Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KE-7

Bilangan Jurnal : 6

Minggu Praktikum : Minggu ketujuh

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 10 SEPTEMBER – 13 SEPTEMBER 2018

Tajuk Jurnal : Masalah tingkah laku murid.

1. Masalah / Peristiwa

Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah tingkah laku
murid yang tidak mematuhi arahan guru. Semasa guru memberikan arahan, murid
tidak mendengar dengan teliti dan apabila guru meminta murid melakukan tugasan,
mereka meminta untuk mengulanginya. Namun, apabila arahan di ulang cakap oleh
guru, mereka masih tidak menumpukan perhatian, sehingga saya terpaksa untuk
mengulanginya beberapa kali. Hanya segelintir murid sahaja dapat menyiapkan
tugasan tepat pada masanya manakala murid yang lain tidak dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan kerana mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan.
Murid tahun 4 Amanah yang menjalankan amali membuat pola masih tidak dapat
menyiapkan pola tersebut sedangkan minggu ini merupakan minggu kedua
pembelajaran yang sama iaitu membuat pola. Terdapat beberapa orang murid
kadang-kadang mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti
yang saya berikan.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh pehatian terhadap
pengajaran guru dan gemar berbual semasa guru sedang mengajar. Begitu juga
semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang
diberikan menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu
dilakukan. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat
pada masanya.
3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar murid tidak membuat
bising dan berbual semasa guru sedang mengajar.

b) Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar mereka dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan mendengar arahan
guru dengan teliti.

c) Guru perlu mengenakan dendaan kepada murid yang ingkar arahan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid di
sekolah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dan dapat memahami dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh
guru serta menyiapkan kerja amalinya dalam tempoh masa yang diberi.

Pandangan / komen Pensyarah/ Guru pembimbing

..........................................................................................................................................

............................................................................................................................

Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

Nama : .........................................................

Anda mungkin juga menyukai