Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-12 : Keduabelas : 14-18 April 2013 : Strategi pengajaran kurang efektif

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (15 April 2013) saya telah menghadapi masalah strategi pengajaran kurang efektif. Strategi yang saya gunakan untuk mengajar bahasa tamil tidak melibatkan semua murid. Dua murid melakukan aktiviti di hadapan manakala murid lain berdiri dan melihat sahaja.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya tidak menggunakan strategi pengajaran yang berkesan. Saya hanya menggunakan strategi pengajaran yang diperuntukkan dalam modul pengajaran. Murid-murid tidak belajar dengan seronok.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya mengubahsuai strategi pengajaran yang sedia ada supaya lebih efektif. b. Saya akan memastikan semua aktiviti yang dirancang melibatkan semua orang murid tanpa ada murid yang melihat sahaja. c. Saya akan mengunakan strategi pengajaran yang berbentuk permainan. d. Saya akan menggunakan klip video yang dapat meransang pemikiran murid. e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah serta berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Murid-murid perlu bergerak aktif di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang dirancang tidak dapat dicapai.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai