Anda di halaman 1dari 8

Kesabaran

Disediakan oleh:ADAM
GOY
CHIM
WONG
1.0 Pengenalan
• Sabar adalah suatu sikap menahan emosi dan keinginan, serta bertahan dalam
situasi sulit dengan tidak mengeluh.

• Sabar merupakan kemampuan mengendalikan diri yang juga dipandang sebagai


sikap yang mempunyai nilai tinggi dan mencerminkan kekokohan jiwa orang
yang memilikinya.

• Semakin tinggi kesabaran yang seseorang miliki maka semakin kokoh juga ia
dalam menghadapi segala macam masalah yang terjadi dalam kehidupan.

• Sabar juga sering dikaitkan dengan tingkah laku positif yang ditonjolkan oleh
individu atau seseorang.
2.0 Pengertian Kesabaran
a) tekun mengerjakan suatu pekerjaan tanpa mengenal jemu atau bosan. Contohnya:
i) sabar dengan menuntut ilmu
ii) sabar bekerja mencari nafkah atau pengalaman
b) tabah serta reda dengan ketentuan atau ujian Allah ke atas diri seseorang. Contohnya:
i) sabar meninggalkan larangan Allah
ii) sabar dengan bencana yang menimpa diri
c) tenang dan tidak terggopoh-gapah. Contohnya:
i) sabar dalam mengambil sebarang tindakan
seperti menjatuhkan hukuman
ii) sabar dalam mengatur dan melaksanakan
kerja yang rumit
d) sabar menahan diri atau nafsu dan emosi. Contohnya:
i) sabar menahan marah
ii) sabar daripada melakukan maksiat
3.0 Jenis-jenis Kesabaran
a) sabar menunaikan kewajipan yang diberikan seperti sabar mengerjakan solat.
b) sabar menanggung ujian yang menimpa seperti malapetaka, penyakit
berjangkit dan sebagainya.
c) sabar menerima cemuhan dan penganiayaan orang.
d) sabar dengan kemiskinan, lambat senang walaupun giat berusaha.
e) sabar daripada melakukan maksiat, zahir dan batin.
f) Allah memberi ganjaran yang tidak terkira kepada orang yang sabar kerana:
i) sabar itu adalah amalan para nabi, rasul serta orang salih.
ii) sabar itu sukar hendak dilaksanakan dan memerlukan pengorbanan.
iii) orang yang sabar adalah musuh syaitan.
iv) orang yang sabar adalah kekasih Allah.
v) orang yang sabar itu sentiasa dipuji dan didoakan.
g) seseorang yang hendak mempraktikkan sifat sabar dalam dirinya hendaklah:
i) membiasakan dirinya dengan keadaan yang susah.
ii) mengingatkan setiap kejadian itu ada hikmah Allah disebaliknya.
iii) selalu memerhati dan menginsafi kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.
iv) membanyakkan puasa dan bersedekah kepada orang miskin dan anak yatim.
v) membiasakan diri bergaul dengan orang miskin dan hidup melarat
h) Sabar itu boleh menenangkan fikiran apabila:
i) berasa apa yang menimpa kita adalah ujian Allah.
ii) berasa jika kita tidak sabar ujian itu tetapi terjadi dan tidak boleh dielakkan.
iii) berasa jika kita tidak sabar mendapat ganjaran besar dari Allah, malah berdosa kerana
tidak reda dengan ujian Allah.
iv) meyakini bahawa berusaha mengatasi kesulitan itu satu ibadat yang berpahala jika
menepati syariat Islam.
4.0 Kepentingan Kesabaran
a) Sabar itu menjadikan seseorang itu beroleh ketenteraman fikiran kerana tidak
bertindak tergesa-gesa dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi
kegagalan.

b) Sabar menjadikan seseorang itu umat yang bertakwa kerana tekun melaksanakan
perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

c) Sabar membuka jalan kepada seseorang beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

d) Seseorang juga dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan penuh tanggungjawab


dan jujur jika dia sentiasa bersabar.

e) Sabar melahirkan mutu kerja yang baik, iaitu kekuatan diri yang berterusan untuk
mecapai kejayaan
5.0 Contoh Kesabaran
• Guru yang sabar dalam kegiatan pembelajaran akan terlihat dari sikapnya
yang mahu berulang kali menjelaskan materi yang siswanya belum faham.
Selain itu, ketika siswanya tidak boleh menyelesaikan soalannya guru tidak
memarahinya tetapi guru tersebut tanpa jemu akan membimbing siswa
sampai dia benar-benar paham dan mampu menyelesaikan soal tesebut.

• Guru yang sabar akan mengawal emosi sendiri dan tidak cepat marah semasa
menghadapi tingkah laku murid-murid yang tidak menyenangkan, buat
bising dalam kelas, bergaduh dalam kelas sehingga mempengaruhi proses
pembelajaran dalam kelas tetapi guru memberi nasihat kepada murid-murid
yang berbuat salah supaya murid-murid dapat tahu kesalahan sendiri dan
berjanji tidak akan berulang lagi
Let’s Have a
Great Year!

Anda mungkin juga menyukai