Anda di halaman 1dari 12

Organisasi bengkel

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengertian organisasi ialah merupakan

kesatuan/gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang diselaras

atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Pengurusan

pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. (Contoh menyediakan sesuatu

program, merancang pembahagian sumber, mengagihkan tugas mengatur alat dan

kelengkapan serta penyelarasan kewangan).

Brech (1957) pula mentakrifkan pengurusan sebagai proses sosial yang merangkumi

perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan Pengurusan juga merupakan usaha

koperat untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan dan merupakan proses

pengintegrasian input organisasi iaitu manusia, bahan dan alat.

Tujuan organisasi bengkel yang berkesan ialah mewujudkan satu tempat belajar yang

lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana yang harmonis di bengkel sepanjang

masa tanpa ada sebarang masalah yang boleh menggangu proses pengajaran dan

pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.

Pengagihan tugas guru dalam bengkel seperti tugas penyelenggaraan, stor, inventori,

stok dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempuma. Pembahagian tugas dalam kelas

menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka di

samping menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, mengikut

peraturan dan bedisiplin. Bagi mencapai objektif pangajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan di dalam bengkel, pastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat

sepanjang masa. Rajah 1.1 menunjukkan organisasi pentadbiran di bengkel.


Rajah 1.1
Antara fungsi dan bidang tugas organisasi pentadbiran adalah;

 Menentukan beban tugas guru-guru

 Menyelaras peperiksaan, kursus dan latihan guru

 Menyelaras aktiviti-aktiviti di sekolah

 Menyelias tugas guru

 Meluluskan anggaran belanjawan

 Memastikan bengkel dalam keadaan kondusif/selamat untuk digunakan

Organisasi terbahagi kepada dua iaitu organisasi formal dan juga tidak formal. Bagi

organisasi formal, terdapat aliran penurunan kuasa untuk mencapai matlamat atau objektif

yang ditetapkan bersama ahli organisasi. Aliran penurunan kuasa penting untuk menentukan

peranan setiap ahli organisasi. Manakala untuk organisasi tidak normal, agensi yang

mempercepatkan tindakan untuk mencapai sesuatu hasrat yang dihasratkan. Contohnya, guru

besar adalah ketua pentadbir di sekolah merangkap penasihat PIBG. PIBG boleh
menubuhkan pelaksanaan untuk sesuatu aktiviti dengan persetujuan guru besar dan

jawatankuasa adhoc ini akan dibubar setelah aktiviti selesai.

Rajah 1.2

Rajah 1.2 pula menunjukkan carta organisasi panitia. Terdapat pelbagai fungsi dan

bidang tugas organisasi panitia. Antaranya;

 Bermesyuarat 3 kali setahun

 Memastikan dokumen Standard Korikulum Pentasiran (DSKP) dipenuhi

 Menyediakan bahan untuk bahan bantu mengajar

 Menentukan atau menyediakan alatan dan bahan bagi P&P

 Menyelaras soalan peperiksaan

 Menentukan jenis buku rekabentuk teknologi

 Bekerjasama dengan jawatankuasa SPBT

 Menganalisa keputusan peperiksaan


 Mengumpul soalan untuk rujukan

 Membuat anggaran belanjawan tahunan dan etc

Rajah 1.3

Rajah 1.3 pula menunjukkan organisasi bengkel. Fungsi & bidang tugas organisasi bengkel;

 Memastikan alatan/mesin dalam keadaan kondusif

 Mematuhi peraturan bengkel

 Membersih & menyenggara

 Memastikan amalan langkah keselamatan dipatuhi

 Mengatur jadual bertugas

Setiap orang yang menyertai sesebuah organisasi mempunyai tanggungjawab dan tugas yang

tersendiri.

Guru besar:
 Mengurus bengkel sepenuhnya

 Pemimpin kurikulum dan aspek profesional yang berkaitan menyediakan keperluan

asas bengkel

 Memastikan amalan keselamatan dipatuhi pada setiap masa

 Memastikan tindakan diambil untuk setiap kemalangan yang berlaku dan cara

mengenalpasti mengelakkan kemalangan

Penolong kanan:

 Penolong Kanan Pentadbiran,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan

Penyelia Petang

 Membantu guru besar, guru dan pelajar dalam perancangan, pelaksanaan,

penyelarasan, penilaian dan pemantauan.

Guru kanan mata pelajaran atau ketua panitia:

 Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal bengkel berfungsi dan menepati

ciri-ciri keselamatan

 Memastikan segala kelengkapan bengkel adalah bersih dan selamat dan

penyelenggaraan dilaksanakan

 Merancang dan menyediakan peraturan keselamatan, kelengkapan pencegahan

kebakaran, peti pertolongan cemas dan latihan kecemasan

 Mengurus dan memastikan penyemakan stok bengkel dibuat, sekurang-kurangnya

enam bulan sekali/ setahun sekali.


 Merekod stok bekalan pejabat, inventori/ harta modal termasuk kerja hapus kira dan

pelupusan

Guru-guru:

 Membantu dan merancang anggaran perbelanjaan

 Membantu dalam kerja penyenggaraan dan penyimpanan peralatan

 Membantu merekod dan mengemas kini stok dan dokumentasi

 Menyelaras dan mematuhi jadual penggunaan bengkel peka terhadap ancaman

keselamatan

 Menentukan peralatan yang diguna adalah selamat penggunaanya

 Memastikan pelajar membuat amali secara sistematik

Ketua kumpulan:

 Membantu guru mengendalikan aktiviti kelas

 Memastikan pelajar mematuhi peraturan displin di makmal

 Memastikan semua alat cukup bilangannya dan dikembalikan ke tampat asal

 Melaporkan segera kepada guru jika berlaku kemalangan


Perancangan Bengkel

Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkal yang melputi

proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama,

penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan

penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melbatkan pengurusan alatan

dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan pembelian

alat pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan

penyimpanan alat: dan kawalan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang

berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja kera

penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastkan kelancaran

perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ni akan

menyebabkan beban quru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu

juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana

aktivitiaktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada

perlaksanaan program dan pengguna.


Pelaksanaan dasar:

 Jawatankuasa Pembangunan menerusi unit pembangunan di setiap JPN,

PPD/B, sekolah dan bahagian-bahagian KPM menyelaraskan pelaksanaan

dasar.

 Maklumat keperluan bengkel dan infrastruktur bengkel untuk sesuatu mata

pelajaran disediakan dalam projek brif, schedule of accomodation (SOA) dan

dokumen tender spesifikasi peralatan.

 Pusat Perkembangan Kurikulum menyediakan dokumen-dokumen yang

dibantu oleh guru, pegawai JPN, pakar kurikulum dan pembangunan dari

agensi luar.

 Dokumen-dokumen ini dijadikan garis panduan untuk pembinaan bengkel

perolehan mesin dan peralatan.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan pengurusan

bengkel ini. Antara aspek-aspek tersebut adalah ruang, susun atur, keselamatan, tugas pelajar,

organisasi stor dan juga penyenggaraan bengkel.

1.Ruang:

Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya.

Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter. Antara ciri-ciri keluasan bengkel

yang sesuai ialah boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih,

membolehkan seseorang bergerak dengan bebas di dalamnya, lantai mestilah diperbuat dari

bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk serta tidak licin,
mempunyai tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta

pengudaraan yang bebas, mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa

kecemasan, mempunyai mejakerja yang tahan lasak berukuran di antara 1.2M X 1.5M dan

tinggi 0.9M, mempunyai bekalan asas seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan dan soket

kuasa serta bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian dan akhir sekali, ada

sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.

2. Susunatur

Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat dilakukan

dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kerosakkan harta

benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan

mudah digunakan, rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik,

rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai serta memudahkan kerja-kerja

penyelenggaraan dilakukan.

3. Keselamatan

"UTAMAKAN KESELAMATAN sebagai teras amalan bagi memastikan kerjakerja

di bengkel dapat dilakukan dengan lancer dan selamat. Aspek keselamatan yang

dititikberatkan ialah menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi

badan, mengadakan alat pemadam api yang berfungsi, menyediakan peti pertolongan cemas

dan tempat rawatan, memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti

Bomba,Ambulan, Polis dan lain-lain.


4. Tugas Pelajar

Para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting di dalam bengkel.

Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua formen, ketua kebersihan, ketua

alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. Deskripsi tugas bagi setiap jawatan adalah seperti

berikut:

i. Ketua formen - Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus

kepada guru Kemahiran Hidup, memastikan semua penolong-penolong di

bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan dan melaporkan kepada

guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang.

ii. Ketua Kebersihan - Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat

atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang

sampah dari tong sampah, memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau

bendalir dan elaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pembersihan

yang dibuat.

5. Organisasi stor

Organisasi stor terdiri daripada lima bahagian iaitu bahagian kawalan stok, bahagian lejar,

bahagian penstoran, bahagian pembungkusan dan penghantaran serta bahagian akaun.

6. Penyelenggaraan

Definisi penyelenggaraan bengkel boleh didefinasikan sebagai menjalankan kerja-kerja

merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan. Definisi penyenggaraan juga boleh

ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis sesuatu perkakasan, alatan,
mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan

berfungsi dengan sempurna. Proses penyenggaraan bengkel boleh dikelaskan kepada dua

bahagian utama iaitu jenis-jenis senggaraan dan langkah-langkah kawalan senggaraan.

Anda mungkin juga menyukai