Anda di halaman 1dari 5

Peranan dan kepentingan Reka Bentuk Pengajaran

1. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.


Dick and Reiser (1989):
"Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran,
pengetahuan
dan sikap yang diharapkan".
2. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar
terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.
Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil
pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk pengajaran
dalam
perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran
pelajarnya
jelas dan berkesan.
Rekabentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu
program atau kurikulum kursus.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti


berikut:
Meningkatkan pencapaian pelajar.
Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
Memungkinkan objektifpengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah
tercapai.
Membantu dalam proses membuat keputusan.
Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi
kumpulan yang pelbagai.
Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang
besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.
MODEL ADDLE
Terdapat lima langkah umum dalam merekabentuk sesuatu pengajaran:
Analisis: [Analyse]
Pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenalpasti pengguna sasaran, perbincangan,
pemerhatian dan pembacaan.Pada peringkat ini, masalah pengajaran dijelaskan,
objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan

pengalaman sedia ada murid juga dikenal pasti. Soalan-soalan berikut boleh digunakan
sebagai panduan menganalisis.
Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?
Apakah hasil pembelajaran?
Apakah pilihan strategi penyampaian?
Berapakah tempoh pelaksanaan?
Rekabentuk: [Design]
Pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian, untuk mendapat maklumat terperinci,
sistem penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio dan video.
Kebolehgfungsian: elemen navigasi yang digunakan hendaklah boleh membantu
pengguna akhir contohnya pengguna boleh mengklik butang dan pintu terbuka dan
kemudian loceng berbunyi dan antara muka pengguna: rekabentuk skrin, objek
disusun, bagaimana pengguna berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi.
Pembangunan: [Develop]
Proses pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang pengguna lihat
pada skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu sama lain. Guna Powerpoint
supaya senang untuk mengedit dan paparan satu slaid satu papan
Pembangunan isi kandungan: maklumat atau bahan yang berkaitan dengan projek
yang akan dibangunkan - proses pengumpulan, penterjemahan, pengubahsuaian
elemen yang digunakan.
Pelaksanaan: [Implement]
Proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan tiada pepijat, tepat,
beroperasi. Mengikut peruntukan masa dan kehendak pelanggan. Turut juga
bergantung kepada konfigurasi sistem tersebut. Pengujian dipelbagai platform untuk
memastikan projek tersebut boleh digunapakai.
Penilaian: [Evaluation]
Pengujian: alpha dan beta:
Alpha: pengujian dalaman, draf kerja sahaja belum siap 100% kemungkinan terdapat
kesilapan.
Beta: pengujian yang sebenar: Pengguna sebenar kemungkinan mereka menandatangi
perjanjian untuk menjaga maklumat mengenai aplikasi terbocor kepada umum.
Biasanya pihak syarikat memberi insentif kepada produk yang telah siap.
Tujuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak mengenai produk atau
aplikasi yang dijalankan dan pembangun boleh mengenalpasti kejayaan
dan pemasalahan yang timbul untuk membuat perubahan bagi mencapai
matlamat pembangunan.
Model ASSURE
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud
memastikan sesuatu berlaku
Singkatan akromin ASSURE bermaksud

A Analyse learner (Analisis pelajar)


S State Objective (nyatakan objektif)
S Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
U Use media (gunakan media )
R Require learner response (keperluan tindakan)
E Evaluate materials (menilai)
1. Analyse learner (Analisis pelajar)
Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan
tajuk yang dihendak ajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar
untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
2. State Objective (nyatakan objektif)
Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.
3. Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif
pengajaran.
Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu.
Tetapi
jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru
hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif
pengajaran.
4. Use media (gunakan media )
Rancangan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan
untuk
persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid murid serta
yang
memberi motivasi kepada murid supaya murid murid merasa senorok. Adakan
juga
aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.
5. Require learner response (keperluan tindakan)
Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang
berlaku.
Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi
6. Evaluate materials (menilai)
Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan

Adakan objektif tercapai?

Bahan yang digunakan membantu P&P?

Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?

Adakah suasana P&P selesa?

Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?

Soalan yang dikemukan dapat dijawab?

Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE

A Analyse learner (Analisis pelajar)


Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomii
Kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada
Stail pembelajaran; sama ada auditori, visual, atau kinestetik

S State Objective (nyatakan objektif)


Tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada pengajaran dan pembelajaran
Fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari

S Select, method, media & materials (kaedah, media, bahan)


Kaedah: simulasi, demostrasi, latihan tubi
Media: kriteria seperti:
Sepadan dengan kurikulum
Maklumat tetap dan terkini
Bahasa jelas
Tarik minat dan dapat mencetus moticasi
Menggalakan penglibatan pelajar
Kualiti teknikal
Terbukti keberkesanan
Ada panduan guna

Reka bentuk bahan mengambil kira


Objektif
Pelajar
Kos
Masa
Kepakaran teknikal
Peralatan
Kemudahan

U Use media (gunakan media )


Menyediakan media
Menyediakan bahan
Menyediakan persekitaran
Menyediakan pelajar
Menyediakan pengalaman pembelajaran
R Require learner response (keperluan tindakan)
Mendorong penglibatan pelajar seperti; latihan, kuiz. projek
E Evaluate materials (menilai)

Menilai pencapaian
Hasil pembelajaran
Media dan kaedah
Penyediaan guru
Penyediaan murid
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/bab-2-reka-bentuk-pengajaran.html
Friday, November 12, 2010

Bab2:RekaBentukPengajaran

Anda mungkin juga menyukai