Anda di halaman 1dari 10

PEMBIAKAN IKAN

CARA PEMBIAKAN IKAN

BERTELUR

BERANAK

Ikan-ikan yang membiak secara bertelur termasuklah ikan Barb, Rasbora, Tetra dan Anabantid. Ikan jenis bertelur lebih sukar dan rumit untuk dibiakkan

Ia memerlukan penjagaan rapi terutamanya di peringkatyolksac seh ingga berumur 3-5 hari dimana rega ikan lemah, sensitive terhadap penyakit dan perubahan sekitaran

Ikan jenis ini tidak sukar untuk membiakkannya kerana anak-anak yang dihasilkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rumit.

Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail

Ia hanya bergantung kepada kuning telur untuk tumbesarannya.

ikan Emas, Barb, Rasbora, Danio, Minnow dan Labeo

kesihatan ikan perlindungan jantina

tumbuhan air FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBIAKAN

pemusiman

kebersihan tangki

kualiti air

ruang hidup

cahaya

CONTOH PEMBIAKAN IKAN


PEMBIAKAN IKAN PELAGA

Ikan Pelaga (Beta spelndens) berasal dari Thailand dan Kampuchea. Ikan pelaga ini lebih besar dan cantik dari segi warna badan dan siripnya berbanding ikan pelaga tempatan (Betta imbellis). Ikan Pelaga mempunyai satu struktur pada bahagian insangnya iaitu labyrinth dimana ia dapat hidup dengan baik pada persekitaran yang buruk dan kotor. Struktur labyrinth yang berbentuk reranting ini dapat menyerap oksigen dari atmosfera ke dalam darahnya. Ikan Pelaga ini juga dikenali sebagai ikan penafas udara kerana sesekali ikan ini akan mengambil udara dari atmosfera untuk bernafas.

Penentuan Jantina Ikan jantan matang berukuran 7.0 cm hingga 8.0 cm. Siripnya panjang dan mempunyai warna yang pelbagai iaitu biru, hijau, ungu, merah, merah jambu dan campuran warna.bentuk sirip ekor juga pelbagai seperti bentuk panjang, bentuk pecah dua (double tail) dan bentuk sikat (combtail). Jantina ikan boleh ditentukan apabila ikan telah mencapai kematangan seksual iaitu setelah ikan berumur sekitar 4 bulan ke atas. ikan jantan matang terlebih dahulu daripada ikan betina melalui tanda seperti warna ikan mulai muncul dan sifat agresif mulai dilihat dikalangan ikan itu. Pemilihan Induk Induk diberi makanan asli seperti Moina sp. atau cacing tibifex sebelum dibiakkan. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan gonad yang baik. Induk betina mempunyai perut yang buncit dan genital papillae yang berwarna putih. Induk jantan berumur 4 bulan keatas adalah yang terbaik untuk dijadikan induk. Induk jantan atau betina yang terlalu tua kurang menghasilkan kejayaan dalam pembiakan. Pembiakan Secara Komersil Pemilihan induk bergantung kepada jenis yang hendak dibiakkan. Pembiakan kacukan (hybridization) antara jenis boleh dijalankan kerana ia di dalam jenis yang sama. Untuk menjalankan pembiakan secara besar-besaran,tangki simen berukuran 4m x 4m x 40 cm boleh digunakan. Masukkan air sedalam 20 cm kedalam tangki simen itu. Sebanyak 20 buah bakul sampah plastik dimasukkan ke dalam tangki tadi dan ditenggelamkan sebahagian daripadanya. Pokok keladi bunting (Eichhornia

crassipes),kubis air (Pistiastratiotes) atau Cobomba sp. boleh digunakan sebagai medium untuk induk jantan membuat sarang buihnya (bubble-nest) Induk jantan dimasukkan pada waktu pagi ke dalam sebuah tangki pembiakan yang mengandungi beberapa tumbuhan akuatik. Air yang digunakan untuk pembiakan hendaklah disimpan lama dengan kadar pH terbaik adalah sekitar 6.5 pH. Kadar kemasaman air dalam tangki boleh diturunkan dengan menggunakan daun ketapang atau rumput kering yang telah direndam. Air paip boleh digunakan kerana kebanyakan jenis ikan boleh

menyesuaikan diri dalam pembiakan dalam kurungan. Tangki pembiakan ditempatkan di kawasan teduh dan telindung daripada pancaran matahari. Biasanya pada keesokan pagi, sebahagian induk jantan telah membuat sarang buih. Seekor induk betina yang matang kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki untuk pembiakan yang biasanya berlaku selepas sehari kemudian. Pasangan ikan ini akan mengambil masa beberapa ketika selama 1 hingga 2 jam untuk mengawan. Telur yang tersenyawa berwarna kekuning-kuningan dan kelihatan terkumpul di dalam sarang buih. Induk yang pertama kali membiak boleh mencapai sehingga 200 biji telur setiap kali persenyawaan, namun bagi induk besar, mampu mencapai 700 biji telur. Setelah selesai membiak, induk betina perlu dikeluarkan segera dari dalam tangki pembiakan. Induk betina perlu dirawat menggunakan larutan acriflavine untuk memulihkan luka yang dialami semasa mengawan. Induk jantan menjaga sarang dan telurnya sehingga menetas. Kadar penetasan bergantung kepada suhu air. Pada suhu air 27c, telur menetas selepas 2 hari manakala pada suhu 28c ia menetas dalam tempoh satu hari sahaja. Anak ikan yang baru menetas berukuran 1.5 mm hingga 2.0 mm dan bergantung di sarang buih sepanjang peringkat yolk-sac selama 3 hari. Pada peringkat ini anak ikan tidak diberi makan. Pada hari keempat anak-anak ikan mulai berenang. Pada masa ini induk jantan dan bakul sampah dikeluarkan supaya anak ikan dapat berenang ke seluruh kawasan tangki. Selepas 2 minggu, paras air dalam tangki pemeliharaan ditingkatkan. Penjagaan Benih Tempoh selepas menetas sehingga berumur empat minggu adalah paling kritikal dan perlu penjagaan rapi. Kadar kematian di peringkat ini boleh mencapai 40%. Makanan pertama ialah kuning telur rebus atau air hijau (zooplankton) yang diberikan dua kali sehari. Setelah berumur dua minggu anak ikan mencapai saiz 5 mm hingga 6 mm. Pada peringkat ini Moina sp. boleh diberikan sehingga benih berumur empat minggu. Selepas itu anak ikan dipindahkan ke dalam tangki yang lebih besar atau mengurangkan kepadatannya dengan cara memindahkan sebahagiannya ke dalam

tangki lain. Di peringkat ini selain daripada Moina sp, anak ikan diberi makanan hampas kelapa (copra cake) yang dimasak bersama-sama beras. Makanan lain yang sesuai ialah jenis tepung (powder) yang mengandungi protein tinggi (growbes). Tangki pemeliharaan perlu didedahkan sedikit di bawah cahaya matahari untuk merangsang perkembangan warnanya. Selepas tiga hingga empat bulan warna ikan, terutama ikan jantan akan mulai kelihatan. Sirip pelvik dan sirip ekor ikan jantan kelihatan lebih panjang. Sifat agresif juga telah ketara di kalangan ikan jantan. Pada peringkat ini pengasingan dilakukan dengan memasukkannya ke dalam botol kecil, seekor dalam setiap botol. Membiak dan Memelihara Betta sp Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Sleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu Wader Bettah,Bettah bermaksud sifat yang tahan lasak dan Wader membawa maksud ikan kecil. Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat parental care mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri. Untuk membiakkan ikan ini tidaklah terlalu sulit. Ianya boleh dijalankan sebagai aktiviti sambilan. Keperluan untuk pembiakan ikan adalah seperti tangki pembiakan, tangki pembesaran, sedikit ruang untuk memeliharanya disamping pengetahuan asas penjagaan induk dan frynya. Ramai orang telah berjaya membiakkannya baik secara sambilan,sepenuh masa atau komersial. Masing-masing ada teknik dan rahsianya tersendiri. Tidak kira sama ada jenis biasa atau fancy asas membiakkan ikan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan ikan Betta. Pra pembiakkan Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina sp., tubifex worm dan blood worm.

Penyediaan Tangki Pembiakan Tangki berukuran 30 cm x 25 cm x 25 cm adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratin paip PVC 16 cm untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak agresif. Mencampurkan Induk Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih,ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk

menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan ke dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan. Membuat Sarang Buih Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu biuh yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buihbuih ini bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk setelah bersedia

mengawan,ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan. Mengawan Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan

mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan segera memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan dibaiki oleh ikan jantan dari masa ke semasa. Proses tersebut akan berulang ulang dan mengambil masa 1 jam hingga 1 jam.

Penjagaan Telur Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu segera dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas. Penjagaan Fry Telur menetas selepas 24 jam hingga 30 jam selepas disenyawakan. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak , menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semulajadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia atau keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brice shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7 hari hingga 10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan Moina sp. Atau blood worm yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan. Pembotolan Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai agresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan ikan berlawanan sesame sendiri dan untuk menjamin kualiti ikan sebelum dipasarkan. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.

Tindakan Semasa Membiakkan Betta sp. Jika ikan betina belum bersedia,ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika ikan betina telah bersedia tetapi ikan jantan belum lagi,ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya ikan jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadangkala ikan betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.

PEMBIAKAN IKAN GUPPY

Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina. Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina. Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat,kelima dan keenamnya di sirip anal. Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik.Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mnegawan dengan beberapa ekor induk betina . Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity) dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya.