Anda di halaman 1dari 33

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurniaNya, akhirnya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi mata pelajaran
Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah (RBT 3108) ini dengan
jayanya.
Di kesempatan ini, ingin kami dahulukan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, Pn Radziah Bt Muhamad atas kerjasama, dan tunjuk ajar
yang telah diberikan. Selain itu, seribu penghargaan juga buat beliau yang sudi
meluangkan masa dalam membetuklan kesilapan yang telah kami lakukan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Turut membantu adalah rakan-rakan
seperjuangan yang sudi berkongsi idea, meluahkan pendapat dan kritikan membina
yang menjadi panduan utama kepada kami untuk melaksanakan tugasan kerja
kursus ini dengan sempurna.
Kami berharap, dengan selesainya pelaksanaan tugasan ini, segala ilmu yang
diperolehi daripada pelaksanaan tugasan kerja kursus ini akan dapat kami
manfaatkan pada masa-masa yang akan datang untuk menjadi seorang bakal guru
yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.








PENGENALAN

Pentaksiran dan Penilaian merupakan salah satu daripada komponen utama
yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PISMP) dengan pengkhususan matapelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi, (RBT). Kursus ini adalah wajib diikuti oleh pelajar program ini yang
sedang menduduki semester 4 program dengan kod kursus RBT 3108.
Kursus ini memberi penekanan khusus kepada pelatih-pelatih guru berkaitan
kefahaman konsep serta prinsip pentaksiran bagi matapelajaran Reka Bentuk
Teknologi Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai Kemahiran Hidup. Sesuai
dengan tugas guru yang turut menjadi pembina item ujian, penganalisa serta penilai,
aspek yang ditekankan di dalam kursus ini adalah amat penting yang harus difahami
oleh setiap pelatih untuk mempersiapkan diri sebelum diberi amanah sebagai
seorang guru kelak.
Sesuai dengan objektif pembelajaran bagi kursus ini, diharapkan agar setelah
mempelajari kesemua aspek yang terkandung di dalam kursus ini, para pelatih akan
dapat mengenal, membanding dan membezakan aspek penilaian yang terdapat di
sekolah. Dengan pemahaman yang sedemikian, ia akan dapat membantu bakal-
bakal guru dalam memahami serta membantu dalam mengaplikasikan dalam situasi
sebenar.
Tugasan Kerja Kursus bagi kursus ini menghendaki kami, para pelatih untuk
bertindak sebagai Guru Kemahiran Hidup yang turut dilantik sebagai Setiausaha
Peperiksaan dimana kami dikehendaki untuk mempersembahkan analisis
peperiksaan pertengahan tahun bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah. Seterusnya, dalam menganalisis data-data ini, kami dikehendaki memilih
satu kelas dan gunakan statistik yang sesuai untuk menilai pencapaian murid-murid
berkenaan.



1.0 Pentaksiran dalam reka bentuk sekolah rendah
Banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti
Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996),
pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang
sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat
yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan. Proses pengumpulan maklumat, proses membuat
analisis, ia dijalankan selepas peperiksaan dan pentaksiran.
Penilaian juga dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan
asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada
ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil
ujian ersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar
mereka yang sebenar sebelum pereka memulakan pengajaran. Penilaian
memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua
aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
mengajar dan pelajar belajar.
Konsep Pentaksiran. Pentaksiran merupakan satu episode dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor
menginterpretasi, menghurai maklumat temtang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari
konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu
tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Kesahan bukti
empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana
guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri
penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.
Pentaksiran Alternatif. OMalley dan Valdez Pierce mendefinisikan
pentaksiran alternatif sebagai "...mana-mana cara untuk mengetahui apa yang
pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan
pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional
terutama ujian soalan aneka pilihan (Stiggins 1991)...." (1996, p.1).
Tiga fasa bagi pentaksiran alternative ialah fasa Permulaan. Fasa ini
melibatkan menetapkan matlamat, menentukan keperluan pembelajar, dan
menyediakan data asas mengenai apa yang murid boleh lakukan dengan apa yang
dipelajari, bagaimana mereka berfikir dan apa yang murid mahu lakukan dengannya
(Auerbach 1992, p. 114).
Seterusnya ialah fasa berterusan. Fasa pentaksiran ini melibatkan
penyemakan dan kemajuan dokumentasi pada tahap-tahap tertentu dalam proses
pembelajaran dan penilaian bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan .."
(Gosselin 1998, p. 44).
Akhir skali ialah fasa penamat. Fasa ini melibatkan pentaksiran refleksi
mengenai pembelajaran, pengajaran, kurikulum dan rekabentuk program pada
penghujung proses "(Auerbach 1992, p. 115).
Berikut adalah beberapa tujuan pengunaan pentaksiran alternatif (Gottlieb
1999; OMalley and Valdez Pierce 1996; Cushing Weigle & Jensen, 1997):
Mengenalpasti keperluan atau kesediaan sokongan tambahan
Mengekalkan atau mengkelasifikasikan semula program atau keluar dari
program
Memantau kemajuan murid dalam program.
Mendapatkan maklumat tentang perancangan pengajaran
Penilaian program dan akauntibiliti terhadap sumber pembiayaan kewangan
Penilaian dalam proses pembelajaran merupakan bahagian penting dari proses
pembelajaran, karena itu hendaknya dilakukan oleh guru agar guru dapat
memperoleh informasi proses kemajuan belajar siswa dan informasi keefektifan
pembelajaran yang sedang berlangsung. Guru yang hanya mengutamakan penilaian
hasil tidak akan mendapatkan informasi yang akurat tentang siswa yang benar-
benar memahami materi dan siswa yang kurang memahami. Siswa yang dapat
menjawab dengan benar suatu persoalan, belum tentu mengetahui bagaimana
mendapatkan jawaban tersebut. Penilaian dalam proses pembelajaran lebih dapat
berfungsi memberikan informasi tentang siswa yang sudah memahami materi atau
yang belum. Penilaian ini berkesinambungan dengan penilaian hasil artinya hasil
penilaian dalam proses pembelajaran akan memberikan sumbangan positif terhadap
penilaian hasil. Dengan demikian perlu diupayakan agar guru melakukan penilaian
dalam proses pembelajaran di samping melakukan penilaian hasil belajar.
Menurut Mok Soon Sang,(1996) penilaian ialah suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan
tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Pengertian dasar penilaian dalam proses pembelajaran mencakup
serangkaian kegiatan yang dilakukan guru untuk mendapatkan informasi tentang
perilaku belajar siswa, tentang proses pembelajaran, dan tentang suasana kelas.
Angelo (1991) mendefinisikan penilaian dalam proses pembelajaran: Classroom
assessment consist of small-scale assessment conducted continuously in college
classrooms by dicipline-based teachers to determine what students are learning in
that class. Penilaian dalam proses pembelajaran juga mencakup serangkaian
metode yang dilakukan oleh guru untuk mendapatkan informasi yang kemudian
diinterpretasi untuk memahami siswa, merencanakan dan memonitor proses
pembelajaran, dan untuk menciptakan suasana kelas yang bergairah. Sebagai
proses secara berkelanjutan Nitko (1996) mengistilahkan Penilaian Berkelanjutan
Formatif Informal (PBFI) yaitu suatu penilaian informal yang dilakukan guru secara
sambil lalu dan mendadak tanpa persiapan dan kesan mengenai kemajuan siswa
dalam kaitannya dengan kurikulum. Penilaian berkelanjutan dalam proses
pembelajaran dapat diinterpretasikan sebagai segala tindakan guru yang dilakukan
untuk mengetahui kemajuan siswa secara terus-menerus dalam menerima
pelajaran.
Secara amnya pula, pentaksiran pendidikan merupakan satu proses
mendapatkan maklumat dan membuat rumusan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang
melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan
untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan, Noraini
Idris (2005).
Pendapat mereka ini menunjukkan bahawa penilaian dan pentaksiran saling
berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-duanya boleh membantu guru
memberikan maklumbalas tentang proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, walaupun seorang guru mengajar satu kelas yang kurang daripada 40
orang, ini tidak bermakna semua pengajaran yang diajar oleh guru difahami oleh
murid. Maka, disinilah pentaksiran memainkan peranan penting dalam menilai tahap
kefahaman murid di dalam kelas secara berterusan.
Manakala, penilaian pula mengukur sejauh mana murid mampu mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penilaian juga, guru
mampu mengesan masalah kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh murid.
Sekaligus membantu guru memilih dan menggunakan kaedah pengajaran yang
sesuai mengikut tahap kebolehan setiap pelajar.

1.1 Ciri ciri penilaian dan pentaksiran
Hasil pentaksiran dan penilaian dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah
mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan
keadilan kepada pelajar dan'stakeholders' serta mengekalkan kewibawaan guru
pentaksir.
Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ciri skor yang menggambarkan
prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri pentaksiran yang lain ialah
keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri-ciri ini
perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu instrumen pentaksiran baik dan
berkualiti.
Keobjektifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk kepada ketepatan
seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberi skor calon. Ciri keobjektifan pemberian markah/skor ini boleh
dipertimbangkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif dan markah
atau skor diselaraskan. Mekanisme ini bertujuan untuk memastikan pemeriksaan
mempunyai kefahaman dan kemahiran yang terselaras antara satu sama lain. Cara
ini mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di kalangan pemeriksa atau
pentaksir.
Kebolehtadbiran sesuatu ujian dan pentaksiran, ialah ciri praktik dengan
merujuk kepada sejauhmana kelicinan dan kerja-kerja susulan dapat dijalankan
dengan mudah dalam proses pengujian dan pentaksiran, yang dilaksanakan sama
ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah.
Kemudahtafsiran sesuatu ujian dan pentaksiran, merujuk kepada
sejauhmana ianya dapat memberi maklumat tentang calon berdasarakan skor yang
diperolehi, sejauhmana ianya boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati
tujuan sesuatu ujian itu ditadbirkan.
Kekomprehensifan sesuatu ujian dan pentaksiran merujuk kepada
sejauhmana sesuatu ujian itu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua
objektif yang penting. Oleh kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih
baik taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.
Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian. Penilaian pendidikan
membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi
menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai
terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada
objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh
dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana
setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita
membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur
pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan
pengajarannya.
Penilaian boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut masa dan tujuan
ujian itu diberi. Antaranya ialah penilaian formatif dan sumatif.
Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kelemahan dan kekutan
penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Penilaian ini
berbentuk tidak formal dan contoh-contohnya ialah seperti pemerhatian, bersoal
jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja murid dan latihan congak.
Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas
beberapa unit pembelajaran, misalnya dalam tempoh satu penggal, tengah tahun
atau segenap satu tahun. Penilaian ini lebih berbentuk formal dengan menggunakan
ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan senarai semak.
Menurut McMillan (2001). Ciri-ciri pentaksiran meliputi perkara seperti berikut:
1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan
tentang individu atau kumpulan.
2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran.
3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap
kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu
dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat
dihasilkan

King dan Brathwaite (1991) mencadangkan beberapa keperluan untuk
melaksanakan pentaksiran, antaranya ialah :
1. Latihan yang digunakan untuk pentaksiran mestilah menggunakan sampel
daripada pelbagai topik dan sukatan pelajaran serta mentaksir pelbagai
kemahiran.
2. Markah dibahagikan mengikut kriteria atau kemahiran yang ditaksir.
3. Guru harus mnyerahkan rekod pentaksirannya dengan buku amali kepada
pemeriksa sebenar untuk disetarakan.


1.2 Kepentingan penilaian dan pentaksiran.
Terdapat beberapa kepentingan penilaian dan pentaksiran dalam
pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran memainkan peranan penting untuk
menyediakan pendidikan dengan arahan atau maklumat dignostik yang berguna dan
penglibatan ke arah pembelajaran yang berkesan untuk semua pelajar (Alexander
dan Parsons,1991; Airasian,1997). Ia membantu dalam proses mengumpul
maklumat tentang strategi dan akiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat
analisis dan keputusan bagaimana untuk merancang pengajaran berkesan.
Kedua, penilaian dan pentaksiran penting bagi mengesan kesukaran dan
kesilapan yang dihadapi oleh pelajar, Noraini Idris (2005). Bagi pelajar yang lemah,
guru boleh memberikan aktviti pemulihan mengikut tahap kefahaman mereka
manakala bagi pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang, guru
boleh menyediakan aktiviti penggayaan dan mereka pasti mampu meningkatkan
kecemerlangan mereka.
Keputusan daripada penilaian adalah penting kerana ia merupakan asas bagi
menempatkan pelajar dalam sesuatu jurusan yang sesuai dengan tahap pencapaian
mereka. Ia mampu mempertingkatkan keberkesanan pelajar mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran jika jurusan tersebut sesuai dengan minat dan tahap
mereka.
Seterusnya, penilaian boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk. Maka, ia amat
penting bagi guru untuk merancang suasana pembelajaran aktif di dalam kelas.
Contoh penilaian yang mampu merangsang minat pelajar ialah kuiz, soal jawab,
ujian bulanan, dan sebaginya mengikut kreativiti guru tersebut.
Akhir sekali, penilaian dan pentaksiran sebenarnya memainkan peranan
penting untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana
pengetahuan dan kemahiran diperoleh oleh pelajar pada akhir suatu program.




NO NAMA MARKAH GRED
1 MOHD AZRI BIN MD IDRIS 76 B
2 NUR AFIFAH HAZIRAH BINTI AZMIN 80 A
3 MOHD SAFUAN BIN CHE OTHMAN 86 A
4 NOR SHARNIDA BINTI DAUD 75 B
5 NUR AISYAH BINTI ADNAN 68 C
6 NORAIN BINTI ABDULLAH 48 E
7 MOHD NASRUN BIN MUHAMAD ZAKI 63 C
8 MOHD ASYRAF ADIB BIN NORDIN 70 B
9 NORANIS LYANA BINTI ZAMBERY 90 A
10 NUR DIYANA BINTI ISMET FURMANSYAH 84 A
11 MUHAMAD FARIS AIMAN BIN MOHD ZAKI 84 A
12 MOHD SHOLEHUDDIN BIN MOHD ARIFF 84 A
13 MOHD AMIR WARDEE B MOHAMAD KAMIS 49 E
14 MOHD FAIZ BIN ABD RAHIM 56 C
15 MOHD NUR BIN MUHAMAD 52 C
16 NOR HIDAYAHNE BINTI JAMIL 65 C
17 NORAISYAH BINTI NASARUDIN 64 C
18 MOHD FAIZ BIN DAMANHURI 79 A
19 NORAZURA BINTI MOHAMAD FOAT 88 A
20 MOHD AIDIL BIN OTHMAN 85 A
21 ISMAIL BIN SAIMAN 54 C
22 ABD RAOF B IBRAHIM 45 E
23 MOHD SHAHREN B ABDULLAH 48 E
24 A. LATIF ABDULLAH 72 B
25 FUZIAH BT. ISHAK 71 B
26 ABD. KADIR B. ABD. RAHIM 70 B
27 MD. ISA B. MAN 76 B
28 HASLINA BINTI RAMLI 80 A
29 ROUSLILUDDIN BIN HJ AMBIA 82 A
30 MOHD RAZALI BIN HASHIM 82 A

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA, 70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
MARKAH PEPERIKSAAAN AKHIR TAHUN KEMAHIRAN HIDUP
KELAS 6 BERLIAN
3.1 Definisi mod

Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi, misalnya markah
yang pelajar paling ramai memperolehnya.
petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008)

Data tidak berkumpul
Jadual 1 : markah ujian 30 orang pelajar
76 80 86 75 68 48 63

70 90 84
84 84 49 56 52 65 64 79 88 85
54 45 48 72 71 70 76 80 82 82

Mod / Kekerapan
45, 48, 48, 49, 52, 54, 56, 63, 64, 65, 68, 70, 70, 71, 72, 75, 76, 76, 79, 80, 80,
82, 82, 84, 84, 84, 85, 86, 88, 90
= 84
Berdasarkan gambar rajah 1, saya mendapati bahawa mod atau kekerapan
markah ujian kemahiran hidup tahun 6 Berlian ialah 84. Hal ini kerana kekerapan
murid yang mendapat markah tersebut paling tinggi berbanding dengan markah
yang lain.
3.2 Selang kelas
Selang kelas bagi markah-markah ujian 30 orang murid tahun 6 Berlian akan
ditentukan berdasarkan kaedah berikut. Hal ini akan menentukan selang kelas yang
paling sesuai untuk diletakkan di dalam jadual.
= 90 - 45
= 45 5
= 9 ( selang kelas ialah 5, dan akan ada 9 baris colum di dalam jadual )
Data berkumpul
Jadual 2 : markah ujian 30 orang murid dalam bentuk jadual
Selang Gundalan Kekerapan
45-49 4
50-54 2
55-59 1
60-64 2
65-69 2
70-74 4
75-79 3
80-84 7
85-89 3
90-94 1

Kekerapan paling tinggi = 7
Mod = ( 80-84)
Berdasarkan maklumat di dalam gambar rajah 2, saya telah mendapati
bahawa mod atau kekerapan markah ujian kemahiran hidup 30 orang murid di
dalam kelas 6 Berlian ialah di selang kelas 80-84. Hal ini kerana kekerapan yang
direkodkan ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 7 kali.

3.3 Definsi median
Median ialah skor tengah sesuatu set data/skor, misalnya markah tengah bagi
set markah ujian mingguan.
petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008)

Median data tidak berkumpul
Jadual 3 : susunan ujian markah 30 orang murid

45, 48, 48, 49, 52, 54, 56, 63, 64, 65, 68, 70, 70, 71, 72, 75, 76, 76, 79, 80, 80, 82, 82, 84, 84, 84, 85,
86, 88, 90

Kaedah penyelesaian :
= 72 + 75
2
= 63

Berdasarkan gambar rajah 3, saya telah memperoleh median markah untuk
ujian kemahiran hidup tahun 6 Berlian yang telah di jalankan. Cara-cara untuk
mendapatkan median ialah dengan menyusun dahulu markah murid dari rendah
kepada tinggi kemudian cari markah yang ditengah-tengah. Selepas itu, bahagi dua
dan saya mendapati bahawa median markah ialah 63.




Median data berkumpul
W
f
cf -
L Median
med
p 2
N


L = had bawah jeda kelas median
cf
p
= jumlah terkumpul kekerapan sehingga kelas tersebut, tetapi tidak
melibatkan kekerapan median kelas
F
med
= kekerapan median
W = keluasan jedia kelas median (had atas kelas had bawah kelas)
N = jumlah bilangan kekerapan

L = 69.5
cf
p =
11
F
med =
4 (median berada pada selang kelas 70-74)
W = 5
N = jumlah kekerapan bahagi 2
= 30
2
= 15
Median = 69.5 + (15 11) ( 5 )
4
= 75.5

Berdasarkan formula median yang telah digunakan, saya memperoleh
median untuk markah ujian kelas 6 Berlian bagi subjek kemahiran hidup ialah 75.5.
Setiap satu formula di di masukkan untuk mendapatkan jawapan.



3.4 Definisi mean
Min ialah purata sesuatu set data/skor, misalnya markah purata bagi set markah
ujian mingguan. Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil, tetapi
agak susah dikira bagi data yang banyak.
petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008)


Mean data tidak berkumpul

Min = jumlah markah
Jumlah murid


= 45 + 48 + 48 + 49 + 52 + 54 + 56 + 63 + 64 + 65 + 68 + 70 + 70 + 71 + 72 +
75 + 76 + 76 + 79 + 80 + 80 + 82 + 82 + 84 + 84 + 84 + 85 + 86 + 88 + 90
30

= 69.23


Berdasarkan formula untuk mencari min, saya telah mendapat min bagi
markah Ujian Kemahiran Hidup kelas 6 Berlian. Min bagi ujian tersebut ialah 69.23.
cara- cara untuk mendapatkan min ialah dengan menambah jumlah keseluhuran
markah ujian dan seterusnya dibahagikan kepada jumlah murid yang mengambil
ujian tersebut.





Mean data berkumpul
Jadual 3 : mean data berkumpul markah ujian untuk 30 orang murid
Selang Gundalan Kekerapan Midpoint F ( x )
45-49 4 47 188
50-54 2 52 104
55-59 1 57 57
60-64 2 62 124
65-69 2 67 134
70-74 4 72 288
75-79 3 77 231
80-84 7 82 574
85-89 4 87 261
90-94 1 92 92

N
X

N
1 i
i




= jumlah F (x)
30
= 2053
30
= 68.43

2053
3.5 Sisihan Piawai

Sisihan piawai adalah ukuran serakan yang popular. Didalam penggunaan sebagai
entiti yang berasingan atau sebagai sebahagian analisis lain seperti pengiraan
selang keyakinan dan juga didalam pengujian hipotesis.Sisihan piawai ialah punca
kuasadua varian. Sisihan piawai populasi ditandakan sebagai , dan dikira
sebagaimana berikut:

N
) - (X

2
2




Jika skor Z negatif, maka nilai kasar (X) adalah di bawah min dan sebaliknya.
Jadual 4 : jadual sisihan piawai untuk markah 30 orang murid
Selang Gundalan Kekerapan Midpoint F ( x ) (X) F (x)
45-49 4 47 188 16 64
50-54 2 52 104 4 8
55-59 1 57 57 1 1
60-64 2 62 124 4 8
65-69 2 67 134 4 8
70-74 4 72 288 16 64
75-79 3 77 231 9 27
80-84 7 82 574 49 343
85-89 4 87 261 16 64
90-94 1 92 92 1 1
30 2053 120 588

Jadual 5 : jadual pengiraan sisihan piawai bagi markah 30 orang murid
x l x- X l ( x X )
45 23.43 596.8249
48 20.43 417.3849
48 20.43 417.3849
52 16.43 269.9449
54 14.43 208.2249
56 12.43 152.889
63 5.43 29.4849
64 4.43 19.6249
65 3.43 11.7649
68 0 0
70 1.57 2.4649
70 1.57 2.4649
71 2.57 6.6049
72 3.57 12.7749
75 6.57 43.1649
76 7.57 57.3049
76 7.57 57.3049
79 10.57 111.7249
80 11.57 133.8649
80 11.57 133.8649
82 13.57 184.1449
82 13.57 184.1449
84 15.57 242.4249
84 15.57 242.4249
84 15.57 242.4249
85 16.57 274.5649
86 17.57 308.7049
88 19.57 382.9849
90 21.57 465.2649
2053 341.7 5212.1412

N
) - (X

2
2





= 5212.1412
30
= 173.73
= 13.18

Berdasarkan formula untuk mencari sisihan piawai, saya telah mendapat min
bagi markah ujian Kemahiran Hidup kelas 6 Berlian. Sisihan piawai bagi ujian
tersebut ialah 13.18. cara-cara untuk mendapatkan Sisihan paiwai telah dinyatakan
dalam rumus di atas. Di dapato bahawa nilai sisihan piawai markah bagi 30 orang
murid tahun 6 berlian di dalam subjek Kemahiran Hidup ialah besar. Hal ini
menunjukkan bahawa purata perbezaan markah antara murid bagi subjek
Kemahiran Hidup ini ialah besar. Markah yang paling tinggi dengan markah yang
paling rendah jauh jurangnya. Oleh itu, soalan bagi ujian ini boleh dikatakan sesuai
kerana ada murid yang boleh menjawab dan ada juga yang gagal untuk
menjawabnya.




Gambar rajah 1: histogram markah ujian 30 orang murid
Gambar rajah 1 menunjukkan sebuah graf histogram . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid,
markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk histogram. Markah paling kerap murid
perolehi ialah pada selang kelas 80-84 ( kuning ) iaitu sebanyak 7. Manakala markah paling sedikit
murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 ( coklat ) dan 90-94 ( hijau) iaitu sebanyak 1 kali
kekerapan. Secara keseluhurannya, boleh dilihat bahawa graf histogram antara selang kelas adalah
dalam keadaan normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
40-44 45-49 50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-84 85- 89 90-94
k
e
k
e
r
a
p
a
n

selang kelas
Histogram markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup

Gambar rajah2 : poligon ujian markah 30 orang murid
Gambar rajah 2 menunjukkan sebuah graf poligon . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid,
markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk poligon. Markah paling kerap murid
perolehi ialah pada selang kelas 80-84 iaitu sebanyak 7. Manakala markah paling sedikit
murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 dan 90-94 iaitu sebanyak 1 kali
kekerapan. Secara keseluhurannya, boleh dilihat bahawa graf poligon antara selang kelas adalah
dalam keadaan normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya. Bentuk poligon juga adalah dalam
keadaan sekata.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
37 42 47 52 57 62 67 72 77 82 87 92 97
k
e
k
e
r
a
p
a
n

selang kelas
Graf poligon markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup


Gambar rajah 3: carta pai ujian markah 30 orang murid
Gambar rajah 3 menunjukkan sebuah carta pai . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid,
markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk carta pai. Markah paling kerap murid
perolehi ialah pada selang kelas 80-84 ( hijau ) iaitu sebanyak 22%. Manakala markah paling sedikit
murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 ( kuning) dan 90-94 ( merah) iaitu sebanyak 3%. Secara
keseluhurannya, boleh dilihat bahawa carta pai antara selang kelas adalah dalam keadaan
normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya. Terdapat 3 selang kelas yang sama peratusannya iaitu
pada selang kelas 45-49, 55-59 dan 70-74 iaitu 6%. 13% pula merupakan selang kelas 40-44 dan 65-
69. Manakala 9 % ialah selang kelas 75-79 dan 85-59 dan terdapat juga peratusan 10% iaitu pada
selang kelas 70-74.
13%
6%
3%
6%
6%
13%
10%
9%
22%
9%
3%
Carta pai markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup
40-44
45-49
50-54
55-59
60-64
65-69
70-74
75-79
80-84
85- 89
90-94

Jadual 6 : Jadual data untuk graf orgive 30 orang murid

Selang kelas Gundalan Kekerapan Titik tengah Kekerapan
terkumpul
45-49 4 47 4
50-54 2 52 6
55-59 1 57 7
60-64 2 62 9
65-69 2 67 11
70-74 4 72 15
75-79 3 77 18
80-84 7 82 25
85-89 4 87 29
90-94 1 92 30


Gambar rajah 4: graf orgive ujian markah 30 orang murid
0
5
10
15
20
25
30
35
39.5 44.5 49.5 54.5 59.5 64.5 69.5 74.5 79.5 84.5 89.5 94.5
k
e
k
e
r
a
p
a
n

t
e
r
k
u
m
p
u
l

markah ujian
Graf orgive markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup tahun 6 Berlian

Gambar rajah 5: persentil orgive untuk markah 30 orang murid
0
5
10
15
20
25
30
35
39.5 44.5 49.5 54.5 59.5 64.5 69.5 74.5 79.5 84.5 89.5 94.5
k
e
k
e
r
a
p
a
n

t
e
r
k
u
m
p
u
l

markah ujian
Graf orgive markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup tahun 6 Berlian
23
8
15
Analisis persentil graf

1. Persentil x 30 = 8
Nilai pada paksi x = 57
2. Persentil x 30 = 15
Nilai pada paksi x = 70
3. Persentil x 30 = 23
Nilai pada paksi x = 80


Gambar rajah 5 menunjukkan sebuah orgif dan persentil . Berdasarkan markah ujian
30 orang murid, markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk orgif. Melalui
kekerapan terkumpul maka terhasil graf orgif dengan puncak paling tinggi ialah pada
kekerapan terkumpul 30. Persentil diperolehi memalui garisan pada graf orgif
dengan nilainya ialah 57. Manakala persentil pula nilainya ialah 70. Akhir sekali
pada persentil nilai pada paksi x menunjukkan nilai iaitu 80. Maka melalui graf
orgif juga kita akan memperolehi persentil dengan melukis garisan pada graf.
Kesimplannya, nilai persentil antara ketiga-tiga tidak terlalu jauh dan ini
menunjukkan bahawa markah ujian berada dalam keadaan normal dan soalan ujian
juga adalah sesuai untuk murid menjawabnya.

Rumusan

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang
dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan
yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu
membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik
darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan
pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya,
sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan
mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah
bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang
mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua
faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

Guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid-murid dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan melaksanakan penilaian serta
merekod segala maklumat yang diperolehi dan mengadakan tindakan susulan.
Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu agar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).



Berdasarkan analisis histogram terhadap markah Kemahiran Hidup 30 orang murid
tahun 6 Berlian, boleh dirumuskan bahawa terdapat 6 orang murid yang gagal dalam
ujian ini. Hal ini kerana markah lulus bagi ujian tersebut ialah 50 dan keatas. 24
orang murid yang lain pula lulus dalam ujian tersebut. Purata markah berada dalam
markah 80-84. Markah tertinggi ialah 90-94, hanya seorang murid mendapat markah
paling tinggi. Secara kasarnya, boleh dikatakan bahawa aras soalan ujian
Kemahiran Hidup ini bersesuai dengan tahap murid Tahun 6. Namun, masih
terdapat beberapa orang murid yang kurang menguasai dan tidak menguasai
pengajaran Kemahiran Hidup. Hal ini masih boleh diatasi jika guru mengulang
semula pengajaran ini terhadap beberapa murid yang gagal menguasai subjek ini.

Graf pada carta pai pula lebih kepada menunjukkan peratusan markah 30
orang murid tahun 6 Berlian. Peratusan yang paling besar merupakan markah yang
paling ramai murid perolehi iaitu pada selang kelas 80-84. Graf polygon terhadap
markah 30 orang murid pula kita dapat lihat bahawa bentuknya adalah agak sekata.
Dengan puncak tertinggi berada di tengah. Hal ini menunjukkan bahawa murid yang
sederhana adalah paling ramai berbanding murid yang pandai dan kurang
menguasai. Graf tersebut juga menunjukkan bahawa soalan ujian itu adalah sesuai
untuk murid mendudukinya.

Graf orgif adalah penting bagi melihat kecondongan purata kekerapan
markah murid dalam ujian Kemahiran Hidup tersebut. Kecondongan yang telus
boleh dilihat jika markah murid berada dalam keadaan yang tidak terlalu jauh jurang
bezanya. Berdasarkan analisis saya, saya mendapati bahawa graf orgif adalah
dalam kecondongan yang agak sekata walaupun terdapat beberapa titik markah
yang tidak sekata.

Akhir sekali ialah sisihan piawai terhadap markah ujian Kemahiran Hidup 30 orang
murid Tahun 6 Berlian. Berdasarkan pengiraan saya bermula dengan mecari mod,
median dan min, saya telah mendapat jawapan terhadap nilai sisihan piawai markah
ujian Kemahiran Hidup murid Tahun 6 Berlian. Nilai yang saya perolehi semasa
melakukan pengiraan ialah 13.18. nilainya agak besar kerana purata markah antara
yang paling tinggi dan rendah adalah jauh. Oleh itu, melalui nilai sisihan
piawai ini, saya mendapati bahawa soalan ujian kemahiran hidup ini masih terdapat
beberapa murid yang gagal untuk menjawabnya. Aras soalan juga mungkin agak
tinggi dan sukar untuk murid yang sederhana untuk menjawabnya. Oleh hal yang
demikian, pada ujian yang seterusnya, guru tersebut haruslah menyediakan set
soalan ujian yang sesuai dengan aras kefahaman dan penguasaa murid disamping
memberi latihan yang berterusan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 6
Berlian terhadap subjek Kemahiran Hidup ini.









Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja
kursus Pentaksiran dalam Reka Bentuk & Teknologi saya. Saya Mohd Aidil Bin
Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya
sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu
bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bahawa saya dan dua orang lagi rakan saya telah melakukannya
dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan
yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa
masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah
untuk mencari analsis dan gred markah subjek Kemahiran Hidup. Selepas itu, saya
terpaksa pula mencari maklumat mengenai pentaksiran di dalam Reka Bentuk &
Teknologi untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan
tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk menganalisis markah ujian yang telah
saya perolehi tetapi setelah di terangkan oleh Pn Radziah Bt Muhammad, saya
akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menganalisis markah dan
menterjemahkan di dalam bentuk graf histogram, pai, poligon dan orgif.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan
secara individu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan
kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Radziah Bt
Muhammad telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya.
Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja
kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencari contoh di
dalam buku rujukan utama saya iaitu Statistik OUM. Selepas itu saya telah cuba
mengambil isi di dalam buku tersebut dan membuat kerja kursus yang telah
diberikan. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah
tepat dan haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan pula, saya telah mencari contoh
analsis markah murid semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di
Sekolah Kebangsaan Seri Gading. Selama seminggu saya telah menyediakan
beberapa soalan dan pertanyaan kepada guru Kemahiran Hidup yang saya
temuramah. Saya juga telah melihat bagaimana pentaksiran ini dilakukan oleh guru
di sekolah. Penyediaan folio pula saya telah lakukan secara berperingkat-peringkat
agar segala kerja dapat disiapkan dengan betul.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja
kursus Pentaksiran Reka Bentuk & Teknologi RBT 3108 yang diberikan telah
berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka
yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah
saya iaitu Pn Radziah Bt Muhammad.













BIBLIOGRAFI
Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement:
Classroom Application and Practice, (5
th
Ed). New York: HarperCollins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur:
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan
makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan
makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan
Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

http://adamayu.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-pentaksiran.html
http://gurumanikha05.blogspot.com/2010/01/interaksi-minggu-1-pengertian-
konsep.html



Isi Kandungan
no Perkara Muka
surat
1 Soalan tugasan i
2 Biodata ii
3 Halaman pengakuan iii
4 Penghargaan iv
5 1.0 Pengenalan
1.1 Pentaksiran dalam reka bentuk sekolah rendah
1.2 Ciri ciri penilaian dan pentaksiran
1.3 Kepentingan penilaian dan pentaksiran


1-3
3- 5
6
6 2.0 Rekod analisis
2.1 Data mentah markah ujian


7
7 3.0 Analisis data mentah
3.1 Definisi mod
3.2 Selang kelas
3.3 Median
3.4 Min
3.5 Sisihan piawai

8
8
9-10
11- 12
13-15
8 4.0 Graf
4.1 Histogram
4.2 Carta pai
4.3 Polygon
4.4 Orgif
4.5 Orgif persentil

16
15
17
18
19
9 5.0 Tafsiran analisis
5.1 Analysis persentil graf

20
10 6.0 Rumusan 21-23
11 7.0 Refleksi 24-26
12 8.0 Bibliografi 27

Anda mungkin juga menyukai