Anda di halaman 1dari 8

HUBUNGAN LUAR IAITU MELALUI

PEMBAYARAN JIZYAH PADA ZAMAN


KHALIFAH BANI UMAIYAH.
PENGENALAN

• Jizyah iaitu ufti yang dibayar oleh golongan kafir zimmin kepada negara Islam.
Perlu dibayar secara tahunan mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan
kedudukan dan kemampuan individu tersebut.

• Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang
Islam dan berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Jizyah ini turut
diamalkan pada zaman khalifah Bani Umaiyah. Para khalifah Bani Umaiyah
mengamalkan sistem jizyah tetapi konsep dan sistem pelaksanaannya berbeza
antara khalifah-khalifah Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-masing.

• Melalui pembayaran jizyah, negeri-negeri tersebut menjadi negeri naungan


kerajaan Islam yang berpusat di Damsyik.
ZAMAN KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN
• Berlaku perubahan dasar dalam pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umaiyah iaitu
pelaksanaan jizyah bukan sahaja dikuatkuasakan kepada golongan bukan Islam iaitu kafir zimmi
tetapi turut dikenakan kepada golongan Islam yang bukan berketurunan Arab dikenali sebagai
golongan Mawali
• Alasannya, kerana ramai golongan bukan Arab memeluk Islam untuk mengelakkan membayar
jizyah.Keadaan ini telah mengurangkan sumber pendapatan negara, bahkan pada waktu yang
sama Khalifah Abdul Malik terpaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada kerajaan
Byzantine sebagai jaminan keamanan.
• Situasi semakin parah dengan pemberontakan yang mula mengancam keamanan negara dan
memerlukan dana kewangan yang tinggi. Pengenalan pembayaran jizyah yang dikenakan
terhadap golongan Islam bukan Arab (Mawali) telah menimbulkan kemarahan golongan Syiah di
Kufah dan Khawarij di Iraq terhadap kerajaan Umayyah
• Demi menampung perbelanjaan negara, berlaku tekanan dan penindasan oleh kerajaan dengan
mengenakan pembayaran cukai tanah (kharaj) sebanyak empat dirham seorang di samping
bayaran jizyah. Dasar pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Abdul Malik telah menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat khasnya golongan rahib dan mawali.
ZAMAN KHALIFAH AL-WALID BIN ABDUL MALIK

• Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, dasar dan pelaksanaan
jizyah hampir sama dengan dasar yang dikuatkuasa oleh bapanya. Dasar
perluasan kuasa terus dikuatkuasakan dan pelaksanaan jizyah masih
dikenakan terhadap wilayah yang ditawan seperti wilayah Takharistan,
Samarqand, Kashghar, Sind, Baluchistan, Multan dan lain-lain.
ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ
• Pada zaman Jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan. Hal
ini diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam hal
pungutan jizyah

• Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh khalifah Umar al-
Khattab dan tidak menjalankan perluasan kuasa sekaligus menyebabkan tiada kerajaan-kerajaan
baharu yang menjadi naungan pemerintahan beliau.

• Pada zaman khalifah Abdul Umar Abdul Aziz, beliau telah melaksanakan beberapa perubahan
terhadap pelaksanaan jizyah dan cuba kembali kepada kaedah Islam yang sebenar. Malahan,
khalifah berusaha mengurangkan rasa tidak puas hati golongan mawali terhadap kerajaan
dengan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur dengan golongan Arab.

• Jizyah ke atas golongan mawali kemudiannya dimansuhkan asalkan mereka beragama Islam.
Usaha ini mendapat tentangan daripada beberapa gabenor kerana dikhuatiri akan memberikan
kesan buruk terhadap kewangan negara .
• Khalifah Umar Abdul Aziz telah membezakan antara jizyah dan kharaj. Jizyah hanya
dikenakan pada golongan bukan Islam manakala kharaj dikenakan ke atas pemilik
tanah tanpa mengira samaada ianya seorang Islam ataupun bukan Islam.

• Kadar jizyah kemudiannya telah dikurangkan kepada kadar mampu dibayar oleh
golongan bukan Islam setelah kewangan negara kukuh. Pelaksanaan jizyah yang adil
ini berjaya menarik semula sokongan golongan zimmi dan golongan mawali terhadap
kerajaan Umaiyah.
KHALIFAH YAZID BIN ABDUL MALIK

• Apabila khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau


mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah terdahulu dan
menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan
tercetusnya pemberontakan oleh golongan petani.
KESIMPULAN

• Kesimpulannya, jizyah yang dibayar oleh golongan zimmi digunakan


untuk pembangunan dan menjamin keselamatan serta kesejahteraan
mereka. Dasar jizyah yang tidak mesra rakyat dan membebankan ini
akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan
merupakan salah satu factor yang membawa kepada kemerosotan
kerajaan Umaiyah.

Anda mungkin juga menyukai