Anda di halaman 1dari 11

Mengajar Murid Tahun 4 Tentang Topik "Pengaratan"

Dalam pengajaran topik "Pengaratan" terhadap murid Tahun 4, kami telah


mengamalkan

konsep

konstruktivisme

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran (P&P). Konsep konstruktivisme ini telah menerangkan bahawa :


1. Ilmu pengetahuan tidak boleh dipindah daripada seseorang guru kepada
murid dalam bentuk yang serba sempurna.
2. Murid hanya dapat menguasai suatu ilmu pengetahuan sekiranya dia
berminat untuk belajar.
Jadi, sebagai seorang guru, kami perlu :

Berperanan

menemui ilmu pengetahuan melalui usaha murid itu sendiri


Mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan

sebagai

seorang

pembimbing, mendorong

murid

untuk

murid. Kami perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada
mereka, dan berusaha untuk membetulkan miskonsepsi mereka.
Oleh itu, kami telah menggunakan Pendekatan Konstruktivisme Model
Needham 5 Fasa sebagai panduan kami untuk mengajar topik "Pengaratan" dalam
kelas. Model ini terdiri daripada lima fasa, iaitu orientasi, pencetusan idea,
penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi.

1
Rajah 1 : Model Konstruktivisme
5-Fasa Needham

a) Orientasi
Sebelum guru mengajar topik "Pengaratan", guru mengadakan sesi
pemberian hadiah kepada murid-murid yang dapat menjawab soalan yang diberi
oleh guru. Hadiah tersebut adalah terdiri daripada barang yang sudah berkarat.
Walau bagaimanapun, guru tidak akan memberitahu murid bahawa hadiah tersebut
sudah berkarat.
Penerangan :

Semua murid adalah bersifat naf dan mempunyai sifat ingin tahu yang
tinggi kerana mereka sangat suka guru mereka memberi hadiah atau kejutan

kepada mereka.
Oleh itu, melalui pemberian hadiah, murid akan lebih menumpu perhatian

terhadap pengajaran atau tingkah laku guru yang seterusnya.


Tambahan pula, hadiah yang diberi oleh guru berada dalam keadaan yang
berkarat. Hal ini adalah bersesuaian dengan topik yang akan diajar nanti, iaitu
pengaratan. Oleh itu, hadiah ini telah menyediakan suasana P&P.

b) Pencetusan Idea
Kemudian, murid sendiri menemui bahawa permukaan hadiah yang mereka
dapat mempunyai lapisan yang berwarna perang dan kotor. Dengan penemuan ini,
guru juga menceritakan bahawa beliau pernah menemui situasi yang sama dalam
kehidupan sehariannya, sambil menunjukkan gambar-gambar tersebut.

Rajah 2 : Gambar-gambar
yang ditunjukkan.
2

Penerangan :
Selepas guru
itu, guru
mendorong
untuk
menerangkan
yang sudah
Semasa
memberi
contoh murid
terhadap
barang
yang telahapa
berkarat,
beliau
berlaku
padamenyatakan
permukaan perkataan
hadiah atau"berkarat".
situasi yang
berlaku dalam
gambar-gambar
tidak
Sebaliknya,
beliau
membimbing
tersebut.
Murid
memberi
jawapanfenomena
bahawa barang
tersebut
sudah berkarat. Dengan
murid
untuk
menerangkan
atau situasi
tersebut.
Sekiranya
tidakdan
mempunyai
sebarang
sedia ada terhadap
jawapan
ini, gurumurid
memberi
menerangkan
definisipengetahuan
terhadap pengaratan.
pengaratan, kemungkinan besar dia akan menyatakan bahawa terdapat

sampah atau kotoran terlekat pada barang tersebut.


Jadi, melalui fasa ini, guru boleh mengetahui pengetahuan sedia ada bagi
setiap murid.

c) Penstrukturan Semula Idea


i) Mengajar Jenis Objek
Langkah 1 : Setelah murid telah memahami terhadap pengaratan, guru mengajar
mereka bahawa objek boleh terdiri daripada objek yang boleh berkarat
dan objek yang tidak akan berkarat.
Langkah 2 : Guru meminta murid untuk memberi contoh terhadap objek yang boleh
berkarat dan objek yang tidak akan berkarat. Selepas menulis contoh
tersebut pada papan tulis, guru tidak menyatakan samada contoh
tersebut adalah contoh yang sesuai dan betul atau tidak.
Langkah 3 : Guru memberi latihan kepada setiap kumpulan dan menyuruh mereka
untuk membincang dan membulatkan objek-objek yang boleh berkarat.

Rajah 3 : Latihan membulatkan


3 objek yang boleh berkarat.

Langkah 4 : Guru membimbing murid untuk memeriksa jawapan mereka dan


memberi penerangan terhadap soalan-soalan yang dinyatakan oleh
murid. Akhirnya, guru menunjukkan jawapan tersebut dalam bentuk
grafik yang tersusun.

Rajah 4 : Jawapan dalam bentuk grafik yang tersusun.


Langkah 5 : Guru mendorong murid untuk menyatakan bahan yang digunakan untuk
membuat objek berkarat. Selepas membuat banding beza, murid
berupaya untuk menyatakan bahawa semua objek yang berkarat
diperbuat daripada besi.
Langkah 6 : Selepas murid mengetahui objek berkarat diperbuat daripada besi, guru
meminta murid untuk memeriksa sama ada contoh-contoh yang ditulis
pada papan tulis tadi merupakan contoh yang betul dan sesuai.
Penerangan :

Dalam satu kelas, beberapa orang murid mungkin menganggap semua barang
akan berkarat, cuma masa pengaratannya adalah berbeza-beza. Pernyataan

ini merupakan pengetahuan sedia ada yang salah.


Melalui perbincangan dalam kumpulan, murid dapat menerima pelbagai idea

dan pendapat daripada kawan-kawannya.


Akhirnya, murid tersebut dapat menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu
diubahsuai dan dibetulkan.

ii) Mengenalpasti Faktor Yang Menyebabkan Pengaratan Berlaku


Langkah 1 : Guru menunjukkan suatu situasi dimana tin-tin makanan telah berkarat
selepas dibiarkan dalam suatu keadaan selama beberapa hari.

Rajah 5 : Keadaan yang menyebabkan tin-tin makanan berkarat.


Langkah 2 : Guru memberi masa kepada murid untuk memerhati keadaan yang
ditunjukkan dalam situasi tersebut. Selepas itu, guru meminta murid
menyatakan faktor-faktor yang akan menyebabkan tin makanan
tersebut berkarat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Langkah 3 : Guru membahagikan murid kepada kumpulan berdasarkan faktor-faktor
yang diberi. Contohnya, murid-murid yang menyatakan bahawa cahaya
merupakan salah satu faktor akan membentuk satu kumpulan.
Seterusnya, guru mendorong setiap kumpulan untuk membuat
eksperimen terhadap paku besi bagi memastikan sama ada faktorfaktor tersebut adalah benar atau tidak.

Rajah 6 : Radas dan bahan yang digunakan dalam eksperimen.


5

Kumpulan A menyatakan air dan udara sebagai faktor :


a) Guru : Apakah yang perlu kamu lakukan untuk membuktikan bahawa air dan
udara boleh menyebabkan paku besi ini berkarat?
Murid : Kita masukkan paku besi ke dalam tabung uji yang berisi dengan air dan
udara. Biarkan beberapa hari, cikgu.
b) Guru : Bagus!
*Murid mula membuat eksperimen.

Kumpulan B menyatakan air sebagai faktor, tetapi udara bukan faktornya :


a) Guru : Apakah yang perlu kamu lakukan untuk membuktikan bahawa
ketidakhadiran udara masih boleh menyebabkan paku besi berkarat?
Murid : Kita masukkan paku besi ke dalam tabung uji yang berisi dengan air, dan
menuangkan minyak di atas air, cikgu.
Guru : Mengapakah kamu perlu menambah minyak di atas air?
Murid : Supaya udara tidak akan masuk ke dalam air.
b) Guru : Bagus!
*Murid mula membuat eksperimen.

Kumpulan C menyatakan udara sebagai faktor, tetapi air bukan faktornya :


a) Guru : Apakah yang perlu kamu lakukan untuk membuktikan bahawa
ketidakhadiran air masih boleh menyebabkan paku besi berkarat?
Murid : Kita masukkan paku besi ke dalam tabung uji yang tidak berisi dengan air,
tetapi berisi dengan udara.
Guru : Bagus, tetapi bagaimanakah kamu boleh memastikan tabung uji tersebut
tiada air?
Murid : Guru, kami tidak pasti.
b) Guru : Sebenarnya, kita boleh letakkan kalsium klorida ke dalam tabung uji
tersebut. Bahan kimia ini berfungsi untuk menyerap air yang terdapat
dalam udara.
*Murid mula membuat eksperimen selepas dibimbing oleh guru.

Kumpulan D menyatakan cahaya sebagai faktor, selain udara dan air :


a) Guru : Apakah yang perlu kamu lakukan untuk membuktikan bahawa cahaya
boleh menyebabkan paku besi berkarat?
Murid : Kita masukkan paku besi ke dalam tabung uji yang berisi dengan air dan
udara, kemudian membiarkannya di bawah lampu cahaya selama
beberapa hari.
Guru : Bagus, Adakah kamu berasa paku besi masih akan berkarat sekiranya
tabung uji tersebut diletakkan dalam almari?
Murid : Tidak, kerana cahaya tidak hadir.
b) Guru : Baiklah. Kalau macam ini, biarlah guru mencabar kamu. Sila letakkan
tabung uji tersebut dalam almari selama beberapa hari, dan catatkan
pemerhatiannya.
*Murid mula membuat eksperimen.

Rajah 7 : Rajah bagi tabung uji A,


B, C dan D.

Rajah 8 : Keputusan bagi setiap


kumpulan selepas beberapa hari.

Langkah 4 : Selepas beberapa hari, setiap kumpulan menghantar wakil untuk


membentangkan pemerhatian mereka. Pada masa yang sama, guru
mendorong mereka untuk membuat inferens terhadap pemerhatian
tersebut.
A : Air dan udara merupakan faktor yang menyebabkan paku besi
berkarat.
B : Paku besi tidak akan berkarat sekiranya udara tidak hadir.
C : Paku besi tidak akan berkarat sekiranya air tidak hadir.
D : Paku besi masih berkarat walaupun cahaya tidak hadir.
Langkah

5 : Guru mendorong murid untuk membuat kesimpulan bahawa besi


akan berkarat apabila terdedah kepada air dan udara.

Penerangan :

Dalam satu kelas, tidak semestinya semua murid dapat memahami faktor-

faktor yang boleh menyebabkan pengaratan.


Jadi, eksperimen boleh dijalankan bagi menguji kesahihan idea-idea sedia
ada mereka. Contohnya, melalui eksperimen, murid mengetahui bahawa

cahaya bukan faktor yang boleh menjejaskan pengaratan.


Dengan ini, murid akan mengubahsuai skema lamanya dengan menambah
idea barunya.
8

Dalam fasa ini, guru juga menerangkan keburukan pengaratan dan mengajar cara
menghilangkan karat.
Penerangan :

Kebanyakan murid menganggap bahawa hanya kertas pasir yang mampu

menghilangkan karat dengan menggosok bahan besi yang berkarat.


Sebenarnya, karat pada permukaan bahan besi dapat dibersihkan secara

mudah dengan menggunakan air limau.


Hal ini membolehkan murid mengenalpasti idea-idea alternatif yang boleh
digunakan untuk menghilangkan karat selain kertas pasir.

d) Aplikasi Idea
Setelah murid menguasai faktor-faktor yang boleh menyebabkan pengaratan,
guru mendorong mereka untuk menggunakan ilmu ini dalam mencegah pengaratan.
Semasa mengajar cara mencegah pengaratani, guru menggunakan teknik
bercerita untuk menyediakan sesuatu situasi yang amat rapat dengan pengalaman
sedia ada murid. Dengan ini, murid dapat mencadangkan cara mencegah
pengaratan yang betul. Misalnya, semasa penyediaan Tahun Baru Cina, mereka
pernah mengecat pintu besi bersama dengan ibu bapanya. Jadi, mereka akan
memberi cadangan bahawa mengecat boleh mencegah pengaratan selain
menceriakan pintu besi tersebut.
Selepas murid mengetahui cara-cara yang boleh digunakan untuk mencegah
pengaratan, guru perlu memberitahu kebaikan atau kepentingan mencegah
pengaratan supaya ilmu yang dipelajari oleh murid dapat dikukuhkan lagi.

Rajah 9 : Kepentingan 9mencegah pengaratan.

Penerangan :

Fasa ini bertujuan untuk mengukuhkan idea-idea yang telah dibina oleh

murid.
Contohnya, melalui eksperimen yang dibuat tadi, murid mengetahui bahawa
udara merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan pengaratan

bahan besi.
Jadi, bagi mengelakkan bahan besi daripada berkarat, mereka akan
mencadangkan supaya menuangkan minyak seperti minyak pelincir pada

permukaan besi.
Mereka akan memberi cadangan seperti ini kerana mereka mengetahui
bahawa lapisan minyak boleh menghalang kemasukan udara ke permukaan
bahan besi.

e) Refleksi
Sebelum menamatkan pengajaran topik ini, setiap kumpulan dikehendaki
menghantar wakil untuk menerangkan apa yang telah mereka mempelajari dalam
topik tersebut. Di samping itu, mereka juga boleh menyatakan perasaan atau
pemikiran mereka dalam proses P&P ini.

Penerangan :

Fasa ini bertujuan untuk menyedari perubahan idea murid.


Guru mampu mengenalpasti miskonsepsi murid sudah diperbetulkan ataupun

belum.
Dalam fasa ini, murid juga berupaya untuk memikir kembali apa yang telah
mereka belajar dalam topik ini.

10

Dalam proses pengajaran, guru juga menggunakan penyusun awal.


Penyusun awal ini sangat penting kerana :
1. Memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran.
2. Menjelaskan hubungan antara konsep yang telah diajar.
3. Menggerakkan minda pelajar untuk ingat semula konsep yang telah dipelajari
dalam suatu topik.
Kesimpulannya, penyusun awal ini memudahkan murid untuk menguasai ilmu
pengetahuan yang telah diajar oleh guru.

Rajah 10 : Contoh penyusan awal

11

Anda mungkin juga menyukai