Anda di halaman 1dari 6

TEMA: SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KLAN/SUKU KAUM

Tajuk: SUKU KAUM BIDAYUH : PERKEMBANGAN SEJARAH SUKU KAUM

BIDAYUH DI KAMPUNG RASO 2, BAU DARI TAHUN 1960 HINGGA 2015

PENGENALAN

Penduduk Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku kaum. Kepelbagaian

suku kaum ini menjadikan Sarawak sebuah negeri yang unik. Ini kerana walaupun ianya

terdiri daripada penduduknya yang berbilang kaum, namun masyarakat hidup aman dan

harmoni. Antara suku kaum yang terdapat dalam kalangan masyarakat di Sarawak adalah

kaum Bidayuh. Terdapat beberapa pandangan yang membincangkan pengertian dan asal usul

masyarakat Bidayuh di Sarawak. Mengikut legenda, masyarakat yang disebut Bidayuh datang

ke Sarawak dari Sungkong di Kalimantan Indonesia kira-kira dua puluh generasi sebelum

ledakan Gunung Krakatoa (Hewitt 1961: 51). Mereka menetap di kawasan Gunung

Penrissen, atau yang disebut sebagai Borneo Heights.. Dari situ mereka kemudian berhijrah

pula ke kawasan-kawasan berhampiran. Ada kemungkinannya masyarakat Bidayuh yang

awal ini pernah tinggal di sekitar kawasan yang sekarang menjadi Bandaraya Kuching.

Namun pada tahun-tahun kemudiannya perompak-perompak dan lanun dari Laut Sulu telah

datang dan memaksa mereka berhijrah semakin jauh ke pedalaman untuk mencari

perlindungan. Oleh kerana penempatan merekalah, mereka telah dipanggil Dayak Darat.

Antara bahagian yang menjadi tumpuan kaum Bidayuh adalah Bau yang terletak 35.8 km dari

Bandaraya Kuching. Oleh itu kajian ini memfokuskan kepada perkembangan kaum Bidayuh

di Kampung Raso 2 yang terletak di Bau.


OBJEKTIF KAJIAN

Dalam pengkajian esei ilmiah ini, terdapat tiga objektif utama yang ingin dikaji oleh

pengkaji. Bagi objektif yang pertama, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti asal usul

kaum Bidayuh di Kampung Raso 2, Bau. Ini bagi membolehkan pemahaman tentang latar

belakang asal usul kaum Bidayuh di Kampung Raso, Bau dengan lebih jelas dan tepat lagi.

Seterusnya, penulisan esei ilmiah ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perubahan-

perubahan dari segi sosial yang berlaku keatas kaum Bidayuh di Kampung Raso 2, Bau dari

tahun 1960 hingga tahun 2015. Perubahan ini dikaji dari aspek agama, pendidikan dan gaya

hidup. Aspek ini disentuh memandang perkembangan yang berlaku ke atas penduduk kaum

Bidayuh dari segi sosial banyak mengalami perubahan.

Selain itu, tujuan kajian dilaksana bagi mengenalpasti faktor-faktor yang membawa

kepada perubahan penduduk kaum Bidayuh di Kampung Raso 2, Bau dari tahun 1960 hingga

tahun 2015. Aspek ini perlu dikaji memandangkan berlaku perkembangan yang dinamik ke

atas penduduk kaum Bidayuh di kampng terebut dalam tempoh tersebut.

PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat 3 permasalah kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji dalam penulisan esei

ilmiah ini. Permasalahan yang utama adalah untuk mengenalpasti bagaimana asal usul

penduduk kaum Bidayuh di Kampung Raso 2, Bau. Aspek ini sesuai dikaji bagi

membolehkan masyarakat dapat mengetahui asal usul masyarakat kaum Bidayuh di

Kampung kajian.
Kajian ini turut menjelaskan apakah perubahan yang berlaku ke atas kaum Bidayuh di

Kampung Raso 2, Bau dari aspek sosial. Tiga aspek sosial yang dikaji adalah agama,

Pendidikan, dan gaya hidup. Ini dilakukan memandangkan berlaku benyak perkembang

sosial yang berlaku ke atas kaum berkenaan dalam tempoh kajian berkenaan.

Malah permasalahan kajian ini juga cuba untuk mengupas apakah faktor-faktor yang

membawa kepada perubahan sosial kaum Bidayuh di Kampung Raso 2 dalam tempoh yang

dikaji. Dengan penkajian ini membolehkan masyarakat mendalami perkembangan yang

berlaku ke atas masyarakat berkenaan.

SKOP KAJIAN

Terdapat beberapa aspek yang perlu ditinjau agar skop kajian ini lebih teliti dan

teratur. Dari segi tempat kajian, pengkaji memilih Kampung Raso 2 yang terletak di bahagian

Bau. Kampung ini terletak 35.8 km dari Bandaraya Kuching. Ia merupakan sebuah

perkampungan kaum Bidayuh. Namun terdapat juga perkampungan Melayu di persekitaran.

Oleh itu kajian ini sesuai dijalankan bagi meninjau perkembangan kaum Bidayuh di Kawasan

tersebut.

Dari aspek tempoh masa pula, ia melibatkan jangka masa dari tahun 1960 hingga ke

tahun 2015. Jangka masa 55 tahun ini diambil bagi membolehkan pengkaji mendapat banyak

bahan sumber dan meninjau perkembangan masyarakat berkenaan dengan lebih jelas lagi.

Manakala dari segi aspek yang dikaji, terdapat tiga aspek yang ingin dikaji pengkaji.

Aspek yang dikaji ialah asal usul kaum Bidayuh di Kampung Raso 2, Bau. Dalam aspek ini

juga pengkaji lebih menumpukan aspek sosial iaitu perkembangan sosial dari segi agama,

pendidikan dan gaya hidup kaum berkenaan dan seterusnya faktor – faktor yang membawa

kepada perubahan sosial kaum Bidayuh di kampung berkenaan. Tiga aspek ini menjadi
pilihan pengkaji memandangkan berlaku perkembangan yang dinamik dalam kaum Bidayuh

yang mengubah kehidupan mereka dari awal hingga kini.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak penulisan ilmiah sejarah yang membicarakan sejarah kaum etnik

yang terdapat di Malaysia. Malah Sarawak yang terdiri daripada variasiti kaum juga tidak

terkecuali. Antara kajian yang menjadi bacaan pengkaji adalah buku yang ditulis oleh Chang

Pat Foh menceritakan asal usul sejarah tentang Kampung Raso 2 itu. Penulis itu juga

menyatakan mengapakah masyarakat Bidayuh berpindah randah dari suatu tempat ke suatu

tempat. Dalam penulisan beliau menjelaskan tentang asal usul dan perkembangan masyarakat

kaum Bidayuh di Sarawak. Ia merupakan kaum etnik terbesar di Sarawak. Kebanyakan kaum

ini menetap di Kawasan Gunung Bratak dan lembangan Sungai Sarawak. Penghasilan artikel

ini menarik minat pengkaji untuk menghasilkan kajian ilmiah berkenaan masyarakat Bidayuh

di Kampung Raso 2 dari segi perkembangan sosialnya.

KAEDAH KAJIAN

Bagi menghasilkan esei ilmiah ini, pengkaji mengggunakan dua kaedah bagi

mendapatkan sumber. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah perpustakaan. Bagi

kaedah ini, pengkaji akan mendapat sumber primer dan sumber sekunder dari perpustakaan

Pustaka. Bahan sumber yang boleh diperolehi adalah seperti Buku.


PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Bagi bahagian pembahagian struktur esei, pengkaji membahagikan esei kepada tiga

bahagian. Pada bahagian yang pertama iaitu pengenalan, pengkaji menjelaskan secara umum

berkenaan kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak. Seterusnya pengkaji akan

membicarakan kaum yang akan dikaji iaitu kaum Bidayuh yang memdiami kawasan

perkampungan Raso 2 yang terletak di Bau.

Bahagian ini pengkaji akan menjelaskan asal-usul kaum Bidayuh di Kampung

Bidayuh, Bau. Seterusnya, pengkaji akan menjelaskan perkembangan sosial yang berlaku ke

atas kaum Bidayuh di kawasan berkenaan. Aspek sosial yang dikaji adalah agama pendidikan

dan gaya hidup. Pada bahagian terakhir ini juga, pengkaji menjelaskan tentang faktor –

faktor yang membawa perubahan kepada aspek sosial kaum Bidayuh di Kampung berkenaan

dari tahun 1960 hingga 2015.

Pada bahagian terakhir iaitu bahagian kesimpulan, pengkaji membuat rumusan hasil

dapatan kajian penulisan esei.

PENUTUP

Penulisan esei ilmiah yang membicarakan tentang perkembangan kaum di Sarawak

khususnya perlulah diperbanyakkan lagi agar masyarakat luar dapat mengenali sejarah kaum

berkenaan. Oleh itu, pengkaji mengharapkan agar dengan penghasilan esei ilmiah sejarah

kaum Bidayuh di Kampung Raso 2 yang terletak di Bau dapat menambahkan lagi penulisan

esei yang bersifat sejarah kaum.


BIBLIOGRAFI

BUKU

 Pat Foh Chang. History of Bidayuh in Kuching Division Sarawak. Kuching,

Malaysia: Sarawak Press Sdn. Bhd. , 2002.

 Kamus Dewan Edisi ke-4, Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kompleks Sri Utusan, 2013.

 Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

INTERNET

 https://akmalsaputrablog.wordpress.com/2017/10/06/sejarah-itu-apa/

 https://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/24/konsep-dasar-perkembangan-individu/

 https://www.wikiwand.com/ms/Demografi_Malaysia

 http://jinep.blogspot.com/

 https://www.academia.edu/9229057/MASYARAKAT_BIDAYUH

 https://www.academia.edu/9229223/Perubahan_dan_Pembangunan_Masyarakat_Bidayuh_di

_Sarawak_Malaysia

 https://www.scribd.com/document/370962927/The-Landayak-Bidayuh

ORANG SUMBER

 Pn. Nyabet (2020, February 27 ) 85 tahun, Ibu tunggal, Kampung Raso 2, Bau

 En. Diana Anak Sayer (2020, February 26 ) 59 tahun, Polis, Kampung Raso 2, Bau

ARTIKEL

 Borneo Oracle, May 28, 2018

Anda mungkin juga menyukai