Anda di halaman 1dari 15

Cikgu

Zamzuriza
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

EKONOMI

Definisi Ekonomi Islam

 Ekonomi Islam merupakan aktiviti yang dilakukan oleh manusia


selaras dengan tuntutan syariah sama ada dari segi perolehan,
penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri,
masyarakat dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah
SWT

 Ekonomi Islam juga untuk melindungi penyelewengan dan


ketidakadilan dalam mendapatkan perolehan dan penggunaan
sumber alam

 Ekonomi Islam memenuhi keinginan dan matlamat manusia


bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan
masyarakat keseluruhannya
Sistem Ekonomi
Asas-asas Ekonomi Islam

• Sifat Allah SWT sebagai • Proses


Pencipta dan Penguasa. pembentukan
Merupakan peraturan sahsiah dan
yang ditetapkan oleh akhlak. Oleh itu,
Allah SWT bagi para rasul
meningkatkan kualiti sebagai utusan
hidup di dunia dan untuk
akhirat memurnikan dan
Konsep menyucikan hati
Konsep
Tazkiyah manusia dalam
Rububiyyah
(Kesucian hubungan
(Ketuhanan)
jiwa) dengan Allah
SWT, manusia
dan alam
Konsep
persaudaraan Konsep
dan Ubudiyah
• Hubungan sesama pengorbanan (Kehambaan) • Manusia sebagai
manusia yang hamba Allah SWT
mendorong nilai-nilai patuh akan
murni dan memupuk suruhan Nya.
keamanan sejagat Manusia sebagai
serta meninggalkan khalifah ialah
sifat negatif pemegang amanah
Ciri-ciri sistem ekonomi yang diperkenalkan
oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah
Pengenalan

 Selari dengan pembentukan negara Islam Madinah, Nabi


Muhammad saw turut merombak sistem ekonomi terdahulu
sebaliknya digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang
mempunyai ciri-ciri tersendiri.

 Ekonomi Islam merujuk kepada kegiatan ekonomi yang


berdasarkan syariah dan berpaksikan tauhid dengan matlamat
antara lainnya ialah bagi mengimbangi jasmani dan rohani
serta mendapat keredhaan Allah

 Kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan merupakan


aktiviti ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat di Madinah
dan aktiviti-aktiviti tersebut hakikatnya telah dijalankan sebelum
itu cuma pelaksanaannya adalah berbeza.
Isi-isi penting

Bersumberkan wahyu

 Segala aktiviti yang dijalankan bermula dengan perolehan,


penggunaan dan pengurusan adalah bersumber wahyu iaitu al
Quran dan al Sunnah (Hadis). Sehubungan dengan itu, setiap
aktiviti yang dijalankan mestilah berpandukan hukum-hukum
yang ditetapkan bagi mengelak memberikan mudarat kepada
diri dan masyarakat dan yang paling penting mendapat
keredhaan Nya

 Oleh sebab sistem ekonomi ini bersumberkan wahyu, terdapat


asas-asas yang dikaitkan dengannya seperti konsep
rububiyah, tazkiyah, manusia sebagai hamba dan khalifah
yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi,
persaudaraan dan pengorbanan
Aktiviti yang dibenarkan dan diharamkan

 Nabi Muhammad saw telah menggariskan aktiviti yang


dibenarkan ialah segala kegiatan yang tidak memudaratkan diri
dan masyarakat manakala yang diharamkan adalah
sebaliknya. Oleh sebab itu, segala aktiviti yang bersifat
penindasan seperti riba, penipuan yang berleluasa sebelum ini
diharamkan sama sekali

 Manakala aktiviti seperti jual beli yang berdasarkan hukum


syarak amat digalakkan bersesuaian dengan firman Allah SWT
yang bermaksud, “Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba” (al Baqarah : 275)

 Selari dengan seruan itulah, aktiviti utama yang dijalankan oleh


masyarakat di Madinah lebih tertumpu kepada aktiviti
perdagangan dan mengusahakan pertanian bagi memenuhi
tuntutan mencari nafkah untuk diri dan keluarga
Pengagihan kekayaan secara sama rata

 Bagi memastikan kebajikan golongan yang tidak bernasib baik


khususnya dalam kalangan orang-orang Islam, Nabi
Muhammad SAW telah menggalakkan amalan bersedekah
diikuti kewajipan berzakat bermula pada tahun 2 Hijrah

 Pengeluaran zakat ke atas golongan asnaf bukan sahaja


meringankan beban mereka malah dapat mengeratkan
silaturrahim serta merealisasikan konsep ukhwah sekaligus
mendekatkan jurang sosial antara satu sama lain

 Bagi pengeluar zakat, pengeluaran zakat akan dapat


menambahkan pahala dan membersihkan jiwa daripada sifat
kedekut/ bakhil malah harta yang dimiliki bertambah berkat
bersesuaian dengan maksud zakat dari segi bahasa iaitu
bersih
Penghapusan monopoli Yahudi

 Bagi memastikan sistem ekonomi berjalan lancar, Nabi


Muhammad SAW bertindak menghapuskan eksploitasi
kegiatan ekonomi di Madinah. Baginda SAW juga telah
menghapuskan sistem pajak gadai yang tidak
berperikemanusiaan yang diperkenalkan oleh kaum Yahudi
yang telah menyebabkan bangsa Arab di Madinah bukan
sahaja kehilangan tanah malah anak isteri

 Perlaksanaan sistem ekonomi yang adil membolehkan bangsa


Arab khususnya orang-orang Islam memulihkan ekonomi
mereka. Ini terbukti apabila muncul orang-orang Islam yang
berjaya dalam bidang perniagaan seperti Abdul Rahman bin
Auf

 Golongan Ansar yang terdiri daripada puak Aus dan Khazraj


kini mampu menebus balik tanah-tanah yang terlepas ke
tangan Yahudi
Campur tangan kerajaan

 Pembabitan kerajaan amat diperlukan untuk memastikan


ketidakadilan yang berlaku dalam kegiatan ekonomi dapat
ditamatkan. Sehubungan dengan itu, melalui sistem ekonomi
yang bersumberkan hukum syarak, apa-apa kegiatan ekonomi
yang meninggalkan impak buruk wajar dihapuskan

 Kerajaan Islam di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW


menggesa masyarakat memakmurkan muka bumi dengan
aktiviti yang selari dengan syarak bersesuaian dengan peranan
manusia sebagai khalifah muka bumi dan bukan
merosakkannya disebabkan sifat tamak haloba dan mengikut
nafsu serakah

 Kerajaan juga terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi


dengan melaksanakan cukai yang tidak membebankan
umpama cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan kafir
zimmi boleh dimanfaatkan untuk penyediaan prasarana dan
lambang kekuatan kerajaan Islam
Kesimpulan
 Sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh Nabi
Muhammad SAW bertujuan untuk mewujudkan keadilan dalam
masyarakat, sekaligus menghentikan kepincangan yang
berlaku dalam perlaksanaan sistem ekonomi jahiliah sekadar
memenuhi kepentingan pihak tertentu dan sebelah pihak lain
akan tertindas.

 Apa yang pasti sistem ekonomi yang berasaskan wahyu ini


jauh bezanya dengan sistem ekonomi berasaskan akal dan
nafsu
Kegiatan Ekonomi pada zaman Nabi Muhammad SAW
(abad ke – 7 M)

Pertanian
 Merupakan sumber ekonomi utama bagi penduduk Madinah

 Tanaman utama ialah tamar, anggur, barli dan gandum

 Kaum Aus dan Khazraj banyak berkecimpung dalam bidang


pertanian. Misalnya, Abu Ayub al-Ansari, Sa’ad bin Mu’az,
Umarah bin Hazm adalah antara golongan Ansar yang kaya
dan memiliki kebun kurma yang luas
Kegiatan Ekonomi pada zaman Nabi Muhammad SAW
(abad ke – 7 M)

Perusahaan
 Golongan Yahudi merupakan golongan yang mahir

 Buktinya, bani Qunaiqa’ yang tinggal di tengah-tengah kota


Madinah ialah golongan yang pandai bertukang emas dan
menjalankan aktiviti perniagaan serta memberi pinjaman
dengan kadar riba yang tinggi
Kegiatan Ekonomi pada zaman Nabi Muhammad SAW
(abad ke – 7 M)

Perniagaan
 Wujudnya beberapa pasar harian dan bermusim di dalam dan sekitar
Madinah

 Terdapat sekurang-kurangnya 11 pasar bermusim sepanjang tahun


dalam zaman sebelum kedatangan Islam dan pasar-pasar ini terus
berkembang dalam zaman Islam. Antaranya ialah pasar Ukaz,
Majannah, Zu al-Majaz dan Hubashah.

 Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani, mengurus dan


menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar. Misalnya, Asma
binti Abu Bakar dan suaminya Zubair al-Awwam, menguruskan
sebidang tanah kebunbaharu dan seekor unta serta keldai
Kegiatan Ekonomi pada zaman Nabi Muhammad SAW
(abad ke – 7 M)

Perdagangan
 Penghijrahan Nabi Muhammad saw ke Madinah telah banyak
mengubah ekonomi Madinah. Dari ekonomi yang dimonopoli oleh
masyarakat Yahudi yang mengamalkan penindasan dan berasaskan
riba serta penipuan telah berubah kepada ekonomi yang adil di
Madinah

 Nabi Muhammad saw ialah pemimpin yang berwawasan dan


bijaksana. Baginda pandai menggunakan lokasi Madinah yang
strategik iaitu antara pusat perdagangan Yaman dengan Sham untuk
meluaskan sektor perdagangan Madinah
Kegiatan Ekonomi pada zaman Nabi Muhammad SAW
(abad ke – 7 M)

Perdagangan
 Tambahan pula, baginda telah mewujudkan kerjasama yang tidak
terbatas antara golongan Ansar dengan Muhajirin dalam sektor
ekonomi. Kecekapan golongan Muhajirin dalam perdagangan telah
membawa perubahan dalam ekonomi Madinah

 Buktinya,
 Abdul Rahman bin Auf berjaya meluaskan perniagaannya di
Madinah
 Abu Bakar al-Siddiq membuka kilang kain di Sakh
 Umar al-Khattab berniaga hingga ke Parsi
 Uthman bin Affan terlibat dalam perniagaan kurma di pasar Qunaiqa’
dan perniagaan hamba abdi bersama-sama Abdul Rahman bin Auf

Anda mungkin juga menyukai