Anda di halaman 1dari 2

SUSUN ATUR BENGKEL

Setiap bengkel mempunyai strategi organisasi dan pengurusan bengkel yang tersendiri. Strategi dapat dihuraikan sebagai matlamat, cara atau perancangan yang diatur untuk mencapai sesuatu objektif yang dirancang. Pendapat lain juga menyatakan bahawa strategi adaah satu program yang dijalankan untuk mencapai objektif dan misi sesebuah organisasi. Terdapat 3 strategi organisasi bengkel. Pertama adalah penyatuan manusia dimana melalui strategi ini murid lebih mudah untuk mewujudkan persefahaman yang boleh menjadikan murid lebih peka dan mampu bekerjasama. Hasil daripada strategi ini prngurusan bengkel mampu dijalankan dengan baik dan berkesan kerana murid dan guru mampu bekerjasama dengan baik. Yang kedua adalah berkaitan dengan strategi dengan menjadikan bengkel sebagai tempat mencari dan meneroka ilmu. Guru boleh menampal informasi yang penting dalam bengkel supaya murid boleh membaca dan mengamalkan apa yang telah mereka baca. Bengkel juga perlu dalam keadaan yang kemas dan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mampu mencapai objektif dan murid murid akan dapat menerima apa yang diajar oleh guru dengan baik. Strategi yang terakhir adalah berkaitan dengan menjadikan organisasi bengkel sebagai sumber untuk mewujudkan pengalaman baru dalam bidang kerjaya. Subjek Kemahiran Hidup mempunyai Bidang yang sangat luas. Peluang yang besar dalam bidang kerja kerana sekarang banyak tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan kepakaran diperlukan. Aspek keselamatan adalah aspek yang penting untuk guru tekankan. Keselamatan murid adalah menjadi tanggungjawab guru. Untuk subjek Kemahiran Hidup, keperluan keselamatan mementingkan elemen pakaian, langkah merawat kecederaan, alatan pemadam kebakaran dan eletrik. Elemen elemen ini harus diambil berat oleh guru sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru guru perlu tahu dan mempunyai kemahiran dalam kesemua aspek supaya apa yang diterapkan dalam diri murid dapat disampaikan dengan jelas dan baik. Oleh yang demikian, guru harus peka terhadap keselamatan murid murid kerana setiap satu kesalahan yang dilakukan boleh membawa padah. Petunjuk perancangan program keselamatan bengkel amat penting dalam menjadi panduan kepada guru bagi mengatasi masalah perancangan bengkel yang agak kompleks. Dengan adanya petunjuk

perancangan yang baik, sebuah bengkel yang mengikut keperluan semasa dapat dibina pada masa hadapan. Dalam petunjuk program keselamatan bengkel, aspek yang penting untuk diketahui oleh guru adalah pelan lantai. Pelan lantai mesti ada sebelum guru melakukan sesuatu program untuk bengkel. Dua jenis pelan lantai bengkel yang asas termasuklah pelan lantai proses dan produk. Pelan lantai proses mengumpulkan mesin-mesin di satu-satu tempat mengikut jenisjenisnya. Ini akan memudahkan kerja-kerja amali di mana satu tempat khas untuk satu proses kerja yang melibatkan mesin tersebut sahaja. Berbeza pula dengan pelan lantai produk yang lebih memberi tumpuan kepada penghasilan roduk. Oleh itu, kelengkapan mesin akan disusun mengikut langkah kerja yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk. Terdapat satu lagi jenis pelan lantai yang mana menggabungkan kedua-dua jenis pelan lantai, proses dan produk iaitu pelan lantai gabungan antara proses dan produk

Anda mungkin juga menyukai