Anda di halaman 1dari 21

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Disediakan oleh: Nursyuaibah Norhasidaliana 8 PISMP MATEMATIK Ambilan Januari 2008

PENGENALAN.

Satu data yang boleh digunapakai dan dieksplotasi untuk mencari maklumat baru.

TEKNOLOGI
Kaedah baru dalam menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Proses menghantar dan menerima mesej.

MAKLUMAT

KOMUNIKASI

PENGENALAN.
Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.

Kamus Dewan Edisi Keempat

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001 2005)


Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain akan dibangunkan. Dalam tempoh rancangan, sebanyak 8000 sekolah akan dibekalkan dengan komputer . (Malaysia, 2001:130)

PENGENALAN.
Agenda baharu pendidikan pada abad ke-21. Mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, p&p dan liberalisasi. Meningkatkan kadar celik komputer dan melahirkan masyarakat siber bergantung kepada profesion keguruan.

ERA ICT

KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


ICT & Ledakan Maklumat ICT & Liberalisasi Maklumat

ICT & K-ekonomi

KESAN ICT

ICT & Pendidikan Bertaraf Dunia

ICT & Reformasi Kurikulum

ICT & Globalisasi

ICT & LEDAKAN MAKLUMAT


Guru tidak begitu terikat kepada kurikulum yang rigid, bahan-bahan pengajaran yang lama. Idea dan maklumat baru yang boleh mengubah perspektif dan pemikiran tentang sesuatu perkara.

ICT & LIBERALISASI MAKLUMAT


Maklumat yang lebih terkini dan relevan boleh diperoleh melalui pembelajaran berasaskan ICT. Sekolah dikatakan outdated dan tidak memberikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan.

ICT & GLOBALISASI


Pemacu dan pendorong kepada perkembangan dunia tanpa sempadan. Dapat merealisasikan perkembangan trend baharu.

ICT & REFORMASI KURIKULUM


Para pendidik dalam menyediakan suatu keperluan dan perubahan yang sesuai dengan dunia ICT. Reformasi kurikulum dari segi kandungan, struktur, pendekatan belajar dan sebagainya.

ICT & PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA


Menarik lebih ramai pelajar asing belajar ke Malaysia. Menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

ICT & K-EKONOMI


Pendidikan dan sekolah perlu meningkatkan kemahiran ICT bagi tujuan memajukan k-ekonomi. Menyediakan tenaga sumber manusia yang kompetitif dan berdaya maju.

CABARAN PENGAJARANPEMBELAJARAN ERA ICT


Pembelajaran menerusi jendela dunia

Pembelajaran global

IT dan pelbagai kecerdasan

Kepimpinan ICT dalam pendidikan

Jaringan maklumat antara sekolah-sekolah

CABARAN PENGAJARANPEMBELAJARAN ERA ICT


Pengajaran menggunakan on-line Meningkatkan literasi komputer dikalangan pelajar

Inovasi teknologi dalam pengajaran

Menangani jurang ICT dan digital

Pembelajaran interaktif

PEMBELAJARAN MENERUSI JENDELA DUNIA


Pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya. Cabaran kepada profesion keguruan dan pendidikan yang masih belum mengalami perubahan dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, e-learning dan sebagainya.

PEMBELAJARAN GLOBAL
Pelajar menerokai pengetahuan dan maklumat dalam konteks global. Cth melalui internet, telekomunikasi maklumat, dan faksimile. Transaksi maklumat boleh dilakukan dengan pantas melalui jaringan global.

IT DAN PELBAGAI KECERDASAN


Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, kreativiti dan inovasi, visual dan sebagainya. IT juga merupakan bidang yang kecerdasan artifical yang penting dalam era ICT.

KEPIMPINAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Melatih guru-guru supaya mahir dan pakar bagi melaksanakan pengajaran berasaskan komputer. Kurikulum perlu berasaskan perkakasan ICT dan multimedia.

JARINGAN MAKLUMAT ANTARA SEKOLAHSEKOLAH INOVASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Perkongsian maklumat dan pengaliran maklumat antara sekolah dengan sekolah lain. Pelajar boleh memperoleh maklumat dan pengetahuan yang relevan dalam sesuatu mata pelajaran melalui jaringan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah. Sekolah-sekolah perlu mempunyai kelengkapan infrakstruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.

PENGAJARAN MENGGUNAKAN ON-LINE Mengadaptasikan sistem dan pendekatan belajar yang lebih fleksibel, dinamik, mudah dihubungi, interaktif dan pembelajaran kolaboratif. Guru perlu cekap, responsif, mesra dan komited terhadap pembelajaran on-line.

MENINGKATKAN LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR Perlu menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Membangunkan potensi manusia dan membina budaya IT sebagai cara hidup masyarakat Malaysia yang moden.

MENANGANI JURANG ICT DAN DIGITAL

Sekolah dan profesion keguruan perlu meningkatkan program pendidikan ICT dan digital, khususnya dikalangan pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukkan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

PEMBELAJARAN INTERAKTIF

Guru perlu merancang p&p yang menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar menggunakan alat yang membolehkan pelajar berinteraktif dengan bahan pembelajaran. Cth pembelajaran berbantukan komputer. Reka bentuk kurikulum dan aktiviti pembelajaran bersifat interaktif perlu dirangka bagi mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif pelajar.

PERANAN & CABARAN GURU..


Mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan. Merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid. Untuk mencorakkan perkembangan murid kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi. Guru perlu mempertingkatkan lagi kecekapannya dalam pengurusan pendidikan.

PERANAN & CABARAN GURU..


Guru perlu meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid.

Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baru bagi membangunkan ICT dalam p & p.

Guru perlu meninggalkan cara pengajaran & pembelajaran lama, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat.

RUJUKAN.
Rashid, A. R. (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. Selangor: Dawana Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, B. P. (2010). Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai