Anda di halaman 1dari 36

MENGAPA SAYA PERLU BELAJAR

Disediakan oleh : Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Bukit Indah Ampang

Mengapa Saya Perlu Belajar?


1. Untuk berubah menjadi lebih pandai.

Mengapa Saya Perlu Belajar?


2. Untuk membela nasib keluarga.

Mengapa Saya Perlu Belajar?


3. Untuk disayangi guru dan sekolah

Mengapa Saya Perlu Belajar?


4. Untuk tauladan kepada rakan-rakan

PERKONGSIAN 7 PETUA UNTUK CEMERLANG

7 Petua Untuk Cemerlang


1. Tulis gred yang kita mahu capai.
Mengaktifkan minda separa sedar. Mula sedar dan peka kepada peluangpeluang yang boleh mendekatkan anda kepada apa yang anda hendak capai.

7 Petua Untuk Cemerlang


1. Tulis gred yang kita mahu capai.
Tulis subjek yang diambil dan gred yang anda mahu, sebab mengapa mahu gred tersebut dan perasaan jika berjaya mendapat gred tersebut.

7 Petua Untuk Cemerlang


1. Tulis gred yang kita mahu capai.

7 Petua Untuk Cemerlang


1. Tulis gred yang kita mahu capai.
Jika tidak pasti apa yang anda mahu capai berkemungkinan disebabkan oleh:
a) Anda tidak pernah fikirkan perkara itu. b) Anda mungkin tidak ada rujukan. c) Anda mungkin takut memikirkan apa yang anda bakal dapat.

10

7 Petua Untuk Cemerlang


2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan. - mendapat gambaran tentang kekuatan dan kelemahan kita setelah menulis gred yang menjadi matlamat kita.

11

7 Petua Untuk Cemerlang


2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan. - Kenal pasti subjek yang menjadi kekuatan kita, usaha untuk mengulangkaji akan jadi lebih mudah.

12

7 Petua Untuk Cemerlang


2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan. - Untuk subjek-subjek ini, kita perlu:
a) Jadikan sumber inspirasi. b) Luangkan masa untuk mengulangkajinya secara berterusan. c) Belajar dengan rasa bersemangat.

13

7 Petua Untuk Cemerlang


2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan. - Apabila kita sudah tulis gred yang kita mahu dapat dan gred yang kita dapat sekarang, kelemahan diri kita boleh nampak ketara.

14

7 Petua Untuk Cemerlang


2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan. - Untuk subjek-subjek ini, kita perlu:
a) Jangan terlalu risau kerana kelemahan bukan suatu yang kekal.

15

7 Petua Untuk Cemerlang


2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan. - Untuk subjek-subjek ini, kita perlu:
b) Kelemahan masa kini merupakan satu cabaran buat kita. Contoh: kekurangan stamina dalam acara lumba lari. c) Buat rancangan untuk mengatasi kelemahan. Contoh : jumpa guru lebih kerap.

16

Info Menarik:
Cuba kita perhatikan cara kita duduk, cara kita membaca dan cara kita bergerak semasa belajar subjek yang kita lemah ini. Tentu ia sangat berbeza berbanding subjek yang kita suka kan? Mulai hari ini, cuba duduk dan bergerak seperti kita benar-benar suka subjek yang kita lemah tu.
17

Info Menarik (sambungan):


Otak kita tidak dapat bezakan sama ada kita berlakon suka atau tidak. Apabila kita bergerak dan senyum semasa belajar subjek yang kita lemah ini, otak kita akan menghantar isyarat ke seluruh tubuh badan agar menjadi lebih berkesan kerana ia sangka kita sangat suka subjek ini.

18

7 Petua Untuk Cemerlang


3. Uruskan masa berpandukan matlamat. - Merancang tindakan untuk mengelakkan gejala azam baru. Contoh : untuk mendapat gred A dalam subjek Matematik, kita perlu tentukan apakah aktiviti yang perlu kita lakukan.

19

7 Petua Untuk Cemerlang


3. Uruskan masa berpandukan matlamat. - Tindakan itu mesti boleh dilakukan dalam masa 48 jam selepas kita menulis matlamat.

20

7 Petua Untuk Cemerlang


3. Uruskan masa berpandukan matlamat. - 3 perkara yang kita patut lakukan untuk uruskan masa subjek yang kita lemah:
a) buka buku subjek tersebut dan belajar topik yang paling mudah dahulu.. b) jika kita belajar subjek yang kita kuat 1 jam, kita perlu belajar subjek yang kita lemah 2 jam atau lebih.
21

7 Petua Untuk Cemerlang


3. Uruskan masa berpandukan matlamat. - 3 perkara yang kita patut lakukan untuk uruskan masa subjek yang kita lemah:
c) Mula berkawan dengan pelajar yang pandai dalam subjek kita lemah ini dan guru yang mengajar subjek ini.

22

7 Petua Untuk Cemerlang


3. Uruskan masa berpandukan matlamat. - Belajar mengikut keberkesanan dan bukan jumlah jam.

23

7 Petua Untuk Cemerlang


4. Latih tubi. - 3 perkara yang perlu kita lakukan:
a) lebihkan membuat latihan daripada membaca. b) dapatkan soalan-soalan lepas. c) buat latih tubi ini secara berterusan.

24

7 Petua Untuk Cemerlang


5. Tingkatkan kepantasan dan ketepatan. - Ketepatan bermaksud kita tahu dengan tepat apa yang diperlukan oleh soalansoalan subjek atau soalan-soalan peperiksaan.

25

7 Petua Untuk Cemerlang


5. Tingkatkan kepantasan dan ketepatan. - Kepantasan adalah berapa cepat anda dapat selesaikan sesuatu soalan atau berapa cepat anda jawab sesuatu soalan di dalam dewan peperiksaan.

26

UJIAN KEPANTASAN DAN KETEPATAN Selamat Menjawab

27

7 Petua Untuk Cemerlang


5. Tingkatkan kepantasan dan ketepatan. - Kepantasan tanpa ketepatan akan menyebabkan kita lalai dan sukar mendapat markah yang baik. - Ketepatan tanpa kepantasan pula menghalang kita daripada menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan dan akibatnya kita akan gagal juga mendapat gred yang kita mahukan.
28

7 Petua Untuk Cemerlang


6. Jaga kesihatan fizikal dan mental. - minda tidak boleh berfungsi dengan baik jika fizikal kita tidak berada dalam keadaan yang baik.

29

7 Petua Untuk Cemerlang


6. Jaga kesihatan fizikal dan mental. - Cara menjaga kesihatan fizikal :
a) Banyakkan makan makanan yang berkhasiat. b) Banyakkan minum air yang bersih. c) Luangkan masa 30 hingga 60 minit sehari untuk berpeluh.

30

7 Petua Untuk Cemerlang


6. Jaga kesihatan fizikal dan mental. - Cara menjaga kesihatan fizikal :
d) Lakukan senaman regangan otot 5 - 10 minit sehari. e) Lebih menarik lagi, luangkan masa bermain sukan dengan kawan-kawan 30 hingga 60 minit sehari.

31

7 Petua Untuk Cemerlang


6. Jaga kesihatan fizikal dan mental. - Cara menjaga kesihatan mental :
a) kekalkan imej positif di dalam minda kita. b) Mula berkawan rapat dengan kawan-kawan yang ceria, cemerlang dan yang suka memberi dorongan dan sokongan. c) Jaga ibadah harian.

32

7 Petua Untuk Cemerlang


7. Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. - ibu bapa, guru dan rakan-rakanlah yang boleh membantu menaikkan semula semangat dan keyakinan diri yang jatuh.

33

7 Petua Untuk Cemerlang


7. Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. - Cara mendapatkan sokongan ibu bapa:
a) belajar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada ibu bapa. b) ceritakan kepada ibu bapa tentang matlamat kita untuk mencapai kejayaan.

34

7 Petua Untuk Cemerlang


7. Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. - Cara mendapatkan sokongan ibu bapa:
c) jangan lupa untuk membantu ibu bapa di rumah

35

Kesimpulan
Kini, anda juga boleh menjadi pelajar cemerlang dengan mengamalkan secara berterusan 7 Petua Untuk Cemerlang ini. Selamat Menempa Kecemerlangan

36

Anda mungkin juga menyukai