Anda di halaman 1dari 52

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian dan variasi kaum
serta etnik di dalamnya. Penggabungan Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan
Borneo apda tahun 1963 telah menyerikan lagi kepelbagian tersebut kerana bukan
sahaja kaum Melayu, Cina dan India malahan turut etnik-etnik bumiputera Sabah dan
Sarawak.Kepelbagaian inilah yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara
yang semakin pesat terutama dalam aspek pelancongan yang dipacu oleh
kepelbagian etnik di Malaysia.

Kajian ini merupakan kajian potret hubungan etnik yang meliputi budaya
kepelbagaian kaum di kawasan Parit Raja, Batu Pahat.Kajian ini membantu golongan
muda kawasan Parit Raja untuk mempelajari sejarah terbentuknya kaum - kaum di
kawasan mereka. Hal ini kerana sebahagian rakyat Parit Raja masih keliru dengan
jenis kaum sendiri dan kajian ini akan dikaji lebih mendalam lagi tentang kaum-
kaum seperti budaya upacara pengebumian, budaya pemakanan dan budaya
pemakain di kawasan tersebut.

Budaya ditakrifkan sebagai perkara -perkara yang berkaitan dengan budi dan
akal fikiran manusia. Budaya juga bermaksud suatu peradaban berdasarkan kamus
dewan edisi keempat. Istilah budi juga dimaksudkan sebagai kecergasan akal
seseorang manusia bagi mengatasi permasalahan dengan penyelesaian .Budaya boleh
juga dikategorikan sebagai adat, pakaian, tingkah laku yang diwarisi oleh sesuatu

1
masyarakat atau bangsa ebagai lambang kelompak mereka.Perkara ini dapat dilihat
melalui etimologi perkataan ‘budaya’ yang bermaksud ‘budi+daya’ yakni budi
sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai
konsep lahiriah manusia yang meliputi hasilan dan usaha. Konsep budaya merupakan
satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat
dengan suatu masyarakat yang lain

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyenaraikan dan menjelaskan elemen-elemen budaya dalam masyarakat


Parit Raja

2. Menjelaskan aspek-aspek variasi budaya serta terhadap variasi budaya

3. Menjelaskan maksud budaya dan kepentingan budaya dalam masyarakat


Parit Raja

4. Mengenal pasti jenis-jenis budaya dalam masyarakat Parit Raja dan kesan
terhadap zaman masa akan datang

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

1. Kaum Melayu terutamanya generasi muda tidak dapat mengenal pasti


identiti sesebuah etnik di dalam masyarakat kawasan Parit Raja

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah elemen-elemen kebudayaan dalam masyarakat Parit Raja?


2. Bagaimanakah aspek-aspek variasi budaya serta sikap terhadap variasi
budya dipupuk dalam masyarakat Parit Raja?
3. Sejauh manakah tahap kesedran yang dimiliki oleh masyarakat Parit Raja
tentyang kepentingan budaya yang dimiliki oloeh pelbagai kaum?

2
1.5 SKOP KAJIAN

1. Kajian dilakukan terhadap kaum Melayu, Cina dan India untuk mengkaji
mengenai budaya kehidupan pelbagai etnik di dalam sesebuah kaum itu
sendiri. Kawasan kajian ini dilaksanakan disekitar kawasan Parit Raja, Batu
Pahat

3
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula
kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan,
seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-
18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang
Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi
kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep


masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut
Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.
Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama
tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan
mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di


Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor
penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing
yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke

4
hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi
daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit
demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti
migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina


daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga
ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui
beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah
menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular.
Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang
ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat
sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara
haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan


bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh
masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah
Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu
akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina
Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau
kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada
pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.


Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan
Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan
penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan
dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara
lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

5
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses
pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses
pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan,
ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam
proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku
dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras,
bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara
tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang
lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk
pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-
negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila


kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan
British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik
dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar
berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

2.2 BUDAYA PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

2.2.1 DEFINISI BUDAYA

Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), budaya didefinisikan


sebagai suatu tamadun dan peradaban manusia. Manakala secara amnya,
budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu
kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya”
yang bermaksud “budi + daya” ; iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia
yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia
yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh

6
difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai
bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan
satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu
masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

2.2.2 BUDAYA MELAYU

Hari ini, masyarakat Melayu, kumpulan etnik terbesar Malaysia,


merupakan lebih daripada 50% jumlah penduduk. Di Malaysia, nama
Melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi
Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman
mereka daripada agama Hindu dan Buddha Theravada bermula pada 1400-
an, kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka.
Masyakarat Melayu dikenali kerana sifat lemah-lembutnya dan warisan seni.

1. Adat Melawat dan Berkunjung

Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu


berhubung dengan lawatan dan kunjungan.
a. Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang
dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan
“Assalamualaikum”.
b. Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung
hendaklah menanggalkan kasut.
c. Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung
hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala
tanda hormat sambil berjabat tangan.
d. Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu
kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah
menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah
tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘
maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.

7
e. Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya,
tetamu dan tuan rumah duduk bersila. Bagi orang lelaki
duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan
bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang
sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak
tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan
luas.
f. Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak
manis tetamu menolaknya. Jika sudah kenyang sekalipun
hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
g. Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan
orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit
tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua
mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda
kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa
orang muda. Maka itu sesetengah orang menyediakan
peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua
atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak
begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan
kekeluargaan di kalangan anak – anak.
h. Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita
jangan menjangkau makanan yang terletak jauh dan sukar
dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar
dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.
i. Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau
pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan tangan
sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan
tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika
menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan
bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.
j. Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara
kurng menyenangkan sehingga boleh menganggu selera
makan atau menyebabkan pertengkaran.

8
k. Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana
perbuatan itu dianggap biadap dan tidak menghormati ornag
lain.
l. Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa
golongan muda. Jangan sesekali meninggikan suara seperti
orang menengking.
m. Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak
jauh dari kita, hampirilah dia jangan bercakap dengan
menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut.
n. Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal
daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap suami
bukan membelakanginya.

2. Menyambut Kelahiran

Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang


larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan
bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan
janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk
halus.

Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan


wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang
dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung
dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara
yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

a. Menempah bidan

Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung,


mertua wanita tersebut akan bersiap sedia dengan berbagai
alat untuk melenggang perut serta menempah bidan. Masa
yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka
pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan
bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit
9
– langit dan membentangkan hamparan yang indah serta
menjemput sanak saudara kaum keluarga. Upacara
menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang
mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara bagi
menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk
menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini
dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat
menguruskan kelahiran bayi.

b. Menjamah perut
c. Melenggang perut

Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang


mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai
genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan
dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada
waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi
penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah
sangat penting.Tujuan melenggang perut adalah untuk
membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak
yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan
wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak. 1.
Antara bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain
batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak
beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu
dan sebatang salur pinang.

d. Mandi melenggang perut

Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan –


bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu
seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua
ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain
lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang
ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.Biasanya tempat

10
mandi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan
bangku tempat mandi dan wanita hamil akan duduk di ats
bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat
ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat
restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal
dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan
bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain
yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus
ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain
basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian
dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis
bunga. Akhir sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi
lenggang pun berakhir.

e. Mengadap semangat

Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan


di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai tempat
wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini
hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi
semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit
dipecahkan telur dan sejambak bunga.Ayam panggang dan
kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang
berasingan sebagai pemberian kepada semangat. Wanita
hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi
yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan
tidak cacat anggota.

3. Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil

Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan


masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak
tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang
hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.
Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang
11
larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan
terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti
oleh wanita yang mengandung.
a. Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan
Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam
kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu
bersalin.
b. Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda –
benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir
nanti akan terkenan dan cacat.
c. Wanita hamil dilarang ketawa, menghina dan mengejek
orang kerana dikhuatiri sifat – sifat orang yang dihina itu
akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
d. Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana
dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa
depan.

4. Adat dan budaya perkahwinan kaum melayu

a. Merisik
b. Meminang

Rajah 2.1: Rombongan merisik dan meminang


c. Hantaran belanja
d. Menjemput

12
e. Akad Nikah
f. Berandam
g. Berinai Besar
h. Majlis Persandingan

Rajah 2.2 Majlis persandingan

5. Pakaian kaum Melayu

I. Kaum wanita
a. Baju Kurung

Rajah 2.3 Baju kurung lama

b. Baju Kedah

13
Rajah 2.4 Baju kurung kedah

c. Baju Kebaya Labuh

Rajah 2.5 Baju kebaya labuh

d. Baju Kebaya Pendek

II. Kaum lelaki

a. Baju Melayu Cekak Musang.

14
Rajah 2.6 Baju melayu
b. Songkok
c. Destar atau Tengkolok

Rajah 2.7 Tengkolok

6. Seni Ukiran Tangan


a. Senjata Keris
b. Pertukangan Kayu
c. Pertukangan Logam

7. Tarian Tradisional

1. Tarian Kuda Kepang

15
Tarian kuda kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari
Jawa. Kuda kepang digunakan pada asalnya untuk
menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi
paluan gendang, gong danangklung. Ia memerlukan sekurang-
kurangnya 25 orang termasuk penari, pemain muzik, penjaga
kawasan dan "Bomoh Pemulih".Namun, ia telah diharamkan
kerana memiliki unsur-unsur pemujaan roh yang berlawanan
dengan akidah Islam.

2. Tarian Zapin

Pengaruh keislaman dalam tarian tradisi Malaysia mungkin


paling jelas pada Zapin; suatu tarian popular daripada negeri
Johor. Diperkenalkan oleh mubaligh Islam daripada Timur
Tengah, tarian asal itu dipersembahkan untuk zikir ketuhanan
Islam untuk menyebarkan maklumat mengenai peradaban Islam.

3. Seni Silat

Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan


sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni
yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan
pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah,
persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.

8. Muzik Tradisional

1. Kompang

Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling


popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti
Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis
perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin
tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara

16
berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan
melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu
gabungan ritma yang menarik.

2. Gamelan

Gamelan, yang berasal dari Indonesia, adalah merupakan


orkestra tradisional yang memainkan melodi menggunakan
sekumpulan alat muzik termasuk gong serta alat muzik bertali.
Nobat pula adalah orkestra diRaja yang memainkan muzik
istana yang lebih formal menggunakan pelbagai alat muzik,
termasuk serunai dan nafiri.

3. Ghazal

Ghazal di peringkat permulaannya dikenali juga sebagai


"gamat" yang bermaksud riuh-rendah. Pada masa kini ghazal
Melayu lebih dikenali sebagai ghazal Johor. Irama ghazal
berkembang pada asalnya di istana-istana Riau-Lingga. Antara
alat muzik yang digunakan adalah seperti sebuah peti
harmonika, satu set tabla, gambus, violin, gitar, markas dan
tamborin. Pemuzik ghazal Johor biasanya seramai 7 hingga 9
orang pemuzik lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap
bersongkok dan samping.

2.2.3 BUDAYA INDIA

Kumpulan etnik ini merupakan kumpulan terkecil antara tiga kumpulan


etnik utama di negara ini, mengikut statistik Majlis Pembandaran Batu Pahat
pada tahun 2010 kaum India di Parit Raja hanya berjumlah 12 orang.
Kebanyakannya berasal daripada pendatang dari Selatan India yang
berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan
17
British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih
baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan
beragama Hindu,mereka turut membawa budaya mereka yang unik

Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi


mereka yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal
mereka dan kini kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan
budaya tempatan. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya
dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India
mempunyai banyak persamaan dengankebudayaan masyarakat Melayu. Ini
jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India
terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Masyarakat India
mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis perayaan utama ialah
Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. Selain dari itu, masyarakat Hindu
juga merayakan beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu di
seluruh negara.

1. Perkhawinan

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui


perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu
vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang
mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian
atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak
kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti
(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang). Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan
berkongsi minum' air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.

18
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami
isteri.

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa
dihormati.Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua
agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan
berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk
mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk
mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan
dilakukanpada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara
perkahwinan dilakukan dirumah pengantin perempuan ataupun di kuil
oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu,
sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan
perkahwinan tersebut.

2. Sewaktu mengandung

Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil


menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut
akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai
Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula
bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk
melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa
bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri
daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, logam dan emas mengikut
kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan
emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut
dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara
dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai
ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini
termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit,
buah-buahan,sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.
Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya
upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga
dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut

19
didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu,
air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.

3. Kematian

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,


iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.
Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan
jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh.
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk
melaksanakan upacara ini pelbagai adat ditentukan.

4. Tanda Hormat

Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan


tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa
dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan
dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima
sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan
kesyukuran.

5. Upacara vaikkarasi

Setelah dimandi dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam


keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara
akan memberi penghormatan yang terakhir kepada si mati dan
mendoakan agar roh si mati akan tenang. Pada masa yang sama,ucapan
tenna adudaiya shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai
menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli
keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga
kali sebagai tanda penghormatan.

6. Kollik catti

Kollik catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api. Periuk
tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah
tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollik catti dibawa oleh
ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung

20
melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu
untuk ibu. Seseorang yang membawa kollik catti mengiringi mayat.
Sebelum itu pembawa kollik catti dikehendaki mencukur rambut. Ini
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut
yang baru tumbuh.

7. Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam negara Malaysia mempunyai perayaan yang


tersendiri bagi kaum mereka tersendiri. Bagi kaum India mereka
merayakan perayaan mereka seperti Deepavali, Thaipusam, dan Ponggal
bagi setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan
semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan
yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa
hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi Thaipusam pula,
merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di
atas muka bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.

Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa


Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran. Bagi ponggal pula,perayaan ini
diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan
periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan
untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia membawa
muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.
Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat Hindu
mengukuhkan ikatan sesama mereka.

8. Upacara menanggalkan thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa


berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu
rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah
suaminya meninggal dunia.

21
9. Bharata Natyam India

Tarian klasik India adalah seperti gerakan puisi. Berdasarkan epik India
lama, tarian penuh perasaan dan dramatik ini menggunakan lebih 100
langkah tarian dan gerakan. Penguasaannya memerlukan latihan
bertahun-tahun, jadi kanak-kanak mula mempelajarinya seawal umur
lima tahun.

10. Bhangra

Bhangra adalah muzik rakyat dan tarian dalam komuniti Sikh. Asalnya
tarian menuai, ia kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu
keramaian sosial seperti perkahwinan dan perayaan Tahun Baru.
Biasanya menceritakan tema romantik dengan nyanyian dan tarian yang
dijana oleh rentak kuat daripada dhol, gendang dua hala, Bhangra adalah
muzik yang mengasyikkan.

11. Pakaian

Dari segi pakaian, golongan wanitanya kerap menggunakan ‘sari’ iaitu


sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan
dikeliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian
tradisi kaum lelaki pula digelar ‘dhotis’ iaitu sejenis kain berwarna
putih. Kaum lelaki juga mengenakan ‘vesti’ atau ‘kurta’ iaitu pakaian
putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu.

Rajah 2.8 Pakaian Vesti

22
Rajah 2.9 : Pakaian Kurta

Rajah 2.10 Pakaian Dhotis

Rajah 2.11 Pakaian Sari

23
2.2.4 BUDAYA CINA

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat


enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan
dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan
suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di
Malaysia.Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia
Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai,
Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor
Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di
tempat-tempat tersebut.Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di
Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana
golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis
juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah.
Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah
dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong,
di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-
an.

Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia,


terutamanya RTM2 dan 8TV.Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku
dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan,
Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor
barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching.
Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan
berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-
dialek Cina dalam media Malaysia.Suku Teochew ditumpukan di beberapa
bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan
Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian. Maka, secara amnya
terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari
dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka
kebanyakannya bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala
Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan
Hakka.

24
Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin
paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada
pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan
bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai
orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-
dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur
pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung
kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-
masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan
Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

1. Lawatan dan Kunjungan

Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik –


baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan
kepada tuan rumah. Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada
tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah
hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah
berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah
keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu
dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.

2. Kelahiran

Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu


mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah,
terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama
sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak
terperanjat dengan benda-benda yang tidak baik. Pantang larang itu
diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin. Orang Cina tidak
suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata-kata
pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan.
Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh

25
digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah.
Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur
satu tahun.

3. Perkahwinan

Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum


Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak
mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya,
perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri.
Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek
moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki
akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan
sebagai seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh


dilakukan apabila kanak – kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun.
Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi
seseorang perempuan Cina untuk berkahwin. Pada waktu dahulu
sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan
itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih
mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak – anak
mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi
peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat
yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan
juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di


Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :

 Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar


dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
 Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di
mana pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang

26
lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama
lain.
 Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan –
kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh


adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara
yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah
pengumuman perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara
mara mereka dengan mengadakan jamuan. Apabila tetamu berjumpa
dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah
kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut
perkataan – perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau
hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu. Warna merah
dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh
kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan
kertas berwarna merah.

4. Kematian

Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna –


warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat
itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan
sebagainya.

Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah


membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat
sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang
berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau
menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan
sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis
dengan kata – kata pujian kepada si mati.

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas


benang merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda

27
terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan
menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang
diberi itu boleh dimakan

5. Tarian tradisional

a. Tarian Singa Cina

Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina, Tarian


Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda, di zaman
purbakala, hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos
bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada
malam Tahun Baru. Biasanya memerlukan koordinasi sempurna,
kelembutan dan keberanian yang tinggi, tarian ini sentiasa ditarikan
kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.

Rajah 2.12 Tarian Singa

b. Tarian Naga

Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa,


kebaikan, kesuburan, kegigihan dan maruah dalam budaya Cina.
Biasanya dipersembahkan untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tarian
Naga dikatakan memberikan nasib baik dan keuntungan kepada tahun
yang mendatang. Biasanya memerlukan pasukan melebihi 60 orang,

28
persembahan hebat ini adalah pertunjukan koordinasi, skil dan
kelembutan yang sempurna.

Rajah 2.13 Tarian Naga

29
BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan
untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian
yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam
mencapai objektif. Bab ini akan menjelaskan metodologi kajian yang digunakan
dalam kajian yang dijalankan. Perancangan yang telus dan teratur telah dilakukan
dan strategi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-
kaedah tertentu. Bab ini juga akan membincangkan dengan terperinci beberapa
perkara penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam mengkaji satu
penelitian budaya di Parit Raja, Johor.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut
berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu
kajian. Metodologi kajian dan strategi yang disusun untuk mendapatkan maklumat
dan data untuk mencapai objektif dan matlamat kajian seperti yang dijelaskan dalam
rajah 1 berikut.

30
Mengenal pasti masalah

Pemilihan
v
tajuk

Melaksanakan kajian

1. Kaedah Soal Selidik


2. Kaedah menemubual
3. Melakukan kajian di perpusatakaan
4. Kaedah analisis data

Kesimpulan

Rajah 3.1 menunjukkan carta alir proses kajian dilakukan

Bedasarkan Rajah 1, kami melaksanakan empat kaedah kajian tinjauan. Kajian


tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen
yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains
sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Kajian
tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai
iaitu ratusan atau ribuan responden(Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke
atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-
ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh
melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang
keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian

31
tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu
populasi.

3.3 LOKASI KAJIAN, POPULASI DAN SAMPEL

3.3.1 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian ialah Parit Raja, Johor. Lokasi di mana kajian dijalankan ialah di
pecan Parit Raja, Johor.

3.3.2 Populasi dan sampel kajian

Populasi ialah satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu, objek atau
peristiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun individu yang
keputusannya boleh dibuat sebagai kesimpulan umum (Mc Millan, 1996).
Berdasarkan kajian yang dijalankan, populasi kajian ialah penduduk Parit Raja
(anggaran 3000 orang). Kaedah yang digunakan ialah pensampelan iaitu proses
pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi tujuan mewakili populasi
sesebuah kajian. Seramai 60 orang responden telah melalui prosedur
pensampelan. Jenis pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah iaitu
merujuk kepada pemilihan sampel yang tersedia untuk menyertai kajian dan
sesiapa yang dapat menyediakan maklumat yang diperlukan.

3.3.3 Kaedah pengumpulan data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah menggunakan borang soal


selidik agar kami dapat memperoleh lebih banyak maklumat daripada
responden. Melalui soal selidik juga, kami dapat dapat menjawab objektif kajian
yang memerlukan jawapan kepada sebab dan akibat. Menurut Muijs (2004),
sebab dan akibat lebih baik diperhatikan melalui pendekatan kuantitatif. Di
samping itu, kami juga menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual bagi
menampung maklumat yang kami dapat. Dengan ini, objektif kajian yang
diperoleh akan lebih kukuh.

32
3.4 PEMBINAAN BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan perkongsian maklumat antara ahli
kumpulan berasaskan kepada definisi yang jelas.

Pada bahagian pertama, iaitu Bahagian A, bahagian ini adalah latar belakang
responden. Item yang terlibat ialah jantina, umur dan kaum. Pada bahagian yang
kedua iaitu bahagian B, sebanyak 12 soalan telah dinyatakan berdasarkan objektif
kajian. Soalan yang dibina, dijawab dengan menyatakan persetujuan responden.
Skala yang digunakan ialah, 1- Tidak setuju, 2- Kurang setuju, 3- Setuju, dan 4-
Sangat setuju. Akhir sekali iaitu bahagian C, di mana responden dapat menyatakan
pandangan berdasarkan tajuk kajian.

3.5 KESIMPULAN

Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kajian gabungan
(mixed method design) dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
Reka bentuk kajian ini dilaksanakan dengan kajian kuantitatif ( kajian tinjauan)
terlebih dahulu sambil diikuti dengan kajian kualitatif ( temu bual) sebagai pelengkap
yang mengukuhkan hasil kajian kuantitatif. Sampel kajian diperoleh menggunakan
pensampelan mudah. Data telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik bagi
kajian kuantitatif dan temu bual semi berstruktur bagi kajian kualitatif. Kaedah-
kaedah ini dipastikan dapat mencapai objektif kajian.

33
BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Pengenalan mengenai bab ini adalah berkaitan dapatan kajian bagi keputusan soal
selidik yang diberikan oleh reponden – responden yang telah dijalankan. Kajian ini
telah dianalisis menggunakan kaedah statistikal. Semua keputusan dibentangkan
dalam bentuk jadual, carta pai dan graf. Hasil dapatan kajian dalam bab ini adalah
untuk menghuraikan jawapan kepada persoalan tentang budaya masyarakat pelbagai
kaum di Parit Raja. Untuk menjawab persoalan tersebut, pengkaji telah
menggunakan kaedah stastistik deskriptif melalui Google Form iaitu borang soal
selidik yang dijawab secara online. Analisa data dari borang selidik dilakukan
menerusi taburan frekuensi iaitu untuk menunjukkan kekerapan dan peratus. Selain
melakukan soal selidik, beberapa temubual juga dilakukan untuk menyokong
dapatan kajian ini.

4.2 ANALISIS LATAR BELAKANG RESPONDEN

Jadual di bawah menunjukkan latar belakang responden secara peratusan dan


kekerapan berdasarkan item 1 – 3 dalam borang soal selidik.

34
Bil Kategori Kumpulan responden
Kekerapan Peratus
1. Jantina
Lelaki 16 26.7%
Perempuan 44 33.3%
2. Umur
18 tahun dan kebawah 11 18.3%
19 – 25 tahun 25 53.3%
26 – 40 tahun 6 11.7%
40 tahun dan keatas 18 16.7%
3. Bangsa
Melayu 53 83.3%
India 2 3.3%
Cina 5 8.3%
Jadual 4.1 latar belakang responden

4.2.1 Analisa data jantina

Rajah 4.1 Jantina responden

Kajian ini melibatkan 60 orang responden yang terdiri daripada 73.3% (44
orang) daripadanya adalah perempuan manakala 26.7%(16 orang) daripadanya
adalah lelaki. Daripada perangkaan ini kita dapat membuat gambaran bahawa
bilangan responden perempuan lebih ramai daripada responden lelaki. Hal ini kerana
ialah faktor penyebaran borang atas talian ini ialah majoriti yang menjawab adalah
35
rakan – rakan perempuan. Faktor kedua ialah bilangan lelaki di dalam sesuatu
kumpulan semasa penyebaran borang soal selidik atas talian itu kurang daripada
perempuan. Oleh itu, agak sukar untuk mendapat bilangan yang sama rata untuk
kedua – dua jantina.

4.2.2 Analisa umur responden

Rajah 4.2 Umur responden

Rajah 4.2 menunjukkan data umur responden yang berada di antara 18 tahun
hingga 40 tahun keatas. Umur responden dibahagikan mengikut 4 peringkat umur
iaitu 18 tahun dan kebawah yang terdiri daripada 11 orang (18.3%), yang kedua ialah
19 hingga 25 tahun yang terdiri daripada 25 orang (53.3%), seterusnya ialah 26 – 40
tahun yang terdiri daripada 6 orang (11.7%) yang yang terakhir sekali ialah 40 tahun
keatas yang terdiri seramai 18 orang (16.7%). Kami mengelaskan peringkat umur
sehingga 40 tahun ke atas adalah kerana kawasan kajian yang dipilih ialah Parit Raja
yang merupakan sebuah pekan besar. Oleh itu, pendapat dan pandangan warga yang
lebih dewasa amat diperlukan kerana mereka lebih berpengalaman.

36
4.2.3 Analisa bangsa responden

Rajah 4.3 Bangsa Responden

Rajah di atas menunjukkan bilangan responden mengikut tiga jenis bangsa iaitu
melayu, india dan cina. Majoriti yang menjawab responden ini ialah kaum Melayu
yang terdiri daripada 53 orang (83.3%), bangsa cina pula terdiri daripada 5 orang
(8.3%) dan kaum india seramai 2 orang sahaja (3.3%). Kaum yang mempunyai nilai
tertinggi ialah Melayu dan hal ini kerana kawasan Parit Raja adalah terdiri daripada
kaum melayu berbanding kaum lain. Oleh itu, salah satu faktor reponden kaum lain
yang agak sedikit kerana ahli – ahli pengkaji kurang berhubung dengan kaum lain.
Selain itu, kaum india dan cina kurang didapati di kawasan kajian tersebut.

4.3 Analisa tentang pendapat mereka tentang budaya masyarakat dalam


pelbagai kaum di Parit Raja.

Dalam bahagian ini, pengkaji telah membuat tiga jenis persoalan kajian tentang
budaya masyarakat dalam pelbagai kaum secara umum dan budaya di kawasan
kajian. Dalam tiga jenis persoalan ini, pengkaji telah mengutarakan 12 pernyataan
kepada responden berdasarkan tajuk budaya masyarakat dalam pelbagai kaum
tersebut. Hasil kajian tersebut telah dinyatakan seperti dalam jadual di bawah.

37
Persoalan 1: Apakah elemen – elemen kebudayaan dalam masyarakat
Malaysia.

Skala :

1 – Tidak Setuju

2 – Kurang Setuju

3 – Setuju

4 – Sangat Setuju

Bil Item skala min Persepsi


1 2 3 4
1. Keluarga 9 3 24 29 3.4 Positif
dan agama (15%) (5%) (40%) (48.3%)
adalah
antara
elemen
budaya di
Malaysia.
2. Bahasa 1 3 24 32 3.45 Positif
memainkan (1.7%) (5%) (40%) (53.3%)
peranan
dalam setiap
peradaban
sesebuah
budaya dan
etnik.
3. Hubungan 2 6 22 30 3.33 Positif
yang terjalin (3.33%) (10%) (36.7%) (50%) (5.6%)
antara
masyarakat
wujud

38
berdasarkan
sesuatu
budaya.
4. Rakyat 2 9 33 16 3.05 Positif
Malaysia (3.3%) (15%) (55%) (26.7%)
gemar
memakai
pakaian
tradisional
mereka.

Jadual 4.2: Elemen – elemen kebudayaan dalam masyarakat

Rajah 4.4 Elemen – elemen budaya dalam masyarakat

Jadual 4.2 menunjukkan sebahagian besar reponden yang mempunyai nilai


tertinggi sebanyak 53.3% yang sangat bersetuju dengan pernyataan yang kedua dan
sebanyak 55% yang bersetuju pada pernyataan yang keempat. Secara keseluruhan
daripada persoalan kajian yang pertama ini, masyarakat di Parit Raja memahami
tentang konsep budaya dalam masyarakat.

39
Persoalan 2: Bagaimanakah aspek – aspek variasi budaya serta sikap terhadap
variasi budaya dipupuk dalam masyarakat?

Bil Item skala min Persepsi


1 2 3 4
5. Saya sering bergaul 1 11 31 17 3.07 Positif
dengan rakan yang terdiri (1.7 (18. 51. (28.3%
daripada pelbagai %) 3%) 7%) )
bangsa.
6. Saya selalu 5 14 26 15 2.65 Negatif
menghadirkan diri dalam (8.3 23. (43. (25%)
perayaan bangsa lain %) 3%) 3%)
sekiranya dijemput.
7. Saya menghormati 0 2 33 25 3.4 Positif
agama dan bangsa lain. (3.3 (55 (41.7%
%) %) )

8. Saya berminat untuk 1 3 30 26 3.35 Positif


mempelajari bangsa lain (1.7 (5% (50 (43.3%
dan cara mereka %) ) %) )
berkomunikasi.

Jadual 4.3 Aspek – aspek variasi budaya dan sikap terhadap variasi budaya.

40
Rajah 4.5 Aspek – aspek variasi budaya dan sikap terhadap variasi budaya.

Berdasarkan Jadual 4.3 di atas, apa yang dapat disimpulkan, yang jelas terlihat
adalah hampir kesemua pernyataan tentang aspek variasi budaya ialah positif.
Berdasarkan pernyataan di atas, penduduk di Parit Raja masih mengamalkan sikap
variasi budaya di kalangan mereka. Mereka masih menghormati dan bergaul dengan
bangsa lain. Walaubagaimanapun, terdapat satu pernyaataan negatif iaitu tentang
berkunjung ke majlis bangsa lain. Antara yang menjadi faktor nya ialah makanan.
Oleh itu, hal ini agak mempunyai kadar sensitiviti yang tinggi jika tahap pengetahuan
dan rasional seseorang sangat rendah.

Persoalan 3: Sejauh manakah kesedaran yang dimiliki oleh masyarakat tentang


kepentingan budaya pelbagai kaum.

Bil Item skala min Persepsi


1 2 3 4
9. Masyarakat perlu 0 0 18 42 3.7 Positif
membantu antara satu (30%) (70%
sama lain tanpa )
mengira bangsa.

41
10. Masyarakat perlu 0 2 20 38 3.6 Positif
memahami dan (18.3 (33.3 (63%
mengetahui tentang %) %) )
semua jenis kaum dan
etnik di Malaysia.
11. Perpaduan kaum 0 0 20 40 3.67 Positif
melambangkan (33.3 (66.7
Malaysia sebuah %) %)
Negara aman dan
harmoni.
12. Kemajuan ekonomi 0 4 20 36 3.47 Positif
dapat dipertingkatkan (6.7% (33.3 (60%
jika semua bangsa ) %) )
bersatu.

Jadual 4.4 Kesedaran masyarakat tentang kepentingan budaya pelbagai kaum.

Rajah 4.6 Kesedaran masyarakat tentang kepentingan budaya pelbagai kaum.

42
Seterusnya ialah, keputusan analisa bagi persoalan kajian yang ketiga secara
keseluruhannya ialah positif dan mempunyai kadar purata min yang tinggi iaitu 3
keatas. Nilai purata min yang tertinggi ialah pada pernyataan yang ke – 9 iaitu 3.7,
nilai tertinggi pada skala Sangat Setuju ialah seramai 42 orang dan mempunyai
peratusan 70%. Pada persoalan kajian yang ketiga ini, sebanyak 0% yang menjawab
Tidak Setuju. Hal ini menunjukkan penduduk di Parit Raja mempunyai tahap
kesedaran budaya yang sangat tinggi.

Jadual 4.2, jadual 4.3 dan jadual 4.4 merupakan keputusan analisis tentang
pemahaman dan pendapat penduduk tentang budaya masyarakat dalam pelbagai
kaum. Sebanyak 12 pernyataan telah digariskan untuk mengetahui tentang tahap
budaya masyarakat, elemen – elemen dan pendapat penduduk di kawasan Parit Raja.
Berdasarkan ketiga – tiga jadual di atas, responden telah memberi tindak balas
dengan berbentuk skala yang diberi iaitu 1(Tidak Setuju), 2 (Kurang Setuju), 3
(Setuju) dan 4 (Sangat Setuju). Setiap pernyataan dikira peratus min dan keputusan
yang akan ditunjukkan hanya positif dan negatif. Pernyataan yang mempunyai tindak
balas positif ialah nilai purata min yang mendapat lebih daripada nilai 3. Bagi
pernyataan yang mendapat bawah nilai purata min 3 ialah negatif. Dengan cara ini
kita dapat menyimpulkan analisa data dengan mudah. Selepas itu,setiap persoalan
kajian tersebut telah dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk graf.

Isi Temubual

1. Maklumat dan latar belakang responden.


Responden pertama dikenali sebagai wak. Beliau berumur 54 tahun dan
merupakan pengusaha kedai makan yang bernama Liana’s Kitchen. Beliau
mempunyai pengalaman berniaga selama 20 tahun adalah berketurunan Jawa
berasal daripada Johor dan telah menetap di Parit Raja selama 40tahun.

2. Responden kedua ialah Encik Faizal Bin Mohamad dan dikenali sebagai
Abang Faizal. Beliau berumur 38 tahun dan merupakan pengusaha kedai
runcit Mahira Trading. Beliau berketurunan India Muslim dan mampu
bertutur dalam bahasa Malayalam, Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa. Beliau
mempunyai pengalaman berniaga selama 27 tahun.

43
3. Responden ketiga ialah Cheng Choon. Beliau berumur 45 tahun dan
merupakan pengusaha Choon Boo Trading iaitu kedai aksesori dan alat ganti
motosikal. Beliau berketurunan Cina dan mampu bertutur dalam Bahasa
Melayu. Beliau mempunyai pengalaman berniaga selama 15 tahun.

Berikut ialah soalan – soalan temubual yang ditujukan kepada ketiga – tiga
responden ini bagi melihat perbezaan pandangan tentang budaya masyarakat dalam
pelbagai kaum.

1. Apakah pendapat anda mengenai tahap perpaduan antara kaum di kawasan sekitar
Parit Raja.

Responden pertama menyatakan bahawa mereka masih mengamalkan budaya di


Parit Raja sehingga kini. Seperti kaum Melayu, aktiviti merewang untuk kenduri –
kenduri kahwin masih dijalankan walaupun terdapat perkhidmatan katering. hal ini
bagi mereka, aktiviti merewang atau bergotong – royong pada majlis – majlis
saudara mereka dapat merapatkan silaturrahim.

Responden kedua berpendapat bahawa budaya di Parit Raja masih kekal sama
daripada dulu hingga sekarang dan tiada perubahan. Penduduk di Parit Raja
menerima baik segala kaum yang ada di Parit Raja dan melayan mereka dengan baik.
Responden ketiga berpendapat bahawa dia amat menyukai keharmonian penduduk
Parit Raja dan mereka semua amat gemar tolong- menolong antara satu sama lain
tanpa mengira kaum. Mereka yang mempunyai jiran yang merupakan kaum Melayu
mengatakan Melayu amat baik hati dan sering menghulurkan bantuan jika mereka
susah.

2. Apakah tindakan anda untuk memupuk semangat kebudayaan antara kaum di


kalangan penduduk Parit Raja.

Responden pertama berpendapat bahawa dia akan mengadakan majlis – majlis


seperti kenduri kahwin atau aktiviti bergotong – royong. Kerana hanya dengan cara

44
ini mereka dapat merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu, beliau
akan mengamalkan amalan ziarah – menziarahi seperti di hari perayaan.

Responden kedua pula berpendapat bahawa kebudayaan dapat dikekalkan melalui


pendidikan terhadap anak – anak mereka. Ibu bapa perlu mengamalkan bahasa, cara
berkomunikasi dan adat keluarga itu sendiri bagi mengekalkan kebudayaan tersebut
pada masa akan datang. Selain itu juga, setiap kaum perlu menerima baik kaum lain
seperti adat berkongsi makanan pada kaum Melayu dapat mengeratkan silaturrahim
sehingga makanan sesuatu kaum dapat disukai oleh kaum lain.

Responden ketiga berpendapat bahawa melibatkan diri dalam acara atau festival
yang melibatkan orang awam dapat menambah kenalan bangsa lain di samping
berkongsi pendapat. Selain itu juga, bangsa lain akan bersatu jika sesuatu pandangan
itu disambut baik oleh semua kaum tanpa ada perbalahan.

3. Sekiranya anda diberi peluang untuk menyertai majlis keramaian kaum lain, apakah
perasaan anda apabila menyertai majlis tersebut.

Responden pertama berpendapat bahawa beliau akan menyertai majlis tersebut


kerana bagi pendapat beliau, sesuatu majlis yang telah dijemput, kita perlu
menghadirkan diri sebagai tanda hormat dan budi bahasa. Di samping itu juga,
perasaan ragu – ragu terhadap makanan bangsa lain perlu dielakkan bagi menjaga
hati dan perasaan mereka.

Responden kedua berpendapat bahawa mereka akan hadir pada perayaan mereka
sahaja kerana mereka mempunyai adat dan kerpercayaan tersendiri. Tapi bergantung
kepada sesuatu individu, perayaan majlis kaum lain kedengaran menarik untuk kita
ketahui adat mereka. Mereka berminat untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut
walaupun jarang sekali.

Responden ketiga berpendapat bahawa mereka amat berminat untuk menyertai majlis
kaum lain dan menambah lebih banyak kenalan mereka. Mereka kagum dengan adat
sesuatu kaum seperti kaum Melayu yang mempunyai majlis malam berinai bagi
sesebuah majlis perkahwinan.

45
4. Adakah anda berminat untuk mempelajari bahasa kaum lain atau cara mereka
berkomunikasi.

Responden pertama berpendapat bahawa beliau akan mempelajari bahasa kaum lain
jika diberi peluang dan kelapangan.

Responden kedua pula berpendapat bahawa dia tidak kisah untuk mempelajari
bahasa dan cara kaum lain berkomunikasi asalkan ianya tidak bercanggah dengan
agama mereka.

Responden ketiga berpendapat bahawa keluarga beliau amat menyukai untuk


mepelajari bahasa Melayu. Mereka berpendapat bahawa tidak semua kaum Cina
akan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, tetapi beliau sendiri menggalakkan
anak beliau untuk cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Bahkan beliau juga
berkata beliau cuma meningkatkan cara berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

5. Pekahwinan ialah antara salah satu elemen budaya. Apakah pendapat anda tentang
perkahwinan campur.

Responden pertama dan kedua mempunyai pendapat yang sama iaitu tidak
menggalakkan perkahwinan campur. Walaupun begitu, tidak dinafikan juga
perkahwinan campur tidak akan menyebabkan kehilangan atau kerosakan budaya
bagi sesebuah kaum itu dengan syarat ibu bapa itu sendiri perlu mengajar dan
menerapkan adat dan budaya bagi setiap dari anak – anak mereka kelak malah
mampu mewujudkan variasi budaya. Namun begitu pada pendapat responden kedua
yang merupakan India Muslim, soal jodoh ditentukan oleh ibu bapa mereka dan pada
suatu ketika dahulu, mereka akan berkahwin dengan keturunan mereka sendiri.

Responden ketiga berpendapat bahawa perkahwinan campur dibenarkan dalam


keluarga beliau kerana mereka tidak boleh menghalang soal jodoh anak – anak
mereka atau saudara mara yang lain. Penerimaan sesuatu agama dan budaya lain itu
menarik asalkan perkahwinan itu boleh membawa kepada keharmonian keluarga.

46
BAB 5

CADANGAN

Berdasarkan beberapa kesimpulan daripada penelitian yang sudah dijalankan, maka


dapat dicadangkan beberapa cadangan seperti berikut:

Individu

1. Memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu


kebudayaaan.
2. Perlu mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang
terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri .
3. Contohnya, anak-anak muda -belajar tentang tarian Melayu -Tarian Zapin,
Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir Barat

Ibubapa

1. Mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang


terdapat dalam sesuatu kaum seperti:
2. Mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India,
Kelab Mencanting Batik dan sebagainya
3. Menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan
dan kaum sendiri

Pihak sekolah

1. Mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang


terdapat dalam sesuatu kaum seperti:
2. Mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India,
Kelab Mencanting Batik dan sebagainya

47
3. Menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan
dan kaum sendiri

Kerajaan

1. Mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang


terdapat dalam sesuatu kaum seperti:
2. Mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India,
Kelab Mencanting Batik dan sebagainya
3. Menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan
dan kaum sendiri

Masyarakat

1. Mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang


terdapat dalam sesuatu kaum seperti:
2. Mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India,
Kelab Mencanting Batik dan sebagainya
3. Menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan
dan kaum sendiri

48
BAB 6

KESIMPULAN

Generasi muda pada masa kini sudah mulai hilang pengamatan adat dan budaya
mereka kerana dari segi instituisi kekeluargaan itu sendiri, ibu bapa kurang mengajar
dan mengamalkannya di rumah. Masyarakat setempat menerima baik kaum-kaum
lain yang bekerja atau tinggal dikawasan Parit Raja yang majoritinya adalah kaum
Melayu. Malahan mampu menjadi kawan baik antara satu kaum dan kaum yang lain.
Kadangkala melalui pergaulan antara pelbagai kaum, sesetengah mereka juga
mampu untuk bertutur dalam pelbagai bahasa.

Dalam tempoh masa 10 tahun akan datang adat dan budaya itu tidak akan lupus
sekiranya masyarakat masih mengamalkannya daripada sekarang. Hal ini disebabkan
budaya adalah kekuatan yang paling penting bagi integrasi bangsa pelbagai kaum.
Selain daripada mewujudkan kedamaian dan keharmonian jika ditandatangani
dengan berhati - hati. Dasar kebudayaan harus berdasarkan demokrasi budaya.
Sekiranya tidak ada sekatan dikenakan dalam demokrasi budaya, pihak majoriti tidak
akan berpuas hati, maka boleh mencetuskan ketidakharmonian. Oleh itu, pembuat
polisi harus mempertimbangkan isu ini dengan bijakagar dapat melahirkan dasar
yang terbaik.

Demokrasi harus menjadi prinsip yang menjadi garis panduan tidak kira samada
individu itu pendatang atau peribumi. Setiap orang sebaiknya diberi hak untuk
berbudaya seperti yang dibayangakan dalam pengisytiharaan Pertubuhan Bangsa -
Bangsa Bersatu dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia. Dasar budaya setiap bangsa
haruslah mempertimbangkan harapan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk
berpartisipasi dalam kegiatan budaya masyarakat. Selain itu, tugas dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas yang mudah.

49
Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa
sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Maka dapatlah kita
lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik adalah penting dalam menguruskan sebuah
negara yang mempunyai kelompok masyarakat pelbagai.

Nilai sosio budaya yang positif dan dinamikakan membantu mewujudkan bangsa
Malaysia yang bersatu dan bermaruah. Senario masyarakat Malaysia adalah
berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya
bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus
bersatu untuk memajukan diri sendiri dan negara. Perbezaan yang wujud dalam
kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh
semua kaum. Kerajaan tidak pernah menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap
kaum di Malaysia seperti telah dijamin dalam undang - undang tertinggi negara iaitu
Perlembagaan Malaysia, maka setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara
satu sama lain untuk membentuk bagsa Malaysia.

50
RUJUKAN

[1] SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI


MALAYSIA,, 10/12/2018,, https://www.academia.edu/32671012/

Tarikh melayari : 20 November 2018

[2] Shamsul Amri Baharuddin (2012), Hubungan Etnik, Potret Hubungan Etnik
– Budaya

[3] Siti Rafidah Binti Gimin (2011), Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/budaya-kaum-melayu.html

Tarikh Melayari : 28 November 2018

[4] Ira Rushdan (2013), Tarian Tradisional Melayu

https://www.slideshare.net/nazraira/tarian-tradisional-melayu

Tarikh Melayari : 28 November 2018

[5] Yok Fee Lee (2009), Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari
Segi Epistemologi, Universiti Putra Malaysia

[6] Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat

[7] A Din (2004), Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Universiti


Kebangsaan Malaysia

[8] MAO Din (2008), Pembangunan Budaya, ASWARA

[9] SP Veeramuthu (2010), Citra Identiti Budaya Masyarakat India, Universiti


Malaya

[10] Myzaa , Warisan Dan Kebudayaan Kaum Cina Di Malaysia

https://www.academia.edu/12037450/Warisan_dan_Kebudayaan_Kaum_Cina_d
i_Malaysia

Tarikh Melayari : 3 Disember 2018

51
LAMPIRAN

52

Anda mungkin juga menyukai