Anda di halaman 1dari 18

Tugasan 2 : Laporan Amali Projek

Proses pelaksanaan Ujian Amali

Dalam ujian amali ikan hiasan terdapat tiga proses pelaksanaan yang perlu dibuat
oleh setiap kumpulan iaitu proses sebelum, semasa dan selepas ujian amali.

i) Proses sebelum
Proses sebelum adalah dari segi penyediaan bahan dan alatan ujian
amali. Berikut merupakan proses dan langkah penyediaan.

Langkah 1 : Cabutan nombor kumpulan

Sebelum memulakan ujian amali,


semua pelajar dikehendaki
membuat cabutan nombor.
Cabutan ini bertujuan untuk
mengetahui akuarium dan
pemilihan tempat pameran
akuarium. Penyediaan nombor
cabutan ini telah disediakan awal
oleh pensyarah kami iaitu
En.Mohd Yusoff. Nombor yang
kumpulan kami dapat ialah
nombor 2.

Langkah 2 : Menyediakan peralatan ikan dan bahan serta aksesori


ikan hiasan.

Proses menyediakan alatan

1
Alatan dan bahan yang telah diletakkan dalam satu bekas

Proses melekatkan tumbuhan plastik

1. Sediakan alatan dan bahan di dalam satu bekas supaya tidak


ada yang tercicir.
2. Kira jumlah alatan dan bahan kemudian buat semak an
sekiranya terdapat alat yang tidak berfungsi atau rosak.
Sekiranya ada, perlu diganti dengan yang baru.
3. Tumbuhan plastik yang tercabut perlu dilekatkan semula
menggunakan hot glue gun.

2
Langkah 3 : Membersih peralatan dan bahan

Proses membasuh aksesori

Proses menyediakan bahan (membasuh pasir)

1. Kemudian basuh kesemua alatan dan beberapa bahan yang


diperlukan termasuk pasir dan batu.
2. Alatan dan bahan perlu dibasuh dan dibilas beberapa kali
kemudian ditoskan untuk mengeringkan air.
3. Berus alatan dan bahan secara berhati-hati dengan
menggunakan span lembut supaya tidak tercalar.
4. Seterusnya, perlatan dan bahan tersebut perlu dijemur supaya
kering.

3
Langkah 3 : Membersih akuarium

Proses membersih akuarium menggunakan ubat gigi

Proses menjemur akuarium

1. Sediakan akuarium dan basuh akuarium menggunakan ubat


gigi dan air sahaja. Elakkan daripada menggunakan sabun.
2. Akuarium yang siap dibasuh dijemur untuk mengeringkan air.

4
ii) Proses Semasa

Proses semasa adalah penyediaan untuk membina landskap akuarium. Proses


ini dibuat selepas kesemua alatan dan bahan siap disediakan dan dibasuh.

Langkah 4 : Memasang poster pada akuarium

Mengukur dan menggunting poster mengikut saiz akuarium

Melekatkan poster pada bahagian belakang akuarium

1. Ukur poster mengikut saiz akuarium kemudian gunting mengikut


ukuran.
2. Tampalkan poster pada bahagian belakang akuarium menggunakan
pita pelekat lutsinar.
3. Pemasangan poster adalah untuk menambahkan lagi hiasan dalaman
akuarium
4. Penggunaan poster adalah sebagai latar belakang supaya hiasan di
dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan menarik.

5
Langkah 5 : Memasukkan undergravel filter pada dasar akuarium

1. Proses seterusnya slepas menampal poster adalah memasukkan


penyaring undergravel pada dasar akuarium.
2. Undergravel ini berfungsi sebagai penapis bawah untuk sistem
mekanikal.

Langkah 6 : Memasukkan pasir putih, hitam dan biru ke dalam akuarium

Proses memasukan pasir putih untuk lapisan pertama

Proses memasukkan pasir hitam untuk lapisan kedua

6
Proses membentuk dan meratakan pasir
1. Masukkan pasir mengikut langkah yang betul mengikut lapisan.
2. Masukkan pasir putih dahulu sebagai lapisan pertama.
3. Kemudian saya masukkan pasir hitam sebagai lapisan kedua pada
bahagian kanan akuarium.
4. Masukkan pasir biru untuk membentuk sungai di dalam akuarium.
5. Masukkan pasir secara berhati-hati untuk mengelakkan daripada
bercampur.
6. Pemilihan pasir dan warna pasir dilakukan berdasarkan reka bentuk
pelan landskap.
7.
Langkah 7 : Memasukkan tumbuhan plastik dan aksesori ke dalam
akuarium dan meletakkan akuarium pada ruang pameran.

Memasukkan tumbuhan plastik mengikut pelan landskap

7
Proses mengangkat akuarium untuk diletakkan pada ruang pameran

1. Selepas meratakan pasir, susun tumbuhan plastik serta aksesori


akuarium berpandukan pelan landskap yang telah direka.
2. Kemudian, setelah selesai susunan dan reka bentuk akuarium, letakkan
akuarium pada ruang pameran untuk diisikan air.
Langkah 8 : Masukkan air ke dalam akuarium

Proses memasukkan air

Melakukan kerja secara bergilir dengan ahli kumpulan

8
1. Masukkan air ke dalam akuarium.
2. Air dimasukkan secara sedikit demi sedikit ke dalam akuarium bagi
mengelakkan landskap akuarium rosak.
3. Masukkan air sehingga paras ¾ akuarium.

Langkah 9 : Masukkan air garam

Bancuh garam biru

Masukkan air garam ke dalam akuarium

1. Masukkan 1 sudu besar garam ke dalam mangkuk yang bercampur


dengan air.
2. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan ke dalam akuarium.
3. Tujuan memasukkan garam adalah untuk membunuh bakteria dan
parasit yang ada dalam aquarium.

9
Langkah 10 : Pemeriksaan klorin

Memasukkan antiklorin

1. Masukkan 5ml air akuarium ke dalam silinder penyukat.


2. Titiskan 5 titisan larutan klorin tester ke dalam air tersebut.
3. Air tidak bertukar warna dan jernih. Ini bermaksud air tidak
mengandungi klorin.
4. Jika air bertukar warna, itu tandanya ada klorin di dalam akuarium.
Untuk menghilangkannya, serbuk anti klorin digunakan.

Langkah 11 : Memasukkan anticlaudiness

1. Sekiranya air akuarium kelihatan keruh, masukkan 4 cup sukatan


anticlaudiness menjernihkan air.

10
Langkah 12 : Memasang sistem penapis dan sistem pengudaraan

1. Setelah itu, pasangkan sistem penapis air di dalam akuarium.


2. Tujuan sistem penapis air digunakan adalah untuk menapis air daripada
sebarang kekotoran dan juga sisa-sisa makanan yang tidak habis. Ini
akan mengelakkan akuarium daripada cepat menjadi busuk dan keruh.
3. Kemudian pasangkan sistem pengudaraan di dalam akuarium dengan
memasukkan tiub udara dan batu buih ke dalam lubang yang terdapat
pada syphon.

Langkah 13 : Memasang lampu di dalam akuarium

Memasang lampu pada akuarium

1. Peralatan terakhir ialah pasangkan lampu pada bahagian tas belakang


akuarium.

Langkah 14 : Menghidupkan peralatan


1. Setelah selesai, hidupkan semua sistem peralatan di dalam akuarium
dan biarkan ia berjalan selama beberapa tempoh.

11
Langkah 15 : Menstabilkan suhu plastik dan akuarium

1. Plastik yang mengandungi ikan direndam ke dalam akuarium selama


tempoh 15-30 minit.
2. Tujuannya untuk menstabilkan suhu dalam plastik sama atau hampir
sama seperti akuarium.

Langkah 16 : Melepaskan ikan ke dalam akuarium

Proses melepaskan ikan hiasan

1. Ikatan pada plastik perlu dibuka dahulu terbalikkan separuh plastik


sampai air dalam plastik bertemu dengan air akuarium.

12
2. Kemudian, biarkan ikan-ikan itu keluar dengan sendirinya.
3. Ikan tidak boleh dituang terus ke dalam akuarium bagi mengelakkannya
terkejut dan mati.
4. Setelah selesai, buang plastik tersebut ke dalam tong sampah

Proses landskap akuarium siap

Landskap akuarium yang telah siap

Sekumpulan angel fish

Sekumpulan black tetra

13
Ikan patin

Black gold molly

Ikan bandaraya

iii) Proses Selepas Amali

Proses selepas ialah proses kerja-kerja pembersihan dan kemasan pada tempat
kerja dan kawasan sekitar akuarium. Kerja pembersihan ini adalah amat penting
bagi mengelakkan daripada kawasan kerja kotor dan tidak kemas.

Menyapu air pada lantai


14
Analisis SWOT

KELEMAHAN
KEKUATAN - Kewangan
- Pelbagai pengetahuan - Ikan hiasan perlu dibeli sendiri
dan kemahiran baharu
yang diperolehi - kekurangan idea semasa ingin
menghasilkan reka bentuk landskap
- Kesabaran akuarium
-Kekurangan peralatan semasa
mengisi air ke dalam akuarium.
- Alatan tidak berfungsi

PELUANG ANCAMAN
- Pelajari pelbagai - Dari segi kreativiti reka bentuk
kemahiran landskap akuarium
- Pengetahuan yang - kumpulan lain menghasilkan
diperolehi boleh landskap yang lebih menarik
diaplikasikan dalam bidang
perniagaan - Kehilangan ikan hiasan/risau dicuri
-Peluang untuk dipasarkan -Kesesuaian ikan di dalam akuarium
- Aspek pengurusan masa

i) Kekuatan
Kekutan yang dapat disimpulkan sepanjang dalam pembelajaran ikan hiasan ini
ialah, pelbagai pengetahuan dan kemahiran baharu yang saya perolehi. Ilmu ini
akan saya manfaatkan sebaik mungkin pada masa akan hadapan sama ada
untuk diri sendiri mahupun masyarakat setempat. Dalam amali ini juga, banyak
pengetahuan dan kemahiran saya pratikkan. Kekuatan lain juga ialah mata
pelajaran ini juga telah mengajar saya erti kesabaran apabila hamper setiap
minggu saya terpaksa mengubah reka bentuk landskap saya bagi mendapat hasil
yang menepati ciri-ciri yang diiginkan.

ii) Kelemahan

Kelemahan yang dapat disimpulkan ialah saya kekurangan idea semasa ingin
menghasilkan reka bentuk landskap akuarium yang menarik dan menakjubkan.
Saya berasa iri hati melihat kawan-kawan yang lain sentiasa berjaya
menghasilkan rekaan yang menarik dan cantik serta menepati citarasa.
Kelemahan juga adalah dari segi kewangan apabila kami semua terpaksa
membeli sendiri ikan hiasan.

15
Kami dikehendaki membeli sekurang-kuranya 5 jenis spesis ikan yang berbeza
dengan jumlah yang agak banyak yang mana harganya juga agak mahal.
Kelemahan seterunya ialah apabila kumpulan kami terpaksa mengangkut air
sendiri menggunakan baldi untuk diisi ke dalam akuarium akibat daripada
kekurangan peralatan iaitu getah paip. Akibat daripada masa yang tidak
mencukupi kumpulan kami terpaksa berkorban untuk mengangkut baldi air yang
berat menuju ke akuarium. Kelemahan lain juga ialah apabila terdapat alatan yang
tidak berfungsi seperti pam iar. Hal ini menyebabkan kami kehilangan banyak
masa untuk mencari dan mencuba alatan yang lain.

iii) Peluang

Peluang yang saya dapati sepanjang dalam kursus subjek ini ialah saya dapat
mempelajari pelbagai kemahiran baru. Antaranya ialah dari segi pemilihan
aksesori unuk rekaan landskap, pemilihan ikan hiasan, cara penyediaan
akuarium, cara memasang peralatan dan sebagainya. Kemahirang yang
diperolehi ini telah diaplikasikan semasa ujian amali sebenar. Peluang lain juga
ialah, kemahiran yang diperolehi ini dapat digunakan dan diaplikasikan untuk
masa hadapan seperti menceburi bidang perniagaan. Mungkin rekaan landksap
akuarium kami mendapat peluang untuk dipasarkan pada masa hadapan.

iv) Ancaman

Antara ancaman yang saya dapati ialah dari segi kreativiti reka bentuk landskap
akuarium. Saya melihat rekaan landskap akuarium yang dihasilkan oleh
kumpulan lain sangat menarik dan sungguh kreatif yang tak dapat saya hasilkan.
Hal ini saya berasa sedikit terancam dari segi pemarkahan kelak. Selain itu,
ancaman lain pula ialah dari segi ikan hiasan. Ia amat membimbangkan kami
apabila sejak beberapa hari sebelum ujian amali dijalankan, kami dapati ikan-ikan
yang ada di jabatan teknikal kebanyakan telah hilang. Kami berpendapat
kemungkinan ada orang luar yang mencerobohi dan mencuri kesemua ikan-ikan
tersebut. Jadi, kami bimbang sekiranya ikan-ikan hiasan kami juga turut akan
hilang. Ancaman lain juga ialah dari segi pengurusan masa. Dalam ujian amali ini,
terlalu banyak skop kerja yang perlu dibuat. Peruntukan masa yang diberi selama
3 jam saya berasa kemungkinan tidak mencukupi sekiranya berlaku masalah
yang tidak diundang seperti alatan pam air tidak berfungsi dan sebagainya. Akibat
daripada bimbang dengan ketidakcukupan masa yang diberi menyebabkan saya
sentiasa berkejar melakukan kerja-kerja sehingga saya berasa sangat letih dan
kehilangan banyak tenaga.

16
Kesimpulan

Kesimpulannya ialah, untuk menghasilkan satu rekaan akuarium bukanlah suatu hal
yang mudah. Ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk berjaya hingga ke
peringkat akhir. Selain itu, ia juga mengajar banyak erti kesabaran supaya tidak
mudah berputus asa untuk menghasilkan sesuatu. Setiap masalah yang berlaku pasti
ada penyelesaiannya. Begitu juga untuk menghasilkan sebuah akuarium yang
lengkap. Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu yang mencukupi serta malas untuk
berusaha dan mempelajari ilmu tersebut, maka kita akan mudah berputus asa dan
tidak akan berjaya hingga ke akhirnya. Suka saya memetik kata-kata daripada Imam
al-syafie “sekiranya kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan
menanggung peritnya kebodohan”. Kata-kata ini telah memberikan semangat kepada
saya supaya terus berusaha sehingga berjaya menghasilkan satu rekaan landskap
amali. Tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di mana memberi
peluang kepada saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini.
Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi ikan hiasan banyak mengajar saya. Selain
memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya
bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan
menjadi seorang guru kelak.

Hasil karya kumpulan 2

17
Bibliografi

Mazfahmi Marzuki. (n.d.). Modul Ikan Hiasan Kemahiran Hidup. Retrieved from
scribd: https://www.scribd.com/document/28750478/Modul-Ikan-Hiasan-
Kemahiran-Hidup

Pengertian Analisis SWOT dan Contoh Analisa SWOT. (2019). Retrieved from
http://pengertianparaahli.com/pengertian-contoh-analisis-swot/

Penyediaan Bekas. (2011, 3 27). Retrieved from


http://roundbeauty.blogspot.com/2011/03/20-penyediaan-bekas.html

Zaidiman Rusli. (2012, 12). Tips untuk memelihara ikan akuarium. Retrieved from
http://cekguwakdee.blogspot.com/2012/12/tips-untuk-memelihara-ikan-
akuarium.html

18

Anda mungkin juga menyukai