Anda di halaman 1dari 1

Meningkatkan Kemahiran Menganalisis Atribut Produk Pelajar dalam Pengajian Perniagaan

Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pembungkus Tahap 1 dan Tahap 2

Noritah @ Noriani Binti Madina


Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menganalisis atribut produk
sehingga mereka dapat menulis analisis produk yang tepat dan lengkap. Kumpulan sasaran kajian ini
melibatkan 17 orang pelajar Pengajian Perniagaan di Tingkatan Enam Rendah Fasih, Sekolah
Menengah Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Fokus kajian saya adalah melihat
sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar iaitu Pembungkus Tahap 1 Dan Tahap 2 dapat
membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran menganalisis atribut produk pelajar. Tinjauan
awal mendapati majoriti pelajar Pengajian Perniagaan tidak memahami subtajuk Campuran
Pemasaran dan mengambil masa yang agak panjang untuk menulis analisis pemasaran yang
lengkap khususnya analisis produk. Instrumen kajian ini menggunakan markah pencapaian praujian
dan pascaujian, pemerhatian serta temu bual. Tempoh masa kajian ialah 20 hari. Data dianalisis
menggunakan teknik analisis deskriptif, min, sisihan piawai dan ujian-t berpasangan. Dapatan kajian
menunjukkan prestasi kumpulan eksperimen dalam ujian pasca lebih baik dengan perolehan min
82.47 berbanding dengan ujian pra yang mendapat min purata 25.88. Implikasi dapatan kajian ini
mencadangkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar iaitu pembungkus tahap 1 dan
pembungkus tahap 2 dapat membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran menganalisis
pelajar-pelajar Pengajian Perniagaan khususnya Tingkatan Enam Rendah Fasih. Mereka telah
berjaya menghasilkan penulisan analisis produk yang memenuhi semua aspek yang ditetapkan. Oleh
itu, disarankan supaya penggunaan pembungkus produk tahap 1 dan pembungkus tahap 2
diteruskan pada masa akan datang sebagai bahan bantu mengajar khususnya untuk subtajuk
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai