Anda di halaman 1dari 1

Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut:

Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini, termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif. Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis. Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisi. Rajah di atas menunjukkan Model Proses Kreatif Terarah. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.

Dalam Fasa Imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan. Seterusnya dalam Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir. Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan. Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai