka menyedari bahawa Kelantan perlu diletakkan di bawah pentadbiran British kerana kuasa Eropah yang
lain mula bersaing bagi meluaskan kekuasaan masing-masing di wilayah tersebut. Justeru, pihak British
melaksanakan pelbagai usaha bagi mencapai impian sama ada melalui tipu muslihat mahupun perjanjian. Ekoran
daripada itu, melalui perjanjian antara British-Siam 1902 dan satu lagi perjanjian telah ditandatangani antara
British dengan Siam pada tahun 1909 menyaksikan Kelantan secara rasmi diserahkan oleh Siam kepada British.
Dengan perjanjian ini, bermulalah pentadbiran British di negeri Kelantan.

Walau bagaimanapun, penyerahan tersebut mendapat tentangan daripada Sultan Kelantan sendiri yang
melihat penyerahan tersebut adalah tidak sah, malah menganggap negeri Kelantan bukannya di bawah taklukan
Siam. Ahmad Farhan (2013) menjelaskan bahawa, Sultan Muhammad IV tidak berpuas hati dengan penyerahan
tersebut kerana menurut baginda, Kelantan adalah kerajaan yang merdeka dan tidak mempunyai hubungan
pentadbiran dengan Siam. Akhirnya, satu perjanjian baru termeterai pada 22 Oktober 1910 antara Sultan
Muhammad dengan British, maka dengan perjanjian ini secara jelas negeri Kelantan dikuasai oleh British.

Menjelang abad ke-19M, bagi mencapaikan hasrat untuk menguasai sepenuhnya wilayah Semenanjung
Tanah Melayu, dan tidak mahu wilayah ini dikuasai oleh pihak Eropah yang lain sama ada Jerman mahupun
Perancis, maka British telah berusaha mengadakan pelbagai usaha antaranya melalui perjanjian-perjanjian
dengan kerajaan Siam serta sultan-sultan Melayu. Maka, di sini akan diberikan penekanan terhadap perjanjian
yang dibuat oleh British seperti Perjanjian Burney 1826, Perjanjian Sulit 1897, Draf Perjanjian 1902, Perjanjian
Anglo-Siam 1902 dan Perjanjian Bangkok 1909 yang sangat penting dan perlu diberi perhatian bagi mengetahui
sejarah campur tangan British di negeri Kelantan. Melalui perjanjian inilah Kerajaan British secara rasminya
berjaya menguasai negeri Kelantan pada tahun 1909 apabila Kerajaan Siam menyerahkan kekuasaannya terhadap
Kelantan kepada kerajaan British pada tahun 1909M.

2.1 Perjanjian Burney 1826


Perjanjian Burney merupakan perjanjian yang ditandatangani di antara pihak British dengan Siam pada tahun
1826. Henry Burney merupakan orang yang bertanggungjawab dalam usaha memujuk Raja Siam untuk
menandatangani satu perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya Perjanjian British-Siam atau
Perjanjian Burney pada 20 Jun 1826, maka bermulalah hubungan diplomatik antara pihak British-Siam bagi
menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak di negeri-negeri Melayu Utara. Pihak British dan Siam bersetuju
dengan had atau sempadan pengaruh kedua-dua belah pihak, sekaligus perjanjian ini membahagikan kawasan
Semenanjung Tanah Melayu antara pihak British dan Siam (Maxwell & Gibson 1924).

Dalam perjanjian Burney 1826, pihak British membincangkan soal kedudukan negeri-negeri Melayu
Utara dengan Siam. Persoalan mengenai negeri Kelantan diletakkan dalam satu artikel bersama dengan negeri
Terengganu. Raja Siam menganggap kedua-dua buah negeri Melayu ini merupakan negeri naungannya kerana
kedua-dua negeri ini menghantar bunga emas kepada Siam. Perjanjian Burney 1826, artikel XI menunjukkan
bahawa tidak ada penyataan yang jelas mengenai taraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri naungan Siam,
seperti penyataan yang jelas mengenai taraf Kedah dalam artikel XIII dan Perak XIV (Maxwell & Gibson 1924;
Izziah Suryani 2013).

Kerajaan British dan Siam mempunyai interpretasi berbeza mengenai peruntukan dalam artikel ini. pihak
British melihat bahawa artikel ini secara jelas memperuntukkan bahawa kedua-dua kuasa British dan Siam tidak
boleh menyerang atau mengganggu kedua-dua buah negeri ini, dan dengan itu, ia menunjukkan bahawa kedua-
91
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

dua negeri tersebut bukan berada di bawah kekuasaan mana-mana kuasa. Dengan sebab inilah terdapat pengkaji
berpendapat bahawa pihak British berjaya mengahadkan pengaruh Siam ke atas negeri Kelantan dan Terengganu
hanya kepada perhubungan melalui penghantaran Bunga Emas dan Perak sahaja (Izziah Suryani 2013).

Perjanjian Burney 1826 ditandatangani oleh British dan Siam telah memperlihatkan bahawa
kesungguhan Siam untuk melaksanakan kekuasaannya keatas negeri di Tanah Melayu khususnya di Kelantan dan
Terengganu. Sehingga akhir abad ke-19M, Siam tidak pernah melepaskan peluang untuk melaksanakan
kekuasaan mereka ke atas Sultan Kelantan dan Terengganu (Frank Swettenham 1948). Mengikut perjanjian
Burney 1826, pihak British mengakui kekuasaan Siam ke atas negeri Kelantan, ini membawa maksud British
tidak boleh mencampuri hal-ehwal negeri ini tanpa persetujuan baru. Selain itu, Siam tidak seharusnya
menghalang perdagangan British di negeri Kelantan (Zetimimi 1997). British mendapati kepentingan mereka di
Kelantan dan Terengganu khususnya serta di negeri-negeri Melayu Utara amnya tidak mungkin dapat dicapai
selagi mereka menafikan ketuanan Siam ke atas negeri-negeri tersebut. Polisi British didapati mulai berubah
pada tahun 1895 mereka Sir Hugh Clifford mengejar pejuang Pahang yang lari ke wilayah Terengganu dan
Kelantan. Mereka meminta kerajaan Siam menghantar wakil kerajaan Siam untuk turut membantu (Emerson
1964).

Pemerintahan Kelantan secara tegas menyatakan bahawa Kelantan adalah kerajaan merdeka dari
sebarang penjajahan. Namun begitu, pihak Siam menggunakan isu Bunga Emas dan perak untuk menunjukkan
Kelantan adalah di bawah pentadbirannya. Berdasarkan perjanjian Burney 1826 merujuk kepada artikel 12,
dalam (C.O. 273/287/36024, 1902: 63):“Siam shall not got obstruct or interrupt commerce in the States of
Tringano and Calantan. English merchants and subjets shall have trade and intercourse in future with the same
facility and freedom as they have heretofore had, and the English shall not go and molest, attact, or disturb those
States upon any pretence whatever.

Pihak British berjaya memujuk Siam untuk merundingkan satu konvensyen rahsia antara British dengan
Siam bagi menjamin pengaruh kedua-dua pihak di Semenanjung Tanah Melayu. Pihak British bersetuju
mengiktiraf tuntutan Siam ke atas negeri-negeri Melayu Utara termasuklah Kelantan dalam rundingan tersebut.
Setelah mencapai kata sepakat, konvensyen rahsia tersebut telah ditandatangani pada 6 April 1897 (Izziah
Suryani 2013).

2.2 Perjanjian Sulit 1897


Melalui Perjanjian Sulit 1897 ini, pihak British dan Siam bersetuju bahawa kerajaan Siam tidak akan
menyerahkan mana-mana wilayahnya di Selatan Muang Bang Tapan kepada kuasa lain. British pula bersetuju
membantu Siam menghalang kuasa ketiga yang cuba mendapatkan kawasan di wilayah tersebut dan pihak Siam
juga bersetuju tidak akan memberi keistimewaan kepada mana-mana kuasa tanpa mendapatkan persetujuan
daripada pihak British (Tom Marks 1997). Dengan cara ini, pihak British dapat meluaskan pengaruhnya ke
negeri-negeri Melayu Utara tanpa menjejaskan hubungan dan kepentingannya dengan kerajaan Siam. Sebelum
itu, pada tahun 1896, Perjanjian Anglo-French (C.O 273/306) ditandatangani apabila British dan Perancis sepakat
menjadikan Siam sebagai negeri penampan antara pengaruh kedua-dua kuasa tersebut. Namun pihak British
masih merasakan kedudukan mereka di Tanah Melayu belum begitu selamat. Peluasan pengaruh Perancis ke atas
wilayah Siam dan kemasukan pengaruh Jerman menyebabkan pihak British berusaha menjamin kedudukannya di
Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi, Kerajaan Turki Uthmaniyyah melalui pihak Jerman juga berminat untuk
meluaskan pengaruhnya di Siam kerana terdapat masyarakat Islam yang hidup secara minoriti di negara tersebut.
Pihak British bimbang dengan potensi dan kekuatan yang dimiliki oleh masyarakat Islam di wilayah Patani.
Mereka mampu melancarkan gerakan ‘sabil’ terhadap kuasa Siam apabila mendapat bantuan dari Turki
Uthmaniyyah (Izziah Suryani 2013).

Ketika kuasa-kuasa besar seperti British, Rusia, Jerman, Denmark dan Perancis bersaing untuk
meluaskan pengaruh masing-masing di wilayah negeri-negeri Melayu, hal ini tidak disedari oleh Raja-raja
92
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Melayu dan mereka masih tidak menyedari apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka (Tom Marks 1997).
Tidak seorang pun daripada Raja-raja Melayu tersebut mengetahui Perjanjian Rahsia 1897 yang ditandatangani
oleh British dan Siam. Mereka terus memerintah negeri mereka sebagai negeri yang merdeka dan bebas membuat
apa-apa keputusan tanpa perlu merujuk kepada kuasa-kuasa tersebut. Sultan atau pemerintah negeri Melayu
belum menyedari persaingan kuasa-kuasa Eropah yang berusaha untuk memecahkan monopoli pengaruh British
di Tanah Melayu dan begitu juga dengan usaha pihak British untuk mengekang kemaraan kuasa-kuasa Eropah
tersebut. Sultan-sultan Melayu bersedia mengadakan perundingan dengan mana-mana kuasa yang berminat untuk
berdagang atau mendapatkan konsesi di negeri mereka (Izziah Suryani 2013).

British selamanya diancam dengan kemungkinan pada suatu masa salah seorang daripada raja-raja negeri
Melayu ini boleh dipujuk atau dipengaruhi untuk mengadakan perhubungan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dengan kuasa-kuasa lain yang melibatkan penyerahan pelabuhan atau dengan memberikan tanah untuk
dimajukan. Oleh itu, kemungkinan wujud minat luar untuk campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu oleh
kuasa-kuasa lain selain dari British. Dengan sebab inilah Perjanjian tahun 1897 itu dibuat secara rahsia untuk
menghalang kuasa-kuasa lain terutamanya Jerman yang telah pun mempunyai perjanjian dengan Siam (lihat
Perjanjian Siam Jerman dalam C.O 273/ 346) daripada mengancam kedudukan istimewa yang diperoleh British
menerusi perjanjian tersebut (Mizan 2009).

Perjanjian rahsia ini pada mulanya memuaskan hati kedua-dua belah pihak, British dan Siam. Kerajaan
Siam berpuas hati apabila kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu tidak dipersoalkan dan bagi British pula,
perjanjian ini mengurangkan kebimbangan terhadap kuasa-kuasa luar yang lain kerana adanya jaminan dari Siam
bahawa mereka tidak akan memberikan kemudahan kepada kuasa luar lain tanpa persetujuan British. Walau
bagaimanapun, keadaan ini tidak berpanjangan kerana timbulnya perselisihan pendapat berkenaan artikel/ fasal
11 dalam perjanjian tersebut (Mizan 2009).

British mendesak kerajaan Siam menangani situasi yang berlaku di negeri-negeri Melayu. Tekanan dari
pihak British menyebabkan mereka semakin menguatkan pengaruh dan kekuasaan mereka di negeri-negeri
Melayu tersebut. Kerajaan Siam serius membuktikan bahawa negeri Melayu di Utara Semenanjung berada di
bawah kekuasaan mereka. Tindakan yang paling awal dikenakan ke atas Kerajaan Melayu Patani. Kekuatan
ketenteraan digunakan untuk membuktikan ketuanan Siam ke atas Patani. Hal ini menjadikan penguasaan
Kerajaan Siam ke atas wilayah Kerajaan Melayu Patani yang dijajah dan dipecahkan kepada tujuh wilayah,
berbeza dengan penguatkuasaan kuasa mereka di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Kedah, Kelantan dan
Terengganu (Izziah Suryani 2013).

Tindakan pegawai-pegawai Siam menindas rakyat, menangkap para raja dan menguatkuasakan undang-
undang serta peraturan Kerajaan Siam tanpa menghiraukan sensitiviti orang Islam menyebabkan pemerintah
wilayah-wilayah ini beberapa kali menghantar surat kepada pihak British memohon perlindungan British (Tom
Marks 1997). Mereka tidak menyedari bahawa pihak British dan Siam terikat dengan Perjanjian Rahsia antara
kedua-dua belah pihak. Mereka tidak tahu bahawa pihak British tidak akan membantu mereka kerana pihak
British terikat dengan Perjanjian Rahsia dengan pihak Siam. Inilah malangnya nasib raja-raja Melayu yang tidak
menyedari bahawa British dan Siam mempunyai perjanjian rahsia yang bertujuan sama-sama menjaga
kepentingan masing-masing di Tanah Melayu (Izziah Suryani 2013).

2.3 Draf Perjanjian 1902


Kegagalan kerajaan Siam mengawal kegiatan sultan-sultan Melayu ini menyebabkan pihak British memberikan
tekanan kepada Kerajaan Siam supaya mengawasi tindakan pemerintah Melayu yang berada di bawah pengaruh
mereka. Apabila pihak Siam masih gagal mengawal perkembangan tersebut, pihak British mula mencadangkan
alternatif yang boleh dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Hal ini tercatat dalam (C.O 273/287/32383, 1902):
“His Siamese majesty's government fully appreciate the friendly action of his Britannic majesty's government in
bringing to their notice the fact that the administration of the states of Kelantan and Terengganu is not as
93
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

effective as it should be, and his Siamese majesty's government fully recognize their responsibilities in those
states and are quite ready to enter upon the introduction of the necessary reforms.”

Perundingan diadakan antara dua pihak untuk menangani masalah yang dihadapi. Pihak British
mencadangkan Kerajaan Siam menghantar penasihatnya mengawasi pemerintah Raja-raja Melayu tersebut. Bagi
menjaga kepentingan pihak British, penasihat Siam yang dicadangkan itu mestilah warga British yang
berkhidmat dengan Kerajaan Siam. (C.O 273/287/32383, 1902): “His Siamese majesty's government also
appreciate the suggestion of his Britannic majesty's government that the services of officials of British nationality
may with advantage be utilized in the work of reorganization.”

Dalam meletakkan cadangan ini ke dalam pelaksanaan, pihak Siam juga perlu memerhatikan dan
menjaga berkemungkinan tidak ada sebarang ancaman yang menimpa mereka oleh sebab kedudukan dan
hubungan mereka dengan kuasa lain. (C.O 273/287/32383, 1902):“In putting this suggestion into execution, His
Siamese Majesty’s Government have also to keep in view and to guard againts the dengers which beset them by
reason of their position and relation with other power. Hence, they are compelled to regulate their action. So that
to enter upon any Treaty or Agreement, the apparent result of which would seem to give the impression of such a
loss, would be not only fatal to the integrity and independence oh His Siamese Majesty’s Government but would
also be prejudicial to the interest of His Britannic Majesty’s Government.”

Kedua-dua belah pihak telah merangka deklarasi dan draf Perjanjian 1902 untuk ditandatangani oleh
pemerintah Kelantan dan Terengganu. Dalam draf perjanjian ini, kedua-dua belah pihak mengiktiraf negeri
Kelantan dan Terengganu sebagai berada di bawah kekuasaan Siam (C.O 273/287/33761, 1902), dan pemerintah
di kedua-dua negeri ini tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam draf perjanjian tersebut (Izziah
Suryani 2013). Hal ini seperti mana (C.O 273/287/32383, 1902): “In undertaking the reorganization of the
administration of the States of Kelantan and Trengganu with the aid of officials of British nationality, these
officers must be nominated and appointed by His Siamese Majesty's Government, and be solely responsible to
and under the direct control of His Siamese Majesty's Government.”

Apabila persetujuan dicapai antara pihak British dan Siam, Frank Swettenham diarahkan pergi ke
Kelantan dan Terengganu untuk mendapatkan tandatangan kedua-dua pemerintah negeri tersebut bagi
mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi. Frank Swettenham berjaya mendapatkan persetujuan Raja
Kelantan, untuk menandatangani perjanjian yang disediakan dan bersedia menerima seorang penasihat Siam.
Dengan persetujuan ini, kerajaan Kelantan mengiktiraf ketuanan Siam ke atas mereka dan W.A. Graham,
Penasihat Siam bersama dengan H.W.Thompson sebagai penolong Penasihat dan seorang Pegawai Siam telah
tiba di Kelantan pada 25 Julai 1903 untuk memulakan era baru dalam sejarah Kelantan (Shahril 2003).

2.4 Perjanjian Anglo-Siam 1902


Perjanjian Anglo-Siam tahun 1902 merupakan perjanjian yang menandakan bahawa akan minat British terhadap
menguasai semenanjung Tanah Melayu. Tindakan British ini dilakukan melalui pelbagai cara, termasuklah tipu
muslihat, seperti mana yang diakui sendiri oleh Robert Huessler (1981), Swettenham dihantar untuk mendapat
tandatangan daripada Raja Kelantan (C.O 273/296/24625, 1903). Tindakan tipu muslihat British dengan
menghantar Swettenham ke negeri-negeri Melayu untuk berunding dengan Siam telah memerangkap Siam yang
akhirnya menandatangani perjanjian pada 6 Oktober 1902. Dengan perjanjian ini tidak ada kuasa lain dibenarkan
berurusan dengan Kelantan dan Terengganu kecuali Siam. Bersesuaian dengan ini dan persefahaman rahsia lima
tahun dahulu, kedua-dua negeri Melayu dikehendaki menerima penasihat untuk memastikan mereka tidak
membenarkan negeri mereka berada di bawah pengaruh kuasa- kuasa lain (C.O 273/287/33761, 1902).

Selain itu, penghantaran bunga emas yang selama ini dilakukan telah dihentikan. Sultan Kelantan Raja
Senik menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Siam pada bulan Disember 1902 (C.O 273/296/32667,
1903: 694). Di bawah perjanjian ini dua orang pegawai luar negeri dihantar untuk membantu Sultan Kelantan.
94
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Dua pegawai itu ialah W. A. Graham (dari Perkhidmatan Awam Siam) dan H. W. Thompson (daripada Federated
Malay States/ F.M.S) (Ismail 1960).

Perjanjian ini memberi takrifan yang jelas terhadap hak-hak Siam di negeri Kelantan, sebaliknya negeri
Kelantan hendaklah menerima seorang Pesuruhjaya Residen Siam yang bertugas menasihati Sultan Kelantan
dalam hal-hal pentadbiran (C.O 273/296/32667, 1903). Sejak itu, pemerintahan di negeri Kelantan dijalankan
secara berpelembagaan iaitu menurut undang-undang yang digubal oleh Majlis Mesyuarat Negeri yang telah
mengambil tugas Majlis Negeri dahulu. Anggota Majlis Mesyuarat Negeri ini terdiri daripada pembesar-
pembesar dan penasihat bangsa British sendiri. Setelah Perjanjian Anglo-Siam tahun 1902, wujud sistem
penasihat di negeri Kelantan dan hal ini memperlihatkan bahawa British telah berjaya dalam usahanya untuk
campur tangan dalam pentadbiran negeri Kelantan dan menafikan kekuasaan Siam di negeri Kelantan (Mizan
2009).

Melihat kepada perjanjian Anglo-Siam 1902 yang ditandatangani antara British dengan Siam, walaupun
tidak secara rasmi penguasaan British di negeri Kelantan. Namun, pihak British telah berjaya dengan
menempatkan Penasihat Siam warganegara British di negeri Kelantan. Dan sekiranya Siam ingin melaksanakan
sebarang perjanjian dengan kuasa Eropah yang lain, Siam perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan British
terlebih dahulu. Kemudian penguasaan British dibuktikan lagi dengan situasi yang dialami oleh pihak Siam
terpaksa menerima arahan British supaya penghantaran bunga emas dihentikan. Maka tidak dapat tidak Siam
perlu mematuhi syarat yang dikemukakan oleh British dalam Perjanjian yang ditandatangani tersebut.

2.5 Perjanjian Anglo-Siam 1909


Anglo-Siamese Treaty of 1909 yang dimeteraikan di antara Kerajaan Siam bertarikh 10 Mac 1909, manakala
ratifikasinya telah dilakukan di Kota London pada 9 Julai 1909. Perjanjian yang dikenali juga sebagai Perjanjian
Bangkok 1909 atau Perjanjian Inggeris-Siam 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909 telah ditandatangani di
Istana Raja Siam di Kota Bangkok. Ralph Pager dilantik bagi pihak British, manakala Putera Devawongse
Varoprkar mewakili Kerajaan Siam (Maxwell & Gibson 1924). Perjanjian ini adalah hasil usaha Gabenor Negeri-
negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Perjanjian Bangkok 1909 telah
dibuat disebabkan kerisauan British tentang khabar angin tentang rancangan saingannya Perancis untuk membina
terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara tanah jajahannya di Indo-China dengan
Eropah. Pembinaan terusan ini dirisaukan oleh British akan mengancam perdagangan British di Tanah Melayu
dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan bebas di Asia Tenggara (Mustafa 2013).

Kebimbangan British terhadap penguasaan kuasa Eropah lain di negeri-negeri Utara Tanah Melayu
semakin bertambah. Pada tahun 1901, pasukan perisikan British telah mendengar khabar angin yang ada pihak-
pihak tertentu di negeri Kelantan dan Patani yang cuba mendapat sokongan Jerman di bawah Bismarck untuk
membebaskan negeri-negeri tersebut daripada penjajahan Siam. Antara tahun 1899, kuasa Jerman, Rusia dan
Amerika Syarikat pula berusaha mendapat hak-hak kewilayahan di Negeri-Negeri Melayu Utara (Alias 1975).

Tekanan The Duff Development Company Limited melalui pengerusinya Robert William Duff, Mantan
Pemangku Superitendent Polis di Pahang telah bertindak sebagai ‘pressure group’ memberi tekanan atau ugutan
kepada British supaya campur tangan dalam urusan Kelantan khususnya dalam tiga objektif iaitu; Kompeni Duff
bercita-cita untuk mengekalkan Kelantan dengan maksud perdagangan British melalui naungan kuasa kolonial
itu; kedua, untuk mencapai cita-cita ekonomi kompeni tersebut; ketiga, strategi Long Senik untuk mendapat
perlindungan British dari ancaman Siam. Sekiranya British tidak mematuhinya, kompeni tersebut akan berpaling
kepada Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat (Mohd. Isa 2002).

Pemerintahan baru di negeri Kelantan seperti termaktub dalam Perjanjian 1902 walau bagaimanapun
tidak memuaskan kedua-dua belah pihak antara Siam dan British. Oleh itu, dalam tahun 1907, satu rundingan
baru diadakan antara kedua-dua belah pihak dan ini kemudiannya mewujudkan Perjanjian Bangkok tahun 1909
95
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

(Anglo-Siamese Treaty of 1909). Dalam perjanjian ini Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan Kelantan dan
Terengganu, Kedah, Perlis dan sebahagian kepulauan yang berdekatan kepada Kerajaan British (C.O
273/353/14339, 1909): “The Siamese Government transfers to the British Government all rights of suzerainty,
protection, administration, and control whatsoever which they possess over the States of Kelantan, Tringganu,
Kedah, Perlis, and adjacent island.”

Sebelum perjanjian 1909 ini ditandatangani, beberapa peristiwa telah berlaku yang membawa kepada
termaktubnya perjanjian ini. Pada tahun 1907, Perjanjian antara Perancis dengan Siam telah diadakan yang mana
Kerajaan Perancis telah memperoleh wilayah Timur negeri Kemboja yang mereka ingini selama ini. Sebagai
tukaran Perancis telah menarik balik hak-hak keistimewaan mereka untuk menjalankan undang-undang sendiri di
negeri Siam (lihat Franco-Siamese Treaty 1907 dalam C.O 273/389 Gul. 338). Ini memberi isyarat kepada
Edward Henry Strobel (Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam), yang menganggap masa telah tiba
bagi Siam untuk meninggalkan negeri-negeri Melayu dengan tujuan membebaskan diri daripada Perjanjian Sulit
tahun 1897, iaitu “the most deplorable document Siam had ever signed”. Strobel mendapati kelemahan
pentadbiran Siam di negeri-negeri Melayu sebagai ancaman yang positif kepada Siam (Mizan 2009).

Perjanjian Perancis-Siam ini telah menarik minat British yang juga mahukan agar Siam melepaskan
kekuasaannya ke atas negeri-negeri Melayu sebagai tukaran dengan Perjanjian Rahsia tahun 1897 (C.O 273/389,
Gul.338). Malah perjanjian tahun 1907 itu mempercepatkan perundingan antara British dengan Kerajaan Siam
mengenai soal negeri-negeri Melayu tersebut. usaha ini telah dijalankan oleh Strobel mencadangkan kepada Raja
Chulalongkorn supaya menyerahkan Kelantan dan Terengganu kepada British kerana yakin yang British
akhirnya boleh memegang kedaulatan yang sepenuhnya di negeri-negeri tersebut (Ira Klein 1968).

Westerngard mengakui daripada tahun 1905 British tidak melakukan apa-apa terhadap Perjanjian Tahun
1909 ke atas Siam, sebaliknya kejadian-kejadian awal seperti tahun 1902 telah mencemaskan kedudukan Siam
dan penetapan penasihat British telah meyakinkan Siam yang mereka harus melepaskan negeri-negeri ini
(Kelantan, Terengganu dan Kedah) untuk mendapatkan kedaulatan yang sepenuhnya di tempat-tempat lain di
Semenanjung dengan mengetepikan Perjanjian Rahsia tahun 1897 (Mizan 2009).

Kesediaan Siam untuk melepaskan ketiga-tiga buah negeri Melayu itu adalah hasil daripada anjuran yang
telah dibuat oleh Edward Henry Strobel (Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam). Strobel telah
menyatakan kepada Siam bahawa negeri-negeri itu tidak mendatangkan keuntungan kepada kedudukan Siam. Di
samping itu, Kerajaan Siam mula menyedari bahawa perlantikan penasihat Siam daripada kalangan orang
Inggeris di Kelantan pada tahun 1902 itu telah memberi peluang kepada cita-cita British untuk menggabungkan
negeri itu ke dalam British Malaya. Lebih-lebih lagi wujudnya hubungan yang rapat antara Swettenham dengan
Raja Kelantan dan Kerajaan Siam. Sebelum itu Syarikat Duff juga telah mendapat konsesi daripada Raja
Kelantan pada tahun 1900 yang bekerja untuk kepentingan British di negeri Kelantan (Thamsook 1967).

Kemudian Strobel telah meyakinkan Raja Chulalongkorn dan menteri-menterinya yang penyerahan
negeri-negeri itu kepada British sangatlah perlu memandangkan yang kehilangan wilayah itu tidak dapat
dielakkan lagi, akan tiba suatu masa bila Siam terpaksa kehilangan kawasan yang dimilikinya kepada British
tanpa sebarang balasan. Semasa perbincangan dijalankan, soal-soal yang serius diperbincangkan ialah
pembahagian kawasan atau wilayah yang harus dimiliki oleh Siam. Telah menjadi impian Raffles, Swettenham,
Hugh Low dan beberapa pegawai di Pejabat Jajahan British bahawa garis pembahagian wilayah hendaklah
dinyatakan bagi meletakkan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Islam di bawah pengaruh British, sebaliknya
British pula perlu meninggalkan wilayah yang kebanyakan orang-orang Siam beragama Buddha kepada Kerajaan
Siam (Thamsook 1967).

Strobel kemudiannya telah bertindak menuntut kawasan yang lebih luas dari Siam, kawasan-kawasan itu
termasuklah Perlis, Setul dan Patani. Tuntutan ini telah ditentang oleh Siam. Oleh itu dalam siri perbincangan
96
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

seterusnya Strobel telah menggugurkan tuntutan ke atas Perlis tanpa diketahui motifnya yang sebenar. Satu
kemungkinan ialah Perlis daripada segi politik dan geografi mesti sentiasa bersekali dengan Kedah. Kemudian
tuntutan-tuntutan dilakukan lagi iaitu pada tahun 1908 tetapi kali ini ke atas bahagian Selatan Reman dan Pulau
Langkawi dengan meninggalkan kepada Siam Pulau Turuntu dan Pulau-pulau kecil di sebelah Barat Langkawi
(Mizan 2009).

Westergard pengganti Strobel yang meninggal dunia telah menggunakan persoalan mengenai pinjaman
oleh Kerajaan Siam kepada British untuk pembinaan jalan kereta api dalam masalah mendapatkan wilayah
Reman dan Pulau Langkawi. Siam bersetuju untuk memenuhi tuntutan British itu jika ia diberikan pinjaman
dengan kadar faedah 3% sahaja berbanding 4%. Siam bercadang meminjam sebanyak 4 juta paun sterling untuk
tujuan ini. Cadangan Siam ini mendapat reaksi yang berbeza daripada Sir John Anderson (Pesuruhjaya Tinggi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Relph Paget (Duta British ke Siam). Sir
John Anderson bersetuju dengan kadar faedah 3 suku % untuk mendapatkan dua kawasan itu dan ditambah
dengan wilayah Legeh. Relph Paget menentang habis-habisan cadangan itu. Relph Paget merasakan yang British
berhak menuntut bahagian Selatan Reman dan Pulau Langkawi sebagai ganjaran bagi konsesi yang telah
dipersetujui dalam Perjanjian Rahsia 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899. Faedah pinjaman itu mesti dikekalkan
pada tahap 4% dengan meninggalkan Legeh kerana ia akan menghalang kejayaannya (Mohd Kamaruzaman
1981).

Usaha Relph Paget ini telah mendatangkan hasil daripada Kerajaan Siam telah menyerahkan sebahagian
dari Reman dan Pulau Langkawi kepada British. Apabila Siam menyedari bahawa British pada suatu masa akan
menguasai negeri-negeri itu tanpa memberikan apa-apa ganjaran, Siam telah bersedia menyerahkan Reman dan
Pulau Langkawi serta negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British pada tahun 1909 sebagai tukaran
bagi mendapatkan daerah kekuasaannya dan membatalkan Perjanjian Rahsia tahun 1897 (Mizan 2009).

Selepas termeterainya Perjanjian Bangkok 1909, British mula mencadangkan pelbagai draf yang perlu
dilaksanakan bagi melancarkan pentadbiran negeri-negeri yang baru diambil alih. Justeru, Sir John Anderson
telah menulis surat kepada pentadbiran tertinggi British bagi mencadangkan draf pentadbiran bagi melicinkan
pentadbiran pada peringkat awal di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan kedah (C.O 273/351/31983, 1909).

Sementara itu, Raja Kelantan, Long Senik tidak diberitahu langsung tentang Perjanjian Bangkok 1909
ini. Baginda berasa tidak berpuas hati tentang isi kandungan perjanjian tersebut. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
kandungan surat baginda kepada Sir John Anderson yang bertarikh 31 Disember 1909. Ketidakpuasan hati Long
Senik berdasarkan perjanjian yang ditandatangani secara unilateral iaitu keputusan dan penentuan dibuat secara
sebelah pihak oleh Siam dan British tanpa merujuk kepada baginda selaku Raja dan tuan punya negeri tersebut.
Perasaan tidak puas hati Long Senik bersabit dengan status Kelantan terutamanya negeri tersebut kehilangan
beberapa daerah di utara Sungai Golok seperti Menara, Kuala Tabal, Pulau Che Him, Golok, Sungai Padi,
Mundok, Kayu Kelat, Kampung Tanjung, Kampung Belawan, Layar, Elong, Becah Herong, Jakang, dan Kubang
Yu yang merupakan sumber utama pendapatan negeri yang berjumlah hampir $8000 setahun (Mustafa 2013).

Raja Kelantan yang menerima Perjanjian 1902, mendapat layanan yang berbeza dari pihak British
berbanding dengan sultan Terengganu yang menolak perjanjian tersebut. Protes Raja Kelantan tidak dilayan oleh
pihak British terutamanya masalah yang berkaitan sempadan Kelantan dengan Siam. Raja Kelantan mendapati
negeri Kelantan kehilangan wilayahnya kepada Siam akibat Perjanjian Bangkok 1909. Baginda telah
membangkitkan soal kehilangan wilayahnya itu kepada Sir John Anderson semasa Pesuruhjaya Tinggi British itu
berada di Kota Bharu. Baginda mendakwa Daerah Manara yang mempunyai antara 10.000-15,000 orang
penduduk dan 3/5 daripadanya merupakan bangsa Melayu adalah sebahagian daripada negeri Kelantan sejak
dahulu lagi. Baginda sedih kerana sebuah wilayah yang maju dan berpotensi terpaksa diserahkan kepada
Kerajaan Siam, sedangkan dalam Perjanjian 1902, wilayah tersebut diakui sebagai sebahagian daripada wilayah
Kelantan. Sir John Anderson menegaskan kepada Raja Kelantan bahawa perkara tersebut sudah diselesaikan dan
97
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

tidak boleh dibincangkan lagi. Walaupun beberapa kali Raja Kelantan menimbulkan perkara ini, dan ingin
mengemukakan kepada Baginda Ratu, Sir John Anderson tetap tidak mahu membangkitkan semula isu tersebut.
malah beliau menjelaskan bahawa sekiranya Raja Kelantan mengemukakan rayuan kepada Baginda Ratu, rayuan
baginda hanyalah sia-sia kerana Baginda Ratu sudah menandatangani perjanjian tersebut dan tidak mungkin
diubah kerana sudah dimeterai secara rasmi oleh kedua belah pihak (Izziah Suryani 2013).

Bantahan Long Senik itu telah ditolak oleh Sir John Anderson. Dalam suratnya Pesuruhjaya Tinggi
British, Sir John Anderson, memberitahu Raja Senik bahawa Raja Siam bersetuju untuk memindahkan semua
haknya ke atas negeri Kelantan kepada Kerajaan British dan British akan menjelaskan baki wang yang dipinjam
oleh Raja Senik daripada Siam. Begitu juga apabila Sultan Terengganu ke Singapura pada tahun 1909, Sir John
Anderson telah menerangkan kepada baginda yang British telah mengambil alih kekuasaan Siam. Sultan
mengatakan penghantaran bunga emas ke Siam hanya sebagai berbudi bahasa sahaja bukan mengakui kekuasaan
Siam (Robert Heussler 1972).

Selepas 6 bulan termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara Kerajaan British
dengan Kerajaan Siam, satu jawatankuasa ditubuhkan yang terdiri daripada pegawai British dan Siam, serta
jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menggariskan kembali persempadanan antara wilayah-wilayah yang
baru diambil tersebut (C.O 273/353/14339, 1909): “A mixed Commision, composed of Siamese and British
officials and officers, shall be appointed within six months after the date of ratification of this Treaty, and shall be
charged with be delimitation of the new frontier.”

3. Penentangan Ulama Kelantan dalam Menuntut Kemerdekaan

3.1 Faktor Penentangan

Penentangan ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan dapat dilihat daripada beberapa aspek yang
mendorong kepada tercetusnya penentangan menentang penjajah. Antaranya ialah:

i. Semangat Jihad
Semangat jihad merupakan faktor penting yang mendorong para ulama Nusantara khususnya di Kelantan dalam
menentang penjajah asing. Semangat perjuangan ulama Kelantan semakin hebat adalah bertunjangkan semangat
jihad yang meresap dalam diri para ulama bagi menentang dan membebaskan tanah air daripada dibelenggu
penjajah asing yang sememangnya mahu menggugat kesucian agama Islam yang telah lama bertapak dan
diamalkan oleh sebahagian besar rakyat Kelantan. Riduan Mohamad Nor (2007: 70-71) menyatakan sejarah
kebangkitan orang Melayu terhadap penjajah seolah-olah bermula selepas Perang Dunia Pertama, namun kajian
tentang kesedaran politik anti-establishment seperti Roff (1967), Firdaus Abdullah (1985), Ramlah Adam (2004)
dan Mohamed Saleh Lamry (2006) kebanyakan meletakan kesedaran menentang penjajah ini hanya bermula
pada tahun 1906 yang ditandai oleh kebangkitan reformis Islam melalui majalah al-Imam.

Peranan ulama dalam mempertahankan kemerdekaan negara sebenarnya telah dikesan berlaku semenjak
sebelu kejatuhan Melaka lagi. Ini dibuktikan dengan maklumat daripada kitab Silatus Salatin telah merakamkan
peranan Maulana Yusof, seorang ulama yang menjadi penasihat Sultan Mahmud di Melaka yang mengajarkan
ilmu-ilmu agama kepada pembesar di istana dan di kesan daripada pengajaran ilmu agama, penterjemahan kitab-
kitab serta penerapan semangat jihad telah menyebabkan rakyat Melaka bangkit mempertahankan negeri
daripada penjajah menjelang akhir abad ke-15M. Melalui pengaruh ulama dari Timur Tengah, Melaka
mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Uthmaniyyah, Turkey bagi memastikan bumi Islam dapat
dipertahankan daripada serangan Barat (Riduan Mohammad Nor 2007).

Beberapa ketika selepas tercetusnya Dahagi di Singapura, telah tersebar berita bahawa British dan kalah
dalam peperangan menentang kerajaan Uthmaniyyah di wilayah-wilayah umat Islam di seluruh dunia. Agen
98
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

perisikan Jerman memainkan peranan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat Kelantan. Dalam masa yang sama,
kepulangan seorang ulama-hulubalang dari Mekah setelah hampir sepuluh tahun belajar di Mekah telah
mengubah kesedaran tersebut kepada tindakan yang lebih agresif untuk mengalahkan British. British menguasai
Kelantan melalui penasihatnya semenjak 1903, dan diserahkan oleh Siam sepenuhnya pada 1909 melalui
perjanjian Bangkok.

Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Munas sebelum ke Mekah adalah hulubalang dalam Istana Jeram.
Beliau adalah sepupu kepada Tuan Guru Haji Ismail yang bertanggungjawab membawanya di Mekah dan
dikatakan berguru dengan Shaykh Ahmad al-Fathani. Melalui gurunya, beliau didedahkan tentang Khalifah
Uthmaniyyah dan diarahkan berjihad untuk memerdekakan Kelantan daripada penjajah asing. Kepulangan beliau
ke Kelantan pada 1909, iaitu hamper serentak dengan kepulangan Tok Kenali, selepas kematian Shaykh Ahmad.
Sepertimana Tok Kenali juga yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan bersama Datuk Nik Mahmud dan Dato’
Laksamana, Tok Janggut terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Jeram (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perubahan sistem pentadbiran jajahan pada 1904 dan kehadiran wakil British, En. Latiff dari Singapura
sebagai ketua jajahan menjejaskan kedudukan Engku Besar Jeram sebagai pembesar tradisional. Sebelum ke
Mekah, Tok Janggut dikatakan mempunyai hubungan dengan pejuang Pahang yang berlindung di Kelantan
seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato’ Bahaman. Ini memberikan inspirasi kepada Tok Janggut tentang kesan
campur tangan kuasa asing di Kelantan, sepertimana jatuhnya Pattani di tangan Siam pada tahun 1786.
Sementara itu, pada Ogos 1914 telah berlaku ketegangan memuncak antara British, Perancis dan Russia dan satu
pihak dengan Jerman, Austria dan Kerajaan Uthamaniyyah di satu pihak yang membawa kepada Perang Dunia
Pertama (Riduan Muhamad Nor 2007).

British telah memaksa Sultan Kelantan supaya menyokong mereka dan mendoakan supaya mereka
berolah kemenangan. ‘Haji dan Lebai’ juga mesti berdoa untuk British dan tindakan akan diambil jika arahan
tidak dipatuhi. Arahan ini dilihat oleh Tok Janggut sebagai satu penghinaan kepada ulama dan umat Islam. Dalam
masa yang sama, Sultan Kelantan dipaksa untuk melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau
simpati kepada karajaan Uthmaniyyah. Mereka mengeluarkan propaganda bahawa jika kerajaan Uthmaniyyah
mengalahkan British, seluruh bumi Islam termasuk Mekah dan dikuasai Jerman. Ini bertentangan dengan
gagasan Khalifah yang pernah dibuat oleh Shaykh Ahmad supaya semua kerajaan Melayu Islam bernaung di
bawah kerajaan Uthmaniyyah (Riduan Muhamad Nor 2007).

Fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn ke atas British oleh Shaykhul Islam Uthmaniyyah atas alasan kerajaan
Uthmaniyyah berkewajipan mempertahankan setiap inci bumi orang Islam telah mempengaruhi penduduk
Kelantan dengan cepat. British bertindak balas dengan melarang akhbar-akhbar menyiarkan berita peperangan
British dengan kerajaan Uthmaniyyah. Pemberontakan Dahagi di Singapura turut mempercepatkan kebangkitan
rakyat Kelantan dan faktor-faktor seperti masalah cukai, kehadiran En. Latiff dan pembunuhan Sarjan Che Wan
hanya mempercepatkan penentangan tersebut.

Bagi menyahut seruan jihad Uthmaniyyah itu, pada 29 April 1915, Tok Janggut bersama pengikutnya
telah bersepakat dan menyusun strategi untuk menyerang British di Pasir Puteh. Serentak dengan itu, En. Latiff
bagi pihak British telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman bersama dua mata-mata untuk menangkap Tok
Janggut, tetapi gagal. Sebaliknya Sarjan Che Wan Sulaiman terbunuh. En. Latiff gagal mendapat bantuan
daripada Kweng (penghulu) Gaal dan Tok Berangan untuk menyekat kemaraan Tok Janggut sehingga memaksa
En. Latiff berundur ke Kota Bharu. Ini membolehkan Tok Janggut menguasai Pasir Puteh dengan mudah. Engku
Besar Jeram diangkat menjadi Raja, manakala Tok Janggut menjadi Pendana Menteri (Riduan Muhamad Nor
2007).

Keesokannya, British menerima laporan kejatuhan Pasir Puteh ke tangan Tok Janggut dan mendapatkan
bantuan tentera dari Singapura. Beberapa pengikut Tok Janggut seperti Mat Pak Ya dan Mat Saman bersiap untuk
99
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

menyerang Kuala Krai. Sebagai langkah berjaga-jaga, Sultan Mohammad ke-IV telah menghantar Dato’ Menteri
Mohd Hassan Salleh dan Dato’ Nik Mahmud ke Pasir Puteh untuk berunding. Tok Janggut telah memberitahu
bahawa mereka bukan menentang Sultan Kelantan, tetapi menolak penjajah British. Walau bagaimanapun, atas
arahan dan tekanan daripada pihak British, Sultan Kelantan terpaksa mengisytiharkan Tok Janggut sebagai
penderhaka dan menitahkan supaya Tok Janggut ditangkap (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perjuangan Tok Janggut kerana sentiment jihad ini seolah-olah tidak mendapat dukungan atau sokongan
daripada murid-murid Shaykh Ahmad yang berpengaruh di Kelantan seperti Tok Kenali, Dato’ Nik Mahmud dan
Dato’ Laksamana. Sebenarnya, tekanan British ke atas Sultan Kelantan telah menghilangkan peranan mereka.
Lebih-lebih lagi, Sultan Kelantan terpaksa bertindak ke atas Engku Besar Jeram ekoran pergolakan dalam istana
apabila Tengku Bendahara dan Tengku Chik Penambang yang sedang menuntut takhta mnyokong Engku Besar
Jeram. Keadaan ini memaksa Sultan Muhammad ke-IV untuk bertindak ke atas Tok Janggut, ini sekali gus
menutup ruang untuk ulama-ulama ini menyokong gerakan jihad ini (Riduan Muhamad Nor 2007).

ii. Kesedaran
Apabila kita membicarakan tentang gerakan kesedaran ini, tidak dapat tidak kita perlu membicarakan sedikit
tentang gerakan islah di Asia Barat. Hal ini kerana, tidak dapat dinafikan kenyataan bahawa kemunculan gerakan
kesedaran oleh golongan reformisma Islam ini adalah hasil tiupan kencang angina gerakan islah Islam yang
begitu kuat di Negara-negara Arab sejak dari abad ke-18 lagi. Gerakan islah ini bermula dengan gerakan
Wahabbi yang dipelopori oleh Muhammad Abdul Wahab di Arab Saudi yang mengasaskan perjuangan mereka
kepada usaha untuk memurnikan kembali pengamalan Islam daripada unsur-unsur khurafat dan bida’ah yang
disifatkan sebagai penyebab kepada kelemahan dan kemunduran masyarakat dan dunia Islam. Gerakan ini
kemudiannya diikuti dengan gerakan modenis yang diketui oleh Shaykh Mohd. Abduh serta Jamaluddin al-
Afghani di Mesir. Gerakan seumpama ini kemudiannya tersebar ke Negara-negara orang Islam lain termasuklah
di Tanah Melayu (Azmah Abd. Manaf 2012).

Gerakan kesedaran atau pembaharuan ini sampai ke Tanah Melayu melalui individu-individu yang
pernah ke Negara-negara Asia Barat seperti Mesir dan Mekah untuk menuntut ilmu agama di sana. Apabila
mereka tinggal di Negara-negara berkenaan sehingga bertahun-tahun lamanya, mereka merasai sendiri angina
gerakan itu, malah mereka telah berkesempatan berkenalan dan bersahabat dengan tokoh penting gerakan ini
seperti Shaykh Mohd Rashid Rida, murid kepada Shaykh Mohd. Abduh. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika
mereka juga berpengaruh dengan gerakan-gerakan islah tersebut. Mereka bukan setakat terpengaruh, malah turut
memainkan peranan. Ulama Kelantan contohnya Haji Wan Musa merupakan seorang guru agama yang
kemudiannya dilantik menjadi mufti Kelantan pada 1908 (Mohd Sarim Mustajab 1978) merupakan tokoh ulama
pembaharuan dalam memperkembangkan gerakan kesedaran umat Islam khususnya di negeri Kelantan.

iii. Faktor Luar


Peperangan dan penjajahan yang dilancarkan oleh penjajah asing seperti British dan Siam telah menyebabkan
bumi orang Melayu khususnya rakyat di negeri Kelantan mula kehilangan kebebasan dan kemerdekaan.
Walaupun usaha-usaha untuk membebaskan negeri Kelantan dan negeri-negeri Tanah Melayu yang sebahagian
besar dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Pattani dan Timur Tengah. Golongan ulama ini
bergiat aktif dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Kelantan khususnya melalui pendidikan dan
perjuangan menegakkan syiar Islam. Hal ini sepertimana yang dilakukan oleh tokoh ulama Kelantan iaitu Tok
Kenali dan Dato’ Haji Ahmad Maher yang menjadi mufti Kelantan yang bergiat aktif dalam menyedarkan
masyarakat Kelantan akan pentingnya kebangkitan Islam di negeri Kelanan (Ghazali Ismail 2007).

Suasana politik yang tidak stabil akibat penjajahan telah mendorong para ulama berhijrah ke Mekah pada
akhir abad ke-17M. Para Ulama yang berhijrah ke Mekah bukan dalam erti kata ‘lari daripada perjuangan’ tetapi
menyusun strategi baru bagi membebaskan tanah air. Sekurang-kurangnya empat strategi besar yang diambil oleh
100
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

para ulama dalam abad ke-18M di Mekah untuk merangsang gerakan menentang penjajah. Pertama, melahirkan
kader-kader ulama Melayu untuk terus bergerak mengembangkan pendidikan anak bangsa berasaskan tauhid
kepada Allah. Kedua, menghasilkan karya-karya jihad untuk disebarkan kepada orang-orang Melayu Nusantara
khususnya rakyat Kelantan. Ketiga, menggunakan ibadat haji sebagai saluran politik untuk membentuk
pemikiran anti penjajah dalam kalangan rakyat Kelantan. Keempat, menyalurkan sokongan dan semangat jihad
kepada raja-raja Melayu agar terus mempertahankan kemerdekaan Negara (Riduan Mohammad Nor 2007).

Antara ulama Nusantara yang aktif di Mekah pada akhir abad ke-17M ialah Shaykh Muhammad Zain
Faqih Jalaluddin al-Ashi dari Acheh, Muhammad Aqib Hassanuddin al-Falembani dari Palembang, Shaykh
Muhammad Azhari al-Falembani dari Pelambang, Shaykh Muhammad Salleh Abdul Rahman al-Fathani dari
Pattani dan lain-lain lagi. Ulama-ulama ini bergiat cergas melahirkan generasi ulama pewaris yang terkenal
seperti Shaykh Muhammad Arsyad al-Banjari, Shaykh Abdul Wahab Bugis, Shaykh Muhammad Nafis al-
Banjari, Shaykh Muhammad Ali Acheh, Shaykh Daud al-Fathani dan ramai lagi. Ulama- ulama ini secara aktif
bergerak berjuang menentang penjajahan kuasa asing.

Shaykh Daud al-Fathani sendiri, selain aktif menentang penjajah, beliau telah berjaya melahirkan
generasi ulama pejuang yang terkenal seperti Shaykh Abdul Halim Kelantan. Selain menghasilkan ulama pejuang
untuk beberapa generasi sehingga Perang Dunia Kedua, Ulama Melayu di Mekah telah menghasilkan karya-
karya yang dianggap penting dalam perjuangan kemerdekaan. Antara yang terpenting ialah Nasihatul Muslimin
wa Tazkiratul Mukminima fi Fadhail al-Jihadi wa Karaamat al-Mujtahidina fi Sabilillah dan Mulhiqun fi Bayani
Fawaidin Nafi’ah fi Jihadi fi Sabilillah karya Shaykh Abdul Samad al-Falembani, Jum’ul Fawaid dan Tuhfatul
Gharibin, diikuti oleh kitab Munyat Musalli yang dihasilkan oleh Shaykh Daud al-Fathani yang kesemuanya
bertujuan untuk menggerakkan kesedaran jihad ke atas penjajah. Shaykh Daud al-Fathani sendiri dalam kitabnya
Furu’ul Masail menfatwa kewajipan berjihad ke atas penjajah kafir (Riduan Mohamad Nur 2007).

Pada awal abad ke-20M, pengaruh dari Mesir telah menular ke dalam masyarakat Melayu. Pengaruh dari
Negara tersebut yang terawal yang mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu ialah gerakan
islah. Gerakan yang menyeru supaya umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar ini dipelopori oleh
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan mempengaruhi Muhammad Abduh serta Rashid Rida. Melalui peranan yang
dimainkan oleh kedua-dua orang tokoh Islah di Mesir ini, pengaruh tersebut tersebar ke Tanah Melayu
(Mohammad Redzuan Othman 2005). Dalam masyarakat Melayu, gerakan islah seolah-olah membawa mereka
menuju kea rah proses pemantapan kefahaman Islam yang selama ini mereka amalkan dalam menghadapi
cabaran baru. Walaupun sepintas lalu gerakan ini dilihat sebagai unsur yang membawa perpecahan dalam
masyarakat Melayu, namun dari segi yang lain gerakan ini sebenarnya telah membawa kepada peningkatan
budaya intelektual dalam masyarakat. Ini berlaku apabila mereka yang mempunyai iltizam yang tinggi dalam
perjuangan islah yang bersumber dari Mesir ini berusaha menyebarkan fikiran mereka dengan menerbitkan surat
khabar dan membuka madrasah. Melalui kedua-dua institusi ini, masyarakat Kelantan didedahkan dengan budaya
ilmu yang membolehkan mereka disemai dengan semangat kesedaran.

Penyebaran pengaruh Mesir dalam masyarakat Melayu khususnya di Kelantan pada tahun 1920-an dan
1930-an pula dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh Universiti al-Azhar dan Kota Kaherah yang
menjadi destinasi belia-belia Melayu menuntut ilmu. Ketika pelajar-pelajar Melayu berada di Mesir, mereka
menyaksikan rakyat negara tersebut berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Perkembangan
yang berlaku ini memberikan mereka pendedahan dan menjadi pendorong supaya mereka memainkan peraan
yang menyemaikan kesedaran kepada bangsa (Mohamad Redzuan Othman 2005).

101
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

3.2 Bentuk Penentangan

i. Penentangan secara terbuka


Penentangan ulama di Kelantan secara terbuka ini dapat dilihat kepada perjuangan ulama Kelantan iaitu Tok
Janggut dalam memperjuangkan hak orang Melayu Islam daripada dicerobohi dan dirobohkan oleh penjajah
asing yang dapat menjajah Tanah Melayu, khususnya di negeri Kelantan. Gerakan penentangan secara terbuka ini
juga merupakan salah satu daripada cetusan semangat jihad yang berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Munas sebelum ke Mekah adalah hulubalang dalam Istana Jeram. Beliau
adalah sepupu kepada Tuan Guru Haji Ismail yang bertanggungjawab membawanya di Mekah dan dikatakan
berguru dengan Shaykh Ahmad al-Fathani. Melalui gurunya, beliau didedahkan tentang Khalifah Uthmaniyyah
dan diarahkan berjihad untuk memerdekakan Kelantan daripada penjajah asing. Kepulangan beliau ke Kelantan
pada 1909, iaitu hamper serentak dengan kepulangan Tok Kenali, selepas kematian Shaykh Ahmad. Sepertimana
Tok Kenali juga yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan bersama Datuk Nik Mahmud dan Dato’ Laksamana,
Tok Janggut terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Jeram (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perubahan sistem pentadbiran jajahan pada 1904 dan kehadiran wakil British, En. Latiff dari Singapura
sebagai ketua jajahan menjejaskan kedudukan Engku Besar Jeram sebagai pembesar tradisional. Sebelum ke
Mekah, Tok Janggut dikatakan mempunyai hubungan dengan pejuang Pahang yang berlindung di Kelantan
seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato’ Bahaman. Ini memberikan inspirasi kepada Tok Janggut tentang kesan
campur tangan kuasa asing di Kelantan, sepertimana jatuhnya Pattani di tangan Siam pada tahun 1786.
Sementara itu, pada Ogos 1914 telah berlaku ketegangan memuncak antara British, Perancis dan Russia dan satu
phak dengan Jerman, Austria dan Kerajaan Uthmaniyyah di satu pihak yang membawa kepada Perang Dunia
Pertama (Riduan Muhamad Nor 2007).

British telah memaksa Sultan Kelantan supaya menyokong mereka dan mendoakan supaya mereka
berolah kemenangan. ‘Haji dan Lebai’ juga mesti berdoa untuk British dan tindakan akan diambil jika arahan
tidak dipatuhi. Arahan ini dilihat oleh Tok Janggut sebagai satu penghinaan kepada ulama dan umat Islam. Dalam
masa yang sama, Sultan Kelantan dipaksa untuk melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau
simpati kepada kerajaan Uthmaniyyah. Mereka mengeluarkan propaganda bahawa jika kerajaan Uthmaniyyah
mengalahkan British, seluruh bumi Islam termasuk Mekah dan dikuasai Jerman. Ini bertentangan dengan
gagasan Khalifah yang pernah dibuat oleh Shaykh Ahmad supaya semua kerajaan Melayu Islam bernaung di
bawah kerajaan Uthmaniyyah (Riduan Muhamad Nor 2007).

Fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn ke atas British oleh Shaykhul Islam Uthamaniyyah atas alasan kerajaan
Uthmaniyyah berkewajipan mempertahankan setiap inci bumi orang Islam telah mempengaruhi penduduk
Kelantan dengan cepat. British bertindak balas dengan melarang akhbar-akhbar menyiarkan berita peperangan
British dengan kerajaan Uthmaniyyah. Pemberontakan Dahagi di Singapura turut mempercepatkan kebangkitan
rakyat Kelantan dan factor-faktor seperti masalah cukai, kehadiran En. Latiff dan pembunuhan Sarjan Che Wan
hanya mempercepatkan penentangan tersebut.

Bagi menyahut seruan jihad Uthmaniyyah itu, pada 29 April 1915M, Tok Janggut bersama pengikutnya
telah bersepakat dan menyusun strategi untuk menyerang British di Pasir Puteh. Serentak dengan itu, En. Latiff
bagi pihak British telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman bersama dua mata-mata untuk menangkap Tok
Janggut, tetapi gagal. Sebalinya Sarjan Che Wan Sulaiman terbunuh. En. Latiff gagal mendapat bantuan daripada
Kweng (penghulu) Gaal dan Tok Berangan untuk menyekat kemaraan Tok Janggut sehingga memaksa En. Latiff
berundur ke Kota Bharu. Ini membolehkan Tok Janggut menguasai Pasir Puteh dengan mudah. Engku Besar
Jeram diangkat menjadi Raja, manakala Tok Janggut menjadi Perdana Menteri (Riduan Muhamad Nor 2007).

Keesokannya, British menerima laporan kejatuhan Pasir Puteh ke tangan Tok Janggut dan mendapatkan
bantuan tentera dari Singapura. Beberapa pengikut Tok Janggut seperti Mat Pak Ya dan Mat Saman bersiap untuk
102
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

menyerang Kuala Krai. Sebagai langkah berjaga-jaga, Sultan Mohammad ke-IV telah menghantar Dato’ Menteri
Mohd Hassan Salleh dan Dato’ Nik Mahmud ke Pasir Puteh untuk berunding. Tok Janggut telah memberitahu
bahawa mereka bukan menentang Sultan Kelantan, tetapi menolak penjajah British. Walau bagaimanapun, atas
arahan dan tekanan daripada pihak British, Sultan Kelantan terpaksa mengisytiharkan Tok Janggut sebagai
penderhaka dan menitahkan supaya Tok Janggut ditangkap (Riduan Muhamad Nor 2007).

Pada 3 Mei 1915M, 239 tentera British di Singapura bertolak ke Kelantan dan tiba pada 5 Mei dan
mengarahkan kapal HMS Calmus berkawal di Kuala Semerak kerana dibimbangi Tok Janggut mendapat bantuan
kerajaan Uthmaniyyah atau Jerman. 50 askar berkawal di Tanah Merah dan Gunong, dan pada 8 Mei 1915 askar
British mula bergerak di Pasir Puteh. Sultan Kelantan pula dipaksa mengeluarkan arahan menyerahkan diri
kepada Sultan atau British. Sebaliknya, di Pasir Puteh, Tok Janggut dan Engku Besar Jeram bersama pengikutnya
menolak penyerahan dan pengisytiharan Jihad dan Perang Sabil ke atas British (Riduan Muhamad Nor 2007).

Pada 24 Mei 1915M, British telah menggeledah rumah Khatib Abu Bakar kerana dipercayai menjadi
tempat perlindungan Tok Janggut. Khatib Abu Bakar menjadi syahid pertama dalam gerakan jihad ini. Kemudian
askar British dan penyokong Tok Janggut bertempur di Kampung Dalam Pupoh, berdekatan dengan Jeram.
Dalam pertempuran ini, Tok Janggut bersama Tok Abbas dan Tok Hussien telah syahid. Engku Besar Jeram
berjaya melepaskan diri ke daerah Reman, manakala 14 orang lagi pengikut Tok Janggut telah diburu oleh polis
British. Jenazah Tok Janggut diarak ke Kota Bharu, manakala rumah beberapa pengikut Tok Janggut dibakar
kesemuanya (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perjuangan Tok Janggut kerana sentimen jihad ini seolah-olah tidak mendapat dukungan atau sokongan
daripada murid-murid Shaykh Ahmad yang berpengaruh di Kelantan seperti Tok Kenali, Dato’ Nik Mahmud dan
Dato’ Laksamana. Sebenarnya, tekanan British ke atas Sultan Kelantan telah menghilangkan peranan mereka.
Lebih-lebih lagi, Sultan Kelantan terpaksa bertindak ke atas Engku Besar Jeram ekoran pergolakan dalam istana
apabila Tengku Bendahara dan Tengku Chik Penambang yang sedang menuntut takhta menyokong Engku Besar
Jeram. Keadaan ini memaksa Sultan Muhammad ke-IV untuk bertindak ke atas Tok Janggut, ini sekali gus
menutup ruang untuk ulama-ulama ini menyokong gerakan jihad ini (Riduan Muhamad Nor 2007).

ii. Penentangan secara tertutup


Penentangan secara tertutup juga merupakan inisiatif ulama Kelantan dalam menyatakan bahawa mereka
sememangnya berjuang menegakkan syiar Islam daripada dicemari oleh unsur penjajah kafir yang berhasrat
menjatuhkan masyarakat Islam Kelantan. Hal ini terbukti melalui penglibatan ulama Kelantan sendiri iaitu Tok
Kenali. Kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan bukannya hanya melalui peperangan semata-mata, bahkan ia
juga dapat dilakukan melalui saluran pendidikan mahupun penyebaran idea melalui sumber-sumber karya yang
dihasilkan oleh ulama.

Di Kelantan, sistem pengajian Mekah diperkenalkan di Masjid Besar Kota Bharu sebagai pusat pengajian
tinggi Islam dan ia dianggap sebagai universiti pertama Tanah Melayu (Yusoff Zaky Yaakob 1998). Pada 5 Ogos
1917M, sistem pendidikan kelas diperkenalkan oleh kerajaan melalui Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
apabila Madrasah Muhammadiyyah ditubuhkan dan menjelang Perang Dunia Kedua, hampir semua jajahan di
Kelantan telah ditubuhkan sekolah agama sistem kelas ini. Perkembangan madrasah-madrasah yang begitu pesat
antara tahun 1906 hingga 1948 dengan ditandai oleh kemunculan idea universiti Islam menunjukkan bahawa
gerakan kemerdekaan minda melalui pemugaran ilmu telah dimainkan oleh para ulama Kelantan dengan
berkesan sekali (Riduan Mohamad Nor 2007).

Tokoh-tokoh keluaran madrasah ini boleh dikatakan memonopoli gerakan kemerdekaan selepas perang.
Walaupun mereka kurang dikenali sebagai tokoh ulama yang besar, namun sebahagian daripada mereka menjadi
pemimpin utama gerakan kemerdekaan. Di Kelantan, kewujudan sekolah Majlis Agama pada tahun 1915
memberi kesan yang begitu besar terhadap kesedaran kebangsaan dengan dua tokoh terkenal, iaitu Abdul Kadir
103
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Adabi dan As’ad Shukri Muda. Kedua-dua tokoh ini terlibat dalam menubuhkan kelab-kelab Melayu dan juga
penerbitan akhbar di samping perbincangan isu-isu politik (Riduan Mohamad Nor 2007).

Dalam kerancakan membina generasi baru yang begitu aktif menentang penjajah, para ulama tidak
meminggirkan usaha untuk merangsang minda generasi yang lebih dewasa melalui akhbar-akhbar. Penerbitan
majalah dan akhbar yang membawa mesej perubahan bermula pada tahun 1906 lagi melalui penerbitan al-Imam
amat penting dalam sejarah kemerdekaan Negara. Tokoh utama yang muncul sebalik al-Imam ialah murid-murid
Shaykh Ahmad al-Fathani seperti Shaykh Tahir Jalaluddin, Syed Syikh al-Hadi dan Shaykh Abbas Taha. Tujuan
utama al-Imam ialah: “mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana
yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”. Akhbar ini mengajak umat Islam supaya
kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah (Riduan Mohamad Nor 2007).

Selepas kemunculan akhbar-akhbar dan majalah yang dipimpin oleh ulama dengan begitu meluas
sehingga membentuk pemikiran baru umat Islam yang lebih maju dan matang, muncul pula novel-novel dan
karya sastera yang turut memainkan peranan dalam merancakkan gerakan kemerdekaan. Penulisan novel Hikayat
Faridah Hanum pada tahun 1925 oleh Syed Shaykh al-Hadi menandakan bermulanya genre moden dalam sastera
Melayu. Sementara itu, di Kelantan majalah Pengasuh yang penting yang diterbitkan di Kelantan pada tahun
1917 dengan dipimpin oleh Tok Kenali begitu berkesan dalam membentuk kesedaran umat Islam, khususnya di
negeri Kelantan (Riduan Mohamad Nor 2007).

Akhbar dan majalah, termasuklah novel-novel yang dihasilkan oleh para ulama, kemudiannya
dikembangkan oleh penggerak-penggerak media sebelum perang Dunia Kedua begitu berkesan dalam
membentuk nasionalisme Melayu. Ia bukan sekadar membina minda umat Melayu Islam, bahkan menjadi
pencetus kepada perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.

4. Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa ulama berperanan besar dalam mengerakkan perjuangan
menuntut kemerdekaan tanah air. Dalam menangani kerakusan penjajah ini, ulama lah yang pertama sekali
bangkit untuk memerdekakan Tanah Melayu. Mereka berjuang semenjak kali terakhir Melaka menikmati
kemerdekaan hinggalah beribu-ribu orang syahid kerana membebas watan. Bahkan, pada peringkat awal, para
ulama dari Nusantara termasuklah Uthmaniyyah turut berjuang membebaskan bumi Melayu Islam ini daripada
penjajah. Kisah-kisah kebangkitan pembesar hanya timbul selepas British menguasai Perak pada tahun 1874 iaitu
350 tahun sesudah penjajahan.

Para ulama jugalah yang berjuang mempertahankan bumi Melayu daripada serangan Siam pada abad ke-
16 dan abad ke-17M. Dan kebangkitan semangat berjuang menentang kekuasaan penjajah asing dapat dilihat
pada pejuang ulama Kelantan seperti Tok Janggut, Tok Kenali mahupun ulama-ulama lain yang terus berjuang
sehingga penghujung hayat mereka. Seharusnya usaha dan perjuangan mereka ini haruslah dibanggakan dan
menjadi pemangkin semangat untuk kita sebagai umat Islam dan pewaris perjuangan menegakkan agama Islam
ini.

Penghargaan

Makalah ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang dilakukan melalui projek penyelidikan
FRGS/1/2016/SS106/UKM/02/1. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada UKM dan KPTM atas
pembiayaan projek penyelidikan ini.

104
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Rujukan

Abdul Rahman Abdullah. 1997. Penjajahan Malaysia: Cabaran dan Warisannya. Yogyakarta: Pustaka Pelajar
Offset.
Abdul Razak Mahmud. 2002. Ikhtisar Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Abdullah Zakaria Ghazali. 2006. Kebangkitan Tuk Janggut 1915 dan Naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut.
Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali (pnyt.). Warisan Kelantan XXV. Hlm. 1-37. Kota Bharu: Perbadanan
Muzium Negeri Kelantan.
Abdullah Zakaria Ghazali. 2013. Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Notis Memberitahu Serta Perawa-wa
Notis. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Zuliskandar Ramli (pnyt.). Warisan Kelantan XXXII. Hlm.
108-124. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Ahmad Farhan Abdullah. 2012. Perkembangan Pentadbiran Penasihat British-Siam dan Reaksi Golongan Diraja
di Kelantan, 1903-1909. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Ho Hui Ling. Warisan Kelantan XXX. Hlm.
71-123. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Azmah Abd. Manaf. 2012. Malaysia: Gerakan Kesedaran & Nasionalisme. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
C.O 273/287/32383, Document is the Property his Britannic Majesty’s Government 22 July 1902, Enclosure to
Federated Malay States Despatch 22 July 1902.
C.O 273/287/33761, The Marquess of Lansdowne kepada Mr. Archer 13 August 1902, Enclosure to Federated
Malay States Despatch 13 August 1902.
C.O. 273/287/32383, Luang Ratanayapati kepada the Merquess of Lansdowne, 20th Ogos 1902, Enclosure to
Federated Malay States Despatch 20th Ogos 1902.
Firdaus Abdullah. 1985. Radical Malay Politics: Its Origin and Early. Selangor: Pelanduk Publication
Ghazali Ismail. 2007. Dato’ Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail: Peranan dan Sumbangan Sebagai Pengarang
Majalah Pengasuh. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus (pnyt.). Warisan
Kelantan XXIV. Hlm, 1-27. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Ho Hui Ling. 2013. Perubahan Pentadbiran Kelantan, 1910-1941. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Zuliskandar
Ramli (pnyt.). Warisan Kelantan XXXII. Hlm. 89-107. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2013. Reaksi pemerintah dan penduduk terhadap pentadbiran British di
Terengganu, 1919-1928. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Joseph, M.F. 2009. The Alliance Road to Independence. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Kessler, C.S. 1978. Islam and Politics in a Malay State: Kelantan 1838-1969. London: Cornell University
Press.
Khong Kim Hoong. 2003. Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaysia, 1945-1957.
Petaling Jaya: Strategic Information Research Development.
Maxwell, G.W. & Gibson, W.S. 1924. Treaties and Engagements Affecting the Malay States and Borneo.
London: Truscott.
Mizan Nik Mohamed. 2009. Latar Belakang Penubuhan Sistem Penasihat di Kelantan. Dlm. Hanapi Dollah
(pnyt.). Warisan Kelantan XXVIII. Hlm. 8-24. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi: Penerbit UKM.
Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1967). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Mohd Sarim Mustajab. 1978. Satu Nota Tentang Hj. Abbas b. Mohd Taha. Malaysia in History 2(1).
Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?.Kajang: Hazco Print

105
Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Nik Anuar Nik Mahmud. 2005. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah.
Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlm. 221- 230. Melaka: Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Nik Haslinda Nik Hussain. 2011. Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nik Mohamed Nik Mohd Salleh. 1987. Pendudukan dan Pentadbiran Tentera Jepun dan Tentera Thai di negeri
Kelantan 1941-1945. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan VI. Hlm. 52-116.
Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia, 1938-1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Riduan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani. 2007. Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan. Batu
Caves: MHI Publication.
Roff, R.W. 1974. The Origin and Early Year of the Majlis Ugama. Dlm. R. Roff, William.(pnyt.) Kelantan
Religion, Society and Politics in a Malay State. Hlm. 101-152. London: Oxford University Press.
Shahril Talib. 1995. History of Kelantan 1890-1940. Kuala Lumpur: MBRAS.
Thamsook, N. 1967. Negotiations regarding the cession of Siamese Malay states. Journal of the Siam Society
55(2): 227-235.
Tom Mark. 1997. The British Acquisition of Siamese Malaya (1896-1909). Thailand: White Lotus Co Ltd.
Yusoff Zaky Yaakob. 1998. Tok Kenali (1868-1933). Dlm. Ismail Che Daud (pnyt.). Tokoh-tokoh Ulama
Semenanjung Melayu. Kota Bharu: Majlis Agama Islam Negeri Kelantan.
Zainal Abdin Abdul Hamid. 2009. Latar Belakang Penubuhan Sistem Penasihat di Kelantan. Dlm. Hanapi Dollah
(pnyt.). Warisan Kelantan XXVIII. Hlm. 53-71. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Zulkifli Mohd Noor. 1996. Kesedaran Politik Orang-orang Melayu Kelantan Sebelum Tahun 1945. Dlm. Nik
Mohamed Nik Mohd Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan XV. Hlm. 1-17. Kota Bharu: Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan.
Zulkufli Mohd Noor. 1998. Malayan Union dan Sikap Orang-orang Melayu, Khasnya Orang-orang Melayu
Kelantan. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (pnyt.).Warisan Kelantan XVII. hlm. 54-79. Kota
Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

106
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017


Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Warisan Ketatanegaraan Melayu menerusi Undang-undang Tubuh


Kerajaan Johor 1312 (1895)

Hanif Md Lateh @ Junida, Izziah Suryani Arshad @ Mat Resadb, Ahmad Saiful Abdul Manafc
a
Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA
b
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,
MALAYSIA
c
Kolej Komuniti Bentong, KM 6, Karak Setia, 21300 Karak, Pahang, MALAYSIA

Abstrak

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) dengan akronim UTKJ merupakan dokumen bertulis yang
digunakan bagi mencirikan tadbir urus dan bentuk pemerintahan Kerajaan Johor bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar
1312 (1895). Undang-undang yang menjadi perhatian pengkaji bidang telah diinterpretasi sebagai dokumen yang
merujuk pelbagai sumber. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan analisa ke atas UTKJ dari sudut warisan
ketatanegaraan Melayu yang diaplikasikan dalam teks. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan aplikasi
reka bentuk kajian sejarah. Kajian disandarkan pada dokumen dan kajian berkaitan ketatanegaraan Melayu sebagai
data. Analisis data dilakukan menerusi pendekatan komparatif beserta analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa
UTKJ mengaplikasi sejumlah besar warisan ketatanegaraan Melayu yang telah dimuatkan secara holistik dalam teks.

Kata Kunci: Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895); ketatanegaraan Melayu; Sultan Abu Bakar; sejarah Johor; perlembagaan
Johor

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Perbincangan berkaitan teks UTKJ dibuat berdasarkan teks UTKJ berserta tambahan sehingga 16 Jamadil Akhir
1332 bersamaan 12 Mei 1914. Iaitu tambahan kali kedua selepas 1312 (1895). Teks ini telah disalin pengkaji
pada 10 November 2009 daripada simpanan Arkib Negara Malaysia. Teks asal tanpa tambahan atau pindaan

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: hlajsas@gmail.com

107
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

tidak ditemui pengkaji melalui carian yang dilakukan di Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Cawangan Johor,
National Library Singapore, Muzium Johor dan Perpustakaan Pejabat Peguam Negara.

UTKJ menerima tambahan terawal pada tahun 1908 dan seterusnya pada 1918. Edisi-edisi tersebut
adalah edisi yang sama dari segi kandungan UTKJ 1895, tidak melibatkan pindaan melainkan hanya tambahan
yang dibuat secara terasing dengan teks asal dan bukannya melalui tambahan dalam teks asal. Tambahan-
tambahan yang telah dibuat tidak merencatkan kandungan asal teks yang dipinda pada tahun 1895, ini sekaligus
menjadikan teks yang mempunyai tambahan boleh dianggap mempunyai isi yang sama dengan teks asal edisi
1895. Sebagai contohnya, hal ini dapat diperhatikan melalui salinan teks UTKJ bersama tambahan hingga tahun
19181.

Sebaliknya, teks yang telah dimuatkan dengan pindaan akan menjadikan teks asal tersebut diubah dan
tidak asli sepertimana semasa ia digubal pada tahun 1895. Rekod Undang-undang Negeri Johor2 menunjukkan,
pindaan pertama kali dibuat pada 1 Februari 1948 (undang-undang W.K.J No 2/1948). Oleh yang demikian,
dapat difahami bahawa teks UTKJ sebelum 1948 adalah sah diguna dan ditakrifkan sebagai teks asal seperti yang
digubal dan diperkenalkan pada 1312 (1895) kerana belum berlaku sebarang pindaan melainkan hanya tambahan.

2. Asas Persoalan

Kesimpulan kajian terdahulu merupakan asas penting dalam pembinaan kertas kerja ini. Kajian Ahmad Fawzi
menyimpulkan:

Kita mungkin tidak dapat menerima rambang saran yang mengatakan perlembagaan atau UTKJ 1895 itu
sebagai pembaratan. Ini disebabkan beberapa institusi kerajaan telah pun wujud sebelum tahun 1895 itu.
Kita juga harus ingat, selain England, Turki dan Mesir juga mempunyai pengaruh dalam sistem
perundangan Johor. Adalah tidak tepat jika kita menyandarkan proses pembaratan berdasarkan ‘cara
hidup’ Abu Bakar yang dikatakan dipengaruhi oleh masyarakat Eropah di Singapura khususnya. Abu
Bakar sendiri memerintah Johor selama 33 tahun tetapi jika dijumlahkan kehadirannya dalam negeri
hanyalah 16 tahun3.

Dalam kenyataan lain, Ahmad Fawzi menyatakan kewujudan unsur Johor-Riau dalam UTKJ. Ahmad
Fawzi menyatakan:

UUTKJ adalah satu dokumen persuratan perundangan yang menggabungkan kekuatan tradisi Johor-Riau
dan pengaruh perundangan moden. Dari segi persuratan ia adalah penulisan yang tinggi mutunya dengan
memanifestasikan gaya bahasa abad ke-19. Pengaruh bahasa Arab dan Melayu diadun membentuk
struktur bahasanya cukup jelas waktu itu4.

1
Transliterasi UTKJ oleh Fawzi Basri & Hasrom Haron yang mempunyai tambahan sehingga 1918. Lihat Fawzi Basri &
Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Muzium Negara, Kuala Lumpur, hlm. 228-262; Salinan teks The
Constitution of The State of Johore with Supplements, MR342.5952 JOH, National Library Singapore; Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor berserta tambahan sehingga 1914, Arkib Negara Malaysia.
2
Undang-undang Negeri Johor, Cetakan semula, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 mengandungi segala pindaan
hingga 1 Januari 2008.
3
Ahmad Fawzi Mohd Basri, 1999, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian terhadap
aspek ketatanegaraan dan persuratan, dlm. Zainal Abidin Borhan et.al (Ed.), Warisan Persuratan Johor II, Yayasan Warisan
Johor, Johor Bahru, hlm. 386.
4
Ahmad Fawzi Mohd Basri, 1997, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895): Kepentingan dari segi persuratan
dan sejarah, dlm. Zainal Abidin Borhan et.al (Ed.), Warisan Persuratan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm.
177.
108
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Matlob dan Zam Ismail melontarkan pandangan mengenai UTKJ bahawa: “Dalam perlembagaan ini,
Negeri Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu mempunyai perlembagaan bertulis. Kandungannya
merangkumi peraturan, susunan dan bentuk pemerintahan negeri Johor yang teratur”. Seterusnya turut
dinyatakan “Perlembagaan ini berasaskan sistem pemerintahan warisan atau bentuk tradisi dicampur dengan
unsur Inggeris, Turki dan Mesir. Drafnya telah dibuat dalam bahasa Melayu dan bertulisan Jawi, kemudian
diterjemahkan ke bahasa Inggeris5.

Kenyataan Ahmad Fawzi, Matlob dan Zam Ismail merupakan asas persoalan kajian ini yang
merumuskan bahawa penelitian terhadap unsur ketatanegaraan Melayu Melayu mestilah diperjelaskan bagi
membezakan keberadaan unsur Eropah atau Inggeris di dalam UTKJ.

3. Warisan Ketatanegaraan Melayu dalam UTKJ

Warisan ketatanegaraan Melayu merupakan kelangsungan tatacara pentadbiran dan pemerintahan yang
digunakan dalam Kerajaan Melayu Melaka, Riau-Lingga dan Johor. Selain daripada warisan watan Melayu,
terdapat juga unsur Arab-Islam yang tidak dapat dinafikan dalam warisan ketatanegaraan. Hal ini berpunca
daripada kebersamaan Islam yang telah meresap masuk ke dalam pemerintahan Melayu semenjak awal.
Peringkat awal, keberadaan unsur Islam boleh dilihat dengan jelas dalam Hukum Kanun Melaka dan seterusnya
juga melalui karya ketatanegaraan termasuklah kepengarangan Raja Ali Haji terutamanya al-Thamarat al-
Muhimmah. Sebagai contoh, prinsip Melayu yang berteraskan Islam digunakan dalam Hukum Kanun Melaka
menerusi terma-terma haram, jayus, derhaka dan dosa6. Selain itu, Raja Ali Haji secara maksimum menggunakan
Islam dalam prinsip ketatanegaraan termasuklah Islam digunakan sebagai pra syarat perlantikan raja7. Oleh yang
demikian, penjelasan warisan ketatanegaraan Melayu dalam teks UTKJ turut mengambil kira unsur Islam.

Dapatan warisan ketatanegaraan Melayu dibina berasaskan 69 item yang terdiri daripada:

i. muqaddimah
ii. gelaran al-Wathiq
iii. seru bukaan, kenyataan dan titah
iv. makna-makna bagi perkataan
v. penutup dan saksi
vi. 64 fasal UTKJ

Menerusi imbasan ke atas 69 item tersebut, kajian mendapati bahawa sejumlah 34 item mempunyai
kaitan langsung dengan ketatanegaraan Melayu. Item tersebut adalah:

Muqaddimah
Gelaran al-Wathiq
Seru Bukaan, Kenyataan, Titah
Makna-makna bagi perkataan
Fasal 2
Fasal 3
Fasal 4
Fasal 5
Fasal 6
Fasal 11
5
Matlob & Zam Ismail, 2002, Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 68.
6
Lihat transliterasi Hukum Kanun Melaka. Abu Hassan Sham, 1995.
7
Raja Ali Haji, 1999, al-Thamarah al-Muhimmah Diyafah li al-‘Umara’ wa al-Kubara’ li ahl al-Mahkamah, Khazanah
Fataniyah, t.tp.
109
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Fasal 12
Fasal 13
Fasal 14
Fasal 15
Fasal 16
Fasal 22
Fasal 23
Fasal 24
Fasal 27
Fasal 28
Fasal 29
Fasal 30
Fasal 31
Fasal 32
Fasal 33
Fasal 38
Fasal 40
Fasal 41
Fasal 42
Fasal 46
Fasal 47
Fasal 48
Fasal 57
Fasal 58

Penjustifikasian rangkuman pemilihan tersebut sebagai contoh adalah seperti berikut:

3.1 Seru Bukaan, Kenyataan dan Titah

Seru bukaan merupakan kenyataan bahawa penggubalan UTKJ adalah berdasarkan persetujuan para pentadbir
kerajaan Johor. Selain persetujuan, seru bukaan menyatakan bahawa UTKJ adalah undang-undang atau peraturan
yang digunakan sebagai garis panduan untuk mentadbir dan memerintah Johor. Peraturan untuk mentadbir dan
memerintah yang dinyatakan dalam seru bukaan menunjukkan bahawa dokumen ini adalah perlembagaan bagi
Kerajaan Johor. Seru bukaan secara khusus menyatakan UTKJ sebagai ‘pusaka’ yang mesti digunakan secara
turun temurun. Konsep ‘pusaka’ yang dinyatakan dalam bahagian seru bukaan secara khusus merupakan konsep
yang sesuai dengan Arab-Islam-Melayu. Perkataan pusaka pada masa kini merujuk pada harta warisan keluarga
yang diperoleh melalui wasiat atau pembahagian harta pusaka. Manakala dalam sistem politik ia biasa dikenali
sebagai wa‘d atau bay’ah.

Hubung kait turut dapat dilihat dalam bahagian ‘kenyataan’ yang dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama menyatakan, kewujudan UTKJ perlu diterima dalam keadaan ‘suka dan reda’ bagi sultan dan
waris gantinya kelak. Kedua, UTKJ perlu diterima oleh para pentadbir yang terdiri dari ketua-ketua kerajaan,
orang-orang besar dan rakyat dalam keadaan ‘suka reda setia dan taat’. Ketiga, perkara-perkara yang dimasukkan
dalam UTKJ adalah perkara utama (tidak kesemuanya). Ia bermakna fasal-fasal dalam UTKJ merupakan konsep
asas bagi menjadi garis panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan Johor. Kenyataan-kenyataan ini adalah
kenyataan yang berpegang pada prinsip menerima dan reda pada undang-undang tersebut. Secara khusus
bahagian kenyataan sekali lagi mengulang konsep wa‘d dan bay‘ah yang telah ditekankan dalam seru bukaan.
Bahagian ‘kenyataan’ turut menerapkan satu lagi konsep iaitu taat atau patuh pada pemerintah sepertimana yang
ditegaskan dalam bahagian kedua daripada ‘kenyataan’.
110
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Seterusnya, bahagian titah menerangkan tentang akibat tidak mematuhi konsep-konsep yang telah
diterapkan dalam seru bukaan dan kenyataan. Akibat mengingkari konsep wa‘d, bay‘ah dan taat tidak dizahirkan
menerusi hukuman undang-undang, tetapi dilabel dengan ‘haram, jayus8, derhaka dan berdosa’. Cara melabel
sebab akibat perbuatan dengan ‘haram, jayus9, derhaka dan berdosa’ menunjukkan ia mempunyai kaitan langsung
dengan Islam dan Melayu. Kebudayaan Islam di Tanah Melayu pada abad ke 19M sangat memahami prinsip
haram dan berdosa. Begitu juga dengan kebudayaan Melayu sahaja yang memahami prinsip jayus dan derhaka.
Haram, jayus, derhaka dan berdosa dalam edisi terjemahan Inggeris diterjemah sebagai unlawful (haram),
unmanly (jayus), rebellious (derhaka) dan criminal (dosa).

Bahagian seru bukaan, kenyataan dan titah teks UTKJ menggariskan konsep w‘ad, bay‘ah dan taat.
Seterusnya mengemukakan pula akibat mengingkarinya iaitu haram, jayus, derhaka dan berdosa. Konsep-konsep
ini secara jelas dapat kita lihat dalam Islam dan Melayu. Contoh, konsep bay‘ah digunakan semasa permulaan
Khalifah Abu Bakr al-Siddiq menjadi pengganti Nabi Muhammad SAW. Konsep dan pemberian bay‘ah terhadap
Khalifah Abu Bakr ini direkodkan dalam sejarah Islam. Antaranya oleh Ibn Kathir yang menyatakan bahawa
proses bay‘ah berlaku sebanyak dua kali, pertama di Saqifah Bani Sa‘idah dan kali kedua oleh masyarakat
Madinah di masjid10. W‘ad umumnya bermakna mengikat janji antara dua pihak, dan dalam konteks politik w‘ad
adalah janji individu yang diperintah (rakyat) terhadap pemerintah dan sebaliknya.

Konsep ini dapat dijelaskan melalui ‘kenyataan’ UTKJ yang menyatakan bahawa perbuatan menggubal
UTKJ adalah proses sah yang diakui, diredai dan akan diikuti Sultan Abu Bakar. Sebagai balasan pada ikrar
Sultan Abu Bakar, dan memerlukan para pentadbir dan rakyat turut reda, akur dan taat dengan perlembagaan ini.
Ikrar kedua-dua pihak ini merupakan satu ikatan setia yang dapat menerangkan makna wa‘d. Perkataan wa‘d
dalam bahasa Melayu dieja sebagai waad dan diertikan sebagai janji. Konsep bay‘ah dan wa‘d mempunyai
sedikit perbezaan, iaitu bay‘ah merujuk pada satu ikatan setia oleh pemimpin terhadap rakyat dalam memegang
amanah lantikannya sebagai pemimpin11.

Proses bay‘ah dalam rekod sejarah Islam telah berlaku secara rasmi semenjak pelantikan Khalifah Abu
Bakr al-Siddiq, sehinggalah ke era khilafah Islamiyyah yang lain. Manakala wa‘d pula melibatkan aku janji
pemimpin kepada rakyat, tetapi tidak melibatkan satu prosedur rasmi sepertimana bay‘ah. Majlis dan proses
angkat sumpah pimpinan yang dijalankan dalam Kerajaan Johor dan Malaysia kemudiannya dilihat lebih
bersesuaian dengan konsep bay‘ah. Oleh itu wa‘d lebih fokus dalam bentuk perjanjian atau menandatangani
akuan bersumpah dan sebagainya.

Seterusnya konsep taat pada pemerintah yang sedia digesa dan selaras dengan Islam. Keselarasan ini
bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman,
taatilah Allah dan Rasul-Nya dan ulil amr di antara kamu12. Taat pada ulil amr dalam ayat tersebut membawa
makna pemimpin yang boleh dianggap pada masa UTKJ wujud sebagai Sultan Abu Bakar. Walaupun
perbincangan tentang konsep taat terhadap pemimpin ini mempunyai perbahasan yang sangat panjang, khasnya

8
Edisi bahasa Inggeris, perkataan Jayus diterjemahkan pada unmanly. Lihat The Law of The Constitution of 1895
incorporating all amendments up to 1 January 2008, hlm. 14. Jayus ditransliterasi pengkaji mengikut transliterasi yang
dibuat Fawzi Basri dan Hasrom Haron kerana tidak terdapat perkataan yang sesuai maknanya dalam bahasa Arab, juga
dalam Kamus Dewan edisi ke-3 dan ke-4 tiada perkataan berhampiran maknanya dan tidak wujud perkataan jayus dalam
kamus tersebut. Lihat Fawzi Basri & Hasrom Haron, 1978, hlm. 230.
9
Jayus mengikut terjemahan Inggeris boleh disamakan dengan dayus. Dayus dalam bahasa Malaysia membawa makna
tidak bersifat kelelakian, pengecut, penakut, hina dan keji. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2016,
prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dayus [18 Januari 2016].
10
Ibn Kathir, 1998, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 9, Dar Hijr, t.tp, hlm. 414.
11
Ismail Bakar, 2011, Sejarah Kenegaraan Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi, hlm. 84.
12
al-Nisa’ 4: 59.
111
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

dalam siyasah shari‘ah, tetapi pokok persoalannya telah dirungkai iaitu Islam menerapkan konsep taat pada
pemimpin. Seterusnya, perbincangan berkaitan akibat yang merangkumi haram, jayus, derhaka dan dosa adalah
label yang telah digunakan di sisi Islam dan kebudayaan Melayu. Kebudayaan Islam-Melayu contohnya telah
muncul dengan label-label ini dalam Hukum Kanun Melaka13, Sulalat al-Salatin, al-Thamarat al-Muhimmah dan
Muqaddimah fi Intizam al-Waza’if al-Mulk.

Sebagai kesimpulan, keberadaan konsep wa‘d, bay‘ah dan taat dalam teks UTKJ sangat berkait rapat
dengan akibat iaitu haram, jayus, derhaka14 dan dosa. Konsep dan akibat yang dibentuk dalam UTKJ amat selari
dengan konsep dan prinsip yang telah diperkenalkan oleh Islam seterusnya menjadi adaptasi dalam kebudayaan
Melayu. Rantaian serta ikatan antara UTKJ dengan Islam dan Melayu telah ditonjolkan melalui contoh-contoh
ringkas di atas. Oleh sebab itu, bahagian seru bukaan, kenyataan dan titah boleh diklasifikasikan dengan Arab-
Islam-Melayu.

3.2 Fasal 2

Fasal 2 mengetengahkan tentang syarat untuk melantik seorang raja. Syarat diutarakan adalah: Pertama, berdarah
raja (Johor), kedua, lelaki dan ketiga, beragama Islam. Melalui pemerhatian terhadap kerajaan Melayu
tradisional, Riau dan British tidak dikemukakan syarat yang benar-benar sepadan dengan syarat ini.
Bagaimanapun, jika diteliti secara praktikal lantikan seorang dalam kerajaan, ia sangat mirip dengan ciri-ciri raja
yang dilantik dalam Kerajaan Johor-Riau Lingga dan kerajaan Melayu tradisional. Lantikan seorang raja dalam
Kerajaan Johor-Riau Lingga misalnya tidak pernah menyanggahi ketiga-tiga syarat tersebut. Begitu juga sebelum
penggubalan UTKJ, usaha mengabsah Abu Bakar sebagai sultan dimulai dengan pengesahan keturunan bahawa
Abu Bakar benar-benar berdarah raja15. Hal yang sama dibuat pihak British terhadap keturunan Bendahara di
Pahang sebelum perakuan keturunan Bendahara sebagai raja di Pahang diberikan16. Dua contoh ini menunjukkan
bahawa berdarah raja adalah pra syarat yang menjadi kemestian dalam melantik seorang raja.

Merujuk pada al-Thamarat al-Muhimmah, Raja Ali Haji tidak memuatkan darah raja dan berasal usul
dari negeri tersebut sebagai salah satu syarat lantikan17. Raja Ali Haji sebaliknya menekankan konsep berdarah
raja dalam Undang-undang Lima Fasal. Fasal pertama dalam undang-undang ini telah memberi fokus terhadap
jurai keturunan Abdul Jalil (Marhum Kuala Pahang). Jurai keturunan ini mempunyai salasilah yang luas sehingga
kepada Yang Dipertuan Besar, Yang Dipertuan Muda di Riau, Temenggung di Johor dan Bendahara di Pahang.
Perbincangan jurai keturunan dalam fasal satu Undang-undang Lima Fasal merupakan bahagian paling panjang
perbincangannya daripada keseluruhan teks 18 . Perbincangan yang terperinci dan panjang lebar tentang susur
galur atau jurai keturunan ‘berdarah raja’ dan keturunan yang berasal dari negeri tersebut menunjukkan peri
pentingnya keturunan berdarah raja dalam sistem politik Melayu.

Syarat kedua iaitu lelaki menjadi amalan dalam lantikan sistem politik Islam dan Melayu. Sepanjang
pemerintahan kerajaan Islam semenjak Rasulullah SAW menjadi pemimpin utama di Madinah sehinggalah

13
Lihat transliterasi Hukum Kanun Melaka. Abu Hassan Sham, 1995.
14
Konsep derhaka adalah label pada perbuatan ingkar atau menentang raja yang telah diberi daulat (bay’ah). Derhaka
merupakan kata lawan bagi setia (wa’d). Lihat perbincangan mengenai setia, daulat dan derhaka dalam Mardiana Nordin,
2008, Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 119-132.
15
Pengesahan berdarah raja telah dibuat sebelum menggunakan gelaran maharaja dan seterusnya diperkukuhkan sebelum
gelaran Sultan digunakan. J/Raja 12, Memorandum Regarding the Maharajah of Johore: His Title and Position, ANJ.
16
J/MB 2, Jaafar Mohamad kepada D.F.I Harvey Residen Councilor Melaka, 18 November 1889, No 364, Salinan Surat
Dato’ Menteri 1886-1891, ANJ.
17
Raja Ali Haji, 1999, hlm. 7.
18
Abu Hassan Sham, 1981, Undang-undang Lima Fasal dari Riau, Malaysia dari Segi Sejarah 10: 63-92.
112
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

kejatuhan ‘Uthmaniyyah 19 , adalah amat minima lantikan seorang pemerintah tertinggi dibuat dari kalangan
wanita. Hal yang sama juga boleh dilihat dalam kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka,
Johor-Riau Lingga dan lainnya yang menyaksikan majoriti raja yang dilantik adalah lelaki. Amalan melantik
lelaki ini merupakan amalan yang selari dengan tuntutan agama Islam 20 dan seterusnya sebati dengan
pengamalan di Tanah Melayu. Seterusnya syarat ketiga iaitu Islam adalah pra syarat utama dalam karya sistem
politik Islam dan amalan lantikan kerajaan Melayu selepas kedatangan Islam. Raja Ali Haji dalam karyanya al-
Thamarat telah meletakkan Islam sebagai pra syarat lantikan, syarat yang sama turut direkodkan dalam karya-
karya sistem politik Islam yang lain21. Lantikan seorang raja beragama Islam turut dipatuhi dalam lantikan raja
kerajaan-kerajaan Melayu selepas kedatangan Islam.

Kesimpulannya, ketiga-tiga syarat utama lantikan raja iaitu berdarah raja (berketurunan Johor), lelaki dan
beragama Islam adalah syarat-syarat yang sangat sebati dengan pengamalan dalam kerajaan Melayu serta
kerajaan Islam. Oleh itu, kesepadanan amalan dan syarat yang dimuatkan dalam UTKJ menunjukkan bahawa
fasal penetapan syarat lantikan raja ini mengambil sumber Arab-Islam-Melayu.

3.3 Fasal 6

Fasal enam UTKJ menyatakan: “...berbuat sesuatu benda atau jalan atau ikhtiar yang bersifat khianat atas
seseorang yang lebih hampir kedudukannya pada tahkta Kerajaan Johor...”. Fasal ini menyatakan tentang
perbuatan khianat terhadap waris raja yang akan menjadi raja. Perbuatan khianat tersebut akan menghalang waris
raja tersebut menjadi raja. Perbuataan ini mungkin datang dari waris yang kedua, waris yang lain atau mana-
mana pihak berkepentingan untuk mendapatkan jawatan sultan. Fokus utama dalam fasal ini adalah untuk
mewujudkan perlindungan terhadap waris ganti raja. Kesan terhadap perbuatan khianat tersebut adalah hukum
bunuh atau buang negeri, seterusnya hilang hak mewarisi takhta serta dilucutkan pangkat dan dihentikan
sebarang belanja atau elaun yang diperoleh dari Kerajaan Johor.

Fasal enam menurut pandangan pengkaji terhasil melalui pengalaman kerajaan Melayu tradisional.
Antara contoh pengalaman tersebut adalah pergolakan Perang Saudara Pahang antara Bendahara Wan Ahmad
dan Wan Mutahir 22 . Selain konflik Pahang, perselisihan untuk mewarisi takhta Kerajaan Johor-Riau Lingga
selepas kematian Sultan Mahmud III juga menjadi iktibar pada Kerajaan Johor Moden. Perselisihan takhta
Kerajaan Johor-Riau Lingga antara Tengku Abdul Rahman dan Tengku Hussain terjadi kerana unsur khianat
terhadap wasiat Sultan Mahmud III23. Selain daripada Perang Saudara Pahang dan perselisihan antara Tengku
Abdul Rahman dan Tengku Hussain, masih ada kes-kes khianat yang berlaku dalam kerajaan Melayu tradisonal.
Kewujudan kes khianat terhadap waris ganti raja menunjukkan keperluan fasal enam dimasukkan dalam UTKJ,
dan ia jelas terhasil melalui pengalaman Kerajaan Johor dan bukannya melalui rujukan khusus terhadap karya
tertentu.

Kenyataan bahawa fasal ini dibuat berasaskan pengalaman Kerajaan Johor kerana wujud perbezaan
dengan penerapan konsep dengan sistem politik Islam iaitu bughah dan sistem politik British iaitu treason.

19
Lihat senarai khalifah bermula dengan Abu Bakar sehingga kejatuhan ‘Uthmaniyyah dalam karya sejarah Islam.
Sebagai contoh lihat al-Bidayah wa al-Nihayah karya Ibn Kathir.
20
Mawardi tidak menyatakan dalam syarat lantikan seorang ketua negara mestilah Muslim, bagaimanapun melalui
perbincangan tentang tugas, matlamat lantikan, prosedur lantikan dan perkara-perkara boleh melucutkan jawatan ketua
negara, dapat dikenal pasti bahawa seorang ketua negara mestilah Muslim. Al-Mawardi, 1993, hlm. 4-34.
21
Al-Mawardi, 1993, hlm. 6-7; Khalid ‘Ali Muhammad al-Anbariy, 2008, Sistem Politik Islam Menurut Pandangan al-
Quran, al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf, Terj. Mat Taib Pa, Mohd. Puzhi Usop, Mohamed Seman, Wan Hassan Wan
Mat, Najmuddin Wan Abdullah, Azhar Mohamed, Rahimi Mat Saad, Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 131-140.
22
Aruna, G., 1993, Sejarah Politik Pahang 1880-1935, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 35.
23
Walaupun terdapat tafsiran dan rekod berbeza tentang wasiat tersebut, tetapi pokoknya wujud unsur khianat dalam
mewarisi takhta. Mardiana Nordin, 2008, hlm. 151-152; Buyong Adil, 1980, hlm. 177-178.
113
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Menurut perbincangan sistem politik Islam dalam hukum bughah, ia mempunyai perbezaan tertentu. Sistem
politik Islam dan UTKJ berbeza pertamanya berkenaan dengan kumpulan sasaran. UTKJ menyasarkan fasal
enam utamanya terhadap waris yang kedua dan waris yang lain serta kumpulan yang bersekongkol dengan waris
kedua dan waris yang lain. Sebaliknya, hukum bughah menyasarkan pada masyarakat awam dan matlamat
hukum bughah juga tidak fokus pada khianat terhadap waris ganti ketua negara sahaja. Selain itu wujud
perbezaan dengan hukuman yang ditetapkan dalam UTKJ dengan hukuman terhadap ahl al-bughyi24. UTKJ pada
permulaan jenis hukuman membuat ketetapan dengan hukuman mati, hal ini jelas bertentangan dengan hukuman
terhadap ahl al-bughyi.

Seterusnya UTKJ turut mempunyai perbezaan dengan sistem politik British di bawah law of treason
yang mula dibentuk pada 1352. Law of treason berjalan melalui praktikal yang berlaku dalam Kerajaan British.
Perbezaan ketara antara UTKJ dan sistem politik British adalah fokus fasal tersebut. UTKJ memberi fokus
terhadap hukuman, sebaliknya law of treason lebih menekankan pada maksud perbuatan yang dianggap sebagai
treason. Maitland menyatakan terdapat tiga bentuk treason yang utama iaitu: “1. Imagining the king’s death, 2.
Levying war against the king, 3. Adhering to the king’s enemies”. Fokus setiap perbincangan tentang treason
akan menyentuh tentang perbuatan yang dianggap treason25. Perbincangan tentang hukuman terhadap pesalah
tidak disentuh secara terperinci sepertimana yang dibuat dalam UTKJ.

Perbezaan antara UTKJ dengan sistem politik Islam dan British tidak menunjukkan bahawa ia langsung
tidak berkaitan. Bagaimanapun, jika diteliti keseluruhan fasal enam UTKJ menunjukkan bahawa ia terhasil
melalui pengalaman Kerajaan Johor khasnya merentasi catatan sejarah dalam kerajaan Melayu tradisional. Hal
ini menunjukkan bahawa fasal ini dibina berasaskan pengalaman dengan kerajaan Melayu dan sekaligus fasal
enam diletakkan di bawah Arab-Islam-Melayu.

Ketiga-tiga item di atas merupakan contoh terhadap penjustifikasian yang dibuat terhadap keseluruhan
item yang mempunyai kaitan dengan warisan ketatanegaran Melayu. Melalui kertas kerja Persidangan Tamadun
Melayu Johor 201526, sebahagian dapatan tersebut yang dinamakan sebagai sumber adunan telah dibentangkan.
Bagaimanapun, sesuai dengan pembentangan dan kedudukan sebagai prosiding seminar, telah wujud perubahan
penemuan berbanding dapatan terdahulu.

4. Kesimpulan

Warisan ketatanegaraan Melayu yang diaplikasi dalam UTKJ secara keseluruhan melangkaui asas berikut:

i. Sistem pewarisan
ii. Konsep setia (wa‘d atau waad)
iii. Limitasi kuasa raja/sultan
iv. Sistem agihan atau kuasa (sistem pembesar)
v. Persyaratan calon raja/pembesar
vi. Sistem gelaran raja/pembesar
vii. Hak bersuara dan kebebasan beragama

Sesuai dengan asas yang disebutkan di atas, ketatanegaraan yang berdasarkan Islam dan Melayu
kebanyakannya menggunakan teori yang sama dengan penggubalan UTKJ. Penggunaan teori yang sama
menyebabkan UTKJ terhasil dan menjadi terjemahan kepada teori tersebut. Faktor utama yang menyumbang

24
Al-Mawardi, 1989, hlm. 79-83.
25
Maitland, F.W., 1908, The Constitutional History of England, Cambridge University Press, Cambridge, hlm. 227, 514.
26
Lihat Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2015. Sumber adunan Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor 1312(1895). Prosiding Persidangan Tamadun Melayu Johor. Anjuran Kerajaan Negeri Johor, Persada
International Convention Centre. (11-13 November 2015).
114

Anda mungkin juga menyukai